Hebahan

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri : Sesuci Ramadhan, Syawal Terindah :)

Ini adalah entri tahun lepas

Dan sekarang entri untuk tahun ini. Mungkin lebih kurang sama saja ucapannya atau isi kandungannya saban tahun. Kan??

Apa-apapun TT mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada saya Mustakim, isteri Nurulhuda dan baby Maya.

2009 selaku orang bujang raya sendiri
2010 raya berdua bersama isteri
2011 raya bertiga sudah ada penyeri.. ALHAMDULILLAH :)
Raya berempat?? 201X jika dipanjangkan nyawa~

Tahun lepas balik Kota Bharu raya pertama. Tahun ni memandangkan ada anak kecil, dan pasti sukar  jika berjalan jauh, maka beraya di rumah mertua tahun ini. (Lagipun memang giliran kampung isteri.. hehe). Tahun ni beraya di Sungai Besar. Insya allah Raya Haji balik KB. Nak memperkenalkan Sumayyah Hannani pewaris generasi baru.

Apa kesan Ramadhan terhadap diri kita?? TT telah dapat balik berat sebelum kahwin yakni 53 kg. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Haha. Mungkin tercabar dek isteri tercinta yang dapat balik berat badan sebelum hamil.


Itu dari segi fizikal.. Dari segi mental?? Mungkin cabarannya berpuasa sambil bekerja 8 jam. Tak sama macam belajar dulu-dulu. Dari segi rohani?? Moga kesan tarbiah Ramadhan.. kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Adakah ini Ramadhan kita yang terakhir??

Berdoalah kita moga sempat ketemu Ramadhan lagi. Walaupun kita meraikan kemenangan di bulan Syawal. Lebih-lebih lagi tahun ini kebetulan sehari sebelum Merdeka. Maka, dengan tema Merdeka Raya, siapakah yang sebenarnya merdeka?? Syaitan juga merdeka.. tidak lagi dibelenggu. Kan?



Malaysia merdeka tidak dijajah
Rahmat melimpah di bumi bertuah
Setulus ingatan doa digubah 

Sesuci Ramadhan, Syawal terindah


Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Sekarang ada dapat?? Klasik pantun ni :)

Friday, August 26, 2011

Liga Juara-Juara : Peringkat Kumpulan

Baru selesai mengundi. Kumpulan telah dipecahkan kepada 8. Satu kumpulan 4 kelab. Emm.. paling mencabar bagi Manchester City sebab bertemu jagoan Jerman, Sepanyol dan Itali. Menyu untung tak jumpa gergasi Eropah, sekadar Benfica saja. Barcelona pun kena jumpa AC Milan.


 GROUP A
      Bayern Munich
      Villarreal
      Manchester City
      Napoli

GROUP B

      Inter
      CSKA Moscow
      Lille
      Trabzonspor

GROUP C

      Manchester United
      Benfica
      Basel
      Otelul Galati

GROUP D


      Real Madrid
      Olympique Lyonnais
      Ajax
      Dinamo Zagreb


GROUP E

      Chelsea
      Valencia
      Bayer Leverkusen
      Genk

GROUP F

      Arsenal
      Olympique Marseille
      Olympiakos
      Borussia Dortmund

GROUP G

      Porto
      Shakhtar Donetsk
      Zenit St Petersburg
      APOEL Nicosia

GROUP H

      Barcelona
      AC Milan
      Bate Borisov
      Viktoria Plzen

Trailer~

Apa makna trailer? Kalau rujuk kamus, perkataan trail maknanya jejak atau kesan. Maka trailer maksudnya orang yang mencari atau menjejak sesuatu. Kalau film trailer, maka orang itu mencari atau menjejak filem. Kira ada beberapa sedutanlah! Apa yang disedut?? Sudah.. tak habis nak ulas. Panjang berjela-jela.

Ah, sudah! Jom kita tengok sedutan beberapa filem-filem Melayu yang menarik dan bakal menanti. Ada banyak dan bersepah kalau cari di Youtube. Orang Kelantan kata berlana~ Tapi, ini filem-filem yang membatkan TT teruja menyaksikannya. Sila klik tajuk untuk tengok trailer tersebut di yu-tiup: )

Ombak Rindu - Kalau dah khatam novelnya.. tak kira dah Izzah tu "tua". Lagipun Osman Ali memang ada class. Lebih-lebih lagi semua pelakon dah menang "Terbaik" kategori masing-masing (Maya-Lisa-Bront-Aaron)

Bunohan - Sebab Dukun tak dapat tayang.. maka filem ini kira pengubat luka. Lagipun semua hero-hero berkaliber ada. Faizal Hussein, Bront, Zahiril Adzim, Pekin, Shoffi Jikan.

