Hebahan

Saturday, March 10, 2012

BUNOHAN! Ada berani ?

 

Ada berani? Jemputlah menjenguk.. Kampung Bunohan, di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Bermula 8 Mac 2012.

Tapi sayang.. penggambaran filem ini (terutama kawasan pantai) dibuat di negeri Terengganu.

Sebenarnya aku serba salah.. Nak buat ke tidak ulasan/rebiu filem Bunohan ini. Sebab takut terbagi spoiler. Alamak!

Walaubagaimanapun... aku tetap akan bagi sedikit ulasan. Sedikit saja tau?

Cukuplah frasa ayat sebegini menjadi ulasannya..
  • Bunohan akan membawa jenama filem Malaysia ke satu tahap yang berprestij dipandang tinggi oleh orang asing.
  • Bagi peminat cerita bergenre "Yasmin Ahmad" dan yang sewaktu dengannya.. inilah penawar mujarab bagi melepaskan kerinduan terhadap karya arwah YA.
  • Juga alternatif kepada penggemar filem seperti KAMI The Movie, Anak Halal, Songlap, Budak Kelantan, Belukar dan yang sekufu dengannya.
 

  • Bunohan... jauh.. (panggil tak dengar) meninggalkan Hantu Bonceng (bak kata KJ) jika dinilai dari sudut naratif cerita, sinematografi, keaslian dan konsistensi. Bukan dari sudut komersial mahupun populariti semata-mata. Apatah lagi jika mahu diletakkan bersebelahan filem-filem' serampah', 'lawakspastik' yang tidak larat untuk disenaraikan satu per satu. Huhu.
  • Bunohan juga.. jika dibandingkan dengan Kongsi (yang ada elemen Siam dan Tomoi) juga bagai langit dan bumi.
  • Faizal Husein, aktor senior/veteran yang menampilkan lakonan kelas A. Bukan macam filem Abuya ya :)
 
  • Bunohan..filem yang bermain dengan warna hitam-putih-kelabu kehidupan, kaya dengan metafora, ada nilai artistik dan estetika tersendiri seorang karyawan bernama Dain Said.
  • Bunohan ada mesej yang tersurat dan tersirat. Membawa isu kemanusiaan, kejahilan manusia menilai kehidupan, soal maruah dan tanah pusaka, perseteruan & permusuhan yang langsung tidak membina, mengupas kepincangan institusi kekeluargaan serta memaparkan sikap tamak haloba manusia yang berprasangka.
  • Bunohan menampilkan kelainan dari sudut jalan ceritanya yang asli dan segar, sinematografi yang cantik, kerja kamera yang kemas dan teratur di samping lakonan cemerlang bintang-bintang handalan seni lakonan tanahair.
  • Antara babak kegemaran aku ialah intro & outro, babak pertarungan tomoi yang menampilkan kapal sebagai props, kostum Mek Yah 'membaham', watak Pok Heng bersama wayang kulitnya, burung milik Cina Burung DAN aku suka sekali "twist" di akhir cerita! Jeng jeng jeng. Macam ending filem Trauma pulak yang kena dirahsiakan. Hua hua hua ~
 

