Hebahan

Thursday, April 26, 2012

Rating, Ranking & Popularity (RRP-Part 2)

Entri ini adalah lanjutan kepada tajuk Rating, ranking & popularity (RRP- Part 1). Ini adalah sedikit kesinambungan kepada apa yang telah diperbincangkan sebelum ini. Apabila pihak yang 'berniaga' terlalu mengejar RRP ini.. apa akan terjadi??

Satu jawapan sahaja. PERSAINGAN ataupun COMPETITION. Tak kira apa jua produk yang mahu dipasarkan, pasti ada persaingan. Kecuali bagi kes-kes terpencil di mana ia akan dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Contohnya.. saluran satelit berbayar, ASTRO. Bukan tak pernah ada pesaing yang cuba mencelah, namun jangka hayatnya tidak kekal lama. Maka, selama mana Astro memonopoli pasaran itu, maka sewenang-wenangnya mereka mampu menaikkan harga perkhidmatan mereka sesuka hati.

Ada kebarangkalian kan? Betul tak? Kalau ada pesaing yang menawarkan produk yang kualitinya sama tetapi dengan harga yang lebih murah, pasti ada persaingan dari sudut harga. Dan inilah yang dinamakan persaingan yang sihat. Ekonomi negara bertambah maju, rakyat selaku pengguna berpuas hati dengan produk dan servis. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.  

Ambil contoh mudah. KFC versus McD. McD yang mulakan jualan murah dari jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Kini KFC iku jejak langkah. Dan KFC mengorak langkah promosi "Malaysia balik makan" dari 6 petang sehingga 9 malam. Maka, McD pun ikut sama. Sekarang, kedua-duanya bersaing untuk sarapan pagi pula. Emm.. agenda dan angkara siapa ni?

Justeru, apabila persaingan terbuka di atas padang yang sama rata, kita akan melihat beberapa penjuru persaingan. Sebab tu kalau kita buat pantauan/survey melalui iklan media elektronik, pasti macam-macam iklan dapat kita tengok yang pastinya takkan cukup senarai. Jom kita cuba senaraikan beberapa contoh produk dan jenama sebagaimana tersenarai :

Roti - Gardenia vs High 5
Saluran telekomunikasi telefon mudah alih - Maxis vs Celcom
Stesen minyak - Petronas vs Shell
Telefon bimbit - Apple vs Samsung
Ejen pencarian (Searh Engine Optimizer) - Google vs Yahoo!
Farmasi - Guardian vs Watson
PRU - BN vs PR
Cat - Dulux vs Nippon
Pizza - Pizza Hut vs Domino
La Liga- Real vs Barcelona
BPL - MU vs MC
Mee segera - Maggi vs Mee Sedap
Restoran makanan segera - KFC vs McD
Rancangan TV - Media Prima vs Astro
Wayang  - GSC vs TGV

Demikian adalah persaingan melibatkan 2 penjuru. Demikian jika kita kecilkan skop kepada 2 penjuru sahaja. Dalam erti kata yang lain kita akan menyaksikan 2 gergasi ini berentap antara satu sama lain, (nota:bagi kajian kes di Malaysia). Apa kata kita banyakkan lagi pilihan yang ada, maka persaingan seperti berikut dapat kita saksikan, terutama melalui iklan media cetak dan elektronik;