Songlap - Daya tarikan utama tentu sekali gandingan Sam-Syafie(Mukhsin) serta Sara Ali!

KIL - Mempertaruhkan Redza Minhat selaku teraju utama bersama pendatang baru, Cristina Suzanne Stockstil

Hanyut - Sebab U-Wei ambil James Whistler (Prison Break 3) berlakon! Haha. Dan semestinya Sofea Jane~ (tapi ni bukan trailer.. belakang tabir je kot)

Cinta Kura-Kura  - Menarik sebab kura-kura boleh bercakap suara Zizan-Fafau dan Usop Wilcha

Mantera dan II - Walaupun Tomok hero.. dan CGI ala-ala anime 2D, tapi memang ada menjanjikan sesuatu

8 Jam - Emm.. takut kecewa macam tengok Kongsi. Itu saja.

Dan ini dia 2 filem sempena Raya Aidilfitri. Tak tahulah yang mana satu akan kebabom!

Hantu Bonceng - Daya tarikannya tentu kisah 'cinta lokasi' Zizan-Jue. Kot?

Karipap-Karipap Cinta (adaptasi novel) - Macam choi~ (sebab student Jordan bertudung ala-ala DCT) tapi Hafsham pengarahnya tau.

Raya Tak Jadi - Yang ni pula daya tarikannya Apek dan Johan walaupun pengarahnya Prof. Madya Razak. Atoi nye pun~

Tuesday, August 23, 2011

Sains dalam berpuasa

Hari tu, 2 Ramadhan 1432 juga 2 Ogos 2011 giliran aku sekali lagi memberikan Fakta Sains (Science Facts) waktu panggilan-bergolek di waktu pagi (morning roll-call) :P

Aku memilih tajuk berpuasa. Apakah fakta-fakta Sains yang menarik di sebalik aktiviti berpuasa??


Pertama, sistem yang dipengaruhi aktiviti berpuasa adalah sistem pencernaan, saluran penghadaman dan fungsi metabolik badan. Merujuk buku yang ditulis oleh Allan Cott, Fasting as a way of life, sistem penghadaman, pencernaan dan saraf pusat akan mengalami masa rehat fisiologi secara menyeluruh dan menormalisasikan metabolisme tubuh.

Maknanya, setelah 11 bulan berhempas pulas bekerja tanpa henti, sistem-sistem di dalam tubuh manusia akan 'berehat' seketika. Dan sel-sel secara tetap akan mengalami proses rehabilitasi atau regenarasi. Bukan saja manusia, bahkan ular juga tutur "berpuasa" bagi mengalami proses peremajaan sel, yakni bertukar kulit baru.
 

Haiwan-haiwan yang berhibernasi seperti penguin, tupai tanah juga turut "berpuasa". Ada juga haiwan yang mengadakan "mogok lapar". Dan tumbuhan juga "berpuasa" dengan memilih tidak menyerap unsur fotosintesisnya. Bezanya kita manusia berpuasa dengan ada jiwa dan raga.

Kedua, dalam Islam, kita harus makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang. Dan Rasulallah juga menyeru umatnya supaya perut diisi sepertiga dengan makanan, sepertiga dengan minuman & sepertiga dengan udara sebagaimana sabdanya :

"Tiadalah anak Adam mengisi perkara yang lebih jelik daripada perutnya. Cukuplah beberapa suap makanan bagi menegakkan tulang punggungnya. Andai kata tidak dapat dihindarkan, bahagikanlah perut itu 3 bahagian. 1/3 bagi makanan, 1/3 bagi munuman dan 1/3 lagi bagi udara" (Hadith Riwayat Tirmizi)


Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31)


Ketiga, merujuk kepada sunnah Nabi sebagaimana Rasulullah SAW apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi.)
 



Mengapa kurma atau tamar?? Sebab kajian Sains menunjukkan bahawa dari segi tinjauan biokimia, kurma mengandungi monosakarida yakni gula ringkas. Berbeza sekali dengan tepung atau nasi yang mengandungi karbohidrat berbentk polisakarida. Monosakarida, gula ringkas tak memerlukan tenaga yang banyak bagi memecahkannya menjadi lebih ringkas malah tenaga dalam kurma sudah siap dan tinggal diserap oleh saluran pencernaan.

