Hebahan

Saturday, March 31, 2012

Akhirnya terjawab siapa Manusia Putih?



Tahun lepas, TT pernah bagi teka-teki ini. Sila klik.

Dan di ataslah jawapannya. Benarkah?? :)

Friday, March 30, 2012

Rating, Ranking & Popularity ( Pencapaian, Kedudukan & Populariti) - Bahagian 1

Dalam hidup ini, kita ada banyak pilihan dan berhak membuat pilihan. Soalnya.. samada pilihan kita itu tepat atau tidak. Tetapi itu bukan masalahnya kerana persoalannya sekarang, bagaimana kita mahu membuat pilihan? Atas dasar apa perlu diberi pertimbangan sewajarnya?

Nah! Inilah natijahnya.. yakni telah mewujudkan persaingan antara pemasar kepada golongan sasar. Pesaing akan sedaya upaya memberikan atau menawarkan perkhidmatan/produk yang lebih baik atau berkualiti tanpa meminggirkan rasa keghairahan mendapat keuntungan di sebalik pertandingan atas gelanggang sama rata ini. Benarkah ini realitinya?
 
Mereka seboleh mungkin memasarkan produk/servis mereka melalui strategi pengiklanan, sembang kedai kopi, cakap mulut alam maya, mahupun pemasaran secara langsung sekaligus mengangkat populariti mereka dan mereka akan terus berusaha mengukuhkan jenama mereka agar terus bertahan dalam industri.

Tak kira apa jua industri yang mereka ceburi samada industri perkilangan, stesen penyiaran, produk makanan, destinasi pelancongan, perkembangan kerjaya dan pendidikan, pentas hiburan hatta medan politik sekalipun, mereka yakni penggiat industri akan bersaing atas nama keuntungan dan perniagaan. Ya, BISNES! Bisnes yang memerlukan modal, pusingan dan keuntungan yang diidamkan atau kerugian yang dielakkan.

Maka, atas nama bisnes, sila pegang dua kata kunci di sini, iaitu POPULARITI dan JENAMA! Dalam konteks ini, bagaimana kita mahu mengukur kadar populariti dan kekentalan jenama ini? Apa jua risiko yang bakal dihadapi, istilah cuba jaya atau try & error akan membuktikan POPULARITI JENAMA mereka akan seiringan dengan kehendak pasaran. Dan.. jawapannya adalah berdasarkan rating & ranking yang akan menentukan populariti sesebuah produk. TT memberikan istilah ringkasnya RRP!


Justeru, kita akan melihat jurang persaingan yang ketara semata-mata mahu mengejar RRP ini. Yang telah mendonimasi pasaran akan cuba terus memonopoli dan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannya ke atas pengguna iaitu dalam aspek pengabaian nilai, mutu dan kualiti. Asal sahaja produk mereka mengikut citarasa pasaran kononnya, maka pengguna akan terus disogokkan longgokan produk yang lebih kurang sama tanpa sebarang pilihan.

Sebab apa? Sebab berdasarkan RRP ini, produk yang menjadi juara atau nombor 1 akan di"paten"kan melalui cara yang berbeza. Apa dia resepi yang membuatkan produk nombor 1 itu berjaya menambat hati pengguna, maka formula sama akan digunapakai. Pakai buang sangat~


Ambil contoh mudah. Industri perfileman negara kita. Filem bergenre apa yang akan membawa pulangan besar? Sudah pasti filem bergenre seram! Tak kira samada seram komedi (tak kering gusi), seram aksi (terbang, memanjat, melompat berlari), seram romantik dan segala bagai seram lagi. (Cuma filem bergenre seram Islamik belum ada lagi) Maka, hanya segelintir penerbit sahaja yang berani mencuba genre baru yang belum pasti menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kita boleh tengok dari segi statistik kutipan. Perbezaan yang ketara antara filem seperti Hantu Bonceng dan Bunohan. Hantu Dalam Botol Kicap dan Songlap, Suatu Malam Kubur Berasap dan Azura 2012, Sumpahan Kum Kum dan Cinta Kura-Kura. Cuma ada beberapa filem yang berjaya berdiri atas kaki sendiri dalam kelompok tersendiri. KL Gangster dan Ombak Rindu adalah contoh yang berjaya melawan arus.


Contoh lain? Segmen pagi stesen radio. Strateginya adalah pemilihan pelawak selaku penyampai. Dan juga segmen mengenakan orang/pendengar (Goca, Panggilan Hangus, Pasang Mata dan sebagainya). Maka, kita lihat sendiri lambakan pelawak bersama segmen yang lebih kurang sajo. Lepas tu mesti ada segmen gossip yang dikendalikan oleh nama yang sangat "adik-adik". Jarang sekali ada segmen radio yang menampilkan idea baru, bernas dan segar. Yang berjaya memecah dominasi ini buat masa ini ialah segmen Sketsa Johan (Johara).

