Hebahan

Saturday, January 1, 2011

CDC Disember

Ya! Tak sangka betul.. kita sudah menjengah tahun 2011. Bulan Disember 2010 juga banyak berita-berita panas, hangat membara. Macam berikut:

1. MALAYSIA, Juara Piala Suzuki AFF 2010



Dan sudah tentu, inilah berita paling hangat bulan ini sekaligus penutup tirai 2010..Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini. Perlawanan di Jakarta tamat dengan keputusan 1-2.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu. Lepas tu nama Fahmi @ Apek naik mendadak. Glam sekejap.


Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol. Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.


Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil jaringan Ashaari Shamsudin dan dua gol Safee Sali.

Ternyata tanpa jurulatih asing, tanpa khidmat pemain import, sebaliknya bergantung 100% tenaga keringat anak tempatan, 100% buatan Malaysia, ternyata Malaysia kini kuasa baru bola sepak Asia Tenggara. Tahniah kepada Rajagobal, dan kesemuanya.

Tukang Tulis :Rio Ferdinand siap buat status kat Twitter lagi ucapkan tahniah. Emm..menanti juga pancaran laser daripada Julia Perez bersama 'coli'nya..ops :P Alih-alih ternampak kelibat Manohara kalau tak silap.

2. Wikileaks


Heboh satu malaysia berkenaan dengan wikileaks ni. Apa dia wikileaks dan siapa di belakang wikileaks ni. Rasanya, Wikileaks ni bermula di Amerika di mana Wikileaks telah membongkar banyak rahsia sulit tahap tertinggi. Semua rahsia sulit ini di paparkan di internet dan boleh dibaca oleh semua orang di dunia ini yang mempunyai akses internet.


Ala-ala surat beracun, segala temberang dan lubang pecah. Rahsia dibongkar dan didedah. Itulah dia penangan Wikileaks sekaligus memperkenalkan kepada dunia pengasasnya, Julian Assange. Sekarang Wikileaks ni dah menular di Malaysia termasuk mendedahkan maklumat sulit perisikan Singapura dan Amerika berkenaan dengan perlakuan liwat DSAI.

Tapi kita tak tahu kebenaran di sebalik pendedahan wikileaks ini samada maklumat yang di bongkarkan itu adalah benar atau palsu. Jadi pandai-pandai la kita untuk menerima atau tidak maklumat pembongkaran Wikileaks ni.

Tukang Tulis : Apa beza Wikileaks dan Wikipedia? Haha

3. Naik harga lagi~

4 dalam 1 ya! Naik harga lagi! Ops bukan naik harga. Penyelarasan harga kaedahnya :P

4 barang sekaligus ya. Gula, gas, diesel termasuk petrol (RON 95 dan RON 97) walaupun...


Ini dia keratan akhbar tahun ni ya..tarikh 3 nov 2010.. Bukti?? Nah~

Tukang Tulis : Habis lah Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang nanti? Makin tenang atau makin gawat??

4. Marion dan SM Nasa

Pengacara One In A Million, Morion Rose Counter akhirnya sah menjadi isteri SM Nasarudin SM Nasimuddin. Nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah. Mereka  selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin lelaki itu di Bukit Tunku


Tukang Tulis : Adik ipar Tony Blair, pun masuk Islam, tapi bukan sebab kahwin dengan orang Islam

5. Kate Middleton


Inilah dia tunangan Putera Williams, bakal pewaris kerabat di-raja Britain. Mereka telah bertunang bulan November lalu dan bakal berkahwin 29 April 2011 khabarnya.Malah, perkahwinan William dan Kate yang dijadual pada tahun depan bakal menjadi acara perkahwinan diraja paling besar sejak perkahwinan ibu bapa William, Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981.

Begitulah terujanya peminat golongan monarki, apalagi kerana membabitkan William - putera idaman yang kaya sifat dan wajah seiras bondanya. Tidak hairanlah, pengumuman pertunangan pasangan sebaya berusia 28 tahun itu, terus diikuti rapat bukan saja rakyat Britain, tetapi di pelusuk negara lain. 

Semua cerita yang berkaitan digali media serta kalangan blogger termasuk bagaimana William melamar Kate sewaktu bercuti di Kenya bulan lalu dan selepas meminta keizinan bapa Kate untuk berkahwin dengan anak perempuannya, dihebahkan.William juga dikhabarkan sanggup membawa bersama cincin ibunya itu sejak beberapa bulan sebagai persediaan menunggu detik melamar kekasihnya.

