Hebahan

Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI BAPA kepada BAPA-BAPA seluruh Malaysia~

Sebenarnya secara peribadi, kita tak perlu hari khusus untuk meraikan ibu atau bapa kita kerana memang wajib bagi seorang anak mematuhi dan mendengar kata ibu bapanya setiap hari. Redha allah terletak pada redha ibu bapa kita. Hal ini sudah terang lagi bersuluh di dalam Al Quranul Karim. Walaupun aku sudah berusia lebih 18 tahun, boleh ke mana saja tanpa pengawasan ibu bapa, tetapi ibu bapa kita tetap ada HAK untuk mengetahui segala rutin harian kita.

Bukan berada di bawah ketiak ibu bapa, tetapi itulah tanda cakna, prihatin dan kasih sayang seorang ibu atau bapa. Jangan rasa diri terkongkong, tak boleh keluar malam gara-gara mendapat SMS atau panggilan daripada ibu bapa kita jam 2 pagi. Percayalah... kerana suatu hari nanti, kita akan bergelar ibu dan bapa juga. Hargailah mereka. Berbaktilah kepada kedua-dua mereka selagi ada kesempatan sebelum terlambat. Demi masa,manusia itu kerugian.

Buat Papa, selaku ketua keluarga, terima kasih kerana menjadikan rumah kita tempat yang paling selamat. Aman dan tenteram. Jauh dari malapetaka dan musibah yang tidak diingini. Papa telah menjadi nakhoda kapal yang cekap dan telah membawa kami ke destinasi dan landasan yang sepatutnya. Selamat Hari Bapa, Papa~

Papa telah memberikan pendidikan (dunia dan akhirat), melengkapi hidup ini dengan keperluan-keperluan yang sepatutnya. Bila Mama strict bab belajar dan menghadap buku, Papa kurangkan tekanan itu dengan membelikan kami video game dan sebagainya. Papa dan mama saling melengkapi. Bila papa bising, mama senyap. Bila Mama pula membebel, Papa hanya mendengar. Rasanya itulah rahsia mereka selama 26 tahun. Saling melengkapi.

Ayuh, aku mahu bercerita kisah hidup seorang anak lelaki sulung dengan ayahnya. Aku dan Papa. Walaupun aku lebih rapat dan banyak mencurah masalah dengan mama, tetapi itu tak bermakna aku membelakangi Papa. Kerana hakikatnya setiap butir bicara apa jua perbincangan aku dan Mama mesti Papa tahu. Walaupun aku keluar rumah bagitahu Mama, tapi mesti Papa tahu.

Yang kelakarnya, kadang-kadang papa nak marah kami adik beradik melalui Mama. Maknanya tak kena sound direct. Mama yang jadi penyampai kalau Papa ada tak puas hati apa-apa. Contohnya papa bising kat Mama, kenapa Min keluar pergi Alamanda bawa Honda Stream?? Kesian mama pula kena marah sebab kami... Haha.

3 perkara akan kukenang sampai bila-bila

a. Panda - cerita klise lagi. Sudah-sudahlah cerita Panda. Semua dah tahu. Kan?? Haha

b. Masa depan - Mama jaga kebajikan kami ketika pra-pembelajaran. tetapi bila pasca-pembelajaran, Papalah orangnya. Aku ingat lagi bila habis SPM, berapa banyak borang Papa suruh isi. Nak biasiswa dll. Begitu juga bila dah dapat degree, macam papa pula yang nak cari kerja.

c. Kasih sayang - Papa bukan kaya harta, tapi kaya kasih sayang. Inilah benda yang tiada nilainya. Papa tak limpahkan kemewahan. Papa tak ajar anak hidup senang walaupun layak merasa sedikit mewah. Masa aku Tahun Satu di UPM, aku ada bawa Kancil. Tapi akhirnya Kancil itu ditarik dibawa ke Kelantan untuk papa bagi kat adik papa buat bisnes kereta sewa. Mulai saat itu, aku benar-benar membuka mata dan menghargai Panda.

Nak bukti lagi?? Papa ni bukan sekadar bapa. Tetapi juga macam kawan-kawan. Boleh ajak bermain dan bergurau senda. Papa boleh jadikan aku bahan lawak depan adik-adik ketika bermain Ping-pong. Ping-pong dan Karom- itulah yang mengeratkan kami dan menjadikan suasana rumah meriah dengan gelak tawa. Bercanda bergurau senda.

Papa juga boleh berubah wajah. Berubah nada menjadi lebih tegas. Aku anak sulung selalu kena beralah dengan adik walaupun adik yang salah. Mungkin begini cara papa dididik arwah Tok Ayah. Papa juga boleh diajak menjadi kawan berbual dan bertukar pendapat. Topik kegemaran kami anak-beranak melibatkan isu politik tanahair, isu negara, sukan, hiburan dll. Papa bila tengok berita atau baca akhbar, akan cerita balik dekat semua orang di dalam rumah apa yang telah melekat di fikiran. Sebab tu ingatan papa masih boleh tahan di usia ni.

Boleh hafal Surah Ar-Rahman, Al-Waqi'ah dll. Yang penting, kadang-kadang papa tak sedar buat siaran ulangan. Dah nak dekat 3 kali Papa cerita pasal kawan baik Papa. jadi, faham-fahamlah sendiri kenapa ada kawan-kawan panggil aku "ASTRO". Ke mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi?? TEET!

3 nasihat Papa untuk anaknya.

Walaupun tak boleh lawan nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya, tetapi kata-kata azimat yang pernah keluar dari mulut papa ini akan terngiang-ngiang di telinga:

1. Jangan tinggal solat + jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita ba'da solat - berkat & bahagia hidup

2. Orang pertama yang bagi sokongan dan nak sara pengajian 'pasca-siswazah' aku. Papa bagi nasihat 'life is non-stop learning' samada belajar secara formal atau tidak kita akan belajar benda baru setiap masa. Contohnya aplikasi teknologi terkini.


3. Papa, kata nak buat apa-apa, fikirkan kesannya di masa depan. Dan jaga nama baik keluarga serta hidup ni jangan hanya susahkan orang


3 perkara "Like father like son."

1. Senyuman. keceriaan itu kerana lahir dari rumah. Satu keluarga kami pakai "spek" dan kesemuanya kuat senyum, sengih dan ceria.

2. Diplomasi - orang jarang tengok Papa marah. Begitu juga aku. Tapi awas, jangan kata aku tak pernah bagi amaran. Orang yang jarang kita lihat mengamuk...bengis dan sebagainya, bila dah "naik darah" sesuatu yang menakutkan akan berlaku. Orang akan ingat sampai bila-bila tatkala berlaku saat itu.