Donut - Big Apple, J.Co, Dunkin Donut, Krispy Kreme
Saluran Radio - Sinar, Era, Hot, Suria,Hitz, Fly
Saluran TV - RTM, Media Prima, Astro, Al-Hijrah
Saluran telekomunikasi telefon mudah alih - Maxis, Celcom, Digi, U Mobile
Makanan segera - McD, KFC, A&W, Popeye, Pizza
Sabun mandi - Lux, Dove, Dettol, Protex
Sabun membasuh - Top, Daia, Breeze, Kuat Harimau 
Akhbar - Utusan Melayu, Berita Harian, Sinar Harian, Harakah, Malay Mail
Lampin pakai buang bayi - Pampers, Drypers, Huggies, Pet pet, Mamy poko
Laman sosial - Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Tagged
Stesen minyak - Petronas, Shell, Exxonmobile (Esso+Mobil), BHP
Telefon bimbit - Apple, Samsung, Sony Ericsson, Nokia, Motorolla
Ejen pencarian - Google, Yahoo! MSN, Alta Vista
Barangan elektrik - Sony, Philips, Sharp, Samsung, Pensonic
Browser - Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari
Pasaraya -  Carrefour, Tesco, Giant, AEON, Mydin
Pusat hiburan - K-Box, Red Box, Green Box
Aiskrim - Buskin Robin, Frutti Tutti, New Zealand Natural, Haagen Dazs
Computer operating system - Windows, Linux, Macintosh, Android, Blackberry, iPhone, iPad
Wayang - GSC, TGV, BIG Cinema, MBO
Liga bola - BPL, La Liga, Serie A, Bundesliga
Kosmetik wajah/ Pencuci muka - Avon, Shiseido, SKII, Silkygirl, Maybelline, Loreal, Garnier


Tanpa kita sedari, sebenarnya masih wujud alternatif lain dan sememangnya kita ada banyak pilihan. Contohnyabagi kes Searh Engine Optimizer (SEO) - pernah dengar tak Quintura, Kartoo? Cuba Google. (Alamak, terguna Google pulak!)

Selalunya, pelopor atau istilah Inggerisnya pioneer akan mencetuskan fenomena jenama. Contoh.. orang akan tanya ada colgate tak? Walaupun fresh & white pun tak kisah. Nak makan maggi.. walaupun hanyalah mi Ruski. Tolong belikan pampers anak.. walaupun jenama Drypers.

Dan kalau kita perhatikan, selalunya setiap barangan ataupun produk ada tagline yang menarik perhatian. Mereka akan claim produk mereka hebat dari segi apa? Contoh.. Domino's Pizza claim fast delivery. Tapi Pizza Hut. "Your Favorites. Your Pizza Hut."

Sebab tu ada istilah penjenamaan semula ataupun rebranding. Apabila repacakaging, maka harga juga akan direvise. Itulah strategi pemasaran mereka agar kelansungan perniagaan dapat diteruskan. Maka, adakah istilah alah membeli, menang memakai kena dengan pengguna? Tepuk dada, tanya selera~

Wednesday, April 25, 2012

Tersasar Di Jalan Mu


 
Tersasarku di jalan-Mu
Teraruh noda
Nada sumbang tak seimbang

Terdampar lalu kuterhampar
Terpalit dosa
Sezarah jua diambil kira

Aku yang di sini
Terhenti di jalan buntu
Telah hilang arah
Tak tahu ke mana hendak dituju


Kepada-Mu Tuhan
Kuberdoa pasrah menyerah
Hamba-Mu yang hina serta lemah
Mendamba keampunan-Mu

Tersesatku di hujung jalan
Mahu kembali
Ke pangkal ribaan pencipta

Tersekat nafasku berhembus
Sempatkah aku
Berpatah arah yang salah?



TT : Daun yg gugur tak pernah membenci angin

Sunday, April 22, 2012

Dakwah Cara Moden

Inilah namanya dakwah bil hal (atau dakwah mengikut keadaan). Gaya dan pendekatan orang muda geng kita. Sebagaimana fenomena dakwah yang telah berjaya dicetuskan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Don Daniyal.

Tahniah! Tak ada salah pun. Rasanya method ataupun manhaj akan tampak lebih kemas dan tersusun sekiranya pendekatan baru diaplikasi. Jadi.. bagi menentang arus kejahilan, para  da'ei atau pendakwah harus menyusun atur, gerak langkah agar ianya selari dan seimbang dengan kehendak/kemahuan golongan sasar.

Memandangkan golongan muda paling ramai, dan dunia ini bakal diwariskan kepada orang muda, maka seharusnya orang muda belia juga (kalu orang tua pun tetap berjiwa muda) yang perlu menjadi model ataupun salah satu sumber rujukan. Sekurang-kurangnya, jurang (gap) itu tidak begitu terasa jauhnya.

