Hebahan

Monday, May 30, 2011

ALHAMDULILLAH~

Ini merupakan entri paling ringkas! (Mungkin)


Syukur.. minggu lalu 2 debaran dirasai. Buat kali pertama, aku memasuki "kamar" mahkamah.


Dan kedua, aku kini sudah bergelar bapa!



Satu perkataan saja..

LEGA.. ALHAMDULILLAH (eh, itu DUA perkataan. Cuba lagi :P)

Baiklah satu perkataan sahaja,

SYUKUR :)



Perjalanan jauh lagi.. nanti kita sambung cecite-cecite, story-mory melalui entri mendatang :)
(Alamak.. terlebih satu perkataan sudah~)

Tuesday, May 24, 2011

Kutipan = Jumlah pawagam?

Nak bercerita mengenai industri perfileman tanahair. Sekejap saja. Seringkas mungkin. Apakah faktor "pecah panggung"? Kena bakor??

Adakah jumlah pawagam memainkan peranan? Berkadar terus dengan kutipannya?

Jom kita tengok 10 filem yang telah ditayangkan dengan "banyaknya" bersama "keuntungannya" yang telah dikemaskini oleh FINAS :)

  1. 2 Alam (83 pawagam) - 0.44 juta
  2. Khurafat (67 pawagam) - 8.08 juta
  3. Haq (66 pawagam) - 0.8 juta
  4. Evolusi KL Drift 2 (65 pawagam) - 5.67 juta
  5. 4 Madu (64 pawagam) - 1.82 juta
  6. Sini Ada Hantu (63 pawagam) - 1.3 juta
  7. Damping Malam (62 pawagam) - 1.67 juta
  8. V3 Samseng Jalanan (62 pawagam) - 3.88 juta
  9. Senario Episod 2: Beach Boy (62 pawagam) - 3.09 juta
  10. Adnan Sempit (61 pawagam) - 7.66 juta
Jadi.. bagaimana pula filem seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan HANYA 39 pawagam, tetapi BERJAYA memungut 7.9 juta!

Dan.. adakah rekod baru akan terhasil apabila David Teo mensasarkan kutipan RM 10 juta bagi filem KONGSI, yang ditayangkan di 87 pawagam??


Bagaimana pula dengan filem KL Gangster yang akan ditayangkan di 65 pawagam?


Emm.. Nur Kasih The Movie pula bagaimana? 67 pawagam


Karak? Dengan 46 pawagam?


Juga.. filem gandingan Shaheizy Sam-Lisa Surihani-Mia Sara-Bront, filem Sekali Lagi yang akan ditayangkan di 58 pawagam?


Kita tunggu.. dan lihat. Tapi 5 filem di atas TT nak tengok! Yang lain bukan tak nak tengok. Ada juga yang menarik dan mengujakan seperti Bunohan.. Hanyut.. Songlap dan Ombak Rindu! Tetapi tiada trailer lagi.

TT: Pawagam = Panggung wayang gambar~

Sunday, May 22, 2011

NUR Kasih The Movie~

Wah.. dah lama rupanya aku tak buat rebiu pasal filem! Akhir sekali pasal Estet. Lepas tu ada rebiu ringkas 4 filem sekaligus! (Aku Tak Bodoh, Appalam, Ngangkung & Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Blur sekejap~

Bukannya aku tak menonton wayang.. ada.. tapi mungkin tiada keinginan besar untuk buat rebiu. Mungkin filem itu belum cukup kuat menggerakkan jari-jemari ini. Kalau terdetikpun hanyalah cerita Cun! dan ... dalam botol! Hahaha. Red Riding Hood walaupun klise tetapi 'teka-teki' serigalanya amat menarik.


Cukup! Kali ni nak cerita pasal Nur Kasih The Movie(NKTM)! Pasti 19 juta orang (seperti yang diuar-uarkan TV3) yang telah menonton drama bersirinya 2 tahun lepas ternanti-nanti apakah kesudahan Adam-Nur. Bahagiakah Aidil? Kat kembalikah? Sarah berubahkah? Bagaimana akhirnya..?

