Hebahan

Saturday, April 14, 2012

Makan.. sebarang makan ?

Pernah dengar lagu Jalil hamid??

Bukan lagu Ayam.. tapi lagu Makan!

Cuba tengok liriknya.. (yang dicopy-paste sajo. Tak tau betul ke idok..)

Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Orang kita mati kerna banyak makan

Orang kita makan macam-macam
Tidak kira pagi,petang siang malam
Semua benda "Alamak!" boleh ditelan
Batu besi parang kayu papan

Makan sayur pucuk paku
Masak rebus ibu kayu
Goreng ikan selar papan
Masak gulai ikan parang
Cuci mulut lepas makan
Kita kunyah jambu batu

c/o- Makanan pelik-pelik
Tahi minyak, tahi itik,
Puteri mandi, badak berendam
Mata kucing, mangga siam
Buah keras buat lauk
Pisang emas, pisang tanduk
Batang buruk, cucur kodok

Makan pokok berniaga jadi lingkup
Makan bunga itu haram dan terkutuk
Makan hati boleh membawa mati
Makan suap tidak boleh dibiarkan

Begitulah kan..kisahnya. Pasal makan. Ikut sedap mulut atau ikut sedap perut? Tak mengapa.. Itu bukan persoalan ataupun ulsan yang mahu dicoretkan.

Kali ni, aku nak berkongsi pasal makanan. Bukan tentang makanan kegemaran aku.. tetapi makanan yang pelik atau jarang dicuba tetapi rasanya lazat dan menyelerakan.

Sebagai contoh..kalau ke restoran makanan segera. McD, KFC, Pizza biasa kita dengar. Tapi yang rare kita dengar macam makan di Carl's Junior, Popeye, BBQ Chicken, hatta Chillis & TGI Friday yang mahal itu pun dianggap satu kelainan. Bukan?

Jadi.. di manakah aku telah singgah mutakhir ini dengan tujuan menjamu selera? Inilah jawapannnya ~



Dalam konteks masakan tradisi pula.. banyak masakan yang akan mengimbau kembali memori lama. Amat nostalgik sekali setiap bau, cubitan dan kunyahan yang dihadamkan ke dalam perut. Sebagai contoh, aku akan terkenang arwah Tok Ayah Noh yang telah memperkenalkan aku 3 masakan ini; gulai itik serati, sup belut, dan sup perut cicah lada.

Begitu juga setelah berumahtangga.. beranak-pinak. Aku telah cuba banyak jenis makanan baru terutama dari sebelah keluarga isteri. Maklumlah.. ore Klate nikoh nga ore Jawa. Tapi dok Amareka sangat lah. Cucur udang Kuala Kurau Sungai Besar memang lazat (sebab cicah kuah kacang), lepat PIAN (pisang+durian) yang diperkenalkan biras dari Teluk Intan.

Dan ini dia... punten nasi (nasi yang dimasak sehingga lembik guna minyak) yang dimakan bersama sardin. "Resipi turun temurun mbah ni," ujar isteri tercinta. Untuk sarapan pagi ya.



Apa lagi masakan yang sedap untuk dicuba ya? Jalan-jalan cari makan sangat.. Nikmatilah seketika makanan yang selagi boleh disumbat ke dalam perut sebelum Allah uji dengan penyakit yang memerlukan kita berpantang. Bukan pantang jumpa ya...

Ironinya.. kalau tak mahu "pakej sakit"sakit ALL in one.. kita kena kawal dan jaga pemakanan. Betul tak?

p/s : Sebenarnya rasa amat menjengkelkan (annoying) jika sekadar mahu kemaskini (update) status semata-mata pasal makanan. Snap pic..update bagai. Haa.. ni dia~ Buat entri terus...baru puas + kenyang ! Makan boleh sebarang makan. Cakap jangan sebarang cakap. Biar pecah di perut, asal jangan di mulut. Jangan bawa mulut sangat.. nanti ada yang makan hati... Kerana mulut, badan binasa ~

No comments:

Post a Comment