Hebahan

Friday, August 5, 2011

Hangatnya Ramdhan? Penuh dugaan, cabaran & ..

Aduhai~ walaupun baru 5 hari berpuasa, tetapi macam-macam isu hangat melanda. Kalau tak melanda.. macam mana perkara & peristiwa yang tak berapa enak didengar atau dibaca ini berlaku? Adakah ini dugaan Ramadhan namanya?

Apa ceritanya ni?? Satu pasal IKLAN. Alaa.. iklan TV! Tahun lepas, ada isu TV3 siar iklan raya ada uncle Santa! Ingat lagi??



Kali ini giliran adik-beradik TV3 yang lain, iaitu 8TV dan TV9! Tengok dulu paparan ini.





Emm.. jadi, apa isunya? Pertama, iklan 8TV ramai bangsa Cina yang terasa. Seolah-olah mereka je yang "menyeksi" bulan Puasa. Ingat mereka hadap sangat bazaar Ramadhan tu? Sekurang-kurangnya mereka sama-sama merasai kemeriahan Bazaar Ramdhan. Untung juga orang Melayu niaga. Silap iklan itu hanyalah memaparkan watak amoi/gadis Cina selaku watak utama yang mencetuskan huru-hara.

Kalau diikutkan, ramai juga yang mulut kecoh, kepoh tak kira bertudung ke tidak, lelaki atau perempuan sama naik saja. Sama juga isu pakaian, ada saja wanita Melayu/Islam yang bersendat, menyingkat dan sebagainya. Malah, aku ada kawan Sarawak yang terpaksa berseluar pendek untuk makan tengahari sebab nak menyatakan dia non-muslim. Kalau tak kena soal JAIS dsb sebab muka dah macam orang Melayu.

Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya supaya gaya hidup Islam difahami oleh orang bukan Islam tetapi, Baginda cuma mengajar agar umat Islam sentiasa menghormati dan memahami gaya hidup dan agama orang-orang bukan Islam.

Rasulullah SAW telah menunjukkan tahap toleransi yang begitu tinggi serta begitu memahami gaya hidup mereka yang tidak beragama Islam di mana ada kisah seorang arab Badwi yang datang ke masjid baginda kemudian kencing di atas lantai masjid tersebut dalam sebuah majlis ilmu yang sedang dihadiri oleh para sahabat baginda.

Perlakuan Badwi tersebut telah mengundang marah Saidina Umar Al-Khattab, lantas dia telah meluru ke arah Badwi tersebut dan mencekak lehernya sambil menghunus pedang. Beliau meminta izin daripada Baginda untuk memenggal kepala Badwi tersebut, namun Rasulullah telah menghalang Umar daripada meneruskan niat itu.

Baginda mengarahkan Umar agar melepaskan Badwi tersebut sambil bersabda bahawa orang Badwi tersebut tidak bersalah sedikitpun kerana dia tidak mengetahui bahawa perbuatan dia itu adalah tidak beradab. Dia tidak pernah tahu akan perbuatannya itu adalah salah di sisi agama Islam. Malah, Rasulullah amat memahami akan gaya hidup arab Badwi berbanding arab Quraisy.

Percayalah, si arab Badwi tadi dihukum tidak bersalah oleh Rasulullah.

Iklan 8TV di atas seolah-olah "memaksa" rakan-rakan bukan Islam di Malaysia agar memahami gaya hidup yang dianjurkan oleh Islam. Kita menggunakan frasa "memaksa" bagi membayangkan babak demi babak dalam video tersebut yang begitu skeptik terhadap gaya hidup bukan Islam dan jauh daripada apa yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri.

Stephen R Covey ada menulis dalam bukunya, 7 Habits of Highly Effective People, Habit ke 5 supaya "Seek To Understand, Then To Be Understood". Kenyataan yang ringkas, tetapi ianya cukup untuk menjelaskan kenapa umat Islam perlu bersikap sedemikian terhadap rakan-rakan bukan Islam tidak kira di mana dan bila-bila masa sahaja.

Kedua, iklan TV9. Sebenarnya iklan ni ada niat yang baik, mengajak kita bangun bersahur. Bukan 'sahur' pukul 12 malam atau 2 pagi. Cuma mesej "keberkatan" bersahur itu tidak nampak. Apa hikmah kita melewatkan bersahur, dan menyegerakan berbuka?? Dan iklan ini secara tidak langsung menyemai sikap "anti-jiran"! Sepatutnya kita perlu berbuat baik, bersangka baik sesama jiran tetangga. Kalau diselitkan babak bertukar juadah tentunya lebih manis. Kan??

Ingat tak kisah jiran Rasulallah yang berbangsa Yahudi sentiasa melempar najis & menghalang laluan Baginda setiap kali menuju ke masjid. Suatu hari, Rasulallah pergi ke masjid dengan aman. Tanpa gangguan, lalu baginda tertanya-tanya ke mana perginya orang yang selalu menganggu Baginda. Rupa-rupanya orang itu sakit! Dan tahu apa yang telah kekasih Allah ini lakukan?? Ziarah! Mungkin video klip ini memvisualkan sunnah Rasulallah. Sila amati apa berlaku 30 saat pertama dan 30 saat terakhir muzik video ini.



Justeru, iklan walaupun durasinya pendek, tetapi mesej yang mahu disampaikan boleh diinterpretasi secara diversi. Pelbagai tafsiran. Kan?? Cuma aku suka sambungan iklan TV 9 ini.



Dan juga iklan ini, sempena Merdeka. Pasti ramai yang suka buah tangan arwah Yasmin Ahmad yang selalu buat iklan Petronas. Terutama iklan Raya Petronas, mesti sayu~  Anda cari sendiri berlambak di Youtube. OK?



Dan akhir sekali, apa yang lebih merumitkan keadaan, ibarat beberapa "sudu" nila lagi yang merosakkan susu adalah mengenai berita JAIS menyerbu Majlis Makan Malam di gereja! Sebab katanya ada orang Melayu yang menyertai program itu. Aduh! Jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh. Proses siasatan masih berlangsung. Tunggu & lihat. Berita 1 & 2.

TT : Nasib baik NTV7 tak terpalit sama. Baru 5 hari puasa macam-macam hal. Sepatutnya kita hangat berpesta ibadah. Bukan dengan perkara-perkara tak berfaedah atau berita yang mengundang parah, padah & musibah! Wallahul musta'an~ Tanda-tanda akhir zaman. Sama-sama kita berdoa dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

No comments:

Post a Comment