Bagi aku..aku jenis bagi muka. Nak pijak bahu boleh lagi...tapi kalau kau pijak kepala aku, siaplah kau. Kelak kau tahu tinggi ke rendah langit itu. Mungkin papa juga begitu. Papa orang yang penuh diplomasi. Boleh dibawa berunding, boleh dibawa berbincang.

Papa jadi pakar rujuk masalah. Arwah Tok Ayah pernah jodohkan orang. Begitu juga Papa. Papa pernah damaikan sepasang suami isteri yang nak bercerai. Alhamdulillah, tak jadi. Aku? Aku tak pernah 'kenen'kan orang, dan tak pernah selamatkan masjid orang. Kalau tempat mengadu masalah...itu ya! Masalah cinta walaupun... bukan 'player'..masalah peribadi walaupun diri ini taklah hebat serba-serbi termasuk masalah kewangan walaupun aku bukan orang kaya.

3. Arwah Tok Ayah dulu kerja sendiri. Bukan kerja kerajaan. Tiada pencen. Sebelum meninggal, arwah sempat siapkan 3 buah rumah untuk disewakan. Maka, Tok Mek tetap ada pendapatan setiap bulan walaupun Tok Ayah tiada pencen. Arwah juga yang nasihatkan Papa, nak kahwin nanti, pilih isteri yang bekerja. Nah. Mama jodoh Papa dan mereka saling melengkapi berkongsi kehidupan. Papa kata nak buat apa-apa, fikirkan kesannya di masa depan. Arwah memandang masa depan. Papa juga. Dan harap aku juga begitu.

Extra added value : Markah buat bonus buat papa yang tak merokok, tak suka keluar malam dan bukan ada title "kaki" yang kurang menyenangkan.

Akhir kata, Jangan terlalu memandang kesempurnaan, kerana adakalanya kekurangan itu yang membuatkan kita tahu erti syukur dan dapat mengecap nikmat kebahagiaan. Adakah kita layak mendapat ayah yang baik dengan tingkah laku kita, dan tindak tanduk kita sebagai seorang anak sekarang. Kita soal diri kita, suatu hari nanti bila kita jadi ibu atau bapa, kita nak anak-anak kita nanti layan kita macam mana. Hormat kita macam mana. Renungkan bersama~

Terimalah lagu buat Papa berjudul "AYAH" dendangan Ariel dan Candil tetapi perkataan Ayah di dalam lagu ini diganti dengan Acheh ketika Tsunami melamnda di Acheh:



Tuesday, June 16, 2009

Yassiruu wa laa tu'assiruu~


Yassiruu wa laa tu'assiruu, wa bash-shiruu wa laa tunaffiruu~. Ini merupakan sabda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Permudahkanlah, jangan kamu menyusahkan, dan berikanlah khabar gembira, dan jangan membuat mereka lari (kerana ketakutan/terancam dengan berita buruk)" Au kama qala-

Dalam konteks ini, hadith ini menyeru semua umat Islam agar memudahkan dalam melakukan sesuatu, melaksanakan sesuatu ataupun apa jua kerja dalam apa juga keadaan. Jangan susahkan diri, jangan bebankan diri, jangan beratkan bahu yang memikul masalah itu.

Memudahkan di sini tak bermaksud mengambil mudah, ataupun mengambil sikap sambil lewa, sebaliknya memudahkan dari segi bagaimana permasalahan itu terbentuk. Macam mana masalah itu tercipta. Jangan mengusutkan lagi masalah yang sedang melanda. Jangan burukkan lagi keadaan dan usah menangguk di air keruh.

Berkaitan dengan hadith ini, seorang kenalan telah mengaitkan mafhum hadith ini dengan isu orang muda atau lebih tepat lagi... orang bujang. Hidup membujang, dan meninggalkan fasa ini melalui dunia baru iaitu hidup bersuami isteri dan melengkapkan sebahagian iman.

Segalanya bermula apabila aku dilayangkan kad walimatul urus seorang hamba allah. Selalu macam ni tau. Terutama musim cuti sekolah. Masa cuti sekolah 2 minggu baru ni, ada lebih kurang 5 kad kahwin kawan-kawan. Seorang anak jiran, seorang anak kawan baik Mama dan Papa, seorang budak pejabat, sorang kawan universiti, dan seorang kawan yang dulu sama-sama berhingus dah nak kahwin. Siap bagi tangan lagi dan aku nak pergi sangat ke Melaka. Tapi apakan daya, bawa kereta tak sempat masuk masuk tol dah mati enjin. Masalah betul!

Kembali kepada cerita tadi, aku dapat kad kahwin daripada kawan aku yang semaahad dulu(kantoi bagi hint). Dia usik aku, asyik pergi kenduri kahwin orang saja. Asyik dapat kad kahwin orang saja. Asyik makan nasi minyak orang saja. Sendiri punya bila?? TEET!

Kebetulan pada masa itu, aku masih menganggur. Ya seorang penganggur yang tak goyang kaki. Penganggur yang tiada kerja. Tiada duit sebab tiada sumber pendapatan. Kau ingat senang nak kahwin? Kau ingat senang nak tanggung hidup anak dara orang? Kau ingat duit tu macam daun? Begitulah soalan-soalan yang aku lemparkan.

Sinis dan bersahaja. Sangat sarkastik. Begini jawapan yang aku terima. Lebih baik jadi pengantin daripada jadi penganggur. Calonkan dah ada? Belajar pun dah habis? Kan? Jangan jadikan duit sebagai alasan tak mahu kahwin.

Kita kahwin bukan suka-suka. Kita nak jaga maruah kita. Nak jaga kehormatan kita. Nak elakkan diri daripada fitnah. Ramai saja sahabat-sahabat kita di UIA yang sudah berkahwin. Kahwin muda dan masih belajar.

Elok saja. Takde masalah pun. Sebab di UIA, ada peraturan "No Coupling". Tetapi jika mahu berkahwin, digalakkan dan dapat elaun. Elok saja mereka belajar. Pointer ok saja. Siap dapat dean list lagi.

Ini bukan teori kawe! Tetapi ini teori Allah benar. Ujarnya~ (asyik-asyik 'katanya' je..klise~) Tak percaya? Buka Al-Quran baca Surah An-Nur ayat 32 dan 33.

[Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang soleh di kalangan hamba-hamba kamu (lelaki atau perempuan). SEKIRANYA MEREKA MISKIN, NESCAYA ALLAH AKAN MENGURNIAKAN KEPADA MEREKA GANJARAN(kekayaan dari kemurahan-Nya). Sesungguhnya Allah itu Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha mengetahui]

Islam menggalakkan berkahwin dari hidup membujang. Janganlah terlalu takut menghadapi kesulitan/kepayahan melayari bahtera rumahtangga samada dari sudut kewangan... persefahaman.. kebahagiaan.. kesetiaan.. kepercayaan dsb

Sambungan ayat 33...
[ Dan orang yang tidak sanggup berkahwin hendaklah menjaga kehormatannya, sampai Allah mengurniakan ganjaran kepada mereka dari kemurahan-Nya]

Kemudian...menyusul pula sepotong hadith tadi. Yassiruu wa laa tu'assiruu. "Permudahkanlah, jangan kamu menyusahkan" Islam itu mudah. Islam itu tak mahu menyusahkan penganutnya. Kerana Islam itu indah. Umur macam kita ni. 20-an. Memang usia kahwin. Larat ke nak lawan nafsu? Sebab tu orang dulu-dulu kahwin awal. Ada hukum wajib berkahwin, jika seseorang tak mampu mengawal nafsunya sampai tahap "rasa tak boleh tahan nak merogol orang".

Ada juga hukum kahwin yang makruh..harus..haram dsb. Sebab itu Islam ajar kalau tak tahan sangat..PUASA! Cuba buka balik kitab munakahat. Semak balik. Google pun boleh. Justeru, soalan yang dilemparkan oleh sahabat aku tadi... Calon sudah ada. Calon? Siapakah? Haha.. Sebenarnya, aku soorang lelaki yang agak mudah. Maknanya, aku tak memilih sangat soal siapa yang akan jadi soulmate aku. Siapa yang akan jadi "roommate" aku.. Haha

Kalau tak silap aku pernah baca buku ataupun pernah mendapat nasihat bagaimana mahu memilih bakal isteri. Ujarnya... carilah isteri yang kita boleh ajak berbual. Berbicara. Bersembang. Bercerita hati ke hati. Kerana apa...kalau kita memandang kecantikan..kecantikan akan pudar dimamah usia. Jika kita memandang kekayaan, harta akan menyusut juga nilainya suatu hari nanti.

Jika kita memandang keturunan, keturunan kita akan ada noktahnya suatu hari nanti. Dan jika kita memandang ketaqwaan..itulah yang terbaik sebenanrnya. Biarpun pada hakikatnya, hidayah Allah yang singgah itu boleh berpindah-randah dan berubah. Sebab apa aku mahu mencari orang yang aku 'selesa' untuk berbual.. untuk diajak berbincang merencana masa depan?? Kerana itulah namanya "komunikasi".

Komunikasi perkara yang paling mustahak dalam sesuatu perhubungan. Tanpa komunikasi, maklumat dan pesanan tidak kesampaian. Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mendirikan rumahtangga juga ada cara mereka tersendiri bagaimana mereka berkomunikasi. Pernah tengok filem Talentime?? Bagaimana orang pekak bercinta dengan orang biasa macam kita.

Aku telah menemui orang yang aku "selesa" untuk berbual..bergurau mesra (yang biasa-biasa saja ya!). Sebab aku jenis orang yang tiada ramai kawan perempuan. Kawan perempuan aku terhad kepada rakan-rakan sekolah rendah, matrikulasi dan universiti. Bukan terlalu memilih, tetapi memang kalau boleh kita mahu yang terbaik buat diri kita. Yang boleh buat kita tersenyum bahagia. Terbaik tak bemakna sempurna.

Aku bukanlah mencari wanita yang sempurna. Lengkap serba-serbi. Cantik-Kaya-Keturunan baik-Dan beragama. tetapi, cukuplah orang itu menyejukkan mata. Menyerikan lagi hidup ini. Qurrota a'ayun. Sebab aku sedar, aku hanyalah lelaki yang ada seperti kebanyakan lelaki yang ada. Tiada apa-apa keistimewaan. Tiada apa-apa kelebihan.

Tidak kacak. Dan tidak tampan. tetapi ada sisi yang menawan. Tidak tinggi. Orangnya rendah. tetapi mempunyai kisah hisup yang indah. Aku bukan lelaki yang tahu segala-galanya, namun adakalanya tetap buntu tetapi tidak dungu. Itulah aku kepadamu~ permaisuriku. Terpatri cinta abadi dengan restu ilahi. Sekiranya dia tercipta untukku, jadikan kami orang yang berkahwin kerana mengharapkan redha-Mu.

Kalau jodoh kami kuat..insya allah dipermudahkan urusan. Akan kulemparkan kad jemputan sebagai undangan perkahwinan. Itulah keputusan kami..kalau ada jodoh..insya allah. Ikan di laut asam di darat. Dalam periuk bertemu juga. Seorang di semenanjung, seorang di Borneo... kalau sudah jodoh..tidak ke mana. Hehe... Mesti si dia baca punya dan tersenyum sinis~

Sunday, June 14, 2009

AWUNDI x PKUNDI = ACTORS

Klise~ Sikit-sikit realiti TV bertujuan melahirkan penyanyi. Konon-konon nak guna istilah yang lebih nampak gah... nak lahirkan penghibur. International superstar. Itulah alasannya. Realiti TV yang ada 'kualiti', yang masih belum hilang serinya...yang berada di kelas yang tersendiri hanya dapat dibilang dengan jari.

Kenapa aku cakap macam tu? Kita tengok era pasca-realiti itu... Ke mana mereka pergi setelah kembali ke bumi realiti. Fikir sendiri, apakah rancangan yang benar-benar memberi impak... dan apakah rancangan yang memerlukan suntikan! Suntikan?? Suntikan modal... ataupun suntikan semangat agar roh dan jiwa rancangan itu 'ada rasa'.

Buat pertama kalinya di Malaysia, rancangan realiti yang 'memfokuskan' melahirkan seoarang PELAKON telah muncul serentak. Dua program sekaligus. Sebelum ni, ada program AUDITION di NTV7 selama 2 musim. Tapi itu realiti nyanyian walaupun ada merit dari segi lakonan.

Raja Lawak di ASTRO yang telah masuk 3 musim juga ada unsur-unsur lakonan. Tetapi, lakonan untuk genre komedi semata-mata selain melahirkan stand-up comedian. Maka, kita isytiharkan saja 2 program realiti ini sebagai rancangan realiti TV pertama melahirkan aktor berwibawa. Mempersembahkan... ANAK WAYANG(AW) di ASTRO dan PILIH KASIH(PK) di RTM. Maka wujudlah tajuk entri di atas. AWUNDI & PKUNDI.