Jangan bimbang.. Beberapa persoalan di atas akan terungkai melalui NKTM. Tetapi lupakan saja pasal Kat, Sarah dan juga keluarga Nur Amina. NKTM hanya berkisarkan kisah Nur bersama suami dan keluarga mertuanya, yakni ibu mertua, abang ipar, biras &.... (anda habiskan senarai ini :P)

Emm.. bagaimana pula kalau tak pernah tengok dramanya tetapi nak tengok NKTM?? Faham tak?? Bagi aku, tiada masalah.. sebab jalan ceritanya berbeza. Sambungan kira-kira 12 TAHUN kemudian sesudah penamat drama Nur Kasih.

Pernah tengok KAMI the Movie?? Kalau anda tak tengok Kami The Series pun boleh layan. Tapi anda kurang arif dengan watak dan karaktor. Ali perangai macam tu.. Abu ni nakal pelik sikit. Sama juga halnya dengan NKTM. Kalau tak tengok drama bersiri.. anda memerlukan masa untuk mengenali watak dengan lebih dekat.

Contohnya watak Adam. Dalam drama, Adam "lebih Hitam". Dalam NKTM macam "kambing hitam". Aidil nampak berkeyakinan dan 'putih' dalam drama, namun kita dapat menyaksikan Aidil yang 'kelabu'! Aidil juga manusia.. pernah kecewa dan dilanda hampa..berputus asa.

NUR?? Nuramina dalam drama, wanita yang tabah. Namun dalam NKTM, Nur lebih cekal..lebih tabah. Senang cerita, NKTM dibuat untuk NUR. Semua pasal Nuramina. NKTM berkisarkan kesabaran, kecekalan dan pengorbanan NUR dan orang-orang di sekeliling NUR.


Sinopsis?? Tak mahu cerita. Cukuplah frasa " NKTM berkisarkan kesabaran, kecekalan dan pengorbanan NUR dan orang-orang di sekeliling NUR." Patutlah pelakon-pelakonnya berahsia sangat pasal sinopsis dan jalan cerita. Itu memang relevan sebab kalau sinopsis penuh didedahkan sebagaimana tersebarnya episod akhir drama Nur Kasih.. pasti tiada elemen kejutan.

Mengapa kejutan?? Sebab kekuatan drama Nur Kasih berpunca daripada watak "hitam" Adam, Sarah dan Kat. Kalau NKTM watak Sarah dan Kat "dimatikan".. manakala Adam sudah kembali ke pangkal jalan.. dari mana watak "hitam" akan datang?? Itulah dia kejutan. Sinopsis dan jalan ceritanya sesuai untuk filem yang skala besar daripada drama.


Lakonan?? Tidak menghampakan.. dan paling membanggakan sudah tentu Tiz Zaqyah. Tak ralat jika kita melihat nama Tiz Zaqyah selaku nominasi Aktres Terbaik. (Isteri aku sebut, kalau kita tak kenal siapa dan bagaimana Tiz Zaqyah di luar, pasti watak Nur lebih mencengkam! Cewah~). Nur Amina begitu semulajadi meresap dalam diri Tiz.

Nuramina yang tabah.. cekal dan rela berkorban, demi Adam. Cuba bayangkan.. 12 tahun bersama Adam, namun tiada cahaya mata. Lantas dikhabarkan berita gembira...tiba-tiba keguguran. Kemudian membawa hati merawat luka di bumi anbiya'.. terpisah dengan suami. Adam matikah?? Alamak.. tercerita pula. Cukup!


Adam?? Bagi aku, Remy Ishak akan dapat nominasi Aktor Terbaik, tetapi melalui watak Atan (Cun!). Watak Adam "tewas" kepada Aidil, lakonan cemerlang Fizz Fairuz. Betul! Pendapat peribadilah.. Aidil lebih menonjol. Maka, Fizz ada potensi jadi calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Lakonan ada emosi terutama rasa "kehilangan".

