Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
Revolusi ataupun protes anti-kerajaan oleh rakyat Syria bermula 26 Januari 2011. Dan ekoran kezaliman kerajaan pimpinan Bashar al-assad ini, dikatakan lebih 7000 nyawa menjadi korban. Untuk makluman, kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya. Dan adakah Iran turut bersekongkol memerangi saudara seagama yang beraliran sunni?
Bentuk kezaliman yang berlaku sepanjang tempoh saurah (revolusi)
- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
- 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
- 9000 tahanan ditahan.
- 413 orang telah syahid di dalam penjara.
- Wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang, ayah, anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
Lebih lanjut? Sila klik sini.
TT : Macam mana pula kes KFC i-city dengan isu mengamuk dan ditumbuk? Salah orang yang rasis atau pengurusan tidak persis? Uncle McD yang bertepuk tangan
2. Konsert Erykah Badu (E.B)dibatalkan kerajaan
Mana-mana artis yang mempersendakan agama Islam memang tak layak untuk buat persembahan di bumi Malaysia ni. Noktah. Siapakah Erykah Badu? Apa lagu popular yang dinyanyikan E.B? Jawapannya ialah, E.B telah mempengaruhi pemakaian tudung Yuna! TEET~
Konsert E.B dibatalkan ekoran tersiarnya gambar bertattoo (ada kalimah Allah) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Persoalannya, jika gambar E.B tu tak tersiar kat The Star... konsert akan diteruskan
ke tak? Emm.. Dan.. peminat setia E.B tu yang biasa google stori dia mesti dah
pernah tengok bodypaint tu. Dan gambar-gambar E.B tu memang ada bersepah kat mana-mana
blog/website.. kecuali pak menteri je yang mungkin tak pernah tengok..Kementerian buat keputusan drastik (setelah PAS berjaya membuat tuntutan) semata-mata disebabkan terpampang separuh muka surat The Star
je ke?
Jika begitu, kalau kata ada mana-mana artis luar negara yang masuk Malaysia dan gambar mereka yang persendakan agama Islam ada bersepah kat website, tapi
tak disiarkan di mana-mana surat khabar di Malaysia, masihkah dibolehkan membuat persembahan di sini? Garis panduan kementerian setakat
mana? Adakah setakat hebahan di suratkhabar saja yang akan diambil
tindakan? TEET~lagi sekali.
TT: Akhirnya konsert Avril Lavigne dapat dijayakan di KL tapi macam mana persembahannya? Dengar cerita lalok...
3. Anugerah-anugerah antarabangsa
GRAMMY. Klik sini untuk keputusan penuh. Tahniah kepada pemenang terutama Adele, Foo Fighter & Taylor Swift!
OSCAR. Klik sini untuk keputusan penuh. Tahniah kepada pemenang terutama The Artist dan Meryl Streep! Tidak lupa.. filem Iran yang TT dah tengok, A Separation.
TT : Tiket pementasan Lawak Ke Der? di IB laku..tapi terpalit kontroversi caras mencaras idea. Yang penting... Tak sabar nak tonton Bunohan, 8 Mac 2012
4. Anugerah Sukan
Anugerah Sukan pun ada ya. Jangan main-main.. Hehe :b
Skuad Harimau Muda, yang muncul juara bola sepak Sukan SEA di Jakarta
November lepas, dipilih oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
(SAM) sebagai pemenang Anugerah "Out-Do Yourself" 2011 SAM-100Plus-KBS.
Skuad kebangsaan bawah 23 tahun di bawah bimbingan Ong Kim Swee berjaya
mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas mengalahkan Indonesia 4-3
menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga
tamat masa tambahan.
Persatuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dinamakan pemenang anugerah
'Persatuan Paling Dinamik 2011' SAM-100PLUS-KBS yang julung kali
diperkenalkan oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM).
Terdahulu, SAM mengumumkan juara badminton remaja dunia Zulfadli
Zulkifli dan bekas juara snuker Asia Sam Chong masing-masing memenangi
"Atlet Muda Terbaik' dan 'Atlet Kemunculan Semula Terbaik' bagi tahun
2011.Kemuncak acara itu ialah penyampaian anugerah 'Atlet Terbaik 2011' dan
dimenangi oleh penembak negara, Nursuryani.
Dengan nama penuh, Nur Suryani Mohd Taibi, penembak wanita negara ini
mula menjadi sebutan apabila dia muncul penyumbang pingat emas pertama
kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu. Tidak lama kemudian, Nur Suryani meneruskan momentum kejayaannya apabila
mengesahkan slot pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai
depan.
Ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan kerana Nur Suryani,
29, muncul penembak wanita raifal pertama negara layak bertanding di
temasya Olimpik.Kejayaan penuh bermakna itu dicapai dalam acara 10 meter Air Rifle pada
Kejohanan Menembak Asia di Doha, awal Januari lalu.
Rentetan kejayaan yang dicipta, Nur Suryani dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
(SAM)-100Plus-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2011
Itu kata SAM. Bukan? Di eropah, football writers association (FWA) -
telah mengiktiraf Scott Parker sebagai Footballer Of The Year. Dan sekali lagi Scott Parker dipilih peminat bola sepak Inggeris selaku
England Player Of The Year.
TT : Isu rasuah yang melanda Liga Bola Sepak Malaysia merupakan barah
yang harus ditangani segera. Sudahlah beberapa atlit yang menang pingat di sukan SEA kantoi, tak lepas ujian anti doping!