Apa bezanya?? Apa yang sama?? Apa yang sama tapi tak serupa?? Kau ingat senang nak cari dan jadi pelakon yang baik?? Maka, matlamat ataupun objektif (bahasa Arabnya kita sebut al-ahdaf) kepada program ini...bertujuan melahirkan individu yang 'plastik'! Betullah.. berlakon tu plastik lah kan?? Haha..

Plastik yang berkualiti ialah plastik yang melindungi isi kandungan di dalamnya. Orang Kelantan sebut supik rok-rak ataupun supik gelenya. Haha. Itu plastik yang sangat "kodi" ataupun "cikai". Individu yang berjaya menjadi orang lain, menghidupkan kisah hidup orang lain..menyelami jiwa, dan merasai denyut nadi (bukan rakyat saja tau) orang lain yang berada di luar lingkup diri sendiri..itulah seorang 'pelakon sejati' namanya.

Matlamat yang sama tetapi format yang berbeza. AW berdasarkan format rancangan dari luar negara. Negara mana entah. Manakala PK menggunakan format sendiri cetusan idea penerbitnya sendiri agaknya iaitu pelakon handalan dan ternama, Rosyam Nor.

Kedua-dua rancangan ini ada tenaga pengajarnya. Anda Google sendiri kerana tenaga pengajar tersebut merupakan golongan yang arif dan profesional mengenai pementasan, drama ataupun filem. AW dan PK juga ada diarinya. Standard rancangan realiti. AW dihoskan oleh pelakon berbakat dan serba boleh, Nur Fazura Shariffudin. Haha.. dan dan aku memuji Fazura. Tapi memang serius pun sedap dia kendalikan Sesi Anak Wayang. Ala-ala Sarimah kendali Diari Af dengan gaya sendiri. Kita bergelak tawa tanpa kita ketahui Sarimah menyimpan rahsia terbesar dalam hidupnya. Hebat kan?? Inilah contoh lakonan yang menjadi.


Manakala PK punya diari pula dihoskan pengacara baru, Pasha. Kemuncaknya... ada 2 pentas. Pentas Pilih kasih dihoskan oleh Kak Engku (Raja Azura) dan Reza Era. Aisey... RTM dah tak ada pengacara yang berbakatkah bagi menarik khalayak? Haha. Mungkin pihak penerbitan PK yang membuat penetapan dan mahukan promosi melalui Astro secara tidak langsung. Kak Engku DJ Sinar. Reza ERA. Tetapi radio rasminya... Muzik.FM. Wah, begitu hebat promosi, 3 dalam 1 ~

Pentas Anak Wayang pula dikendalikan pelakon versatil, Rusdi Ramli. Aku telah menyaksikan kedua-dua "PENTAS" terbabit dan ternyata, jika anda seorang pelakon yang hebat, pernah menang anugerah terbaik sekalipun...itu bukan jaminan anda pengacara yang baik. Berlakon filem tak sama dengan berlakon drama dan jauh sekali perbezaannya dengan berlakon teater. Kan?? Pengacara pula kena banyak idea spontan, tak bergantung dengan skrip dan sentiasa kena pandang kamera. Itulah bezanya dengan berlakon yang 'pantang' pandang kamera. Haha. Kamera..oh kamera. Kalau anda penyanyi...kamera yang cari anda!

Peserta?? AW ada 25 peserta bagi mendapatkan 5 orang watak ekstra bagi drama bersiri Kecuali Cintamu. 25 orang peserta dipecahkan 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 1 watak. daripada 5 orang akan disenaraipendekkan menjadi 2 orang yang dipilih juri melalui beberapa tugas seperti berlakon spontan yang dijayakan bersama pelakon yang sudah ada nama sebagai pelakon undangan. Akhirnya akan ditentukan pula melalui SMS siapa yang akan dapat watak ekstra dalam drama bersiri Kecuali Cintamu. Setelah 5 watak dilakonkan, hanya 1 orang pemenang ditentukan dan diberi gelaran ANAK WAYANG.


Logo Anak Wayang. perhatikan betul-betul dengan permainan PC yang berada di bawah. TEET!


Emm..begitulah nampaknya. Sebab cedok dari program luar kan?? Haha.. Sebab aku nampak cara pemilihan juara PK sangat unik. 20 orang peserta ditentukan nasibnya melalui SMS. Dan 3 peserta yang mendapat undian terendah akan ditentukan oleh Rosyam Nor siapa yang harus tersingkir. Wah..ala-ala Trump gitu. The apprentice. Kuasa veto di tangan Rosyam Nor. Ada pro dan kontra benda ni. Takut Rosyam 'pilih kasih' betul...dah ada pemenang yang sudah ditetapkan. Sebab juaranya akan berlakon filem KEKASIH.

Ketika Pentas Pilih kasih, ada 3 tugasan. 20 peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan. Pertama tugasan mingguan yang wajib dirakamkan sebelum Pentas PK iaitu menjayakan 2 drama bersiri. Drama pendek durasi dalam 5-10 minit. 2 kumpulan dan 2 cerita yang berbeza diarahkan 2 pengarah yang berbeza iaitu Aimi Maziah dan Along Kamarudin. Menarik~ Mungkin di hujung rancangan kedua-dua drama bersiri ini akan menjadi SATU drama yang sama?? TEET!

Tugasan kedua... MONOLOG! Wow..ini segmen wajib kalau berlakon teater. Lontaran suara, kawalan vokal.. intosai... ekspresi.. diksi... gerak bibir. Semuanya ada markah ya. Dan akhir sekali tugasa "Teater Muzikal" arahan Erma Fatima. Menarik bukan?? Dengan juri tetapnya Dr Abu Hassan Hasbullah! Alaaa... penganalisis politik yang selalu muncul kat Astro Awani itu.

Jadi, kesimpulannya, kedua-dua rancangan ini menarik. Buat masa ni, 14 jun, watak jururawat dalam Kecuali cintamu menjadi milikmu Dayana yang muka macam Scha itu. Pilih Kasih menggunakan kuasa veto Rosyam Nor telah menyingkirkan satu-satunya peserta bertudung, Shania dan koreografer juara Sehati Berdansa 2, Ray Redzuan. Sayangnya...Ray berbakat tapi mungkin diayang terlalu menonjol menyebabkan Rosyam Nor memilih Ray untuk dikeluarkan. Nak bagi persaingan nampak sengit dan peluang dan ruang kepada peserta lain menonjolkan diri. Shahdan dari Kumpulan Flava itu juga berbakat. Wah..dari nasyid menjadi aktor~ Layan saja benda-benda alah ni. Kan?? Kau ingat senang nak hasilkan rancangan sebegini?