  • Bunohan menerapkan unsur mistik dan mitos di luar kebiasaan.. (bukan tipikal filem seram yang ada serigala kejadian what so ever) dan berjaya menyelitkan budaya wayang kulit, main puteri, makyong, dikir barat serta muay Thai sekaligus. Sekali das!
  • Biarpun hanya menampilkan SATU sahaja watak wanita, yakni the one and only Tengku Azura (model) yang membawa watak Mek Yah, namun ianya tidak membantutkan perjalanan cerita. Watak lain semuanya dimonopoli oleh kaum lelaki. Serius~ Macam KL Gangster yang hanya ada 2 watak wanita, ibu dan adik Malik.
  • Setelah filem Jogho, Budak Kelantan dan Wayang.. kini giliran Bunohan yang menampilkan bahaso Klate yang bertaraf internasionale. Bahaso Klate memang ada class.. tak payah buat meriah dengan loghat yang meng'utara'kan komedi. Jangan risau ada subtitle. English subtitle only available at TGV KLCC, GSC Pavilion & Sunway Pyramid. 
  • Bunohan.. atau judul asalnya (working title).. Bunga Lalang. Memang pasal Adil a.k.a Bunga Lalang. Cik Bunga yang bagai lalang. Tiada pendirian diri ekoran caranya dibesarkan. Kecewa dengan keluarga.
  • Dain Said sepatutnya muncul dengan filem Dukun terlebih dahulu. Tapi sayang tak dapat ditayangkan gara-gara ayat "berdasarkan kisah benar".Sepatutnya guna ayat klise "kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.....(habiskan sendiri ayat tersebut)"
Jenguk Dukun di sini.
  • Watak kegemaran ? Semua watak hidup. Faizal Husein boleh menang Aktor Terbaik. Harapan cerah. Zahiril Adzim cemerlang sebagai Adil yang menuntut keadilan, Pekin atau Iznan Ibrahim berjaya memotretkan diri selaku usahawan berjaya (juga berjaya tambah 10 kg berat badan). 3 watak utama ini memang menyerlah.
  • Watak sampingan aku suka Pok Heng (Wan Hanafi Su),dan Deng (Bront). Jolok not bad~ And of course.. Mek Yah, especially babak catwalk dalam air. Dialog Mek Yah di hujung cerita baru ada. okaylah.
  • CUMA.. ya, ada cuma ya. Ada TAPI nya..
  • Cuma.. yang "kureng" sikit (tapi tak sampai tahap mencacatkan jalan cerita), ialah sebutan dan intonasi dialek Klate. Biarpun bergurukan Wan Azli (pengarah Budak Kelantan), bahaso Klate yang diucap tak dengar serupo ore Klate sengoti. Sungguh royak ni..mugo ambo anok jati Klate. Satu-satunya orang luar yang nampak Klate sengoti ialah Wan Hanafi Su (orang Ganu) yang membawa watak Pok Heng.Pekin Ibrahim, dan pemegang watak Jolok memang budok Klate. Perasaan dia macam kita nak menerima lakonan Maya Karin yang BMnya bunyi kekok. Tapi takde masalah kan?? Lagipun kebanyakan pelakon asal dari pentas teater seperti Namron, Zahiril Adzim, Amerul, Along Ezeyndi, (Jolok jugok kot), manakala pelakon seperti Bront, Shoffi Jikan, Pekin berguru dengan sifu lakonan yang sama.
  • Kalau kita tengok Jogho dan Wayang.. orang "luar Kelantan" yang berlakon dalam filem berkenaan (seperti Ida Nerina, Normah Damanhuri, Adlin Aman Ramlee, Zul Huzaimi, Mas Muharni)boleh dikatakan berjaya menguasai sebutan dan intonasi dialek Klate dengan tepat.
  • Aku sempat 'jenguk' masa premier Bunohan di TGV KLCC sebelum ini. Sempat menyapa Zahiril Adzim yang masih dalam mood bulan madu, baru pulang dari Jepun. Dan ternampak juga beberapa kelibat orang-orang industri berkenaan berborak, bersembang, berbincang dan berseloroh. Bukan tak berani masuk dekat, cuma terikat dengan komitmen lain yang lebih diutamakan.
  • Cukuplah tu ulasannya. Karang tak cukup muka surat pulak kan?
  • Sinopsis? Google lah sendiri.. :)
Tonton trailer Bunohan ~

Catatan TT : Sewaktu dalam panggung.. ada penonton yang siap berdengkur. Ironinya.. ada Mat Salleh ni puji bukan main lagi. Kontradiksi sangat~

No comments:

Post a Comment