Akhir sekali untuk renungan bersama. Apakah hikmah dilambatkan bersahur, dan disegerakan waktu berbuka?? Trend orang sekarang bersahur pukul 12 tengah malam, pukul 2 pagi sebab berjaga larut malam. Subuh?? (Usah cakap pasal Qiamullail sebab "bangun malam" hanya untk orang yang tidur).
 

"Seseorang itu sentiasa mendapat kebaikan selama mana mereka menyegera berbuka puasa" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur" (Hadis riwayat An-Nasaie.)

“Bersahurlah! Kerana bersahur itu mempunyai keberkatan" (Hadith Riawayat Bukhari dan Muslim)

"Bersahurlah sekalipun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Wednesday, August 17, 2011

Al-quran - Terapi hati

Hari ini 17 Ramadhan. Tarikh di mana turunnya Al-Quran itu sekaligus kepada baginda Rasulallah. Tetapi wahyu disampaikan berperingat-peringkat mengikut susur galur peristiwa dan kesesuaian yang telah ditetapkan-Nya.

Benar! Al-Quran itu mukjizat terbesar. Setelah lebih 1400 tahun Al-Quran itu satu-satunya kitab yang kekal relevan hingga ke hari ini. Betapa banyak perkara yang telah sekian lama terkandung di dalam Al-Quran telah berjaya dibuktikan melalui Sains.

Banyak ayat-ayat suci Al-Quran dapat dijadikan pelindung diri, dijadikan penawar penyakit dan sebagainya. Al-Quran memberikan ketenangan kepada yang membaca dan mendengarnya. Benar sekali.. Al-Quran itu terapi hati.. motivasi diri bagi mereka yang memahami segala isi.


Betapa besarnya kehebatan Allah. Sedangkan musuh-musuh Islam senantiasa mengkaji, memahami dan mencedok serta mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, apatah lagi kita yang sememangnya dilahirkan Muslim sedari kecil. Tak rasa rugi ke?

Seharusnya, lidah kita basah dengan zikrullah, selawat ke atas baginda serta ayat-ayat suci Al-Quran. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Allah nak bagi pahala secara mudah. Free of charge~

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” - (Hadith riwayat Tirmizi)

Mengapa Al-Quran itu mukjizat?? MUKJIZAT itu perkataan Arab. Mim-Ain-Jim-Zai-Ta. Kata dasarnya ialah A'-JA-ZA yang bermaksud LEMAH. Mukjizat Allah beri KHAS kepada Rasul supaya dapat melemah dan menundukkan musuh Allah.


Zaman Nabi Nuh, memang terkenal dengan pakar-pakar binaan terutama industri perkapalan. Justeru, Allah beri mukjizat kepada Nabi Nuh dengan bahtera yang besar. Masa Nabi Musa, semua orang terpegun dengan sihir, maka Allah beri Mukjizat sihir kepada Nabi Musa melalui tongkat yang mampu menumpaskan pakar-pakar sihir yang dipilih Firaun.


Sama juga waktu Nabi Isa. Ilmu pertabiban atau perbomohan membuatkan seseorang itu terkenal. Maka Nabi Isa dianugerahkan Allah mukjizat mampu merawat penyakit-penyakit hatta menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Zaman jahiliah.. memang terkenal dengan sastera-sastera dan syair puisi nan indah.

Di sini.. terbukti Al-Quran itu mukjizat terbesar Nabi Muhammad sebab baginda seorang yang ummiy yakni tak boleh membaca dan menulis tetapi memiliki Al-Quran yang begitu indah susunan nuansa bahasanya. Tak mampu ditandingi sesiapa sehingga ke hari ini walau sekadar mahu menandingi satu surah sekalipun.

Sempena peristiwa Nuzul Al-Quran, ayuh kita menyemarakkan amalan membaca Al-Quran. Kalau boleh habis satu Al-Quran. Walau merangkak sekalipun sebab ada ganjarannya di situ.

“Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala” - Hadith Riwayat Muslim.

Mengapa DUA PAHALA? Pertama, pahala membaca. Kedua, pahala sebab SABAR menghabiskan bacaan Al-Quran itu sendiri. Dan dari semasa ke semasa kita haru memperbaiki dan mempertingkatkan mutu bacaan. Belajar daripada orang yang berilmu. Aktiviti bertadarrus Al-Quran contohnya.


Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya - Hadith Riwayat Bukhari

Akhir kata, setelah amalan membaca Al-Qran menjadi rutin harian, mari kita sama-sama menyuburkan sikap memahami, menghayati dan mengaplikasi segenap isi Al-Quran. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dalam hidup ini insya Allah. SALAM NUZUL AL-QURAN~

Monday, August 15, 2011

LLJ Ogos 2011

Ini dia lagu-lagu pilihan TT bulan ini. Seperti biasa ada 15 lagu-lagu baru buatan Malaysia! Tak mainlah lagu lama, retro konon... Termasuklah lagu seberang dan K-Pop bagai takkan berjaya menembusi Carta LLJ. (tapi entri lepas terselit juga 2, 3 lagu asing tapi lagu-lagu tu memang best pun. hehe) Kira macam ada persamaan dengan radio X.FM, Muzik Malaysia Terbaru Anda. 100% buatan Malaysia.

Serius.. X.FM menjadi pilihan TT kalau dalam kereta (sebab masa ni sajo dengar radio). Lagu baru & segar. Kalau bosan, nak dengar lagu Inggeris, beralih ke BFM 89.9. Santapan rohani ke stesen IKIM.FM 91.5 frekuensinya di Lembah Klang. Entahlah.. kenapa 3 stesen berkenaan menjadi pilihan TT. Mungkin sebab peningkatan usia kot. :P Radio yang tiada nombor dan kita tak kenal deejaynya. Hanya cam suara. Feel macam dengar radio dulu-dulu.

Kalau nak dengar radio yang ada nombor pun Muzik.FM, Suria.FM bolehlah dan I follow Sinar.FM. Radio-radio macam Hot, Era sudah terlalu klise. Boleh agak dah lagu apa dipasang dan diulang siar 1000 kali sehari. Sampai muak nak dengarnya. Padahal lagu-lagu tu dah lama basi di X.FM. Alih-alih Sinar.FM juga radio nombor SATU Malaysia sekian lama. Hari tu, dua radio ni sibuk main lagu Indon, sekarang dah kurang. Sibuk pulak nak putar lagu retro dan K-Pop bagai. Kalau nak lagu retro baik dengar Sinar.FM, Klasik Nasional.. baru rasional.
 
Ah! Tak efek pun ranking radio yang dikejar mereka. Jom kita layan lagu-lagu baru ni :
Janice and The Supertank - Kau Di Mindaku
Nikki Palikat ft. Jed Madela - Antara Kita
Pop Shuvit ft. Man Bai - Seperti Syurgamu
Najwa - Go'Head
Aril - Anugerah Terindah
Estranged - Borneo
Ning Baizura - Bila
SSK - Selamat Malam
KRU - Tiga Kata

p/s: Ada yang sudah ada link ke Youtube. Tapi bukan semua. Hehe. Chill~

Friday, August 12, 2011

Berpindah - Dari mana mahu ke mana ?

Ini bukan berita pasal pindah-randah. Juga bukan cerita pindah rumah. Tetapi dalam konteks sukan bola sepak, berpidah kelab samada secara pinjaman, berpindah sebab tamat kontrak atau berpindah dengan yuran perpindahan yang dirunding bersama antara 2 pihak.

Setelah berpindah, mungkin angin perubahan melanda. Yalah! Berubah angin, berubah pandangan, berubah kedudukan. Mungkin di kelab lama, keserasian telah tercipta dan mungkin mengambil masa untuk perform di tempat baru. Begitulah juga sebaliknya.

Sukan Bola Sepak Inggeris musim 2011/12 telahpun bermula. Dimulakan dengan kejuaraan pasukan Menyu yang merangkul Perisai Komuniti. Ternyata Menyu dicemburui ramai sebab pasukan ini seimbang antara pemain senior dan junior. Yang penting, mereka memiliki mentaliti seorang juara. Itulah hakikanya walaupun pahit untuk ditelan oleh penyokong Gunners seperti aku. Haha.

Dah! Tak payah buang masa. Berikut merupakan senarai 15 perpindahan pemain yang menjadi tumpuan  dan pilihan Tukang Tulis buat masa ini:

Lille - Arsenal - Gervinho  


Southamphton - Arsenal - Alex Oxlade-Chamberlain


Barcelona - Chelsea - Oriol Romeu


Arsenal - Man City - Gael Clichy


Aston Villa - Man U - Ashley Young


Man City - Aston Villa - Shay Given


Wigan - Aston Villa - Charles  N'zogbia


Aston Villa - Liverpool - Stewart Downing


Blackburn - Man U - Phil Jones


Bolton - Wigan - Ali Al Habsi


Blackpool - Liverpool - Charlie Adam


Atletico Madrid - Man City - Sergio Aguero


Atletico Madrid - Man U - David De Gea


Birmingham - Sunderland -  Sebastian Larsson


Barcelona - Tottenham - Cristian Ceballos

Sementara itu spekulasi mengatakan Fabregas ke Barcelona makin bertiup kencang. Khabarnya Barcelona akan bayar Arsenal 36 juta pound dan Fabregas akan tambah sendiri 4 juta pound guna duit sendiri. Wow.. biar betik? Sanggup woo~

Manakala Samer Nasri pula main tarik tali nak ke Manchester City. Dan.. Sneidjer jadi ke mahu sertai Menyu? 3 nama ini akan membuatkan permulaan musim BPL 2011/12 lebih hangat daripada biasa, kalah hok ep em.