Itu belum disentuh isu pemilihan lagu yang disiarkan lagi. Mentang-mentang ini zaman K-Pop kononnya, maka segala lagu K-Pop yang sendu dan basipun turut diputarkan walaupun masih berlambak lagi produk Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Sayangkan.. dulu pernah ada program Gangstarz tapi tak kena masa. Cuma perkembangan POSITIF mengenai stesen radio negara yang boleh dipuji adalah apabila radio swasta mengambil langkah untuk menyiarkan azan. Salute~

Contoh lain? Rancangan gossip. Disebabkan Melodi berjaya beraja di mata, bertakhta di hati rakyat Malaysia, maka stesen TV lain pun sibuk nak buat kerja sama. Maka, terhasillah persaingan program yang katanya lebih berani tampil vogue da vass. Konsepnya tetap sama, cara penyampaiannya juga sama cuma cara pengacara saja yang berbeza daya tarikannya.

Dan.. kini kita dapat lihat kebanjiran rancangan gossip (murahan?) seperti Diva (TV1), Propaganza (Astro), Bilik 7 (ntv7), Galaksi (TV9) dan sebagainya. Cuma di sini, apa yang TT mahu ulas.. Melodi sudah tidak seperti dulu. Kurang Uuuumppph~ Yang lebih seronok dilayan ialah rancangan Galaksi TV 9 sebab ada Kiah Propa yang mengilai macam hantu di samping video klip yang muncul kena dengan cerita. Corak kendalian Ikhwan juga terkawal dan tak nampak berlebihan.


Bukan saja rancangan yang mahu ditiru (Melodi, Nona contohnya), malah gaya pengacaranya juga mahu dicopy & paste. Masing-masing cuba meniru gaya Kak Ogy, Datin Normala Samsudin, Aznil & Azwan, Kak Engku, Farah Fauzana dan beberapa nama lagi yang berada di kelas tersendiri. Macam tak ada identiti pula.

Hmm.. satu lagi contoh. Masih lagi berkaitan dengan gossip. Tapi bukan rancangan TV. Tapi blog berkaitan dengan gossip. Mungkin rakyat Malaysia dahagakan rancangan dan bahan bacaan berkisarkan gossip. Buktinya.. blog gossip Beautiful Nara, berada dalam kelompok Top 10 laman web digemari untuk dilayari.sepanjang 2011. Maka, mucullah pesaing Beautiful Nara, iaitu Roti Kaya (yang hampir disaman gara-gara nak cover cerita panas dan eksklusif), oh! Bulan, Izyan.com dan sebagainya. (Adakah blog ini juga blog gossip? Teet~ (Tabloid lah.. bak kata abg NAI)


Nak contoh lagi? Pertandingan realiti. Bersepah kan? Hari ini, TT mengupas isu rancangan realiti TV berkonsepkan nyanyian. Bukan rancangan seperti AF, Mentor & Bintang RTM sebab rancangan terbabit menampilkan peserta amatur. Namun rancangan realiti nyanyian ini menyaksikan persaingan penyanyi professional.


Mungkin (secara kebetulan) ianya diinspirasikan daripada rancangan One In A Million (OIAM) yang mencetuskan fenomena tersendiri gara-gara penyertaan Dayang Nurfaezah, Sarah Raisudin, Shyla Amzah, Alyah, Tomok, Ridzuan Forteen, Amylea AF3, Pija Mentor, Nine Coco dan beberapa penyanyi lagi.

Maka, dari situ timbullah idea baru dan stesen TV telah mencipta pertandingan realiti ala-ala OIAM pula. Contohnya Mania (Astro) dan juga Versus (TV 9). Bezanya.. Versus menampilkan band muzik, manakala Mania cuma ada 2 band. Versus menampilkan 5 kumpulan iaitu Sofazr, 6ixth Sense, Hujan, Black Parallax (Black Mentor + Meet Uncle Husain + sessionist lain), dan Go! Gerila (Aizat Amdan + Amir Jahari & the band).


Mania? Mania pula nampak seakan-akan mencuba untuk menjadi "ibu" rancangan realiti berkonsepkan nyanyian. Kononnya mahu meniru formula Maharaja Lawak yang mencetuskan fenomena tahun sudah. Kemuncak Raja Lawak melalui rancangan Maharaja Lawak. Dan tahun 2012, Super Spontan bakal mencetuskan fenomena agaknya. Sebab macam ala-ala Survivor pula proses penyingkiran. Dan ianya merupakan kesinambungan kepada rancangan Spontan yang diacarakan Shira.

Sementara rancangan menuju puncak Akademi Fantasia yang dicedok format asalnya daripada rancangan La Academia masih belum sampai kemuncaknya... walaupun katanya, AF ini kontraknya selama 10 musim kaedahnya.

Dan pernah terdengar ura-ura mahu diwujudkan pentas AF All Starz bagi musim ke-10, namun tiba-tiba muncul pula rancangan Mania yang menyediakan wang sebanyak setengah juta kepada pemenang. Dah macam rancangan "One in a half million" pulak kan? Konsepnya menarik lebih-lebih lagi menampilkan 3 penerbit terkemuka serta pembabitan All Starz iaitu juara-juara rancangan realiti nyanyian Mentor, Bintang RTM, OIAM, My Starz LG segala bagai tetapi sayangnya.. indah khabar dari rupa.

