Hebahan

Friday, June 12, 2009

Kau ingat senang ____ ?

Cuba isi tempat kosong berikut dengan apa-apa saja ayat atau perkataan ataupun frasa yang sesuai. Aku selalu menggunakan muqaddimah ini setiap kali diajukan soalan-soalan ataupun sindiran-sindiran yang agak pedas.

Sebagai contoh, masa aku belajar di UPM dulu, mengambil kursus Kejuruteraan. Kejuruteraan apa? Kejuruteraan Biologi & Pertanian. Apa tu? Sesetengah orang takde idea langsung tentang apa yang aku sedang pelajari demi menyiapkan ijazah sarjana muda.
Alaa.. Kalau kejuruteraan Awam ke..Mekanikal ke..Elektrikal ke... biasalah juga dengar kan?? Kata teringkas ataupun terma yang digunakan bagi memudahkan menyebut nama kos yang aku belajar itu ialah KBP. Kejuruteraan Biologi & Pertanian. Alaa..hidup ni banyak sangat short-form. Kalau budak Diploma, Dip saja. Mesyuarat pos-kabinet, pos-kab saja menyebutnya. Kalau kerja kerajaan..lagilah banyak short-form yang kita kena cepat pick-up. 1000 short-form. Kalau tak..'lampi' maknanya.

Okay, berbalik kepada cerita tadi, budak-budak kos lain dari Fakulti yang sama akan selalu mengatakan macam ni, "Alaa.. KBP mudah score" ataupun mereka suka mengeluarkan perkataan ini "Budak KBP memang score setiap sem. Periksa pun open-book test" "Kalau fail Test 2 ada retest kan??"

Maka...wujudlah perkataan di atas. Aku suka gunakan kata pendahuluan ini sebagai timbal balas kepada ayat-ayat klise mereka. "Kau ingat senang KBP??" Cuba kau belajar tengok. Semua benda nak kena belajar. Dari asas mekanikal..elektrik dll sehinggalah ke tahap dewa tahap kesukarannya macam boiler... hidraulik.. structural design dll. Cewah..padahal basic saja.

"Kau ingat senang open-book test??" Cuba kau try jawab. Takde langsung jawapan dalam buku tu kalaukau tak faham apa kau belajar 1 sem tu. Kan?? "Kau ingat senang dapat retest??" Soalannya lebih payah berbanding soalan yang telah dijawab sebelum ni. "Kau ingat senang..bla..bla...bla.."KAU INGAT SENANG??

Sekarang pula, bila aku dah habis belajar..sudah bekerja dalam sektor kerajaan, mindset-mindset sebegitu muncul kembali. Ayat-ayat skema itu muncul tiba-tiba. Alaa..kerja kerajaan rileks. Kerja kerajaan banyak cuti. Kerja kerajaan tak banyak kerja. Kerja kerajaan 8-5 saja dan macam-macam lagi tohmahan dan ayat-ayat yang sarkastik dilontarkan.
Maka aku seronok menepis segala serangan yang bertali arus itu dengan 'ayat pelindung' yang sama. Kau ingat senang kerja kerajaan? Kerja kerajaan tak macam tahun 70-an 80-an dulu. Rakyat sekarang banyak komplen. Rasa tak puas hati boleh terus disalurkan samada melalui peti-peti aduan, SMS ataupunatas talian(online).

Maklumlah..lebih-lebih lagi kalau agensi ataupun tempat anda bekerja nak kejar ISO, setiap aduan itu harus diperhalusi.Mendengar denyut nadi rakyat katanya. Kau ingat senang nak berdepan dengan rakyat yang memang ada hak bersuara?
Rungutan...keluhan...teguran...cadangan penambahbaikan dan sebagainya. KAU INGAT SENANG nak urus semua benda alah tu ? Sudahlah nak segera..karenah birokrasi lagi. Aduhai~

Kau ingat senang kerja kerajaan?? Boleh balik ontime? Sharp pukul lima. Sudahlah masuk pukul 8, pergi sarapan dulu. Campur borak-borak lagi. Pukul 10 rasa perut lapar, nak makan lagi. Tak sampai2 jam, belum pukul 1 dah keluar lunch. 2.30 lebih-lebih baru masuk kerja balik. Bukankah begitu budayanya??

Hello...itu kalau you tak tahu malu..memanglah. Hakikatnya, lagi tinggi pangkat dan gred seseorang itu, lagi bertimbun kerjanya. Lambakan kerja yang tak kesudahan..sampai tahap kalau bawa balik ke rumahpun belum tentu siap lagi.

Sebab apa? Sebab aku bandingkan diri aku yang hanya gred 41 banyak kerja. Kadang-kadang rapat pukul 6 baru balik. Manakala Mama yang sudah gred 52 sampai rumah pukul 7 lebih dan kadang-kadang pukul 8 baru sampai di rumah. Ingin diulangi sekali lagi.. KADANG-KADANG. Bukan selalu ya.

Memanglah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja di sektor swasta lebih memakan masa, tapi harus diingatkan bahawa kerja di sektor kerajaan juga tak semudah dulu. Bukan hanya goyang kaki. Orang swasta mengejar keuntungan..manakala orang kerajaan mengejar kepuasan pelanggan. Dengan KPInya..ISOnya..dan lain-lain lagi.

Apapun kisahnya. Apa saja ceritanya. Apa jua situasi dan keadaannya, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Ada benda yang mudah tapi kita buat-buat susah. Ada benda yang nampak susah, tapi hakikatnya tak sesukar yang dijangkakan.
Mana ada benda yang kita akan dapat dengan senang. Mana ada perkara yang kita akan lalu dengan senang. Orang yang berjaya menakluk Everest, dia tidak melakukannya dengan senang. Banyak pengorbanan dan itulah kejayaan yang paling manis sebenarnya.

Kalau kita mahu bersikap positif dan optimis, nah... KAU INGAT SENANG nak masuk syurga? KAU INGAT SENANG nakjadi doktor? KAU INGAT SENANG nak jadi bapa yang baik, suami yang baik dan anak lelaki yang baik dalam satumasa?? Sudah pasti...ada kesusahannya. Ada masalah yang berbeza situasi dan kondisinya.

Setiap masalah ada jalan keluarnya. Orang bertaqwa akan ditunjukkan keluarnya.KAU INGAT SENANG..nak keluar walaupun jalan dah ada?? Setiap kesusahan, akan hadir bersamanya kesenangan. Kesusahan itu diiringi kesenangan. 2 kali ini ayat ini diulang dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 & 6. KAU INGAT SENANG...kalau pemikiran kita masih jumud..tak berani berubah dan berdepan realiti..sampai bila-bila pun kita takkan berganjak walaupun seinci.

Akhir sekali...fuh...aku berjaya menemui ayat yang menggantikan "ADA AKU KISAH???" Haha...KAU INGAT SENANG nak cari ayat feedback ini??

No comments:

Post a Comment