Friday, June 12, 2009

Kau ingat senang ____ ?

Cuba isi tempat kosong berikut dengan apa-apa saja ayat atau perkataan ataupun frasa yang sesuai. Aku selalu menggunakan muqaddimah ini setiap kali diajukan soalan-soalan ataupun sindiran-sindiran yang agak pedas.

Sebagai contoh, masa aku belajar di UPM dulu, mengambil kursus Kejuruteraan. Kejuruteraan apa? Kejuruteraan Biologi & Pertanian. Apa tu? Sesetengah orang takde idea langsung tentang apa yang aku sedang pelajari demi menyiapkan ijazah sarjana muda.
Alaa.. Kalau kejuruteraan Awam ke..Mekanikal ke..Elektrikal ke... biasalah juga dengar kan?? Kata teringkas ataupun terma yang digunakan bagi memudahkan menyebut nama kos yang aku belajar itu ialah KBP. Kejuruteraan Biologi & Pertanian. Alaa..hidup ni banyak sangat short-form. Kalau budak Diploma, Dip saja. Mesyuarat pos-kabinet, pos-kab saja menyebutnya. Kalau kerja kerajaan..lagilah banyak short-form yang kita kena cepat pick-up. 1000 short-form. Kalau tak..'lampi' maknanya.

Okay, berbalik kepada cerita tadi, budak-budak kos lain dari Fakulti yang sama akan selalu mengatakan macam ni, "Alaa.. KBP mudah score" ataupun mereka suka mengeluarkan perkataan ini "Budak KBP memang score setiap sem. Periksa pun open-book test" "Kalau fail Test 2 ada retest kan??"

Maka...wujudlah perkataan di atas. Aku suka gunakan kata pendahuluan ini sebagai timbal balas kepada ayat-ayat klise mereka. "Kau ingat senang KBP??" Cuba kau belajar tengok. Semua benda nak kena belajar. Dari asas mekanikal..elektrik dll sehinggalah ke tahap dewa tahap kesukarannya macam boiler... hidraulik.. structural design dll. Cewah..padahal basic saja.

"Kau ingat senang open-book test??" Cuba kau try jawab. Takde langsung jawapan dalam buku tu kalaukau tak faham apa kau belajar 1 sem tu. Kan?? "Kau ingat senang dapat retest??" Soalannya lebih payah berbanding soalan yang telah dijawab sebelum ni. "Kau ingat senang..bla..bla...bla.."KAU INGAT SENANG??

Sekarang pula, bila aku dah habis belajar..sudah bekerja dalam sektor kerajaan, mindset-mindset sebegitu muncul kembali. Ayat-ayat skema itu muncul tiba-tiba. Alaa..kerja kerajaan rileks. Kerja kerajaan banyak cuti. Kerja kerajaan tak banyak kerja. Kerja kerajaan 8-5 saja dan macam-macam lagi tohmahan dan ayat-ayat yang sarkastik dilontarkan.
Maka aku seronok menepis segala serangan yang bertali arus itu dengan 'ayat pelindung' yang sama. Kau ingat senang kerja kerajaan? Kerja kerajaan tak macam tahun 70-an 80-an dulu. Rakyat sekarang banyak komplen. Rasa tak puas hati boleh terus disalurkan samada melalui peti-peti aduan, SMS ataupunatas talian(online).

Maklumlah..lebih-lebih lagi kalau agensi ataupun tempat anda bekerja nak kejar ISO, setiap aduan itu harus diperhalusi.Mendengar denyut nadi rakyat katanya. Kau ingat senang nak berdepan dengan rakyat yang memang ada hak bersuara?
Rungutan...keluhan...teguran...cadangan penambahbaikan dan sebagainya. KAU INGAT SENANG nak urus semua benda alah tu ? Sudahlah nak segera..karenah birokrasi lagi. Aduhai~

Kau ingat senang kerja kerajaan?? Boleh balik ontime? Sharp pukul lima. Sudahlah masuk pukul 8, pergi sarapan dulu. Campur borak-borak lagi. Pukul 10 rasa perut lapar, nak makan lagi. Tak sampai2 jam, belum pukul 1 dah keluar lunch. 2.30 lebih-lebih baru masuk kerja balik. Bukankah begitu budayanya??

Hello...itu kalau you tak tahu malu..memanglah. Hakikatnya, lagi tinggi pangkat dan gred seseorang itu, lagi bertimbun kerjanya. Lambakan kerja yang tak kesudahan..sampai tahap kalau bawa balik ke rumahpun belum tentu siap lagi.

Sebab apa? Sebab aku bandingkan diri aku yang hanya gred 41 banyak kerja. Kadang-kadang rapat pukul 6 baru balik. Manakala Mama yang sudah gred 52 sampai rumah pukul 7 lebih dan kadang-kadang pukul 8 baru sampai di rumah. Ingin diulangi sekali lagi.. KADANG-KADANG. Bukan selalu ya.

Memanglah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja di sektor swasta lebih memakan masa, tapi harus diingatkan bahawa kerja di sektor kerajaan juga tak semudah dulu. Bukan hanya goyang kaki. Orang swasta mengejar keuntungan..manakala orang kerajaan mengejar kepuasan pelanggan. Dengan KPInya..ISOnya..dan lain-lain lagi.

Apapun kisahnya. Apa saja ceritanya. Apa jua situasi dan keadaannya, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Ada benda yang mudah tapi kita buat-buat susah. Ada benda yang nampak susah, tapi hakikatnya tak sesukar yang dijangkakan.
Mana ada benda yang kita akan dapat dengan senang. Mana ada perkara yang kita akan lalu dengan senang. Orang yang berjaya menakluk Everest, dia tidak melakukannya dengan senang. Banyak pengorbanan dan itulah kejayaan yang paling manis sebenarnya.

Kalau kita mahu bersikap positif dan optimis, nah... KAU INGAT SENANG nak masuk syurga? KAU INGAT SENANG nakjadi doktor? KAU INGAT SENANG nak jadi bapa yang baik, suami yang baik dan anak lelaki yang baik dalam satumasa?? Sudah pasti...ada kesusahannya. Ada masalah yang berbeza situasi dan kondisinya.

Setiap masalah ada jalan keluarnya. Orang bertaqwa akan ditunjukkan keluarnya.KAU INGAT SENANG..nak keluar walaupun jalan dah ada?? Setiap kesusahan, akan hadir bersamanya kesenangan. Kesusahan itu diiringi kesenangan. 2 kali ini ayat ini diulang dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 & 6. KAU INGAT SENANG...kalau pemikiran kita masih jumud..tak berani berubah dan berdepan realiti..sampai bila-bila pun kita takkan berganjak walaupun seinci.

