Hebahan

Thursday, September 1, 2011

CDC Ogos 2011

1. Tahniah!

Tony Fernandes - Beliau sudah memiliki saham terbesar sekaligus CEO MAS yang baru dan dalam masa yang sama juga pemilik kelab BPL, Queen Park Rangers (QPR). Wow.. hebat!


Safiq Rahim - Telah mendapat tawaran untuk beraksi bersama pasukan Cardiff City, milik warga Malaysia, Dato Chan Thien Ghee. Beraksi di Liga Divisyen Dua England, yakni Liga Kejuaraan bermakna Safiq bakal mencatat sejarah selaku satu-satunya pemain yang berjaya beraksi di peringkat internasional sekiranya terpilih. 3 minggu lagi kita nantikan keputusannya.



Yingluck  Shinawatra



Adik kepada bekas PM Thailand, Thaksin kini mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Thailand selaku PM baru selepas parti pimpinannya menang pilihan raya Julai lalu.

TT : Jepun pun ada PM baru! Siapakah? Jawapannya.. ? Teruskan membaca.

2 .Muhammad Asyraf Haziq Rosli 


Beliaulah salah seorang mangsa rusuhan di Kota London. Kota bertamadun katanya. Riot mat salleh kata. Mangsa amukan gangster London. Video di sini. Ada orang kata punca rusuhan sebab gangster London tak puas hati dengan polis. Ada kes bunuh macam tu. Betul ke?


Asyraf seorang yang berjiwa besar.. sebab sanggup menderma apa yang telah didermakan kepadanya. Kalau orang lain.. belum tentu lagi kan?

TT : Apa beza rusuhan di KL(Kota London) dengan Bersih 2.0 di KL(Kuala Lumpur)? Polis di KL sana tak 'seganas' di KL sini.


3.Selangor 

Kerajaan negeri Selangor terus diserang depan belakang, kiri kanan, atas bawah. Terdesak sangat ke??

Pertama, isu gempuran JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara (JAIS vs DUMC). Kalau ya gejala memurtadkan orang Islam berlaku, maka kita wajib mencegahnya. Tapi jangan dipolitikkan sangat perkara ini, ini soal akidah. Apa kata Dr. MAZA



Sekarang sudah ditubuhkan Unit Selamat Akidah di bawah Dato' Hassan Ali.  Tujuannya nak basmi gejala "kristianisasi" sekiranya wujud DAN mahu bantu golongan yang patut diberikan pertolongan samada zakat atau apa saja yang berkaitan.

Di dalam Malaysia ni.. orang bukan Islam nak masuk perkarangan masjid pun salah. Bukan main lagi marah. Lepas tu, bila orang Islam masuk gereja atas sebab tertentu pun tak boleh. Dituduh murtad. Jadi, bagaimana pula PM kita yang telah bertemu bapa segala paderi di sebuah gereja?? Takkan  nak tuduh murtad juga kan? Tak ada logika~

TT : Maka TV 3 tersalah sebar info mengenai Surau Al-Musyriqin.. buat malu "kaum" saja.Kini Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu menjadi sasaran terbaru.

Kedua, isu universiti di bawah kerajaan negeri, yakni Universiti Selangor (Unisel). Sebabnya Naib Canselor Unisel dah letak jawatan, maka pelbagai spekulasi timbul. Ah, isu pendidikan pula mahu dipolitikkan.


TT : Siapa dia bekas Canselor Unisel?? TEET~

4. Keldai dadah


Nama ini.. Rosna Shariff. Mungkin salah satu daripada ratusan mangsa (mungkin ribuan??) yang telah terperangkap selaku "orang tengah" mengedar dadah atau istilahnya keldai dadah.

Persoalannya mengapa mangsayang ramai daripada golongan wanita dan pelajar?? Dan modus operandinya, mangsa diberi "nikmat" bercuti di luar negara terlebih dahulu sebelum "ditahan dan disumbat:

TT : Pudu Sentral nama baru Puduraya telah memulakan operasinya. Selamat balik kampung~


5. Brazil menang Piala Dunia bawah 20 Tahun


Jaringan hat-trick Oscar telah membantu Brazil menumpaskan Portugal 3-2. Sementara itu Menyu community shiled setelah mengalahkan tetangga Manchester City 3-2 setelah ketinggalan 2-0. Dalam perlawanan yang dramatik itu, pemain-pemain Menyu memang memiliki mentaliti juara. Tahniah.


TT: Maka musim BPL 2011/12 pun bermula~ Fabregas dan Nasri telah keluar dari Arsenal. Dan hasilnya Arsenal dibelasah Menyu 8-2. Sedey doe~

6. Berundur tak bermakna mengalah?

CEO Apple - Steve Jobs juga letak jawatan.


PM Jepun - Naoto Kan telah meletak jawatan. salah satu sebabnya mungkin rasa bertanggungjawab mengembalikan kesatbilan ekonomi Jepun setelah dilanda tsunami baru-baru ini. Ya lah.. kan siap ada loji nuklear yang bocor. Memang amat bertanggungjawab PM Jepun ni.

Beliau sempat memegang jawatan selama 15 bulan dan kini bekas Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.


TT : PM negara lain tak malu ke?? Jepun tetap maju ke hadapan walaupun berubah pimpinan atasan.

7. Universiti Sukan Univerisit Dunia 2011(Universiade 2011)


Universiti Sukan Univerisit Dunia 2011(Universiade 2011)bertempat di Shenzen- Pandalela Rinong menang pingat perak dan gangsa (pasangan bersama Mun Yee)


TT : Pasukan bola sekadar menduduki tempat ke-12 dan masih layak untuk edisi seterusnya. Badi Lee Chong Wei, yyakni Lin Dan masih belum berjaya diatasi lagi~


8. KU LI

Bukan kuli buruh tapi ini Tengku Ghazali atau Ku Li yang disebut-sebut  sebagai Ketua Pembangkang yang baru?? Benarkah? Hangat~Emm.. tu pun kalau betul DSAI dipenjarakan. Rumours and hearsay sajo~


TT: Kes DSAI-SB bermula kembali untuk dibicarakan. Tangguh lagi ke? Nasib baik isu iklan 8TV, TV9 tak jadi kes mahkamah. Kan?

9. Putus tunang.


Ada dua kes pada hari yang sama. Kebetulan kot~ Pertama, penjaga gol nombor 1 Malaysia APEX telah putus tunang. Mengapa? Macam-macam spekulasi sehingga mengheret nama Dahlia Teck ke dalam kancah ini. Siapakah Dahlia? Dan kedua, pengacara TV3, Ally Iskandar juga tiada jodoh ke jenjang pelamin bersama bekas peserta Gadis Melayu.

TT: Kesian jejari runcing.. bila kes sudah meruncing..hati runsing.. pening. Tabahkan hati~

10. Azizi Abdullah meninggal dunia


Novelis terkenal, Azizi Abdullah, telah dilaporkan meninggal dunia pada 21 Ogos kira-kira jam 7:50 pagi. Beliau merupakan bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.


Dua novel terbarunya, Anak Belantera dan Badai Cinta baru saja menjengah pasaran merupakan karya terakhir beliau. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

TT: Ada 2 orang budak ofis yang kehilangan ayah mereka tak sampai seminggu sebelum raya. Harap mereka tabah.

No comments:

Post a Comment