Cuba bayangkan jika nama-nama ini merupakan pesaing-pesaing rancangan Mania yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Daniel, Vince, Zahid, Suki, Ayu, Fiq, Mawi, Mila, Hafiz, Stacy, Tomok, Black, Shahir, Hazama yang kesemuanya bergelar juara.

Manakala kerusi panas (Hot seats) melibatkan persaingan antara Aizat, Faizal Tahir, Alyah, Shyla Amzah, Idayu, Akim, Adira, Farah dan beberapa nama besar kelahiran realiti TV. Andai benar seperti yang dikatakan, pastinya lebih menarik bukan? Sayang sekali, banyak nama di atas terlibat dengan projek lain seperti Mentor 6, Masterchef Malaysia Celebriti, Versus serta komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Senang cerita, Mania nampak cuba menumpang dan menumbangkan kemegahan AJL (sebab lewat kebelakangan ini AJL membabitkan banyak persaingan artis realiti TV serta indie), tapi ternyata jauh panggang daripada api. Mania juga seperti menampakkan usaha terdesak Aznil mahu mempertahankan popularitinya. Mungkin kedengaran agak kasar tetapi justifikasnya, apa relevan rancangan On Air pula? Nampak back to back 2 rancangan yang dikelolakan Aznil dalam satu masa.

Mana perginya residen artis yang diikat kontrak eksklusif bersama Astro? Dan mungkin hal ini menyebabkan Sarimah ingin 'lepas' dan kini bergelar DJ Red. FM. Sudahlah On Air itu disepahkan dengan drama.  Choy~ Nampak sangat On Air is all about Aznil. The contestants just the accessories. Sorry to say. Tapi nampak sebegitu di mata TT. Kesian peserta yang betul-betul ada passion tapi nampak dipergunakan.

Begitulah hakikatnya.. realiti TV melibatkan keuntungan.  Asal saja ada RRP, pasti berganda $$$RM. Sudahlah.. TT malas melalut lebih lama. Nanti takkan sudah diskusi ini. Nantikan ulasan yang lebih menarik dan panas mengenai RRP di Bahagian 2. Sekian.

p/s: Blog TT pun kejar RRP ke? Sibuk dengan capaian hits jugak ker? Ops!

Saturday, March 24, 2012

Third Language / Bahasa Ketiga



Maya anak sulung. Juga cucu sulung dan cicit sulung (sebelah familiku). Tapi kalau sebelah mertua, Maya merupakan cucu yang ke-21 daripada 23 (Akan datang ke-24 anak Kak Lin). Salah seorang sepupu Maya, Aliya, baru kembali ke Malaysia akhir tahun lepas.

Sebabnya.. papa Aliya ataupun abang ipar aku ataupun abang kepada isteriku (hehe :b) telah menyiakan pengajian Master beliau di Wales, United Kingdom. Menariknya.. Aliya ni masih fasih berbahasa Melayu, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris DAN.. boleh bercakap Welsh!


Ya! Orang Wales juga ada bahasa mereka. Kalau Malaysia ada semenanjung dan Borneo dan kononya orang KL berlagak, maka United Kingdom terdiri daripada Scotland, Wales dan England dan kononnya orang English itu very the kekwat! Jadi, apa ceritanya episod kali ini? Cuba baca majalah dari Wales di atas, faham tak?

Entri ini seperti tajuk yang tertera di atas akan mengupas isu penguasaan bahasa ketiga. Apa itu bahasa ketiga? Bahasa pertama ialah bahasa pasar ataupun lidah rasmi (istilah Inggerisnya mother tongue). Kedua ialah bahasa yang kita mahir samada melalui teori pembelajaran mahupun kajian.


Justeru itu, bahasa ketiga ialah bahasa opsyen atau ekstra yang kita kuasai. Sebagai contoh rakyat Malaysia akan menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan bahasa opsyen yang dipilih mungkin Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan bahasa-bahasa lain.

Apa kaitannya dengan Maya? Sebagai ibu bapa yang telah mencongak masa depan, berdasarkan pengalaman hidup setahun jagung ini, aku mendapati dunia masa kini amat kompetitif. Sebagai contoh, kadar pengangguran. Aku pernah bergelar 'penganggur kehormat' yang kerjanya bermain 'Farmville' selama beberapa bulan.

Mengapa hal ini berlaku? Siapakah yang untung dalam situasi tertekan dan terdesak sebegini? Aku lihat, mereka yang menguasai lebih daripada 2 bahasa akan memiliki peluang yang lebih cerah. Contohnya, Anisa gadis lulusan universiti di Jerman. Boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Jerman dan Mandarin dengan baik. Contoh~

Tapi nampak tak peluang Anisa? Kalau balik Malaysia, pasti senang cari kerja hatta syarikat tersebut menetapkan syarat jika menguasai bahasa Mandarin merupakan satu bonus waima Zaid, pemuda lulusan universiti tempatan cuma yakin berbahasa Melayu dan Inggeris sahaja. Itu pun.. ada bau budu pulok tu!