TT : Rusuhan di kota London mutakhir ini.. mungkin membuatkan beberapa perlawanan tertangguh terutama di kawasan Tottenham dan yang berjiran dengannya.

Saturday, August 6, 2011

Sham Kamikaze & Hidayah

Siapa tak kenal Sham Kamikaze ni? Dia mula terkenal waktu kemuncak masa Mawi AF3 dulu. Sham  merupakan gitaris kumpulan kamikaze & pernah (atau masih?) berkhidmat selaku tenaga pengajar di ASK (kini ASWARA) juga merupakan seorang pemuzik handalan, generasi baru. Ada beberapa lagu yang mendapat sentuhan brother Sham, macam lagu Farhan contohnya. Dan khabarnya kolaborasi bersama Farah Anuar AF2, kalau ada rezeki.

Satu majlis ilmu di Kota Bharu menampilkan Sham, Wardina, Dr MAZA, Ustaz hasrizal & moderator TV Al-Hijrah
Sham Kamikaze atau nama betulnya Shamril bin Mohd Salleh. (Patut boleh guna nama Sham MS, ala ala Ramli MS. Wan MS pun ada juga) Dulu memang terkenal dengan penampilan smart & bergaya. Orang Kelantan kata "jangok". Pernah pakai subang sebelah.. dan pernah ada gosip dengan Rita Rudaini. Ah, itu semua dulu. Sejarah semuanya. Buat apa nak ungkit kan? 360 darjah. Pandang depan.. jalan terus.

Kini beliau telah dilamar hidayah Allah. ALHAMDULILLAH. Dan sebenarnya, ramai juga artis yang telah menjalani kehidupan yang lebih positif seperti Farah Af2, Bob Lokman, Wardina, Amy Search, Irma Hasmie, Raja Farah, Catriona, Nora, Amer Munawer(Ruffedge) dan beberapa nama lagi. Ayuh, kita ikuti Inilah Kisahku yang telah bersiaran di TV9. Episod akan datang bersama Wardina seterusnya Amer Munawer. Yang musykilnya, ada episod menampilkan Mawi, Hazama, Usop Wilcha?? Motif~

Jom kita saksikan episod ini, sama-sama hayati moga berkesan di hati :





TT : Hanya Jauhari yang mengenal Manikam!

Friday, August 5, 2011

Hangatnya Ramdhan? Penuh dugaan, cabaran & ..

Aduhai~ walaupun baru 5 hari berpuasa, tetapi macam-macam isu hangat melanda. Kalau tak melanda.. macam mana perkara & peristiwa yang tak berapa enak didengar atau dibaca ini berlaku? Adakah ini dugaan Ramadhan namanya?

Apa ceritanya ni?? Satu pasal IKLAN. Alaa.. iklan TV! Tahun lepas, ada isu TV3 siar iklan raya ada uncle Santa! Ingat lagi??



Kali ini giliran adik-beradik TV3 yang lain, iaitu 8TV dan TV9! Tengok dulu paparan ini.





Emm.. jadi, apa isunya? Pertama, iklan 8TV ramai bangsa Cina yang terasa. Seolah-olah mereka je yang "menyeksi" bulan Puasa. Ingat mereka hadap sangat bazaar Ramadhan tu? Sekurang-kurangnya mereka sama-sama merasai kemeriahan Bazaar Ramdhan. Untung juga orang Melayu niaga. Silap iklan itu hanyalah memaparkan watak amoi/gadis Cina selaku watak utama yang mencetuskan huru-hara.

Kalau diikutkan, ramai juga yang mulut kecoh, kepoh tak kira bertudung ke tidak, lelaki atau perempuan sama naik saja. Sama juga isu pakaian, ada saja wanita Melayu/Islam yang bersendat, menyingkat dan sebagainya. Malah, aku ada kawan Sarawak yang terpaksa berseluar pendek untuk makan tengahari sebab nak menyatakan dia non-muslim. Kalau tak kena soal JAIS dsb sebab muka dah macam orang Melayu.

Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya supaya gaya hidup Islam difahami oleh orang bukan Islam tetapi, Baginda cuma mengajar agar umat Islam sentiasa menghormati dan memahami gaya hidup dan agama orang-orang bukan Islam.

Rasulullah SAW telah menunjukkan tahap toleransi yang begitu tinggi serta begitu memahami gaya hidup mereka yang tidak beragama Islam di mana ada kisah seorang arab Badwi yang datang ke masjid baginda kemudian kencing di atas lantai masjid tersebut dalam sebuah majlis ilmu yang sedang dihadiri oleh para sahabat baginda.

Perlakuan Badwi tersebut telah mengundang marah Saidina Umar Al-Khattab, lantas dia telah meluru ke arah Badwi tersebut dan mencekak lehernya sambil menghunus pedang. Beliau meminta izin daripada Baginda untuk memenggal kepala Badwi tersebut, namun Rasulullah telah menghalang Umar daripada meneruskan niat itu.

Baginda mengarahkan Umar agar melepaskan Badwi tersebut sambil bersabda bahawa orang Badwi tersebut tidak bersalah sedikitpun kerana dia tidak mengetahui bahawa perbuatan dia itu adalah tidak beradab. Dia tidak pernah tahu akan perbuatannya itu adalah salah di sisi agama Islam. Malah, Rasulullah amat memahami akan gaya hidup arab Badwi berbanding arab Quraisy.

Percayalah, si arab Badwi tadi dihukum tidak bersalah oleh Rasulullah.

Iklan 8TV di atas seolah-olah "memaksa" rakan-rakan bukan Islam di Malaysia agar memahami gaya hidup yang dianjurkan oleh Islam. Kita menggunakan frasa "memaksa" bagi membayangkan babak demi babak dalam video tersebut yang begitu skeptik terhadap gaya hidup bukan Islam dan jauh daripada apa yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri.

Stephen R Covey ada menulis dalam bukunya, 7 Habits of Highly Effective People, Habit ke 5 supaya "Seek To Understand, Then To Be Understood". Kenyataan yang ringkas, tetapi ianya cukup untuk menjelaskan kenapa umat Islam perlu bersikap sedemikian terhadap rakan-rakan bukan Islam tidak kira di mana dan bila-bila masa sahaja.

Kedua, iklan TV9. Sebenarnya iklan ni ada niat yang baik, mengajak kita bangun bersahur. Bukan 'sahur' pukul 12 malam atau 2 pagi. Cuma mesej "keberkatan" bersahur itu tidak nampak. Apa hikmah kita melewatkan bersahur, dan menyegerakan berbuka?? Dan iklan ini secara tidak langsung menyemai sikap "anti-jiran"! Sepatutnya kita perlu berbuat baik, bersangka baik sesama jiran tetangga. Kalau diselitkan babak bertukar juadah tentunya lebih manis. Kan??

Ingat tak kisah jiran Rasulallah yang berbangsa Yahudi sentiasa melempar najis & menghalang laluan Baginda setiap kali menuju ke masjid. Suatu hari, Rasulallah pergi ke masjid dengan aman. Tanpa gangguan, lalu baginda tertanya-tanya ke mana perginya orang yang selalu menganggu Baginda. Rupa-rupanya orang itu sakit! Dan tahu apa yang telah kekasih Allah ini lakukan?? Ziarah! Mungkin video klip ini memvisualkan sunnah Rasulallah. Sila amati apa berlaku 30 saat pertama dan 30 saat terakhir muzik video ini.



Justeru, iklan walaupun durasinya pendek, tetapi mesej yang mahu disampaikan boleh diinterpretasi secara diversi. Pelbagai tafsiran. Kan?? Cuma aku suka sambungan iklan TV 9 ini.



Dan juga iklan ini, sempena Merdeka. Pasti ramai yang suka buah tangan arwah Yasmin Ahmad yang selalu buat iklan Petronas. Terutama iklan Raya Petronas, mesti sayu~  Anda cari sendiri berlambak di Youtube. OK?



Dan akhir sekali, apa yang lebih merumitkan keadaan, ibarat beberapa "sudu" nila lagi yang merosakkan susu adalah mengenai berita JAIS menyerbu Majlis Makan Malam di gereja! Sebab katanya ada orang Melayu yang menyertai program itu. Aduh! Jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh. Proses siasatan masih berlangsung. Tunggu & lihat. Berita 1 & 2.