Contohnya.. rancangan seperti Adik-adikku yang mahu melahirkan pendakwah atau pemidato cilik. Imam Muda, Ustazah Pilihan dan yang sehala dengannya. Maher Zain dan Irfan Makki juga berdakwah dengan cara mereka sendiri. Bukan?

Justeru.. alang-alang orang kata ini musim K-Pop bagai.. maka tak salah kalau ada usaha dakwah sebegini diperkenalkan..



TT : Apa cer dengan kumpulan yang claim memperjuangkan genre M-Pop, yakni Max24:7, Gula-gula dan yang senasib dengannya? Hua hua hua. TT memang kureng dengan K-Pop bagai nih :p

Sunday, April 15, 2012

LLJ April 2012

Ini dia 15 lagu-lagu yang menjadi perhatian TT buat masa kini;

Najwa Latif - Kosong
Adibah Noor & Sam - Ke Sana Denganmu
Lena - Bicara Hati (OST Bicara Hati)
Ahdan - Permaisuriku
Anuar Zain & Hunny Madu - Kisah Kita
Ramlah Ram - Seandainya
Stephen Rahman & Jaclyn Victor - Hati Berbisik
Kaer - Kamu
Drama - Cerita Dia
Najwa Latif feat. Sleeq - Untuk Dia
Stephen Rahman Hughes - Bawalah Daku
Najwa Mahiaddin - How Long Must I Wait
One Buck Short - Ditiup Kata Rindu
Iamneeta - Tuhan Tolong Aku
Fiza Halim, Shah Iskandar & Shahrizal Jaszle - Atas Nama Cinta (OST Atas Nama Cinta)

Saturday, April 14, 2012

Anugerah Nasyeed.com 2012

Sebenarnya.. anugerah ini tidak sepanas ABPBH (yang sepatutnya kena release dulu artikel yang sampai kini tertangguh). Tapi memandangkan Anugerah Nasyeed.com ini amat menarik untuk dipertandingkan buat julung kalinya memandangkan mainstream nasyid ada tapak yang kukuh di samping penyokong dan pendokong yang begitu loyal! Salut~

Tambahan pula kategori Artis Nasyid Popular telah disingkirkan daripada kategori ABPBH. Justeru, Anugerah Nasyeed.com 2012 ini merupakan ala-ala The American Country Award konsepnya. Khusus untuk lagu nasyid semata-mata. Macam AJL atau AIM versi nasyid pun boleh.


Tahniah kepada penganjur. Dan jom kita tengok senarai penuh finalis Anugerah Nasyeed.Com bersama pemenangnya yang diboldkan. 

Kategori: Nasyeed Cinta

    * Cuba Berikan – Ammar Hamdan
    * Kerana Cinta – Mestica & Inteam
    * Lagu Cinta – Varianz
    * Saat Lafaz Sakinah – Far East
    * Setia Seorang Isteri – Wildan

Kategori: Nasyeed Amar


    * Berjalan Tanpa Henti – Devotees
    * HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
    * Menuju Wawasan – UNIC
    * Patah Hati – Saujana
    * Syahadah – Rabbani

Kategori: Nasyeed Munajat

    * Layar Keinsafan – Mestica
    * Mahabbah – Rabbani
    * Menanti Di Barzakh – Far East
    * Pergilah Dunia – Varianz
    * Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal

Kategori: Nasyeed Perjuangan

    * Kembali Gemilang – Mestica
    * Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
    * Inikah Petanda – Rabbani
    * Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
    * Mungkinkah – Asyraf

Kategori: Nasyeed Sirah

    * Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
    * Sumayyah – Hijjaz
    * Balqis – UNIC
    * Ansar Muhajirin – Mu’adz
    * Bilal Bin Rabah – All One

Kategori: Nasyeed Selawat

    * Binnabil Huda – UNIC
    * Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
    * Dia Muhammad – Inteam
    * Insan Terulung – R-iF
    * Nur Muhammad – Inteam & UNIC

Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.

Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.