Watak lain?? Ada 3 watak yang menonjol. Siapa tak kenal Syafie Naswip @ Mukhsin? Watak Jamal hidup di tangannya walaupun beberapa babak.


NKTM juga memperkenalkan pelakon ini.. Sara Ali. Nama ini adalah wajah 2011. Kalau Cun! ada Manis, lakonan Nadia Lisa. NKTM ada Sara Ali sebagai Ju. Sara Ali juga akan bergandingan bersama Syafie Naswip dan Shaheizy Sam dalam filem Songlap.



Tidak lupa watak Mad (Mohamad ke Ahmad entah) lakonan Muniff Isa yang 'berkorban'. Dan watak yang paling mencuti hati dengan karenah, keletah dan kenakalan mereka tentunya dua pelakon cilik ini selaku anak-anak Aidil. Kesian Aidil jadi bapa tunggal.


Sinematografi?? Mantap.. macam tengok iklan. Terutama lokasi di Timur Tengah. Tahniah buat pasukan NKTM, gandingan Kabir-Mira suami isteri dan pasukan Filmscape sangat menjadi. Berbaloi tengok satu famili. Kesimpulannya, kalau anda layan filem Cinta, anda lebih layan NKTM.

Kalau Barat ada Romeo-Juliet, orang India ada Shah Jahan-Mumtaz, orang dulu-dulu ada Laila-Majnun, maka cinta klasik baru tercipta antara Nur-Adam. Pengajarannya, hargailah yang tersayang sebelum rasa terbuang. Semakin banyak ujian menghimpit, semakin rapat rahmat Allah. Memang lebih terasa dekat di hati, dan lebih dramatik menonton bersebelahan yang tercinta.Untung aku tengok bertemankan isteri yang sudah sarat. I love you, sayang.

Tukang Tulis: KONGSI??? Tak mahu berkongsi apa-apa sebab jalan cerita entah apa-apa :P

Saturday, May 21, 2011

IMAM MUDA 2~

Musim Ke-2! Sudah masuk minggu ke-4. Minggu pertama berkisarkan kelahiran, gejala buang bayi. Minggu ke-2 berkenaan kanak-kanak dan karenahnya. Minggu lepas pasal keluarga, ada keluarga yang daif dan memerlukan pertolongan dan dikategorikan sebagai asnaf.

Dan minggu ini, kes krisis identiti. Pasukan Imam Muda mendekati Mak Nyah?? Apakah..? Ya, itulah realitinya. Dan rancangan realiti ini masih mengekalkan kesemua peserta, masih belum tiada penyingkiran biarpun ada 3 Imam Muda mendapat markah terendah terutama ujian tahriri (bertulis).

Mahu berkenalan dengan 10 Imam Muda musim kedua? Layan saja video ini, yang diselangi lagu ciptaan KRU, Hamba-Mu, dendangan Mawi bersama Akhil Hayy.



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya disisiMu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Thursday, May 19, 2011

Program Orang Pejabat (POP)

Dalam kesibukan aku membuat persiapan bergelar seorang bapa, aku tak dapat mengelak daripada melakukan rutin harian yang sememangnya kewajipan aku selaku pekerja yang dibayar gajinya setiap bulan. Makan gajilah katakan~

Debaran menanti kelahiran.. memang dirasakan. Tetapi kerja mesti jalan. Kena profesional. Sampai tahap tak boleh campur-adukkan isu kareer dan keluarga. Masalah peribadi tak boleh dibawa masuk ke pejabat. Maka, timbunan kerja di pejabat, beban itu tak payahlah dibawa ke rumah! Kan?