Akhir sekali...fuh...aku berjaya menemui ayat yang menggantikan "ADA AKU KISAH???" Haha...KAU INGAT SENANG nak cari ayat feedback ini??

Sunday, June 7, 2009

Apa bezanya Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar PAS?

Anda cari sendiri perbezaannya~

UMNO punya kepimpinan

Presiden : Datuk Seri M.Najib Tun Razak - menang tanpa bertanding
Tim. Presiden : Tan Sri Muhyudin Yasin
Naib Presiden :
a) Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi - bekas Ketua Pemuda sebelum Hishamuddin
b) Datuk Seri Hishamuddin tun Hussein - bekas Ketua Pemuda naik pangkat
c) Datuk Seri Shafei Apdal

Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Jalil

Ketua Pemuda: Khairy Jamaludin


Majlis tertinggi UMNO :

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611) -satu-satunya WANITA
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)


Saf kepimpinan PAS

Presiden : Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang
Tim. Presiden : Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Naib Presiden :
a) Mahfuz Omar - bekas Ketua Pemuda sebelum Salahuddin Ayub - 663 undi (yang penting, beliau menang kat mahkamah saman Utusan Malaysia, berapa juta entah Utusan kena saman..mmm)
b) Salahuddin Ayub - bekas Ketua Pemuda naik pangkat - 824 undi
c) Tuan Ibrahim Tuan Man - 871 undi

Ketua Wanita :Ustazah Nurida Mohd Salleh
Ketua Pemuda: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Ahli Jawatankuasa (macam MT UMNO lah):

1. Mohamad Nizar Jamaluddin - 854 undi.

2. Idris Ahmad - 799 undi.
3. Kamaruddin Jaafar - 769.
4. Azizan Razak - 653.
5. Hassan Ali - 642.

6. Dr Mohd Hatta Ramli - 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin - 637.
8. Abu Bakar Chik - 622.

9. Hanifa Maidin - 619.
10. Amiruddin Hamzah - 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali - 598 - satu-satunya MUSLIMAT

12. Ghani Abdul Rahman - 584.
13. Zulkefli Mohamad - 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad - 530.
15. Hashim Jasin - 522.

16. Mazlan Aliman - 513.

17. Taib Azmuddin Mohamad Taib - 504.
18. Mujahid Yusuf Rawa - 448.

Polemik 'kerajaan perpaduan' seperti dijangka memberi warna dan wajah baru landskap politik negara. Sebagai wadah dan pemangkin kepada hala tuju masa depan PAS, keputusan muktamar kali ini benar-benar mencorakkan apa yang dimahukan oleh semua ahli PAS. Samada sebulat suara menyokong Gagasan Kerajaan Perpaduan, samada memastikan kepimpinan ulama' terus menerajui 2 tempat duduk di hadapan, samada PAS akan terus unggul bertahan selaku parti yang akan jadi pemberat kepada PR ataupun BN atau perkara-perkara yang sebaliknya.

Segalanya akan terungkai di sini. Dan nampak gayanya, muktamar telah memutuskan jawatan utama iaitu Presiden menang tanpa bertanding. Sebagaimana Datuk Seri PM, begitu juga Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tan Sri Muhyudin menang dengan selesa tatkala Ali Rustam dihambat kes politik wang.

Maka, Ustaz Nasharudin Mat Isa juga berjaya mengekang kemaraan kumpulan "Erdogan" iaitu melalui Datuk Hussam Musa dan Mat Sabu yang kerap dihentam media arus perdana (sebab besar kemungkinan mereka mengharapkan kerjsama kerajaan perpaduan ini demi membuktikan mereka masih relevan dan survival parti politik mereka). Dengan mendapat 480 undi, meninggalkan Hussam Musa dengan 281 undi dan Mat Sabu 261 undi. Tetapi, persoalannya, jika dicampurkan undi yang diperoleh "Erdogan", andai perlawanan 1 lawan 1 berlaku, undi yang memihak kepada bukan ulama' sebanyak 542 undi. Emm..maknanya apa ya?

Bila sebut 'Gagasan Kerajaan Perpaduan'..ataupun kerajaan yang tiada pembangkang. Dua parti iaitu UMNO, parti yang ada 100% orang melayu, dan PAS parti yang majoriti ahlinya orang Melayu, duduk semeja bekerjasama. Persoalannya, siapa perlukan siapa? Siapa yang terhegah-hegeh hendakkan kerjasama? Siapa yang hidung tak mancung, siapa pula yang pipi tersorong-sorong? Pihak di sana mahukan pertemuan ataupun kerjasama yang tidak bersyarat. Manakala pihak satu lagi memang memerlukan syarat kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sesalan dan pengalaman pahit bekerjasama suatu masa dulu menjadi iktibar.

Apa jua keputusannya nanti..kita akan tunggu dan lihat. Ada yang mengharapkan kedua-dua parti ini akhirnya bersatu bagi memastikan masa depan orang Melayu selaku tuan punya Tanah Melayu terus dipertahankan haknya. Betulkah bumi Malaysia ini milik mutlak orang Melayu? Ada kenalan saya buat lawak, betulkah UMNO itu untuk orang Melayu? UMNO itu apa? United Malayam National Organization kah? Tak ada pun perkataan MELAYU.

PAS bukan bilik orang Melayu. Ya. Sebab PAS untuk orang beragama ISLAM dan juga BUKAN ISLAM. PA-ALIF-SIN. Bahasa jawi. Parti Islam Semalaysia. Sekarang, PA-ALIF-SIN juga bermaksud PAS untuk semua (dalam bahasa jawi juga). PAS for ALL. Islam for All. Sebab apa? Sebab PAS ada ahli yang berbangsa Cina dan India yang menjadi ahli di bawah Kelab Penyokong PAS. Muktamar baru ini mengusulkan supaya Kelab Penyokong PAS ini dinaiktaraf macam "sayap' kepada parti PAS. Tak mainlah sayap Puteri kan? Haha. Sebab tu Kelab Penyokong PAS telah mencalonkan seorang gadis India bernama Kumutha bertanding PRU-12 dengan logo PAS ya! Eh, siapa yang mengaplikasi 1Malaysia sebenrnya ni? TEET!

UMNO bahasa jawinya ALIF-MIM-NUN-WAU. Tetapi, tak sangka, terselit pulak cerita ini dalam filem yang cukup glamor ini, Filem Komedi Terbaik, Festival Filem Asia lagi.