Realitinya.. ramai kawan-kawan aku lulusan universiti dari Jepun dan Korea, apabila mereka balik Malaysia, sekarang mereka bekerja dengan kilang gergasi dari Jepun dan Korea. Untungkan tahu bahasa ketiga?Oleh itu, dalam proses membesarkan anak-anakku dan bagi mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia yang super-kompleks-kompetetif, sedaya upayaku akan pastikan mereka dapat menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa.

Insya allah.. sebab bahasa merupakan tools yang amat berguna selain aksesori-aksesori seperti kepetahan berhujah, memberi idea bernas, penyelesaian masalah (problem solving), kepemimpinan (leadership) dan macam-macam lagi. Hey, bukankah aku seorang trainer-motivator (berangan kan?)? Boleh ajar orang lain yakni adik-adik volunteer banyak benda, takkan anak sendiri tak boleh bentuk? Acuannya telah sedia ada~ Jangan biarkan anak di rumah kelaparan.. sedangkan kera di hutan boleh disusukan. Gitew~

TT : At least ummi boleh ajar anak-anak Bahasa Arab :)

Friday, March 23, 2012

Football Update / Kemaskini Bola 2012

Lama jugakan aku tak update pasal bola sepak dalam blog ni.. walaupun memang aku sentiasa mengikuti dan menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa (Liga Inggeris terutamanya). Dan buat kesekian kalinya.. inilah dia berita terkini mengenai 2 Piala besar peringkat Eropah yang telah memasuki peringkat 8 terbaik atau Suku Akhir.

UEFA Champions League (Chelsea satu-satunya wakil BPL setelah menyelesaikan Italian Job menentang Napoli)



Dan juga Europa League ( menyaksikan kedua-dua MANCHESTER tumpas, tersingkir)



TT : Err.. Kelantan dan Terengganu yang juga beraksi peringkat AFC juga telah tewas dalam perlawanan kedua menentang lawan masing-masing. Masih jauh lagi.. perjalanan penentuannya.


Akhirnya Fernando Torres berjaya menamatkan kemarau gol yang berpanjangan semenjak Oktober 2011. Nah.. 2 gol terus.. Dan seperti yang dijangka.. persembahan Torres merudum balik setelah kekalahan Chelsea kepada Manchester City. Dan ini memberikan ilham kepada TT untuk menghasilkan karya baru - To:Res - Penoreh Getah Kak Midah - current working title. Huhu ~

Tuesday, March 20, 2012

Lena Dalam Dakapan ~

Dalam pelukan
Berbantal lengan
Kamu lena
Dalam kehangatan
Membenihkan kepercayaan
Selimutkan ketakutan
Bedungi segala ancaman
Mimpikan keindahan

Dalam pelukan
Terpancar makna
Amat mendalam
Aura pesona bapa
Terpelihara mara bahaya
Kala dugaan menerpa
Tika petaka menerka
Dirimu terlindung

Mencurah kasih
Bagai menatang minyak yang penuh
Menjulang sayang
Bagai tiada penhujung
Kemuncak infiniti
Refleksi transisi diri

Dalam kebahagiaan
Pernah sesekali dirimu menangis
Tersadung, rebah dek kejatuhan
Namun tangisan seakan reda
Saat diberikan kudrat semangat
Asamu tidak bergoyang
Upaya rentasi segala halangan

Dalam kedukaan
Pernah juga dirimu tertawa
Keghairahan mengenal dunia
Membenihkan daya keprihatinan
Mencorak masa depan
Belakang, depan, kiri atau kanan
Kamu punyai pilihan

Pejamkan matamu
Terkamit bibirku
Meratib alunan zikrullah
Tidurlah.. anakku
Lenalah.. sayangku
Dalam dakapan bapamu
Moga Allah memeliharamu
Bila aku sudah tiada



p/s: TT menyiapkan puisi ini sambil mendengar lagu Salsabila dan Selamat Malam yang begitu kuat mesej kebapaannya.

Ayuh kita amalkan bersama. Jom diet!


Biasanya kita selaku manusia biasa begitu mudah terpengaruh dengan iklan. Bukan? Kita juga sering melihat, mendengar, membaca hatta membuat sendiri iklan secara sengaja atau tidak sengaja samada melalui media bercetak, elektronik atau menerusi tubuh badan kita sendiri.

Cuba tengok iklan di bawah. Jom kita amalkan bersama. Demi kesihatan yang baik di samping mendapat ganjaran kelak kerana menghidupkan sunnah. Insya allah. Sunnah kan bermaksud setiap perkataan, perbuatan dan segala tingkah laku Rasulallah. Dan ingatlah.. Rasulallah  itu Al-Quran bergerak :)




Dan ini pula iklan yang dijayakan MPP UiTM khabarnya. Siapa sangka bukan? Kalau iklan ini buatan UIA
tak pelik.