Kalau orang gomen kata "saya yang menurut perintah".. maka orang bukan gomen kata "Yes boss! Boss is always right". Dan tidak lupa juga pepatah 'pepatung' "Customer is always right!". Itu dia... Tapi kalau pelanggan nak servis cepat, dan bos minta buat kerja lain.. macam mana pula? Yang mana satu kena ikut? Ketua atau pelanggan? Gajah sama gajah berjuang, pelanduk tersepit di tengah-tengah~

Kita tiada pilihan. Nak melawan? Tak pasal-pasal buang karan! Kena sembur kira nasib baiklah. Bak kata pepatah, "Kita ni mentimun saja. Mereka itu durian. Digelek kita luka, kita gelek pun terluka." Kan? Tapi kalau durian dah jadi tempoyak, kena gelek juga dengan timun. Ops :P

Apa-apapun.. Program Orang Pejabat(POP) sudahpun berjalan dengan lancarnya. Koordinatornya si Amat Bang Bang Boom! Kenal tak? Mesti familiar tengok wajah dia di kaca TV kan?


Durasi programnya 6 hari. Siap berkampung di JB lagi. Maka, aku kena buat Science Show dengan tajuk Paper Lama Show (featuring K.I) di SK Bandar UDA 2. Terima kasih adik-adik menyambut kehadiran abang dan kakak KLCC. Tapi korang lagi gerek seh~ Yang penting hanya pasar karat je yang sempat singgah walaupun Kota Singapura seberang Tambak Johor saja. :)


Inilah kami kesemuanya.. 20 orang. Alamak, abang Redzuan je yang tiada dalam gambar ini. Sebab dia jadi abang kamera! Dan buat kesekian kalinya, berdiri di atas jejantas udara sekali lagi. 6 hari yang begitu cepat berlalu. Lupakan seketika beban kerja di pejabat. Yang penting kita enjoy~ dan semakin semangat bekerja, beribadah.. dan berbakti!


Cuma satu je yang spoilt.. Kureng lah.. Terus terang cakap, trend sekarang, kalau berkursus ke segala mak nenek berkaitan dengan training.. mesti koordinator atau urusetia suka kenakan denda kalau TER.. lambat. Dendanya seperti kena nyanyi, kena menari.. atau trend terkini.. kena buat lawak sampai orang gelak! Very the Raja Lawak~ 

Maka... aku lebih sanggup men'sumbang'kan suara daripada bergoyang badan, menari mengikut rentak irama. Aku memang keras.. kayu.. kalau dipaksa menari. Sebab nanti aku akan salahkan lantai~ Hahaha. Untunglah siapa pernah dengar aku menyanyi :P

Sunday, May 15, 2011

LLJ Mei 2011

Berikut, 15 lagu-lagu jadian pilihan TT bulan ini :

Awi Rafael - Pulanglah
Mawi & Akhil Hayy - Hamba-Mu
Alyah - Kisah Hati
Hujan - Kita Tak Peduli
Black - Leia
Estranged - Pengganti
David Archuleta - Not A Very Good Liar
Bruno Mars - Marry You
Diddy-Dirty Money - Coming Home
Faizal Tahir ft Juwita Suwito - Mayday
Nubhan - Di Redup Matamu
Projek Pistol - Metaforia
Siti Nordiana - Semakin Jelas
VIP - Lagu Sedih
Stacy - Kisah Dongeng


Terlepas senarai Lagu-lagu Jadian (LLJ) pilihan Tukang Tulis yang sudah-sudah? Klik label Library MP3 di bawah.

Tuesday, May 10, 2011

PTPTN - UJRAH


Kepada yang pernah bergelar mahasiswa di universiti tempatan,  mesti tahu apa itu PTPTN. Betul tak? Alaa.. PTPTIPU. Mustahil kalau tak tahu sebab kebanyakan mahasiswa di Malaysia akan buat pinjaman PTPTN sebagai "pilihan terakhir" selepas gagal mendapatkan biasiswa atau mana-mana tajaan.

Pinjaman PTPTN itu pada asalnya untuk kemaslahatan mahasiswa. Ada yang dapat pinjaman penuh, separuh, hatta hanya dibayar yuran pengajian semata-mata. Namun, ada penyalahgunaan yang berlaku di mana duit "PINJAMAN" itu digunakan untuk beli handphone baru setiap kali buka semester baru. Contohnya...:P

Sejurus habis pengajian, secara automatiknya kita sudah ada negatif di dalam akaun bank kita. BERHUTANG! Pinjaman bukannya percuma, kena bayar. Bukannya dibayar separuh atau berdasarkan peratusan tertentu mengikut pointer masing-masing. Kalau pinjam RM28,000 untuk kos kejuruteraan selama 4 tahun, maka kena bayar balik semuanya walaupun dapat ijazah kelas pertama sekalipun!