Friday, June 5, 2009

Lagi-lagi anugerah : THE SHOUT! AWARDS

Tak habis-habis lagi dengan 'anugerah'. Ada satu lagi 'anugerah' baru. Anjuran 8tv yang dijadualkan berlangsung 17 Julai ini di Stadium Putra B.Jalil. Kat 8tv pun boleh tengok. Namanya The Shout! Awards.

Apa bezanya dengan anugerah lain? Klise betul soalan ini kan?? OKlah..apa uniknya anugerah ni berbanding AIM, AJL, ABP dll? Rasanya Shout! Awards setaraf dengan ABP sebab melibatkan muzik + drama. Lagu dan filem disatukan dalam satu anugerah.

Ada anugerah yang lain daripada lain seperti "Best Chemistry on TV","favourite Host", "stylo" "hot chik" dan "hot guys". Persoalannya?? Tak boleh ke nama anugerah itu dalam BAHASA MELAYU? Sebab pesertanya eh calon-calonnya 80% orang Melayu kan?

Pemenang bagi setiap kategori akan ditentukan oleh undian orang ramai menerusi undian secara "online" dan SMS. 50 peratus akan dikira daripada undian secara online manakala 50 peratus yang berikutnya akan dikira mengikut undian SMS. Seterusnya, undian akan dikumpul dan diaudit oleh pihak berkecuali.

Untuk mengundi finalis pilihan anda bagi setiap kategori, layari www.shoutawards.com.my Untuk mengundi secara SMS, taip SHOUT dan hantar ke 33399.

Talian undian akan dibuka bermula 8 Jun 2009 dan berakhir pada 16 Julai 2009.

Berikut adalah senarai finalis TSA yang dicalonkan, jangan terkejut beruklah kalau geng2 Media Prima saja yang mendominasi..Bubuh nama Anugerah Media Prima lagi bagus kan?? Haha;P Kira anugerah ni nak lawan Anugerah Era yang sudah luput..haha. Bezanya AE tiada kategori drama/filem.

KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar:

Bunkface

Butterfingers
Estranged

Hujan
Meet Uncle Hussain
Pop Shuvit

Pilihan si tukang tulis: Semua band indie. Pencetusnya MUH dan Hujan. Maka..MUH jadi pilihan

Anugerah Popstar:


Aizat

Couple
Datuk Siti Nurhaliza
Jaclyn Victor
Nikki
Stacy

Pilihan si tukang tulis: Dah tiada pilihan lain. Apa nak buat.. Datuk CT

Anugerah Power Vocal:

Ayu
Datuk Siti Nurhaliza
Dina
Jaclyn Victor

Lan (Meet Uncle Hussain)
Syarul Reza (Love Me Butch) (note: Bukan Reza Era ya..huahua)

Pilihan si tukang tulis: Semua artis realiti kecuali Lan dan Reza. Siapa Reza?? Lan MUH menjadi pilihan.

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B):

Ahli Fiqir
Caprice
Jin Hackman

Joe Flizzow

Malique
Phlowtron

Pilihan si tukang tulis: Malique


Anugerah Break Out (Best New Act):

Bunkface
Hujan
Joe Flizzow
Malique

Meet Uncle Hussain

Pesawat
Pilihan si tukang tulis: Sekali lagi MUH menjadi pilihan


KATEGORI TV DAN FILEM


Anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang):

Cheryl Samad dan Nazrudin Rahman (Ghost)

Syafinaz Selamat dan Paul Moss (One In A Million Season 2)
Vanidah Imran dan Afdlin Shauki (Sepi)
Zahiril Adzam dan Liyana Jasmay (Kami)
Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series)

Pilihan si tukang tulis: Semua best dan layak. Sukar buat pilihan ni. Maybe Lynn & Boy...

Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms):


Field Trip! USA

Frontpage
Ghost

Kekasihku Seru

Sindarela


Pilihan si tukang tulis: Ghost, Kekasihku Seru dan Sindarela bersaing hebat. Kupilih Ghost.

Anugerah Breakthrough Film:


Budak Kelantan @ Kelantan Boys

Kala Malam Bulan Mengambang
Kami the movie
Los dan Faun
Sepi

Pilihan si tukang tulis: Kami the Movie atau Budak Kelantan. Pening juga ni. Kami The Movie lah


Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama):


Destinasi Bajet (Season 2)
Field Trip! USA
Homegrown (Season 3)
Majalah 3

One In A Million Season 2

Pilihan si tukang tulis: Kalau OIAM 3..haruslah kan. Tapi OIAM 2. Best ke?? Haha. So..destinasi bajet bestlah.

Anugerah Favourite TV Host:

Daphne Iking - The Breakfast Show
Marion Caunter - One In A Million Season 2
Naz - The Breakfast Show
Qushairi (Qi) - Destinasi Bajet Season 2

Qushairi (Qi) - Field Trip! USA.

Pilihan si tukang tulis: Qi destinasi bajet 2 a.k.a Blogger Boy~



KATEGORI RADIO


Anugerah Coolest Radio Announcer:

Fara Fauzana

Hunny Madu
JJ
Phat Fabes
Rudy

Pilihan si tukang tulis: Fafau...cool ke yang lain tu?? Haha..media prima sangat.


Anugerah Favourite Radio Show:

Fly FM Must Have Music (Hunny Madu)
Fly FM Night Flight (Basil & Hafiz)
Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)
Hot FM AM Crew (Fara Fauzana and Faizal Ismail)
Indie X (Smek and Mat)

Pilihan si tukang tulis: No. 1 menurut AC Nielson apa? AM Crewlah..


KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya):

Dynaz Mokhtar
Faizal Tahir
Marion Caunter

Maya Karin
Sazzy Falak

Pilihan si tukang tulis: camelia dan Awal takde.. So..Sazzy

Anugerah Hot Chick:

Andrea Fonseka
Daphne Iking

Fazura
Marion Caunter
Marsha

Pilihan si tukang tulis: Of coz Fazura~

Anugerah Hot Guy:

Faizal Tahir
Jonathan Putra (JP)
Tony Eusoff
Zahiril Adzim
Zizan Nin


Pilihan si tukang tulis: Faizal Tahir laaa..


Bagi The Ultimate Shout! Award(ni ala-ala Bintang Paling Popular yang Nabil menang dulula. haha), juri profesional akan memilih seorang pemenang daripada para peserta Top 5 dalam setiap kategori bagi anugerah utama The Ultimate Shout! Award

Gambar klise~ Calon-calon yang terpilih.

Wednesday, June 3, 2009

Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) la pulak~

Banyakkan anugerah-anugerah kat Malaysia ni. AJL.. lepas tu ABP.. AIM pulak. Kali ni, APM. Bezanya Anugerah Planet Muzik ini melibatkan 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pertandingan yang melibatkan 'muzik' sahaja.

