Hebahan

Thursday, April 26, 2012

Rating, Ranking & Popularity (RRP-Part 2)

Entri ini adalah lanjutan kepada tajuk Rating, ranking & popularity (RRP- Part 1). Ini adalah sedikit kesinambungan kepada apa yang telah diperbincangkan sebelum ini. Apabila pihak yang 'berniaga' terlalu mengejar RRP ini.. apa akan terjadi??

Satu jawapan sahaja. PERSAINGAN ataupun COMPETITION. Tak kira apa jua produk yang mahu dipasarkan, pasti ada persaingan. Kecuali bagi kes-kes terpencil di mana ia akan dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Contohnya.. saluran satelit berbayar, ASTRO. Bukan tak pernah ada pesaing yang cuba mencelah, namun jangka hayatnya tidak kekal lama. Maka, selama mana Astro memonopoli pasaran itu, maka sewenang-wenangnya mereka mampu menaikkan harga perkhidmatan mereka sesuka hati.

Ada kebarangkalian kan? Betul tak? Kalau ada pesaing yang menawarkan produk yang kualitinya sama tetapi dengan harga yang lebih murah, pasti ada persaingan dari sudut harga. Dan inilah yang dinamakan persaingan yang sihat. Ekonomi negara bertambah maju, rakyat selaku pengguna berpuas hati dengan produk dan servis. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.  

Ambil contoh mudah. KFC versus McD. McD yang mulakan jualan murah dari jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Kini KFC iku jejak langkah. Dan KFC mengorak langkah promosi "Malaysia balik makan" dari 6 petang sehingga 9 malam. Maka, McD pun ikut sama. Sekarang, kedua-duanya bersaing untuk sarapan pagi pula. Emm.. agenda dan angkara siapa ni?

Justeru, apabila persaingan terbuka di atas padang yang sama rata, kita akan melihat beberapa penjuru persaingan. Sebab tu kalau kita buat pantauan/survey melalui iklan media elektronik, pasti macam-macam iklan dapat kita tengok yang pastinya takkan cukup senarai. Jom kita cuba senaraikan beberapa contoh produk dan jenama sebagaimana tersenarai :

Roti - Gardenia vs High 5
Saluran telekomunikasi telefon mudah alih - Maxis vs Celcom
Stesen minyak - Petronas vs Shell
Telefon bimbit - Apple vs Samsung
Ejen pencarian (Searh Engine Optimizer) - Google vs Yahoo!
Farmasi - Guardian vs Watson
PRU - BN vs PR
Cat - Dulux vs Nippon
Pizza - Pizza Hut vs Domino
La Liga- Real vs Barcelona
BPL - MU vs MC
Mee segera - Maggi vs Mee Sedap
Restoran makanan segera - KFC vs McD
Rancangan TV - Media Prima vs Astro
Wayang  - GSC vs TGV

Demikian adalah persaingan melibatkan 2 penjuru. Demikian jika kita kecilkan skop kepada 2 penjuru sahaja. Dalam erti kata yang lain kita akan menyaksikan 2 gergasi ini berentap antara satu sama lain, (nota:bagi kajian kes di Malaysia). Apa kata kita banyakkan lagi pilihan yang ada, maka persaingan seperti berikut dapat kita saksikan, terutama melalui iklan media cetak dan elektronik;

Donut - Big Apple, J.Co, Dunkin Donut, Krispy Kreme
Saluran Radio - Sinar, Era, Hot, Suria,Hitz, Fly
Saluran TV - RTM, Media Prima, Astro, Al-Hijrah
Saluran telekomunikasi telefon mudah alih - Maxis, Celcom, Digi, U Mobile
Makanan segera - McD, KFC, A&W, Popeye, Pizza
Sabun mandi - Lux, Dove, Dettol, Protex
Sabun membasuh - Top, Daia, Breeze, Kuat Harimau 
Akhbar - Utusan Melayu, Berita Harian, Sinar Harian, Harakah, Malay Mail
Lampin pakai buang bayi - Pampers, Drypers, Huggies, Pet pet, Mamy poko
Laman sosial - Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Tagged
Stesen minyak - Petronas, Shell, Exxonmobile (Esso+Mobil), BHP
Telefon bimbit - Apple, Samsung, Sony Ericsson, Nokia, Motorolla
Ejen pencarian - Google, Yahoo! MSN, Alta Vista
Barangan elektrik - Sony, Philips, Sharp, Samsung, Pensonic
Browser - Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari
Pasaraya -  Carrefour, Tesco, Giant, AEON, Mydin
Pusat hiburan - K-Box, Red Box, Green Box
Aiskrim - Buskin Robin, Frutti Tutti, New Zealand Natural, Haagen Dazs
Computer operating system - Windows, Linux, Macintosh, Android, Blackberry, iPhone, iPad
Wayang - GSC, TGV, BIG Cinema, MBO
Liga bola - BPL, La Liga, Serie A, Bundesliga
Kosmetik wajah/ Pencuci muka - Avon, Shiseido, SKII, Silkygirl, Maybelline, Loreal, Garnier


Tanpa kita sedari, sebenarnya masih wujud alternatif lain dan sememangnya kita ada banyak pilihan. Contohnyabagi kes Searh Engine Optimizer (SEO) - pernah dengar tak Quintura, Kartoo? Cuba Google. (Alamak, terguna Google pulak!)

Selalunya, pelopor atau istilah Inggerisnya pioneer akan mencetuskan fenomena jenama. Contoh.. orang akan tanya ada colgate tak? Walaupun fresh & white pun tak kisah. Nak makan maggi.. walaupun hanyalah mi Ruski. Tolong belikan pampers anak.. walaupun jenama Drypers.

Dan kalau kita perhatikan, selalunya setiap barangan ataupun produk ada tagline yang menarik perhatian. Mereka akan claim produk mereka hebat dari segi apa? Contoh.. Domino's Pizza claim fast delivery. Tapi Pizza Hut. "Your Favorites. Your Pizza Hut."

Sebab tu ada istilah penjenamaan semula ataupun rebranding. Apabila repacakaging, maka harga juga akan direvise. Itulah strategi pemasaran mereka agar kelansungan perniagaan dapat diteruskan. Maka, adakah istilah alah membeli, menang memakai kena dengan pengguna? Tepuk dada, tanya selera~

No comments:

Post a Comment