Setelah mula bekerja, kebanyakan kita adakalanya buat-buat lupa nak bayar atas alasan seperti "Tak sempat! Tiada masa nak gi bayar.." atau " Gaji tak cukup nak bayar sebab interest tinggi" dan seribu dalih lagi. Yalah.. RM 28,000 campur dengan 3% tu lagi. Kalau kena selesaikan bayaran dalam tempoh 8 tahun, maka ekstra 24% kita kena bayar secara kalkulatifnya.

Namun, kini ada berita yang agak baik! Pasti ramai yang terpinga-pinga apabila dapat kad tawaran ujrah ni. Entahlah..  tapi rupa-rupanya Pembiayaan Ujrah PTPTN ni bertujuan untuk membantu peminjam-peminjam membayar pinjaman tanpa beban yang berat. Dengan Pembiayaan Ujrah PTPTN ini, faedah yang dikenakan hanya 1%je. Sebelum ini 3%.


Ujrah?? Apakah? Masih kabur lagi? Ok pembiayaan ni bukan macam CIMB Express ataupun pinjaman Along (bukan nama Along masuk Islam ya) yang kita tengok tampal iklan di dinding-dinding. Pembiayaan Ujrah PTPTN ni adalah satu skim untuk membantu peminjam-peminjam membayar pinjaman tanpa beban yang berat!

Kalau anda ingat lagi, dulu masa meminjam ada pernyataan bahawa kita akan dikenakan faedah 4% pada bayaran balik. Lepas tu diorang kurangkan kepada 3%. Jadi, dengan Pembiayaan Ujrah PTPTN ni kita bayar bukan 2% tapi hanya 1% je. Tapi bagaimanakah cara-cara nak daftar Pembiayaan Ujrah PTPTN ??

1. Klik laman sesawang PTPTN Ujrah
2. Masukkan detail yang diperlukan
3. Semak emel segera sebab kita akan dapat satu email
4. Klik link berkenaan
5. Isi butiran diri peminjam

Senang je kan? Tapi kita kena semak juga kat PTPTN samada status kita sudah dikemaskini atau belum? Nanti tak pasal-pasal tak dibenarkan ke seberang laut! Singapura pun tak lepas! Boleh juga hubungi mereka di talian 0320804455 ataupun singgah saja Wisma Chase Perdana. Damansara nun~

Kalau rasa diri dah terlalu sibuk untuk pergi ke bank atau Wisma Chase Perdana, pembayaran juga boleh dibuat melalui cara:

* Pergi Pejabat Pos
* Pergi Bank-Bank Terlibat
* Gunalah Online Banking (update status FB boleh pulak kan?? )

Maka, soalannya adakah 1% pun masih membebankan kita selaku peminjam? Maka, ringan-ringankanlah tangan nak bayar hutang ye.. Kasihan generasi akan datang nanti. Lagipun, hutang ni tanggungjawab kita, wajib dibayar walau tidak dituntut! Emm .. susahnya nak mulakan langkah pertama. Kan?? Chaiyok chaiyok

Monday, May 9, 2011

The Road Not Taken


Aku memang suka subjek bahasa. Tak kira bahasa apa. Ini salah satu puisi Inggeris yang aku suka. Karya Robert Frost. Soal perjalanan & kehidupan, pilihan & ketentuan, peluang & kesempatan. Harus bijak. Entri akan datang aku nak kongsi puisi Arab, sebab dulu belajar maddah (subjek) Adab & Nusus masa zaman Ma'ahad dulu.
Saat belajar subjek BBI1119 (sebut tripple one-nine). Kena belajar komponen Sastera. Guru yang mengajar subjek ini, Teacher Anisah. Wah~ momen yang indah. Novel The Pearl hadir. Coyotitto.. Juana. Ayuh, kita kembalikan nostalgia BBI1119. Kenangan lalu mengusik jiwa.. datang menerpa.