Tukang Tulis: Ada orang nak samakan standar Kate Middleton dengan mendiang Puteri Diana. Mampukah??

6. Juara Realiti TV

Ada beberapa rancangan realiti TV yang telah menobatkan juara baru

Biggest Loser Asia 2 - Raj dari Singapura


Mari Menari - pasangan Raziff dan Alia Nadira (wow..Wan MS pengarah muziknya)


Idola Kecil 3 - Harris

Kamilah Bintang - Syazwani Supari atau Wani



The Amazing Race Asia 4 - Richard Hardin & Richard Herrera(Filipina)



Tukang Tulis : Sebenarnya tak berapa setuju rancangan kanak-kanak menyanyi ni. Kenal tak adik Firman Hassanie Shariati Abdl Halim? Kontroversi novel Interlok tulisan Abdullah Hussain pun hangat sebab telah ditarik balik daripada menjadi bahan bacaan subjek Sastera Bahasa Malaysia untuk tingkatan lima berikutan dakwaan bahawa isi kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

7. Anugerah!

Ada 2 individu mengharumkan nama negara yakni;

Arwah Yasmin Ahmad, orang Malaysia pertama merangkul anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) di Taipei.Walaupun filem Mualaf kurang berjaya dari segi kutipan, ternyata kualiti filem tersebut dapat dilihat oleh hakim-hakim Festival Filem Asia Pasifik. Seterusnya filem Muallaf menang besar di Anugerah Skrin.

Walaupun Allahyarham telah meninggalkan kita, filem-filem arahan beliau masih lagi memberikan sumbangan dalam memperkenalkan negara kita. Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


Dan, Jangan Lupa Lirik kelolaan Aznil Nawawi sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu telah memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards (ATA), acara yang paling dinantikan seluruh karyawan dari seluruh asia untuk industri televisyen. Jangan Lupa Lirik juga berjaya mendapat perhatian industri kerana menonjolkan kecemerlangan dalam susun atur jadual program, produksi dan persembahan.Pengiktirafan yang baru diraih ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama Malaysia dalam peta dunia melalui industri kandungan penyiaran Malaysia serta mempamerkan kecemerlangan rakyat Malaysia dalam aspek kreativiti.

Melalui lebih 1,000 peryertaan dari 15 buah negara di seluruh asia, iaitu Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand, kemenangan ini memberi kenangan manis buat Astro kerana berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik melalui program Jangan Lupa Lirik. Di samping itu, program Gelanggang Raja Lawak Akhir turut dipuji di dalam kategori Program Komedi Terbaik.

Tukang Tulis : Anugerah Skrin (ASK) tak mahu ulas ke? Lihat saja senarai pemenang di sini. Ok juga dengan keputusan pemenang berbanding FFM. Suka tengok Shaheizy Sam, Noorkhiriah dan Fazura menang ya (walaupun anugerah Pelakon Pembantu Terbaik - Pisau Cukur. Pembantu ke?)


8. TV Al-Hijrah.


Akhirnya..stesen ini berjaya juga dilancarkan dengan rasminya oleh PM pada 7 Disember bersamaan 1 Muharram 1432. Wah..hijrah sangat kan? Begitu simbolik, setelah sekian lama diuar-uarkan mencuba untuk bersiaran. Lebih lanjut mengenai TV baru percuma daripada JAKIM ada di sini.
Tukang Tulis : Tan Sri Zetty Akhtar, wanita pertama dapat Tokoh Maal Hijrah 1432. Motif?? Hehe. Manakala Datuk Dr. Haron Din diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor Negeri lain? Google sendiri ya.


9. Presiden MIC baru

Ya.. akhirnya..kata dikota. Dulu bilang tak mahu balik KL kalau BN kalah di Lunas. Macam-macam lah. Dan beliau pernah kata, kalau MIC menang di hulu Selangor, beliau akan lepas jawatan sebab tu maknanya MIC semakin relevan dan diterima kembali masyarakat India. Apa macam??

Datuk Seri S.Samy Vellu akan dilantik sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan berkuatkuasa 1 Januari 2011. Pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.


Samy Vellu, 74, presiden parti yang paling lama, menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Palanivel awal Disember lalu.