TT : Nasib baik NTV7 tak terpalit sama. Baru 5 hari puasa macam-macam hal. Sepatutnya kita hangat berpesta ibadah. Bukan dengan perkara-perkara tak berfaedah atau berita yang mengundang parah, padah & musibah! Wallahul musta'an~ Tanda-tanda akhir zaman. Sama-sama kita berdoa dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan~

ALHAMDULILLAH... dapat juga ketemu Ramadhan. Moga-moga kita menjadi insan bertaqwa sejurus selesai Tarbiah Ramadhan. Moga amal ibadah tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Aku teringat peristiwa tahun lepas, tanggal 1 Ramadhan... aku menghadiri temuduga. Dan hari ini.. aku berdiri di situ mencari sesuap nasi. Syukur~ Selamat berpuasa.. & selamat berpesta ibadah :)


CDC Julai 2011

Wah! Bulan Julai sangat meriah. Penuh WARNA! Kuning.. menjadi kegemaran ramai! Jom kita flashback apa yang hangat bulan Julai 2011 ini. Kita hamparkan Carta Darjah Celcius (CDC) Julai 2011 :

1.0 BOLA!

1.1 Bola Malaysia - kelayakan Piala Dunia pusingan kedua. 



Semua sudah tahu, kita gagal secara aggregat. Setelah luka dicederakan Singa, akhirnya kita tewas di kandang sendiri. Rasanya silap besar turunkan Sharbinee yang melepaskan 2 gol sebegitu saja sewaktu pusingan pertama. Bek pun lemah. Ah, malas cakap banyak. Nanti semakin terluka hati dibuatnya.. Singapura yang suka berpura-pura tetapi Malaysia sia-sia banyak peluang yang ada. Apa-apapun tetap berbangga dengan skuad 100% anak tempatan! Tapi Rajagobal tetap silap percaturan kali ini.

TT: Indonesia dan Thailand pun mara ke pusingan ketiga

1.2 Copa America - Uruguay Juara


Setelah menewaskan Paraguay 3-0 hasil jaringan Diego Forlan & Suarez.

TT: Argentina dan Brazil kalah melalui sepakan penalti

1.3 Trilogi BPL


Malaysia XI lawan Arsenal (0-4)

Malaysia XI lawan Liverpool (3-6)


Malaysia Pilihan (Olimpik + Senior) lawan Chelsea (0-1)


TT: Nasib baik Chelsea tak seri. Kalau tak... malu~.

1.4 Kelantan Juara Liga Super




Nasib baik Selangor PKNS & Sarawak dah tak perlu hadapi play-off menyertai Liga Super 2012. Kan?

TT: Abdul Hadi Yahya menang kasut emas. Satu gol lebih daripada Mat Yo!

1.5 Piala Presiden - Kelantan


Sekali lagi milik Kelantan. setelah menewaskan MP Muar 2-1 ketika masa tambahan sewaktu beraksi di kota Bharu.

TT : Skuad muda Olimpik bawah 23 telah sampai ke pringkat kumpulan. Satu-satunya wakil Asia Tenggara. Namun, satu kumpulan dengan Jepun, Bahrain & Syria.

1.6 Jepun - Juara Piala Dunia Wanita


TT : Tak dapat bayang wanita main ragbi~

2.0 BERSIH 2.0


Ingat dua nama ini... Ambiga Sreenevasan & A. Samad Said. Dua figura ini bakal terisi dalam buku sejarah kelak.
 

Rakyat perlubijak menilai. Mana intan mana kaca? Mana media suka perdaya, mana media boleh percaya? Siapa  salah guna& siapa yang diperguna. Tepuk dadalah beb~ Dan ramai yang fobia kuning rupanya. Tapi bukan dia di bawah ni. Siapakah? Anak Tun.


Dan terimalah lagu ini. FREEDOM dendangan Maher Zain. Hayati liriknya buat pejuang sekalian :



Emm.. rakyat Malaysia tak bebas pakai baju gamaknya. Pakai baju Menyu pun salah ke??



TT: Suka pakai JERSI KUNING Malaysia! Kena tangkap tak? Emm.. mungkin kena sembur je~



3.0 NEWS OF THE WORLD!


Pernah dengar nama ini?? Inilah akhbar tabloid UK (1843-2011) yang telah ditutup mengakibatkan kira-kira 200 orang kakitangan  hilang pekerjaan. Semuanya gara-gara skandal menggodam telefon bimbit.

TT: Sinar Harian akhbar yang seimbang liputannya. Tak seperti  U... (ah.. malas nak sebut, senaraikan sendiri :P). Dan tahniah kepada 'tim produksi' Juvana, fenomena baru yang memperkenalkan Cikgu Zakiah, Botak, Apek, Daim, Kedah dan ramai lagi. Khabarnya cecah 4 juta orang. Ke TV3 kuat propa??

