Hebahan

Saturday, January 1, 2011

CDC Disember

Ya! Tak sangka betul.. kita sudah menjengah tahun 2011. Bulan Disember 2010 juga banyak berita-berita panas, hangat membara. Macam berikut:

1. MALAYSIA, Juara Piala Suzuki AFF 2010



Dan sudah tentu, inilah berita paling hangat bulan ini sekaligus penutup tirai 2010..Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini. Perlawanan di Jakarta tamat dengan keputusan 1-2.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu. Lepas tu nama Fahmi @ Apek naik mendadak. Glam sekejap.


Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol. Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.


Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil jaringan Ashaari Shamsudin dan dua gol Safee Sali.

Ternyata tanpa jurulatih asing, tanpa khidmat pemain import, sebaliknya bergantung 100% tenaga keringat anak tempatan, 100% buatan Malaysia, ternyata Malaysia kini kuasa baru bola sepak Asia Tenggara. Tahniah kepada Rajagobal, dan kesemuanya.

Tukang Tulis :Rio Ferdinand siap buat status kat Twitter lagi ucapkan tahniah. Emm..menanti juga pancaran laser daripada Julia Perez bersama 'coli'nya..ops :P Alih-alih ternampak kelibat Manohara kalau tak silap.

2. Wikileaks


Heboh satu malaysia berkenaan dengan wikileaks ni. Apa dia wikileaks dan siapa di belakang wikileaks ni. Rasanya, Wikileaks ni bermula di Amerika di mana Wikileaks telah membongkar banyak rahsia sulit tahap tertinggi. Semua rahsia sulit ini di paparkan di internet dan boleh dibaca oleh semua orang di dunia ini yang mempunyai akses internet.


Ala-ala surat beracun, segala temberang dan lubang pecah. Rahsia dibongkar dan didedah. Itulah dia penangan Wikileaks sekaligus memperkenalkan kepada dunia pengasasnya, Julian Assange. Sekarang Wikileaks ni dah menular di Malaysia termasuk mendedahkan maklumat sulit perisikan Singapura dan Amerika berkenaan dengan perlakuan liwat DSAI.

Tapi kita tak tahu kebenaran di sebalik pendedahan wikileaks ini samada maklumat yang di bongkarkan itu adalah benar atau palsu. Jadi pandai-pandai la kita untuk menerima atau tidak maklumat pembongkaran Wikileaks ni.

Tukang Tulis : Apa beza Wikileaks dan Wikipedia? Haha

3. Naik harga lagi~

4 dalam 1 ya! Naik harga lagi! Ops bukan naik harga. Penyelarasan harga kaedahnya :P

4 barang sekaligus ya. Gula, gas, diesel termasuk petrol (RON 95 dan RON 97) walaupun...


Ini dia keratan akhbar tahun ni ya..tarikh 3 nov 2010.. Bukti?? Nah~

Tukang Tulis : Habis lah Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang nanti? Makin tenang atau makin gawat??

4. Marion dan SM Nasa

Pengacara One In A Million, Morion Rose Counter akhirnya sah menjadi isteri SM Nasarudin SM Nasimuddin. Nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah. Mereka  selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin lelaki itu di Bukit Tunku


Tukang Tulis : Adik ipar Tony Blair, pun masuk Islam, tapi bukan sebab kahwin dengan orang Islam

5. Kate Middleton


Inilah dia tunangan Putera Williams, bakal pewaris kerabat di-raja Britain. Mereka telah bertunang bulan November lalu dan bakal berkahwin 29 April 2011 khabarnya.Malah, perkahwinan William dan Kate yang dijadual pada tahun depan bakal menjadi acara perkahwinan diraja paling besar sejak perkahwinan ibu bapa William, Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981.

Begitulah terujanya peminat golongan monarki, apalagi kerana membabitkan William - putera idaman yang kaya sifat dan wajah seiras bondanya. Tidak hairanlah, pengumuman pertunangan pasangan sebaya berusia 28 tahun itu, terus diikuti rapat bukan saja rakyat Britain, tetapi di pelusuk negara lain. 

Semua cerita yang berkaitan digali media serta kalangan blogger termasuk bagaimana William melamar Kate sewaktu bercuti di Kenya bulan lalu dan selepas meminta keizinan bapa Kate untuk berkahwin dengan anak perempuannya, dihebahkan.William juga dikhabarkan sanggup membawa bersama cincin ibunya itu sejak beberapa bulan sebagai persediaan menunggu detik melamar kekasihnya.

Tukang Tulis: Ada orang nak samakan standar Kate Middleton dengan mendiang Puteri Diana. Mampukah??