Tukang Tulis : Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mewujudkan parti baru. Beliau kini presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA). Wah... sejahtera betul tu~

10. Inter Milan muncul juara Piala Kelab Dunia


Juara Eropah, Inter Milan mendakap trofi Piala Dunia Kelab selepas menumpaskan juara Afrika, TP Mazemben 3-0 dalam perlawanan akhir di Zayed Sports City.Inter Mila, Juara Eropah manakala Mazembe, kelab dari Republik Congo bagaimanapun mencatatkan sejarah manis apabila menjadi kelab pertama dari Afrika berjaya melangkah ke final selepas mengejutkan juara Copa Libertadores, Internacional dari Brazil 2-0 pada separuh akhir.


Tukang Tulis : Kelantan sekali lagi menjadi johan pertandingan bola sepak. Kali ini Piala Emas Raja-raja menjadi milik Kelantan setelah menumpaskan Kedah di peringkat akhir

Friday, December 31, 2010

Lagu-lagu Menjadi 2010

Tahun lepas aku telah senaraikan 25 Lagu Terbaik Pilihan Tukang Tulis 2009. Kali ni, aku akan senaraikan lagi  25 lagu yang terbaik dari kaca mata aku selaku si tukang tulis sepanjang tahun 2010. Kalaulah aku tokey stesen radio, lagu-lagu ini akan kerap aku mainkan. Kalau aku penerbit album, lagu-lagu ini akan dikompilasikan sebagai album YANG TERBAIK.

Diulangi sekali lagi, 25 lagu PILIHAN HATIKU atas sebab-musabab yang tertentu, samada dari segi melodinya yang indah, liriknya yang puitis dan romantis mahupun kesegaran lagu ini yang diulang putar berulang-ulang kali. Mungkin sesetengah lagu ini akan masih mendapat perhatian pendengar dan penggemar muzik bagi tahun 2010. Terimalah seadanya~

Monoloque ft Atilia - Kekanda Adinda
Shohaimi Meor Hassan ft Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran
Aizat - Sungai Lui
Tomok - Bagaikan Bidadari
Faizal Tahir - Hanyut
Malique ft. Najwa - Senyum
Adzrin Azhar - Pujaan Malaya
6ixth Sense - Menyesal
Anuar Zain - Kuberjanji Karna Cinta
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Yuna - Penakut
Azfar - Akan Kujumpa
Aidil ft Hafiz Hamidun - Kuyakin Berlaku
Atilia - Indah
Mizz Nina ft Noh Hujan - Kurnia
Hujan - Mencari Konklusi
Fiq ft Mirwana - Manifestasi Cinta
Mirwana ft Hujan - Tika Masanya
Alif Satar - Cukup Indah
Black - Sofe Jane
Spider - Kita Satu
Noryn Aziz ft Christian Bautista - Anugerah Cinta
Datuk Sheila Majid - Dengarkanlah
Ezad Lazim - Bertemu Cintaku
Sofaz - Dan Bila Esok

Wednesday, December 29, 2010

Berwajah baru...

Ya! Jangan terperanjat. Sempena tahun 2011, dan bermakna hampir 2 tahun aku bergelar wartawan indie also known as (a.k.a) blogger. Moga tahun 2011 nanti, penulisan aku bertambah matang, pengisian lebih mantap, tidak terlalu beremosi namun tetap menyentap perasaan. TOING~

Semoga pembaca mendapat inspirasi, ilham dan manfaat di samping menyerlahkan lagi aura yang positif, mendidik kalbu santapan rohani. Cewah~ Itulah dia visi, misi dan resolusi si tukang tulis bagi tahun 2011 (sebut dua puluh sebelas). 


Walaupun blog ini berjudul HITAM-PUTIH kehidupan, tapi tu tak bermakna kita hanya ada 2 pilihan warna sahaja. Perubahan demi kebaikan. Moga wajah baru, warna yang ceria ini menaikkan lagi 'seri dan aura' blog ini sekaligus membuatkan pembaca tenang, melekat dan rajin berkunjung ke mari.

Dan 2010 yang akan berlalu meninggalkan kita, moga yang baik bertambah bagus. Yang buruk tak semakin teruk. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Segala reaksi, ekspresi dan persepsi pasti seiring bergantung kepada situasi, posisi dan kondisi.