Kategori: Lagu Terbaik


    * Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
    * Dia Muhammad – Inteam (Komposer&Lirik:Frizdan)(pernah menang Lagu Nasyid Terbaik AIM)
    * Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
    * HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
    * Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
    * Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)

Kategori: Susunan Muzik Terbaik

    * Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
    * Mahabbah – Rabbani
    * Dia Muhammad – Inteam
    * Jauh – Mirwana
    * Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy

Kategori: Vokal Terbaik

    * Mahabbah – Rabbani
    * Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
    * Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
    * Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
    * Nurul Iman – Rabbani

Kategori: Lirik Terbaik

    * Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
    * Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
    * Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
    * Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
    * Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)

Kategori: Video Klip Terbaik

    * Patah Hati – Saujana
    * Jauh – Mirwana
    * Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
    * Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
    * Layar Keinsafan – Mestica

Anugerah Khas: Khalifah Nasyeed : Ustaz Sahibul Fadil Sabikin (pengasa kumpulan Nada Murni yang kemudiannya Rabbani + Hijjaz)

TT : Sayang sekali takde LIVE. Cuma siaran tertunda melalui TV Al-Hijrah. Dan berentap dengan Super Spontan (yang ada ulangan) pula.

Makan.. sebarang makan ?

Pernah dengar lagu Jalil hamid??

Bukan lagu Ayam.. tapi lagu Makan!

Cuba tengok liriknya.. (yang dicopy-paste sajo. Tak tau betul ke idok..)

Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Orang kita mati kerna banyak makan

Orang kita makan macam-macam
Tidak kira pagi,petang siang malam
Semua benda "Alamak!" boleh ditelan
Batu besi parang kayu papan

Makan sayur pucuk paku
Masak rebus ibu kayu
Goreng ikan selar papan
Masak gulai ikan parang
Cuci mulut lepas makan
Kita kunyah jambu batu

c/o- Makanan pelik-pelik
Tahi minyak, tahi itik,
Puteri mandi, badak berendam
Mata kucing, mangga siam
Buah keras buat lauk
Pisang emas, pisang tanduk
Batang buruk, cucur kodok

Makan pokok berniaga jadi lingkup
Makan bunga itu haram dan terkutuk
Makan hati boleh membawa mati
Makan suap tidak boleh dibiarkan

Begitulah kan..kisahnya. Pasal makan. Ikut sedap mulut atau ikut sedap perut? Tak mengapa.. Itu bukan persoalan ataupun ulsan yang mahu dicoretkan.

Kali ni, aku nak berkongsi pasal makanan. Bukan tentang makanan kegemaran aku.. tetapi makanan yang pelik atau jarang dicuba tetapi rasanya lazat dan menyelerakan.

Sebagai contoh..kalau ke restoran makanan segera. McD, KFC, Pizza biasa kita dengar. Tapi yang rare kita dengar macam makan di Carl's Junior, Popeye, BBQ Chicken, hatta Chillis & TGI Friday yang mahal itu pun dianggap satu kelainan. Bukan?

Jadi.. di manakah aku telah singgah mutakhir ini dengan tujuan menjamu selera? Inilah jawapannnya ~



Dalam konteks masakan tradisi pula.. banyak masakan yang akan mengimbau kembali memori lama. Amat nostalgik sekali setiap bau, cubitan dan kunyahan yang dihadamkan ke dalam perut. Sebagai contoh, aku akan terkenang arwah Tok Ayah Noh yang telah memperkenalkan aku 3 masakan ini; gulai itik serati, sup belut, dan sup perut cicah lada.

Begitu juga setelah berumahtangga.. beranak-pinak. Aku telah cuba banyak jenis makanan baru terutama dari sebelah keluarga isteri. Maklumlah.. ore Klate nikoh nga ore Jawa. Tapi dok Amareka sangat lah. Cucur udang Kuala Kurau Sungai Besar memang lazat (sebab cicah kuah kacang), lepat PIAN (pisang+durian) yang diperkenalkan biras dari Teluk Intan.

Dan ini dia... punten nasi (nasi yang dimasak sehingga lembik guna minyak) yang dimakan bersama sardin. "Resipi turun temurun mbah ni," ujar isteri tercinta. Untuk sarapan pagi ya.