Thursday, March 15, 2012

LLJ Mac 2012

Inilah dia 15 lagu-lagu jadian yang semakin mesra di halwa pendengaran TT lewat Mac 2012. Sama mencengkam dengan "buaya jadian" lakonan Tengku Azura dalam Bunohan okay :b

Al-Mawlid - Belaian Jiwa 1432 (Ya Rasulallah)
Zamani & Sharifah Zarina - Tak Keruan
Diandra Arjunaidi - Things We Don't Say
Jaclyn Victor - Sebelah Jiwaku
Alyah feat. Chocolate - Boomerang
Iz Sulaini - Cinta Akhir 
Klangit - Sesal Mendua
Stephen Rahman Hughes - Bertemu Di Syurga
Pot Amer - Keroncong Hybrid Untuk Bidadari
Liyana Jasmay - Cinta Bersatu
Asmidar - Langit Biru
Nora - Tulus (OST Azura 2012)
Man Bai feat. Khatijah Ibrahim - Kita Cinta
Liyana Fizi - Teduh
Shaheizy Sam & Yana Samsudin - Beginilah Caranya (OST Aku Ada, Kau Ada)

Wednesday, March 14, 2012

La Diva



Gambar di atas, bertarikh 13 Januari 2012. Dan kini.. setelah hampir 2 bulan menanti.. menunggu dan terus setia menghitung hari; Alhamdulillah.. La Diva sudah seminggu kembali ke pangkuan pemiliknya pada tanggal 6 Mac 2012. Harga masuk "klinik" melalui proses "pembedahan" dan pemulihan melebihi 10 K. Sekarang tengah menyelesaikan proses tuntutan insuran terhadap orang mabuk itu. Doakan mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Insya allah~


Saturday, March 10, 2012

Petrosains VOP Feb 2012



Fuh~


Phew~

Aku baru saja selesai buat latihan (training) kepada pengambilan baru sukarelawan di Petrosains. Kiranya.. selain buat science show, salah satu tugas lain yang perlu dilaksana adalah membuat training. Alhamdulillah semua yang dirancang berjaya dilaksana.

Sebenarnya aku cuma bidan terjun. Last minute ganti bos yang ada mesyuarat. Jadi kena present pasal COL punya department. Kemudian buat sessi mini show dan juga busking. Dan seterusnya buat 5 hari on job training (OJT) bagi mereka yang terpilih masuk COL.

Welcome on board~ adik-adikku.. Terima kasih kepada Syed Zahiryn kerana memuatnaik video di atas di saluran Youtube.

BUNOHAN! Ada berani ?

 

Ada berani? Jemputlah menjenguk.. Kampung Bunohan, di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Bermula 8 Mac 2012.

Tapi sayang.. penggambaran filem ini (terutama kawasan pantai) dibuat di negeri Terengganu.

Sebenarnya aku serba salah.. Nak buat ke tidak ulasan/rebiu filem Bunohan ini. Sebab takut terbagi spoiler. Alamak!

Walaubagaimanapun... aku tetap akan bagi sedikit ulasan. Sedikit saja tau?

Cukuplah frasa ayat sebegini menjadi ulasannya..
  • Bunohan akan membawa jenama filem Malaysia ke satu tahap yang berprestij dipandang tinggi oleh orang asing.
  • Bagi peminat cerita bergenre "Yasmin Ahmad" dan yang sewaktu dengannya.. inilah penawar mujarab bagi melepaskan kerinduan terhadap karya arwah YA.
  • Juga alternatif kepada penggemar filem seperti KAMI The Movie, Anak Halal, Songlap, Budak Kelantan, Belukar dan yang sekufu dengannya.
 

  • Bunohan... jauh.. (panggil tak dengar) meninggalkan Hantu Bonceng (bak kata KJ) jika dinilai dari sudut naratif cerita, sinematografi, keaslian dan konsistensi. Bukan dari sudut komersial mahupun populariti semata-mata. Apatah lagi jika mahu diletakkan bersebelahan filem-filem' serampah', 'lawakspastik' yang tidak larat untuk disenaraikan satu per satu. Huhu.
  • Bunohan juga.. jika dibandingkan dengan Kongsi (yang ada elemen Siam dan Tomoi) juga bagai langit dan bumi.
  • Faizal Husein, aktor senior/veteran yang menampilkan lakonan kelas A. Bukan macam filem Abuya ya :)
 
  • Bunohan..filem yang bermain dengan warna hitam-putih-kelabu kehidupan, kaya dengan metafora, ada nilai artistik dan estetika tersendiri seorang karyawan bernama Dain Said.
  • Bunohan ada mesej yang tersurat dan tersirat. Membawa isu kemanusiaan, kejahilan manusia menilai kehidupan, soal maruah dan tanah pusaka, perseteruan & permusuhan yang langsung tidak membina, mengupas kepincangan institusi kekeluargaan serta memaparkan sikap tamak haloba manusia yang berprasangka.
  • Bunohan menampilkan kelainan dari sudut jalan ceritanya yang asli dan segar, sinematografi yang cantik, kerja kamera yang kemas dan teratur di samping lakonan cemerlang bintang-bintang handalan seni lakonan tanahair.
  • Antara babak kegemaran aku ialah intro & outro, babak pertarungan tomoi yang menampilkan kapal sebagai props, kostum Mek Yah 'membaham', watak Pok Heng bersama wayang kulitnya, burung milik Cina Burung DAN aku suka sekali "twist" di akhir cerita! Jeng jeng jeng. Macam ending filem Trauma pulak yang kena dirahsiakan. Hua hua hua ~
 