APM kali ni dijadualkan berlangsung pada 18 Julai 2009 (Sabtu) dan bertempat di Balai Sidang Konvensyen Jakarta, Senayan dari 8 malam hingga 11 malam (waktu Jakarta). Jangan risau, boleh tengok LIVE kat Astro Ria. Pengacara dari Malaysia sudah tentu Haji Aznil bersama teman-teman serumpun ~

Yang penting tahun lepas masa buat dekat KLCC, Sarah Sechan jadi hos sorang-sorang memang best. Dia memang Miss... Misteri~ Haha! Ok la..tak nak ulas banyak-banyak kita tengok pencalonan akhir kali ini. Artis Malaysia nampak berjaya melalui Hujan (6pencalonan) dan Aizat (4 pencalonan).

Lepas tu ada kategori baru. Vokal terbaik di dalam lagu. Nak tiru AIM Malaysia juga. Haha. Walhal, AIM nak tiru Grammy. Tapi kategori itu untuk ARTIS BARU sahaja. Maka, tiadalah nama Datuk CT dan Agnes Monica. Ok lah..ini calon-calonnya bersama ramalan si tukang tulis yang di'bold'kan.

1. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)

Afgan - Terimakasih Cinta
Aizat - Hanya Kau Yang Mampu
Dirly - Sampai Keujung Dunia
Lobow - Kau Cantik Hari Ini
Nubhan - Ada Untukmu

2. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)

Aura Kasih - Mari Bercinta
Ayu - Hanya Di Mercu
Cinta Laura - Oh Baby
Nana - Lafaz
Stacy - Aku Stacy
Yuna - Dan Sebenarnya

3. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)

D'Masiv - Cinta Ini Membunuhku
Hello - Ular Berbisa
Hujan - Pagi Yang Gelap
Kotak - Masih Cinta
ST12 - Puspa

4. Kolaborasi terbaik dalam lagu

(a) Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq
(b) Bersamamu (Artis: Joe Flizzow feat Joeniar Arief, penggubah lagu (songwriter): Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed, dan penulis lirik: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed) (c) Hikayat Cintaku (Artis: Glenn feat Dewi Persik, penggubah lagu: Glenn Fredly, dan penulis lirik: Glenn Fredly)
(d) Kepadanya (Artis: Taufik Batisah feat Hady Mirza, penggubah lagu: Taufik Batisah, dan penulis lirik: Taufik Batisah)
(e) Mantera Beradu (Artis: Malique feat M. Nasir, penggubah lagu: Malique, D'Navigator & M. Nasir, dan penulis lirik: Malique & M. Nasir)

(f) Sujud (Artis: Mawi & KRU, penggubah lagu: Edry, dan penulis lirik: Edry).

5. Artis lelaki terbaik

Afgan - Confession No. 1
Aizat -Percubaan Pertama
Reshmonu - Harapan
Taufik Batisah - Suria Hatiku
Tompi - My Happy Life

6. Artis wanita terbaik

Bunga Citra Lestari - Tentang Kamu
Misha Omar - Misha Omar

Mulan Jameela - Mulan Jameela
Nikki - Hawa
Siti Nurhaliza -Lentera Timur

7. Duo atau kumpulan terbaik

Andra & The Backbone - Season 2
Hujan - Hujan

Kotak - Kedua
ST12 - Puspa
Yovie & Nuno - The Special One

8. Lagu terbaik

(a) Dia Milikku dengan album The Special One, artis: Yovie & Nuno, penggubah lagu: Yovie Widianto dan penulis lirik: Yovie Widianto
(b) Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)
(c) Matahariku (Album: - , artis: Agnes Monica, penggubah lagu: Pay & Dede dan penulis lirik: Yuan Passer)
(d) Pagi Yang Gelap (Album: Hujan, artis: Hujan, penggubah lagu: Noh Hujan dan penulis lirik: Noh Hujan)
(e) Terimakasih Cinta (Album: Confession No 1, artis: Afgan, penggubah lagu: Mario Tobing dan penulis lirik: Mario Tobing)
(f) Terserah (Album: Private Collection, artis: Glenn Fredly, penggubah lagu: Glenn Fredly dan penulis lirik: Glenn Fredly)

9. Album terbaik

Confession No. 1 - Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka
Hujan (Artis: Hujan, Produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka)
Kedua (Artis: Kotak, Produser: Pay)
Percubaan Pertama (Artis: Aizat, Produser: Dato Amdan, Mujahid & Aizat)
The Special One (Artis: Yovie & Nuno, Produser: Yovie Widianto & Jan Djuhana).

10. Artis Singapura paling popular - berdasarkan SMS

Aliff Aziz, Didicazli, Fauzie Laily, Hady Mirza, Hyrul Anuar, Imran Ajmain, Merah, Nurun Nuwarrah, Sleeq, Taufik Batisah, The Sallys dan Zaibaktian.

11. Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS

Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

12. Artis Indonesia paling popular berdasarkan SMS

Afgan, Agnes Monica, Bunga Citra Lestari, D'Masiv, Gita Gutawa, Hijau Daun, Kotak, Nidji, ST12, The Changcuters, Ungu dan Yovie & Nuno.

13. Artis serantau paling popular berdasarkan SMS

Singapura: Aliff Aziz, Ahlifiqir, Hady Mirza dan Taufik Batisah.

Malaysia: Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Siti Nurhaliza.

Indonesia: Afgan, Agnes, Nidji dan ST12.

14. Lagu paling popular (Singapura) berdasarkan SMS

Andai oleh artis Merah, Berserah (Taufik Batisah), Gelora Jiwa (Raven), Impianku (Didicazli), Kau Ingin Ku Miliki (Nurun Nuwarrah), Lafaz (Nana), Lelaki Baru (Zaibaktian), Novela Cinta (Ross Revalina), Pilihan Aku (Sleeq), Rela Setia (Didicazli), Sementara (Cradle) dan Teman Istimewa (Taufik Batisah).

15. Lagu paling popular (Malaysia) berdasarkan jumlah muat turun

16. Lagu paling popular (Indonesia) berdasarkan jumlah muat turun.

17. Anugerah Cinta Planet Muzik - khas untuk artis atau organisasi yang memberikan sumbangan tanggungjawab sosial. Contohnya, artis, Zainal Abidin menjaga alam sekitar.

18. Anugerah Khas Planet Muzik - ditujukan kepada insan seni yang terus-menerus memberikan sumbangan terhadap industri muzik

Antara artis Malaysia yang tercalon. Aznil tak tercalon. Pengacara~