Apa lagi masakan yang sedap untuk dicuba ya? Jalan-jalan cari makan sangat.. Nikmatilah seketika makanan yang selagi boleh disumbat ke dalam perut sebelum Allah uji dengan penyakit yang memerlukan kita berpantang. Bukan pantang jumpa ya...

Ironinya.. kalau tak mahu "pakej sakit"sakit ALL in one.. kita kena kawal dan jaga pemakanan. Betul tak?

p/s : Sebenarnya rasa amat menjengkelkan (annoying) jika sekadar mahu kemaskini (update) status semata-mata pasal makanan. Snap pic..update bagai. Haa.. ni dia~ Buat entri terus...baru puas + kenyang ! Makan boleh sebarang makan. Cakap jangan sebarang cakap. Biar pecah di perut, asal jangan di mulut. Jangan bawa mulut sangat.. nanti ada yang makan hati... Kerana mulut, badan binasa ~

Wednesday, April 11, 2012

Arema (Indonesia) 1-3 Kelantan (Malaysia) | Piala AFC 2012

Kali terakhir entri pasal bola adalah mengenai Champions League dan Europa League di mana kedua-dua Manchester tidak dapat beraksi setelah kalah terduduk. Chelsea satu-satunya wakil Liga Perdana Inggeris yang terus mara. Haha. (Gunners pun yang ado)

Hebat sangat kah Liga Perdana Inggeris (BPL)? Hebat tak hebat.. itu yang paling ramai penonton. Dah macam filem David Teo. Laku = Untung. Tapi.. sesetengah liga bola sepak yang mempersembahkan bola sepak yang sebenarnya, yang menjanjikan lebih banyak aksi, kurang drama & gosip murahan menerima nasib berbeza.

Tak percaya? Peminat tegar BPL dihidangkan dengan berita seperti perang saraf, rumours jual-beli pemain termasuklah kisah peribadi. Contohnya kisah kecedaraan 'bodoh' yang dialami kaki Aguero disebabkan plaster pun keluar berita.

Dan semestinya kisah perang saraf, dan serang balas menjadi bahan utama. Terkini, Arsene Wenger sindir pengurusan Manchester City. Labih kurang macam ni kalau Wenger cakap loghat utara;

" Hangpa nak beli sapa pulak. Hari tu.. hangpa dah dapat kolo Toure, Adebayor, Gael Clichey dan Samir Nasri" Ha ha ha. Menonye molek~

Apa contoh Liga Bola Sepak yang patut dipandang?? Bukan dengan pandangan sepi, sebelah mata yang menjengkelkan ya..

Satu tamparan. Dush~ La Liga contohnya.. dah jadi macam filem Bunohan, Songlap dan yang senasib dengannya. Cuba bayangkan.. Real Madrid yang sedang menerajui liga dah ada 100 gol. Padahal masih ada beberapa baki perlawanan lagi. Dan Barcelona mengekori rapat. Dan kedua-dua kelab ini mendominasi La Liga (Liga bola sepak Sepanyol).

Macam mana pula Liga Malaysia yakni Liga Super?? Adakah sekadar kisah jaguh kampung saja, yakni pasukan Kelantan dan Terengganu yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2012 ataupun AFC 2012. Bagaimana perkembangannya? Terengganu malas nak cerita sebab kalah lagi petang tadi.

Cuma yang unggul dan ampuh buat masa ini semestinya pasukan Kelantan. Lihat kedudukan dalam kumpulan di bawah. Biarpun 3 pasukan teratas berkongsi mata, namun perjalanan dan perjuangan masih jauh lagi. Harap-harap Kelantan dapat lepas ke pusingan kedua kelak.


Jom layan video ini. Kelantan bertandang ke Malang namun beraksi cemerlang. The Red Warrior berjaya mengalahkan pasukan Arema (Indonesia) sekali lagi. Kali ini dengan kemenangan 3-1. Tahniah diucapkan. Ghadar harus bermain dalam Liga Super.




p/s: Tetap ralat dengan isu TSAM dogantung 30 bulan. Tak patut!