5. Liam Neeson memeluk Islam
Liam Neeson dikenali melalui filem Star Wars sebagai Jedi Master Qui-Gon Jinn atau Col. John “Hannibal” Smith dalam Filem A Team berkata kepada media hari ini yang beliau minat dengan Islam. Dan alhamdulillah, akhirnya bergelar Muslim.
Menurut calon anugerah Oscar ini, ketika menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki dan kata beliau seruan azan pada mulanya agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke dalam jiwanya dan katanya islam cukup cantik dan indah. Itulah saat dan momen dilamar hidayah Allah.
Sumber.
TT: Cuba google nama ini. Azzahara Wardina Zazuli. Terpesona atu tidak?
6. Obituari / Belasungkawa
Alfatihah! Kepada arwah Latif Ibrahim dan pelantun lagu Cinta Melankolia, ANN. Cuma ada perkara yang dikesalkan di mana pihak penerbitan teater Terima Kasih Cinta masih tak selesaikan pembayaran kepada arwah Latif sehingga ajalnya tiba.
Penyanyi lagenda & berkaliber, Whitney Houston juga telah meninggal dunia. Takziah.
TT: Pelik tapi benar.. setiap kali Aaron Ramsey (Arsenal) jaring gol.. pasti ada kematian nama-nama besar. Steve Jobs, Muammar Gaddafi & terkini Whitney Houston (ketika menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Sunderland). Kebetulan kah?
7. Sukan Berbasikal Malaysia - semerbak harum~
KEJUARAAN Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 yang melabuhkan tirainya di
Putrajaya membuktikan bahawa Malaysia masih lagi boleh
dianggap antara kuasa besar dalam sukan berbasikal di rantau ini.
Pada temasya yang berlangsung selama 10 hari itu, Malaysia secara
keseluruhannya berjaya mengutip tiga pingat emas, tujuh perak dan lima
gangsa (3-7-5) dalam saingan trek dan lebuh raya kategori elit serta
remaja.
Paling ketara ialah kejayaan skuad trek elit yang menyumbang tiga emas,
tiga perak dan dua gangsa sekali gus mengatasi pencapaian 1-1-5 pada
edisi tahun lepas di Korat.
Tiga pingat emas tersebut hadir menerusi Mohd. Edrus Yunus dalam acara
satu kilometer ujian masa individu, manakala Josiah Ng dan Fatehah
Mustapa masing- masing menghadiahkan kilauan tersebut dalam keirin
lelaki dan wanita.
Sementara itu, jaguh sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang pula masih
belum mencapai tahap prestasi yang diharapkan apabila hanya mampu
menyumbang dua pingat perak (pecut dan keirin) selepas pulih daripada
kecederaan akibat tertusuk serpihan kayu ketika beraksi pada siri
Jelajah Trek Dunia di Manchester, Februari tahun lalu.
TT : Boleh pula ketika pelumba basikal negara yang menjalani latihan di Putrajaya
dilanggar. Siang hari pula tu.
8. KFCM memperkenalkan...
Khairul Fahmi Che Mat(KFCM), penjaga gol sensasi negara memperkenalkan satu lagi nama..Nur Eilunie Natasha Nazri.
KFCM dikatakan menjadi punca terputusnya ikatan pertunangannya terputus. Emm..sekali lagi badai gossip melanda KFCM. Yang peliknya setiap kali ada perlawanan penting melibatkan negara, mesti ada gossip hangat yang sengaja mahu mengganggu fokus si Apek ni.
Apa istimewanya sangat KFCM ni. Hensem sangatkah? Padahal bekas tunangan Eilunie lebih kacak rasanya. Takpelah Apek. Masa nama tengah naik.. buat bisnes. Buka syarikat~ harap-harap meningkat.
TT: Satu lagi atlit kontroversi dari Kelantan, Roslin Hashim khabarnya telah selamat melansungkan perkahwinan buat kali ketiga. Tahniah!
9. Kemelut politik
Kali ini.. negeri Kedah menjadi tumpuan. Gara-gara krisis kepimpinan yang makin meruncing di negeri jelapang padi negara itu. Apa isunya? Adakah golongan Anwarinas atau Erdogan sekali lagi membuat kacau-bilau? Sehingga berlakunya isu boikot memboikot. Kesian Ustaz Azizan nak bentuk balik Exco baru.
Itu pasal Kedah. Bagaimana pula isu NGO yang diberi nama JATI (yang khabarnya didalangi ameno) pimpinan bekas Exco Selangor, Dr. Hassan Ali yang semakin giat buat promosi dan jelajah. Demi masa depan negara katanya.. Apa-apa sajalah.. asalkan dia bahagia.
Yang penting.. siap sedia bila-bila masa PM nak bubar Parlimen. Jun 2012 katanya sebab cuti orang gomen dibekukan. Pakatan Rakyat kena betul-betul sepakat. Seia sekata. Jangan nak belot, lompat dan agenda tersendiri. Be end!
TT : Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia amnya, orang Cina khususnya setelah perdebatan antara Lim Guan Eng & Chua Soi Lek berlangsung...
10. Pertempuran atau medan "perang" di padang.
Di negara arab juga, berlaku pertumpahan darah yang mengorbankan kira-kira 74 nyawa disebabkan sukan bola sepak! Penonton di Port Said, merusuh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan bola sepak antara Al-ahly dan Al-Masy di mana menyaksikan keputusan berpihak kepada Al-Masry dengan kemenangan 3-1.
TT : Rasanya tak patut fanatik sangat dengan mana-mana kelab bola sepak selepas menonton drama 10 The Movie lakonan mantap Beto Khusyairy.
No comments:
Post a Comment