6. Juara Realiti TV

Ada beberapa rancangan realiti TV yang telah menobatkan juara baru

Biggest Loser Asia 2 - Raj dari Singapura


Mari Menari - pasangan Raziff dan Alia Nadira (wow..Wan MS pengarah muziknya)


Idola Kecil 3 - Harris

Kamilah Bintang - Syazwani Supari atau Wani



The Amazing Race Asia 4 - Richard Hardin & Richard Herrera(Filipina)



Tukang Tulis : Sebenarnya tak berapa setuju rancangan kanak-kanak menyanyi ni. Kenal tak adik Firman Hassanie Shariati Abdl Halim? Kontroversi novel Interlok tulisan Abdullah Hussain pun hangat sebab telah ditarik balik daripada menjadi bahan bacaan subjek Sastera Bahasa Malaysia untuk tingkatan lima berikutan dakwaan bahawa isi kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

7. Anugerah!

Ada 2 individu mengharumkan nama negara yakni;

Arwah Yasmin Ahmad, orang Malaysia pertama merangkul anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) di Taipei.Walaupun filem Mualaf kurang berjaya dari segi kutipan, ternyata kualiti filem tersebut dapat dilihat oleh hakim-hakim Festival Filem Asia Pasifik. Seterusnya filem Muallaf menang besar di Anugerah Skrin.

Walaupun Allahyarham telah meninggalkan kita, filem-filem arahan beliau masih lagi memberikan sumbangan dalam memperkenalkan negara kita. Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


Dan, Jangan Lupa Lirik kelolaan Aznil Nawawi sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu telah memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards (ATA), acara yang paling dinantikan seluruh karyawan dari seluruh asia untuk industri televisyen. Jangan Lupa Lirik juga berjaya mendapat perhatian industri kerana menonjolkan kecemerlangan dalam susun atur jadual program, produksi dan persembahan.Pengiktirafan yang baru diraih ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama Malaysia dalam peta dunia melalui industri kandungan penyiaran Malaysia serta mempamerkan kecemerlangan rakyat Malaysia dalam aspek kreativiti.

Melalui lebih 1,000 peryertaan dari 15 buah negara di seluruh asia, iaitu Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand, kemenangan ini memberi kenangan manis buat Astro kerana berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik melalui program Jangan Lupa Lirik. Di samping itu, program Gelanggang Raja Lawak Akhir turut dipuji di dalam kategori Program Komedi Terbaik.

Tukang Tulis : Anugerah Skrin (ASK) tak mahu ulas ke? Lihat saja senarai pemenang di sini. Ok juga dengan keputusan pemenang berbanding FFM. Suka tengok Shaheizy Sam, Noorkhiriah dan Fazura menang ya (walaupun anugerah Pelakon Pembantu Terbaik - Pisau Cukur. Pembantu ke?)


8. TV Al-Hijrah.


Akhirnya..stesen ini berjaya juga dilancarkan dengan rasminya oleh PM pada 7 Disember bersamaan 1 Muharram 1432. Wah..hijrah sangat kan? Begitu simbolik, setelah sekian lama diuar-uarkan mencuba untuk bersiaran. Lebih lanjut mengenai TV baru percuma daripada JAKIM ada di sini.
Tukang Tulis : Tan Sri Zetty Akhtar, wanita pertama dapat Tokoh Maal Hijrah 1432. Motif?? Hehe. Manakala Datuk Dr. Haron Din diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor Negeri lain? Google sendiri ya.


9. Presiden MIC baru

Ya.. akhirnya..kata dikota. Dulu bilang tak mahu balik KL kalau BN kalah di Lunas. Macam-macam lah. Dan beliau pernah kata, kalau MIC menang di hulu Selangor, beliau akan lepas jawatan sebab tu maknanya MIC semakin relevan dan diterima kembali masyarakat India. Apa macam??

Datuk Seri S.Samy Vellu akan dilantik sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan berkuatkuasa 1 Januari 2011. Pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.


Samy Vellu, 74, presiden parti yang paling lama, menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Palanivel awal Disember lalu.

Tukang Tulis : Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mewujudkan parti baru. Beliau kini presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA). Wah... sejahtera betul tu~

10. Inter Milan muncul juara Piala Kelab Dunia


Juara Eropah, Inter Milan mendakap trofi Piala Dunia Kelab selepas menumpaskan juara Afrika, TP Mazemben 3-0 dalam perlawanan akhir di Zayed Sports City.Inter Mila, Juara Eropah manakala Mazembe, kelab dari Republik Congo bagaimanapun mencatatkan sejarah manis apabila menjadi kelab pertama dari Afrika berjaya melangkah ke final selepas mengejutkan juara Copa Libertadores, Internacional dari Brazil 2-0 pada separuh akhir.


Tukang Tulis : Kelantan sekali lagi menjadi johan pertandingan bola sepak. Kali ini Piala Emas Raja-raja menjadi milik Kelantan setelah menumpaskan Kedah di peringkat akhir

No comments:

Post a Comment