Bukan bermakna iklan yang tersenarai tak bagus cuma inilah dia 3 iklan raya (termasuk 1 filem pendek) yang menjadi pilihan Tukang Tulis. Maklumlah, kebelakangan ini, setiap kali menjelang apa saja perayaan pasti ada iklan yang menjadi galang ganti kepada pihak yang ingin menyampaikan pesanan.
Dan hakikatnya.. iklan-iklan Petronas arahan arwah Yasmin Ahmad masih berbekas di hati. Dan satu lagi iklan TNB pakai helmet sebab naik motor (rupanya tengah parut kelapa). Walaupun patah tumbuh, hilang berganti, namun yang tumbuh masih bertunas.. yang menggantikan masih pucuk muda dalam arena pengiklanan. Tetapi itu tak bermakna hasilnya tidak berkualiti. Yang penting mesej yang mahu disampaikan...
TT : Ada tak sesiapa yang sentap iklan raya PTPTN? Hehe~
No comments:
Post a Comment