Oh.. aku terbayang Cikgu Ariffin & Cikgu Sabiha mengajar BM. Dan Ustaz Zul Professor mengajar Adab Nusus. Berbahasa... berbicara... Aku... hilang dalam riuh.


The Road Not Taken - Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference


Itu dia.. Aku pernah berada di simpang itu. Dilema... Kan? Apa-apapun..nak sambung sikit puisi itu. The road not taken. BUT every road leads to Rome. Kita datang dari arah yang berbeza. Namun, kita menuju ke arah satu titik yang sama.. iaitu AKHIRAT.

Thursday, May 5, 2011

Kala Hujan

  

Satu lagi puisi
Berlagu & bersemi
Kala hujan renyai
Mencurah..
Bumi pun basah..


Lencun aku..
Basah berjerut
Biarpun sudah berbaju hujan
Namun tak upaya mengatasi
Kala hujan semakin lebat
Aku terus gagah


Melangkah & meredah
Menunggang, menyusuri jalan raya
Demi seusap nasi
Mencari rezeki
Mahu sara diri sendiri
Termasuklah isteri
Dan bakal anak nanti

Aku tak peduli
Hujan seolah-olah takkan berhenti
Yakinkan diri
Kuatkan semangat
Cekalkan hati
Itulah jati diri


Rupanya lebih rumit
Di hadapan sedia menanti
Guruh, kilat & halilintar
Menyambar...
Atau disambar?
Hatiku hambar
Juga berdebar
Oh.. inilah dia berkat sabar



Awalnya mentari terik
Tiba-tiba gerimis menjengah
Tak kusangka ada yang lebih indah
Pelangi menghiasi laman
Dalam hati ada taman
Di dalam kasut ada ikan~
Aku tak keruan
Tapi kerja tetap jalan

May Deliver??

May give birth?

Ya.. bulan Mei. Dah ramai yang selamat bersalin. Sazzy Falak dah selamat melahirkan twin girls. Maizawati dah berjaya melahirkan bayi lelaki. Rita Rudaini pun. Isteriku akan menyusul kah?


Ops!

Motif?? Mahu kaitkan dengan selebriti yang sudah selamat bersalin?

Kebetulan je pun. Dah berita tu yang keluar akhbar. Makcik Joyah dekat kampung Ulu Tiram selamat bersalin tak keluar paper pun!

Hello~ artis "toot" punya kucing beranak pun keluar majalah!

Whatever~ Tapi pagi itu aku memang berdebar. Serius~


Wify punya BP tinggi dan doktor tahan dekat wad. Cuak punya pasal.. macam-macam perkara bermain di fikiran. Adakah aku belum bersedia menjadi seorang ayah?? Natijahnya, KLCC-Putrajaya dengan Panda macam 'pelesit'. Kalah Mat Rempit!

Alhamdulillah... tekanan darah sudah stabil. Sudah keluar Hospital Putrajaya. MC pun dapat. Tapi SATU HARI sahaja. Okaylah tu.. boleh berehat dengan tenang.



Tapi doktor kata.. mungkin kena bersalin awal. Minggu ke-37 atau ke-38 mungkin?? Dalam erti kata yang lain, hujung Mei nanti, walaupun due date awal Jun. Emm.. bersediakah?

Aku kembali berdebar...Kenaling.. ore Klate royat! Rencam rasa~ Anak itu amanah & anugerah.


YA ALLAH, Kau permudahkanlah urusan kami. Amin :)

Sunday, May 1, 2011

CDC April 2011

1. British Royal Wedding


Tanpa ragu, inilah berita paling hangat bulan April. Perkahwinan di-raja Britain. Prince William & Kate Middleton.