Bagi tukang tulis, tahun 2010 tahun yang paling indah. Sudah berumahtangga walaupun belum ada rumah. Punyai kerjaya yang stabil, bakal bergelar bapa dan tak perlu lagi tinggal berjauhan dengan isteri tercinta setelah dapat bertukar sekolah di Selangor. Selamat kembali ke sekolah adik-adik :)

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Murah Rezqi 3

Labuan-Putrajaya! Apa bezanya? Kedua-duanya di bawah naungan Wilayah Persekutuan. Kalau pilihan raya hanya kerusi Parlimen disediakan. Putrajaya dulunya kawasan ladang kelapa sawit. Prang Besar nama lamanya manakala Labuan merupakan pulau bebas cukai, dekat dengan negeri Sabah dan negara Brunei.

Andai kumampu..?
Labuan-Putrajaya~ dipisahkan Laut Cina Selatan. Mahu ke sana hanya dengan kapal terbang sahaja. Boleh nak naik kapal tapi mesti makan masa yang panjang. Kan? Begitulah kisahnya, kami suami isteri yang terpisah dek LautCina Selatan tapi tetap ada jodoh.

Setelah selamat berkahwin, memang sasaran utama mahu bawa isteri aku balik ke Semenanjung. Lebih tepat lagi KL atau Selangor. Lebih khusus lagi, Sabak Bernam, kata ayah mertuaku. Tak kisahlah.. janji dapat pindah. Tak perlu runsing memikirkan apa nasib orang tercinta nun jauh di sana.

Maka, pada 1 September 2010, telah dibuka permohonan pertukaran secara atas talian (online) bagi semua guru yang mahu bertukar. Perancangan asalnya memang mahu pilih Selangor. Bukan KL atau Putrajaya. Entah macam mana setelah perbincangan terperinci bersama ahli keluarga, sanak saudara, kami sepakat memilih Putrajaya pulak.

Pada tarikh 15 November 2010,hari Isnin, keputusan telah diumumkan. Alangkah sedihnya, menangis tak berlagu dibuatnya apabila permohonan tidak diluluskan. Aduhai.. mengenang nasib badan. Nanti berpisah jauh dengan isteri. Sayangku yang berbadan dua pastinya berduka-lara memikirkan nasib badan.

Huh~ Mengeluh?? Jalan buntu.. Kelam! Rasa nak pitam. Aku masih tak nampak jalan keluarnya. Terperangkap. Tak boleh fikir dah apa nak buat. Maka otak telah memulakan sessi brainstorming. Memikirkan plan kontigensi. Plan B ataupun back-up plan...

Apa perlu dibuat sekarang?? Rayuan?? Kalau tak dapat rayuan, apa perlu dibuat?? Maka, langkah pertama ialah kena buat rayuan. Kena tulis surat bagai, pastu naik turun mahkamah, eh, naik turun kementerian! Kabel?? Kabel telefon kah??

Sayang sekali, memang tak kenal sesiapa di Kementerian Pelajaran. Ada juga tanya kawan-kawan tapi sekadar kawan atas kawan. Senang cerita, kabel tak cukup kuat. Maka, kami hanya berserah. Berdoa dan tawakkal, buat solat hajat sendirian dan berjemaah.

Tapi, jauh di sudut hati mengatakan macam takde harapan. Dah fikir macam-macam dan fikir bukan-bukan. Wify akan balik bulan satu, lepas tu aku pulak ke sana bulan 2. Sampai tahap terfikir nak ambil cuti tanpa gaji 2 bulan awal sebelum due bersalin.

Akhirnya keputusan rayuan keluar pada 24 Disember 2010. Bersedia?? Nah~


Gembira tak terkata. Bersyukur sangat-sangat. Inilah rezeki anak, macam orang kata. Alhamdulillah. Aku bersyukur atas segalanya Ya Allah :)



Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

Kisah Murah Rezqi 2

Sebelum aku lapor diri di Petrosains pada 1 November 2010, aku dah siang-siang lagi bagi notis dekat PSN. Nak berhenti kerja. Dah PSN tak buka peluang untuk sebarang jawatan, maka hidup perlu diteruskan. Aku ada tanggungan dan perlukan wang untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

14 Oktober 2010, tarikh akhir aku berkhidmat di PSN selaku sukarelawan. Ya! Tarikh yang amat bermakna bagi isteriku yang tercinta. Ulanngtahun kelahirannya yang ke-26. Apakah hadiah? Apakah kejutan? TEET~

Hadiah? Rasanya kandungan yang sudah masuk 5 minggu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya. Kami akan dapat anak sulung, insya allah. Kejutan yang bukan kejutan? Keesokan harinya, 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010 aku akan ke Kota Kinabalu.

