Inilah namanya dakwah bil hal (atau dakwah mengikut keadaan). Gaya dan pendekatan orang muda geng kita. Sebagaimana fenomena dakwah yang telah berjaya dicetuskan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Don Daniyal.
Tahniah! Tak ada salah pun. Rasanya method ataupun manhaj akan tampak lebih kemas dan tersusun sekiranya pendekatan baru diaplikasi. Jadi.. bagi menentang arus kejahilan, para da'ei atau pendakwah harus menyusun atur, gerak langkah agar ianya selari dan seimbang dengan kehendak/kemahuan golongan sasar.
Memandangkan golongan muda paling ramai, dan dunia ini bakal diwariskan kepada orang muda, maka seharusnya orang muda belia juga (kalu orang tua pun tetap berjiwa muda) yang perlu menjadi model ataupun salah satu sumber rujukan. Sekurang-kurangnya, jurang (gap) itu tidak begitu terasa jauhnya.
Contohnya.. rancangan seperti Adik-adikku yang mahu melahirkan pendakwah atau pemidato cilik. Imam Muda, Ustazah Pilihan dan yang sehala dengannya. Maher Zain dan Irfan Makki juga berdakwah dengan cara mereka sendiri. Bukan?
Justeru.. alang-alang orang kata ini musim K-Pop bagai.. maka tak salah kalau ada usaha dakwah sebegini diperkenalkan..
TT : Apa cer dengan kumpulan yang claim memperjuangkan genre M-Pop, yakni Max24:7, Gula-gula dan yang senasib dengannya? Hua hua hua.
No comments:
Post a Comment