Antara tetamu yang hadir Mr & Mrs Beckham
Tukang Tulis - Ashraf Muslim pun sudah selamat bertunang. Dan juga pasangan Zahiril Adzim-Shera. Tahniah, moga urusan ke jenjang pelamin dipermudahkan-Nya :) 

2. FENOMENA

Faham apa itu fenomena? Pastinya ia akan menjadi tumpuan, perhatian segenap pancaindera kita. Ini dia 2 rancangan realiti TV terbaik pilihan tukang tulis buat masa ini. Inilah fenomena terbaru. Antara rancangan realiti TV tempatan terbaik setakat ini pada pandangan peribadi. AF9 dan Mentor 5 tak berdaya melawan.

a) Maharaja Lawak



Tukang Tulis - Sokong Jambu! I'm sorry~ tak langgan pakej Mustika lagi. Haha

b) Imam Muda 2


Musim kedua sudah bermula. Perjalanan 10 imam muda akan diuji. Ada 2 orang dari negara tetangga, Singapura dan Brunei. Jika tahun lalu ada penternak kambing, kali ini ada jurutera, guru besar dan pernah mewakili negara di dalam sukan gimnastik. Nak kenal lebih lanjut kesemua calon? Klik sini.

Tukang Tulis - ASTRO nampak 'kurang bijak' apabila 2 rancangan realiti TV yang berkualiti ini ditayangkan serentak setiap hari Jumaat. Berbelah bagi dibuatnya.. tapi disebabkan tak langgan pakej Mustika, ..... (fill in the blank :)

3. Sai Baba tiada lagi


Dulu heboh satu dunia kononnya dialah "dajjal" bermata satu yang dimaksudkan. Kononnya punya pengikut yang ramai hatta boleh menyembuhkan penyakit yang kronik. Akhirnya, Sai Baba menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ternyata dia bukanlah "orang" yang dimaksudkan.


Tukang Tulis : Dunia semakin tenat.. di hujung usia. Tanda-tanda kiamat semakin kuat. Ramai yang 'fanatik' dengan "The Arrival". Kata konspirasilah, agenda Yahudi dan sebagainya. Sebagai Muslim, kita harus percaya rukun Iman ke-5. Maka, sama-sama bersedialah menghadapi hari perhitungan. Usah gusar...

4. SPRM, oh, SPRM


Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.


Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku setelah kes kematian Teoh Beng Hock masih menemui jalan buntu. Satu lagi misteri, belum terungkai ,menjadi teka-teki. Tak terbukti lagi siapa benar, siapa salah. Takziah buat keluarga mangsa.



Tukang Tulis - Emel 1Malaysia! Emm.. bagaimana pelaksanaannya? Dan langkah menyediakan makanan berkhasiat di sekolah merupakan langkah bijak. Kawal obesiti sebelum menjadi barah di masa hadapan. Dan sudah pasti nasi lemak hanya 2 kali seminggu~

5. Shaheizy Sam - Bintang Paling Popular


Tukang Tulis - Ameng Spring kena penjara 8 tahun angkara 'anugerah' dadah.

6. Anugerah Sukan Tempatan  

Pun ada. Siapa kata artis menyanyi, berlakon saja ada anugerah? Dan angerah ini juga diundi oleh peminat sukan tanahair. Ala- ala ABP juga ni. Memperkenalkan.. anugerah sempena ulangtahun Pertama ASTRO Arena. Semua pemenang ini adalah berdasarkan undian oleh peminat di laman web Astro Arena.

Atlet Lelaki Dalam Pasukan Pilihan
SAFEE SALI (Bola Sepak) – Berdasarkan prestasi Safee Sali dalam Piala AFF Suzuki dan sumbangannya terhadap kemenangan Malaysia pada tahun 2010


Atlet Perempuan Dalam Pasukan Pilihan
NUR AYUNI ABD HALIM (Menembak) – Berdasarkan prestasinya dalam pasukan menembak yang berjaya merangkul emas di Sukan Komanwel 2010 lalu


Atlet Peningkatan Prestasi Pilihan
AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM (Angkat Berat) – Mendapatkan pingat emas dalam acara angkat berat Sukan Komanwel 2010.