  • Bunohan menerapkan unsur mistik dan mitos di luar kebiasaan.. (bukan tipikal filem seram yang ada serigala kejadian what so ever) dan berjaya menyelitkan budaya wayang kulit, main puteri, makyong, dikir barat serta muay Thai sekaligus. Sekali das!
  • Biarpun hanya menampilkan SATU sahaja watak wanita, yakni the one and only Tengku Azura (model) yang membawa watak Mek Yah, namun ianya tidak membantutkan perjalanan cerita. Watak lain semuanya dimonopoli oleh kaum lelaki. Serius~ Macam KL Gangster yang hanya ada 2 watak wanita, ibu dan adik Malik.
  • Setelah filem Jogho, Budak Kelantan dan Wayang.. kini giliran Bunohan yang menampilkan bahaso Klate yang bertaraf internasionale. Bahaso Klate memang ada class.. tak payah buat meriah dengan loghat yang meng'utara'kan komedi. Jangan risau ada subtitle. English subtitle only available at TGV KLCC, GSC Pavilion & Sunway Pyramid. 
  • Bunohan.. atau judul asalnya (working title).. Bunga Lalang. Memang pasal Adil a.k.a Bunga Lalang. Cik Bunga yang bagai lalang. Tiada pendirian diri ekoran caranya dibesarkan. Kecewa dengan keluarga.
  • Dain Said sepatutnya muncul dengan filem Dukun terlebih dahulu. Tapi sayang tak dapat ditayangkan gara-gara ayat "berdasarkan kisah benar".Sepatutnya guna ayat klise "kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.....(habiskan sendiri ayat tersebut)"
Jenguk Dukun di sini.
  • Watak kegemaran ? Semua watak hidup. Faizal Husein boleh menang Aktor Terbaik. Harapan cerah. Zahiril Adzim cemerlang sebagai Adil yang menuntut keadilan, Pekin atau Iznan Ibrahim berjaya memotretkan diri selaku usahawan berjaya (juga berjaya tambah 10 kg berat badan). 3 watak utama ini memang menyerlah.
  • Watak sampingan aku suka Pok Heng (Wan Hanafi Su),dan Deng (Bront). Jolok not bad~ And of course.. Mek Yah, especially babak catwalk dalam air. Dialog Mek Yah di hujung cerita baru ada. okaylah.
  • CUMA.. ya, ada cuma ya. Ada TAPI nya..
  • Cuma.. yang "kureng" sikit (tapi tak sampai tahap mencacatkan jalan cerita), ialah sebutan dan intonasi dialek Klate. Biarpun bergurukan Wan Azli (pengarah Budak Kelantan), bahaso Klate yang diucap tak dengar serupo ore Klate sengoti. Sungguh royak ni..mugo ambo anok jati Klate. Satu-satunya orang luar yang nampak Klate sengoti ialah Wan Hanafi Su (orang Ganu) yang membawa watak Pok Heng.Pekin Ibrahim, dan pemegang watak Jolok memang budok Klate. Perasaan dia macam kita nak menerima lakonan Maya Karin yang BMnya bunyi kekok. Tapi takde masalah kan?? Lagipun kebanyakan pelakon asal dari pentas teater seperti Namron, Zahiril Adzim, Amerul, Along Ezeyndi, (Jolok jugok kot), manakala pelakon seperti Bront, Shoffi Jikan, Pekin berguru dengan sifu lakonan yang sama.
  • Kalau kita tengok Jogho dan Wayang.. orang "luar Kelantan" yang berlakon dalam filem berkenaan (seperti Ida Nerina, Normah Damanhuri, Adlin Aman Ramlee, Zul Huzaimi, Mas Muharni)boleh dikatakan berjaya menguasai sebutan dan intonasi dialek Klate dengan tepat.
  • Aku sempat 'jenguk' masa premier Bunohan di TGV KLCC sebelum ini. Sempat menyapa Zahiril Adzim yang masih dalam mood bulan madu, baru pulang dari Jepun. Dan ternampak juga beberapa kelibat orang-orang industri berkenaan berborak, bersembang, berbincang dan berseloroh. Bukan tak berani masuk dekat, cuma terikat dengan komitmen lain yang lebih diutamakan.
  • Cukuplah tu ulasannya. Karang tak cukup muka surat pulak kan?
  • Sinopsis? Google lah sendiri.. :)
Tonton trailer Bunohan ~

Catatan TT : Sewaktu dalam panggung.. ada penonton yang siap berdengkur. Ironinya.. ada Mat Salleh ni puji bukan main lagi. Kontradiksi sangat~

Thursday, March 1, 2012

CDC Februari 2012

1. Revolusi Syria menentang Bashar Al-Assad 


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita.



Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

Revolusi ataupun protes anti-kerajaan oleh rakyat Syria bermula 26 Januari 2011. Dan ekoran kezaliman kerajaan pimpinan Bashar al-assad ini, dikatakan lebih 7000 nyawa menjadi korban. Untuk makluman, kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya. Dan adakah Iran turut bersekongkol memerangi saudara seagama yang beraliran sunni?

