Hebahan

Friday, April 27, 2012

RRP Part 3 : Indikator Pasca ABPBH 2011

Sebelum teruskan pembacaan, sila baca terlebih dahulu edisi Rating, Ranking, Popularity (RRP) Part I dan II.

Dan inilah dia hasil "post morterm" bersama rakan setugas ;

Apakah indikatornya? Atau.. apakah relevannya penganjuran majlis seumpama ABPBH ini? Hakikatnya, ramai penerbit, pengarah manjadikan tahap populariti artis sebagai pengukur tinggi atau rendah saham mereka. Darjah "relevan" mereka dalam industri ditentukan melalui anugerah sebegini.

Siapa yang dimahukan oleh penonton kaca TV, layar perak, radio dan sebagainya. Dan kesemua calon membawa imej dan jenama mereka sendiri seiring produk yang terhasil.Jenama ini popular disebabkan 2 faktor ini. PRODUK dan FENOMENA(mungkin juga kontroversi). Kedua-duanya mesti seiring. Jom kita buat analisis ke atas nama setiap pemenang.




Seperti yang dijangkakan, Aaron Aziz mengungguli trofi Bintang Paling Popular 2011 dengan jumlah undian terkumpul : 87 899. Dan berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2011 :


* Artis Berkumpulan / Duo Popular : Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah

PRODUK - 3 Suara ; FENOMENA Beribu Sesalan, Menang beberapa anugerah di APM dan AJL

Satu kejutan? Tidak



 * Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla

PRODUK - banyak drama TV3, ermula Gemilang, Sahara, Ramadhan Terakhir, Bunga April, Atasa Nama Cinta dll dan FENOMENA Kontroversi tarian tiang sambut birthday!

Satu kejutan?Ya! Sebab mengatasi Najwa Latif, Neelofa dan Izara yang lebih popular & berfenomena.



* Artis Baru lelaki Popular : Johan Asaa’ri

PRODUK - Juvana, Cinta Elysa dan FENOMENA Juvana, kontroversi cinta dgn Izreen, Fasha dan Nabila Huda

Satu kejutan? Tidak. Pencabar terdekat.. Hazama tetapi bukan satu fenomena. Nama lain cukupkan senarai.



* Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

PRODUK kitar semula panggilan hangit.. dan FENOMENA - suam kuku kaki

Satu kejutan? Ramai mengharapkan kejutan. Tapi SY tak tercalon pula.



* Penyampai Radio Wanita Popular/ Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

PRODUK kitar semula panggilan hangit..; FENOMENA - suam kuku kaki

Satu kejutan?Ramai mengharapkan kejutan. Tapi tak ada sesiapa yang mampu mengatasi Farah buat masa ini. Dan Fafau satu-satunya artis yang membawa pulang 2 anugerah (yang berbeza) kali ini. 



* Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak

PRODUK - Raja Lawak, Melodi;  FENOMENA - Jozan! Ya, Jozan satu fenomena juga.

Satu kejutan? Kejutan yang dijangka dan diharapkan. Pak Nil tewas akhirnya.. tapi gedik nak serahkan trofi itu sendiri. Macam nak cover line tak boleh terima hakikat pun ada. Datuk Siti tak sibuk pun nak bagi trofi Penyanyi Wanita Popular kepada Yuna. Kan?
    


* Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias


PRODUK banyak drama Michael Ang dan FENOMENA gara-gara bereksperimen dengan feseyen yang sehazab LadY Gago~ Kau ado?

Satu kejutan? Noorkhiriah pelakon versatile.. Her talent not limited to comedy only. Jadi, Noor memang kena lepaskan juga trofi ni.


   
* Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
PRODUK bersepah~ Raja Lawak, Maharaja Lawak, Edisi Khas, Lawak Ke Der? dll;  FENOMENA - Jozan!

Satu kejutan? YA kerana berjaya memintas Zizan



* Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz

PRODUK?? - Tiada yang melekat dan kuat karaktor/jalan ceritanya. Adakah Donut?  ; FENOMENA - Nur kasih dah lama berlalu. Mungkin disebabkan statement kontroversi Fizz yang kata kalau menang ABP nak lamar Almy Nadia. Dan mungkin sebab rajin "turun padang" join road tour

Satu kejutan? YA. Mengatasi Aaron yang lebih berfenomena menerusi Nora Elena. seth Tan okay~



* Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

PRODUK: Cinta Elysa; FENOMENA Kontroversi "cinta lokasi" bersama Botak

Satu kejutan? Tidak. Tapi mungkin ini kemenangan terakhir FS yang akan berkahwin dengan Jejai akhirnya



* Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz

PRODUK - Nora Elena, Ombak Rindu, Badai Semalam, KL Gangster; FENOMENA Aaron Aziz itu lebih kuat berbanding abng Long, Seth, Encik Haris dan lain-lain

Satu kejutan? Tidak



* Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin

PRODUK - Cun, Ombak Rindu; FENOMENA Ombak Rindu

Satu kejutan? YA merampas dari LS. Maya pernah menang ABP tahun 2001,2005,2008 dan 2010.



* Penyanyi Wanita Popular : Yuna

PRODUK- Album Decorate; FENOMENA - melebarkan sayap kareer ke USA, di samping fesyen Yuna (terutama tudung) yang menjadi bualan di samping kontroversi yang dicetuskan "Penakut"!

Satu kejutan? Tidak. Walaupun Alyah lebih menyerlah dengan satu produk, Kisah Hati.



* Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

PRODUK, Awan Nano (menang Lagu Terbaik APM dan AJL)  dan FENOMENA Ombak Rindu

Satu kejutan? Tidak



* Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza

Siapa lagi yang layak & masih relevan?



Beberapa coretan mengenai persembahan sebelum menamatkan diskusi ini, 

  • Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, & Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.
  • Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.
  • Juga persembahan ringkas tapi menarik daripada Tam, Aizat dan M.Nasir. 
  • Sedutan "Ombak Rindu" bolehlah.. walaupun lakonan Aaron Aziz tak cukup real macam filem.

No comments:

Post a Comment