Atlet Harapan Pilihan
KHAIRUL FAHMI (Bola Sepak) -Berdasarkan prestasinya yang meningkat dari pasukan junior kini menyertai pasukan Senior dan pencapaian sepanjang 2010 terutama Piala AFF Suzuki.

Tahniah kepada para pemenang :)

Tukang Tulis - Dengar cerita Zaquan Adha sudah gantung but! Khabar angin kah?

7. Bola Sepak 

Tadi anugerah sukan anjuran tempatan. Peringkat antarabangsa pun tak mahu kalah. Maka..tahniah Gareth Bale dan Jack Wilshere atas gelaran Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik pilihan juri PFA. Kesebelasan Utama pilihan juri PFA di sini. Manakala Scott Parker telah dipilih oleh wartawan Sukan selaku pemenangFootball Writers' Association Footballer of the Year 2010-11. Tahun lepas Rooney yang menang. Ala-ala anugerah SAM di Malaysia gitu~

Scott Parker

Jack Wilshere
Gareth Bale

Tukang Tulis - Real Madrid kalahkan Barcelona dan memenangi Piala Raja Sepanyol, namun kalah peringkat Separuh Akhir pusingan pertama Champion League. El clasico betul.. peminat bola pasti terhibur 

8. Formula 1, Sepang International Circuit (SIC) 2011


3 nama ini melakar kejayaan Sebastian Vettel mewakili pasukan Red Bull, Jenson Button (McLaren-Mercedes) dan Nick Heidfeld (Renault)


Tukang Tulis - Akhirnya kemelut Datuk Misbun-BAM menemui jalan keluarnya, iaitu Datuk Misbun memilih untuk berundur. Tepatkah?

9. Pilhanraya Sarawak

Terbukti.. BN masih relevan walaupun.. semakin hilang kerusi di bandar dominasi kaum Cina. Itu realitinya~ Apa-apapun, tahniah kepada BN.


Tukang Tulis - Maknanya Pilihanraya Umum ke-13 semakin dekat. Anda sudah berdaftar?

10. Boboiboy - satu lagi fenomena


BoBoiBoy merupakan animasi tempatan terbitan Animonsta Studios Sdn. Bhd. yang dicipta oleh sekumpulan tenaga mahir yang sebelum ini pernah mencipta Upin & Ipin 'pereka' Upin & Ipin. Tontonlah kehebatan Boboi Boy, Ya Ya, Ying dan Gopal 4 hero kartun malaysia yang baru ini. Very the 1Malaysia :P

Tak nak bandingkan antara Boboi Boy dengan Upin Ipin sebab kedua-dua mereka mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Ini satu persaingan yang amat sihat. Bagi yang tak pernah tengok, memang rugi sangat sebab siarannya bermula jam 7 malam setiap hari Ahad.

BoboiBoy seorang kanak-2 yang berusia 10 tahun dan stay dengan atuknya iaitu Tok Aba. Budak ini ada kuasa mengawal tanah, angin dan petir. Dan kemuncaknya dia boleh jadi 3 BoboiBoy (ala-ala Super Saiya gitu)

Ya Ya pulak seorang kanak-kanak perempuan yang menjual biskut tetapi sayang biskutnya rasa macam "kertas pasir". Si Ya Ya nie ada kuasa boleh terbang dan kuat. Manakala Ying pula kanak-kanak perempuan Cina yang boleh berlari selaju Flash, cuma kelemahannya adalah tidak boleh bersin sebab kalau dia bersin .. dia akan kehilangan kuasa dia ... dan terpaksa bersin semula untuk dapatkan kuasanya semula. Haha

Gopal pastinya kanak-kanak lelaki India yang mempunyai sentuhan ajaib kerana setiap benda yang dipegang akan menjadi makanan tapi dengan syarat dia mesti dalam keadaan takut baru kuasanya macam menjadi bertambah menarik.

Tidak dilupakan juga watak jahat seperti Adu Du ... Probe ... Computer ... dan Emperor ....


Tukang Tulis - Identiti Lelaki Y terbongkar sudah?Adakah ini "superhero" Malaya terbaru?