Bentuk kezaliman yang berlaku sepanjang tempoh saurah (revolusi)
  • Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
  • 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  • Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  • 9000 tahanan ditahan.
  • 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  • Wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang, ayah, anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  • Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  • Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  • Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  • Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
Lebih lanjut? Sila klik sini.

TT : Macam mana pula kes KFC i-city dengan isu mengamuk dan ditumbuk? Salah orang yang rasis atau pengurusan tidak persis? Uncle McD yang bertepuk tangan

2. Konsert Erykah Badu (E.B)dibatalkan kerajaan


Mana-mana artis yang mempersendakan agama Islam memang tak layak untuk buat persembahan di bumi Malaysia ni. Noktah. Siapakah Erykah Badu? Apa lagu popular yang dinyanyikan E.B? Jawapannya ialah, E.B telah mempengaruhi pemakaian tudung Yuna! TEET~

Konsert E.B dibatalkan ekoran tersiarnya gambar bertattoo (ada kalimah Allah) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Persoalannya, jika gambar E.B tu tak tersiar kat The Star... konsert akan diteruskan ke tak? Emm.. Dan.. peminat setia E.B tu yang biasa google stori dia mesti dah pernah tengok bodypaint tu. Dan gambar-gambar E.B tu memang ada bersepah kat mana-mana blog/website.. kecuali pak menteri je yang mungkin tak pernah tengok..Kementerian buat keputusan drastik (setelah PAS berjaya membuat tuntutan) semata-mata disebabkan terpampang separuh muka surat The Star je ke?

Jika begitu, kalau kata ada mana-mana artis luar negara yang masuk Malaysia dan gambar mereka yang persendakan agama Islam ada bersepah kat website, tapi tak disiarkan di mana-mana surat khabar di Malaysia, masihkah dibolehkan membuat persembahan di sini? Garis panduan kementerian setakat mana? Adakah setakat hebahan di suratkhabar saja yang akan diambil tindakan? TEET~lagi sekali.

TT: Akhirnya konsert Avril Lavigne dapat dijayakan di KL tapi macam mana persembahannya? Dengar cerita lalok...

3. Anugerah-anugerah antarabangsa

GRAMMY. Klik sini untuk keputusan penuh. Tahniah kepada pemenang terutama Adele, Foo Fighter & Taylor Swift! 


OSCAR. Klik sini untuk keputusan penuh. Tahniah kepada pemenang terutama The Artist dan Meryl Streep! Tidak lupa.. filem Iran yang TT dah tengok, A Separation.





TT : Tiket pementasan Lawak Ke Der? di IB laku..tapi terpalit kontroversi caras mencaras idea. Yang penting... Tak sabar nak tonton Bunohan, 8 Mac 2012

4. Anugerah Sukan

Anugerah Sukan pun ada ya. Jangan main-main.. Hehe :b


Skuad Harimau Muda, yang muncul juara bola sepak Sukan SEA di Jakarta November lepas, dipilih oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai pemenang Anugerah "Out-Do Yourself" 2011 SAM-100Plus-KBS.

Skuad kebangsaan bawah 23 tahun di bawah bimbingan Ong Kim Swee berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas mengalahkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Persatuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dinamakan pemenang anugerah 'Persatuan Paling Dinamik 2011' SAM-100PLUS-KBS yang julung kali diperkenalkan oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM).


Terdahulu, SAM mengumumkan juara badminton remaja dunia Zulfadli Zulkifli dan bekas juara snuker Asia Sam Chong masing-masing memenangi "Atlet Muda Terbaik' dan 'Atlet Kemunculan Semula Terbaik' bagi tahun 2011.Kemuncak acara itu ialah penyampaian anugerah 'Atlet Terbaik 2011' dan dimenangi oleh penembak negara, Nursuryani.




Dengan nama penuh, Nur Suryani Mohd Taibi, penembak wanita negara ini  mula menjadi sebutan apabila dia muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu. Tidak lama kemudian, Nur Suryani meneruskan momentum kejayaannya apabila mengesahkan slot pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan kerana Nur Suryani, 29, muncul penembak wanita raifal pertama negara layak bertanding di temasya Olimpik.Kejayaan penuh bermakna itu dicapai dalam acara 10 meter Air Rifle pada Kejohanan Menembak Asia di Doha, awal Januari lalu.

Rentetan kejayaan yang dicipta, Nur Suryani dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2011


Itu kata SAM. Bukan? Di eropah, football writers association (FWA) - telah mengiktiraf Scott Parker sebagai Footballer Of The Year. Dan sekali lagi Scott Parker dipilih peminat bola sepak Inggeris selaku England Player Of The Year.

TT : Isu rasuah yang melanda Liga Bola Sepak Malaysia merupakan barah yang harus ditangani segera. Sudahlah beberapa atlit yang menang pingat di sukan SEA kantoi, tak lepas ujian anti doping!

5. Liam Neeson memeluk Islam


Liam Neeson dikenali melalui filem Star Wars sebagai Jedi Master Qui-Gon Jinn atau Col. John “Hannibal” Smith dalam Filem A Team berkata kepada media hari ini yang beliau minat dengan Islam. Dan alhamdulillah, akhirnya bergelar Muslim.