4.0 SELATAN SUDAN @ SOUTH SUDAN


Inilah negara paling bongsu di muka bumi. Setelah perang saudara berterusan akhirnya kawasan Selatan Sudan yang manjoritinya beragama Kristian mendapat kebebasan.

TT : Pilihanraya Thailand berakhir..Adik Thaksin bakal PM? PRU 13 bila??

5.0 JOHAN

5.1 Imam Muda 2 - Hassan


TT : IM Fakhrul kata ada orang mengaku doa untuk kekelahan beliau supaya Fakhrul terus tabur bakti jadi imam di Terengganu, bukan milik Astro

5.2 Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa ke-53

Juara milik Qari & Qariah Malaysia, Amirahman Abas & Suraya Abu Hassan


TT : Perkembangan baik daripada negara Filipina yang meningkat mutu bacaannya. Sampai dapat nombor kali ni~

5.3 Pija Shafiza

Pija Shafiza, 11 tahun salah seorang daripada 6 pemenang menulis esei pendek/poskad kepada PM. Pemenang dapat iPhone 4 tu!

TT : Nak buat balik tajuk karangan "Kalau saya dapat SATU JUTA ringgit.." Mana ku mampu membeli cincin bertatahkan berlian walau sudah menabung semenjak kecil~

6.0 Ashraf @ Aleesha



Memang gempar. Muka, wajah persis wanita tapi sayangnya... bernama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang tertera di dalam IC. Maka, Ashraf mahu tukar nama.. Aleesha Farhana. Dek kerana permohonannya gagal, Ashraf mengalami sindrom kemurungan yang dikatakan menjadi punca kematiannya. Tragis sekali kisah hidupnya. Al-fatihah.

TT:  Amy Winehouse juga kenangan..usia 27 tahun pergi.. sama seperti Kurt Cobain, Brian Jones, Janis Joplin, Jimi Hendrix dan beberapa lagi yang termasuk kumpulan The 27 Club?


7.0 Duta Sukan MAXIS



Seramai 7 orang atlet negara terpilih menjadi Duta Sukan Maxis. Antara atlet-atlet yang dinamakan Duta termasuk wira badminton negara Dato’ Lee Chong Wei, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat; pemain skuasy Azlan Iskandar; pelumba basikal Azizulhasni Awang; dan penerjun Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

TT : Takraw 1Dunia - thailand masih kuasa besar sukan Sepak Takraw~ Malaysia kalah straight set

8.0 JUARA


8.1 Showdown

Kumpulan Elecoldxhot menjadi kumpulan kedua selepas Wakaka Crew menjuarai Showdown 2011

8.2 Bakat TV


Pemain Kulintangan dari Sabah, razali abd Rahman, 26 telah menggondol hadiah RM 20,000 selaku juara Bakat TV anjuran RTM. Dan razali sekali lagi memenangi ekstra/bonus RM 10,000 setelah dipilih sebagai Bakat Popular.

TT: MM Sarah?? Siapakah?? Oh.. juara Mari Menari 2! Tak tengok pun. Huhu

9.0 TINGGAL KENANGAN


KTM Tanjung Pagar ditutup mulai 1 Julai 2011. Akan berpindah ke Woodlands. Alasannya sebab Bahagian Pemeriksaan Imigresen (checkpoint) beroperasi di Woodlands. Alah, macam aku pernah ke Singapura kan?? Hehe.. Tetapi sekurang-kurangnya, tanah KTM Tanjung Pagar hak milik KTM & pasti membawa seribu memori untuk dikenang senantiasa.


Semuanya tinggal kenangan..

TT : Perkahwinan Norman-Memey ditaja RM 12 juta?? Dan kes khalwat mereka khabarnya sudah selesai. Bersih~ terlepas daripada didakwa. Mereka kata hadiah sempena perkahwinan mereka. Emm~

10.0 Pelampau Kristian @ Oslo

Ramai yang terbunuh! Kira-kira (84+92) orang terbunuh gara-gara amukan (di mana suspek melepaskan tembakan) kemudian mengebom pejabat kerajaan di Oslo, Norway. Dan pembunuh itu dikatakan ada 'penyakit'.


TT: Kalau orang Islam dah lama dicop terrorist atau pengganas! Kan?? Al-fatihah kepada arwah Dr. Lo'lo, ahli Parlimen Titiwangsa yang telah kembali ke rahmatullah