Terbang ke Kota Kinabalu menemui isteri tercinta. Berbulan madukah?? Rasanya inilah satu-satunya bulan madu kami. Bulan madu yang bukan berdua tapi bertiga :)

Aku ambil pakej MAS. Bertolak dari KLIA jam 11.30 pagi dan perjalanan ke KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Tahu tak siapa dia satu flight dengan aku? Zizan Raja Lawak! Kecoh seketika.. hehe. Ada ujibakat Raja Lawak 5 di 1Borneo katanya.

Isteriku dari Labuan sudah sedia menanti tatkala aku tiba di KKIA(Kota Kinabalu International Airport). Kemudian, kami mendapatkan kereta sewa di mana aku telah sedia berunding sebelum tiba di KK. 

Bergambar dengan Kancil yang disewa
Kemudian, pengembaraan bermula! Jeng jeng jeng~ Apa lagi.. dah sewa kereta mahal-mahal eh murah-murah. Pusing satu KK. Pergi pasar Filipina, beli mutiara-mutiara dan makanan mentah macam ikan bilis dll. Sempat pergi Tanjung Aru, dan Menara Tinjau yang dapat tengok satu KK.
Ini dia Jai@Jaidatul, kawan masa Vads dulu. Sekarang buat bisnes :)
Terima kasih kepada kawan, Jaidatul yang sudi jadi tourist guide tak bertauliah. Hehe. Jai kata KK ni seronok pergi pulau-pulau ke.. pergi Ranau ke.. menghala Gunung Kinabalu ke.. Emm..lain kali lah nampak gayanya.

Ada lagi kawan UPM dari Sabah, Epa, Niza dan Marysia tapi tak kesempatan bertemu. Semua sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Isy, ni macam minta aku ke KK lagi sekali je. Insya allah, suatu hari nanti  aku akan kembali ke KK. Apa-apapun kita layan gambar dulu~


Nampak 1 KK dari pandangan Menara Tinjau

Lunch @ Suria, KK

Tanjung Aru & ikan bakar..


Selama 2 malam di KK, aku amat seronok walaupun suhu agak panas. Kami menginap di Hotel Novotel. Masa nak check in, tiba-tiba pihak pengurusan upgrade bilik. Dapat bilik suite tingkat 16. Murah rezeki~ Sarapan disediakan 2 hari berturut-turut. Bukan itu saja, dapat hadiah benda alah ni.

Terbukti mata sparrow walau dapat 3 arrow~
 
Ini dia bilik Suite
 
 
  
Dari tingkat 16 Hotel Novotel, bersebelahan dengan 1Borneo
Sebelah kanan itulah dia UMS
  
Alhamdulillah, murah rezeki. Sebab 1Borneo sebelah hotel saja, maka boleh shopping di situ juga. Motif?? Shopping di KK? Punya besar KL alih-alih nak membeli-belah di KK. Takpelah, ni maknanya memperuntukkan masa berkualiti dengan isteri tercinta.

Sayangku siap bagitahu, "Kita tak pernah shopping sama-sama macam ni kan, bang selepas kahwin?" Emm.. betul tu. Boleh bilang beberapa kali saja. Sebab kami tinggal berjauhan. Putrajaya-Labuan. Kini, bukan sekadar teman shopping, tapi siap teman jumpa doktor lagi.


Alhamdulillah..rezqi anak namanya. Siap scan lagi. Waktu itu baru masuk 5 minggu lebih kurang. Pelik! Tak tahu doktor kira macam mana. Isteri aku kata hari sebelum ni, doktor lain kata dah masuk 6 minggu. Ah, takpe! Yang penting aku mahukan ibu dan bayinya selamat

Ala-ala Cinderella, tepat jam 12 kena berpisah. Kena balik KL dah
Sekejap saja 3 hari-2 malam berlalu. Masa untuk berpisah balik. Sedih. Huwaa.. Walaupun singkat tapi kami sempat bermesra, bermanja, bermasam muka, merajuk dan sebagainya. Pakej~ Macam pakej MAS ni. Aku amat puas hati. Dapat bilik suite. Dan sekarang, ada satu lagi kejutan MAS. Jeng jeng jeng.. dapat tiket ini.  Fuh~ merasa.. Alhamdulillah, murah rezqi :)

    

Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.