Menurut calon anugerah Oscar ini, ketika menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki dan kata beliau seruan azan pada mulanya agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke dalam jiwanya dan katanya islam cukup cantik dan indah. Itulah saat dan momen dilamar hidayah Allah.

Sumber.

TT: Cuba google nama ini. Azzahara Wardina Zazuli. Terpesona atu tidak?

6. Obituari / Belasungkawa


Alfatihah! Kepada arwah Latif Ibrahim dan pelantun lagu Cinta Melankolia, ANN. Cuma ada perkara yang dikesalkan di mana pihak penerbitan teater Terima Kasih Cinta masih tak selesaikan pembayaran kepada arwah Latif sehingga ajalnya tiba.


Penyanyi lagenda & berkaliber, Whitney Houston juga telah meninggal dunia. Takziah.


TT: Pelik tapi benar.. setiap kali Aaron Ramsey (Arsenal) jaring gol.. pasti ada kematian nama-nama besar. Steve Jobs, Muammar Gaddafi & terkini Whitney Houston (ketika menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Sunderland). Kebetulan kah?

7. Sukan Berbasikal Malaysia - semerbak harum~



KEJUARAAN Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 yang melabuhkan tirainya di Putrajaya membuktikan bahawa Malaysia masih lagi boleh dianggap antara kuasa besar dalam sukan berbasikal di rantau ini.

Pada temasya yang berlangsung selama 10 hari itu, Malaysia secara keseluruhannya berjaya mengutip tiga pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa (3-7-5) dalam saingan trek dan lebuh raya kategori elit serta remaja.

Paling ketara ialah kejayaan skuad trek elit yang menyumbang tiga emas, tiga perak dan dua gangsa sekali gus mengatasi pencapaian 1-1-5 pada edisi tahun lepas di Korat.

Tiga pingat emas tersebut hadir menerusi Mohd. Edrus Yunus dalam acara satu kilometer ujian masa individu, manakala Josiah Ng dan Fatehah Mustapa masing- masing menghadiahkan kilauan tersebut dalam keirin lelaki dan wanita.

Sementara itu, jaguh sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang pula masih belum mencapai tahap prestasi yang diharapkan apabila hanya mampu menyumbang dua pingat perak (pecut dan keirin) selepas pulih daripada kecederaan akibat tertusuk serpihan kayu ketika beraksi pada siri Jelajah Trek Dunia di Manchester, Februari tahun lalu.

TT : Boleh pula ketika pelumba basikal negara yang menjalani latihan di Putrajaya dilanggar. Siang hari pula tu.

8. KFCM memperkenalkan...


Khairul Fahmi Che Mat(KFCM), penjaga gol sensasi negara memperkenalkan satu lagi nama..Nur Eilunie Natasha Nazri.


KFCM dikatakan menjadi punca terputusnya ikatan pertunangannya terputus. Emm..sekali lagi badai gossip melanda KFCM. Yang peliknya setiap kali ada perlawanan penting melibatkan negara, mesti ada gossip hangat yang sengaja mahu mengganggu fokus si Apek ni.

Apa istimewanya sangat KFCM ni. Hensem sangatkah? Padahal bekas tunangan Eilunie lebih kacak rasanya. Takpelah Apek. Masa nama tengah naik.. buat bisnes. Buka syarikat~ harap-harap meningkat.

TT: Satu lagi atlit kontroversi dari Kelantan, Roslin Hashim khabarnya telah selamat melansungkan perkahwinan buat kali ketiga. Tahniah!

9. Kemelut politik

Kali ini.. negeri Kedah menjadi tumpuan. Gara-gara krisis kepimpinan yang makin meruncing di negeri jelapang padi negara itu. Apa isunya? Adakah golongan Anwarinas atau Erdogan sekali lagi membuat kacau-bilau? Sehingga berlakunya isu boikot memboikot. Kesian Ustaz Azizan nak bentuk balik Exco baru.


Itu pasal Kedah. Bagaimana pula isu NGO yang diberi nama JATI  (yang khabarnya didalangi ameno) pimpinan bekas Exco Selangor, Dr. Hassan Ali yang semakin giat buat promosi dan jelajah. Demi masa depan negara katanya.. Apa-apa sajalah.. asalkan dia bahagia.

Yang penting.. siap sedia bila-bila masa PM nak bubar Parlimen. Jun 2012 katanya sebab cuti orang gomen dibekukan. Pakatan Rakyat kena betul-betul sepakat. Seia sekata. Jangan nak belot, lompat dan agenda tersendiri. Be end!

TT : Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia amnya, orang Cina khususnya setelah perdebatan antara Lim Guan Eng & Chua Soi Lek berlangsung...

10. Pertempuran atau medan "perang" di padang.

Di negara arab juga, berlaku pertumpahan darah yang mengorbankan kira-kira 74 nyawa disebabkan sukan bola sepak! Penonton di Port Said, merusuh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan bola sepak antara Al-ahly dan Al-Masy di mana menyaksikan keputusan berpihak kepada Al-Masry dengan kemenangan 3-1.



TT : Rasanya tak patut fanatik sangat dengan mana-mana kelab bola sepak selepas menonton drama 10 The Movie lakonan mantap Beto Khusyairy.