Hebahan

Saturday, April 30, 2011

Qiblat

Di mana pun jua kita berada, kita sujud menyembah-Nya menghadap satu qiblat yang sama. Macam lagu Rabbani, Satu Qiblat Yang Sama.


Benar! Tak kira rupa paras, fizikal, jantina, warna kulit dan apa jua penilaian. Tiada justifikasi pengukuran melaikan IMAN & TAQWA. Soalannya sekarang, bagaimana cara kita menentukan arah qiblat. Adakah dengan berpandukan kompas? Melihat arah matahari jatuh? Hal ini SANGAT PENTING kerana apabila kita bersolat, qiblat yang betul dan tepat merupakan SYARAT SAH sembahyang.


Syarat sah solat yakni dengan menghadap ke arah Masjidil Haram. Qiblat di masjid usah diragukan, arahnya bukan lagi persoalan. Kalau kita di rumah, kita tahu arah qiblat. Kalau berpindah-randah, kita boleh tanya kejiranan kita ke mana arah qiblatnya. Namun, jika kita bersolat di tempat selain masjid? Hatta di surau sekalipun, adakah kita pasti arah qiblatnya itu betul? 

Lebih-lebih lagi jika surau yang berskala kecil seperti di pusat membeli-belah contohnya. Dan jangan jadikan itu sebagai alasan utama kenapa kita tidak mahu bersolat. Islam itu mudah, ada rukhsah.


Banyak kaedahnya menetukan arah qiblat. Kita boleh gunakan kompas. Sesetengah sejadah siap dipasang dengan kompas lagi. Yang penting, kita tahu di mana kita berada, dan pusing kompas berpandukan arah bearing atau magnitud. Kena dapatkan maklumat latitud, longitud. Untuk maklumat lebih lanjut klik, www.e-solat.gov.my.

Kedua, dengan mengetahui arah mata angin. Utara-Selatan dll (semua ada 8 arah). Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi kapal contohnya, kita menggunakan kompas dan peta.

Soalannya, bagaimana mahu menetukan arah Utara tanpa kompas? Kita perlukan  sebatang jarum dan daun. Langkah pertama, letakkan jarum di atas daun dalam keadaan ia boleh berpusing. Kedua, pastikan jarum tidak berada berhampiran dengan sebarang objek logam, batuan, bukit berbatu, wayar elektrik dan alat berelektrik kerana ia akan menarik jarum dan memberikan bacaan yang salah. Seterusnya, jika jarum mengarah ke arah hadapan pada waktu pagi – pastikan matahari terbit di sebelah mana dan kita akan mengetahui arah utara dan selatan.


Kaedah seterusnya dengan merujuk kepada arah matahari,di mana fenomena ini disebut dengan Khat-ul Qibla atau Al-istiwa (istiwa' a'zham), yang terjadi hanya dua kali dalam setahun Masihi, yakni pada tanggal 28 Mei dan 15 Julai di mana posisi matahari tepat pada kordinat 40 darjah BT dan 21 darjah LU.(Greenwich). Koordinat tsb adalah posisi kota Makkah. Dengan kata lain panjang siang dan malam di kota Makkah adalah sama persis.

Pada saat jam 12:00 tengahari di Makkah, Matahari tepat 90 derajat diatas kota Makkah (Ka'abah). Sehingga Ka’abah pada saat itu tidak ada bayangan. Di Kuala Lumpur, setiap 28 Mei akan terjadi Khat-ul Qibla pada jam 17:16 WIB dan pada tanggal 15 Julai pada jam 17:28 WIB menurut hisab dan perikraan ahli falak. Semua bayangan matahari akan segaris dengan arah Kiblat.


Fenomena istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaan-Nya mentadbir pergerakan apa yang ada di langit dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya. Maka kita boleh pacakkan tiang, besi atau kayu lurus 90 darjah di luar rumah, dan bayang-bayang yang terhasil itulah arah qiblatnya. Slide Powerpoint boleh dilihat di sini.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Surah Al-Imran: Ayat 190-191)

Seiring teknologi terkini, dunia langit terbuka, tanpa sempadan. Kini segalanya di hujung jari. Ada 3 laman sesawang yang boleh membantu kita memudahkan mencari arah qiblat. Klik, Qibla Locator, Qibla ATAU guna GoogleMaps/GoogleEarth. Cara-cara bagaimana mengaplikasinya boleh dibaca di sini.

Satu lagi info, Jabatan Mufti juga ada buat perakuan atau pengesahan qiblat. Ala-ala sijil Halal JAKIM macam tu lah. Contohnya seperti gambar di bawah ini. Bagus juga kalau dikuatkuasa, lebih-lebih lagi jika arah qiblat meragukan. Ini contoh pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor di surau Mesra, Petronas.


Thursday, April 28, 2011

Timbul Tanda Tanya (3T)

Ini adalah segmen baru dalam blog ini atas kata kunci 3T. Maka, untuk entri akan datang label 3T akan berkuatkuasa. Mengapa timbul tanda tanya? Sebab persoalan-persoalan yang akan diajukan, tidak menemui titik jawapan. Tiada noktah. Noktah bertindih :

Noktah yang menemui jalan buntu...

Sila campakkan diri kita ke dalam situasi sebegini..kemudian kita soal diri kita, bagaimana kesudahannya.

Kes 1;

Suatu petang, aku hantar Panda ke bengkel Uncle James. Bengkel motornya betul-betul berhadapan dengan kuil Hindu, sebelah Uniten Bangi.

Sedang aku menunggu, muncul sebuah Kancil melintas di hadapan. Pemandunya bertudung. Dan ada seorang lagi wanita di sebelahnya. Mereka berhenti betul-betul di hadapan kuil lalu keluar dari kereta. Apa mereka buat?

Mereka masuk ke dalam kuil! Buat apa? Aku juga tak tahu apa sebabnya. Rasa pelik mula bersarang. Sudah 15 minit. Aku memanjangkan leher... nak jenguk juga apa mereka buat di dalam kuil itu. Bayang sami tidak kelihatan... apatah lagi kelibat 2 perempuan berkenaan.


Tak lama kemudian, baru mereka berdua keluar. Aku tak sempat nak tengok wajah mereka. Yang sempat tangkap adalah logo UPM. Persoalan bertalu-talu. Kalau berbaik sangka, mungkin siapkan tesis atau kajian, assignment dan sebagainya. Kalau syak wasangka.. mendalami Hindu kah? Nauzubillah!



Kes 2;


Pagi itu, aku tiba awal di KLCC. Sebab masuk kerja jam 9 pagi. Biasanya aku mensasarkan tiba di KLCC sebelum 8.30 pagi. Parking Panda di sebelah Masjid Syakirin. Dan seboleh-bolehnya aku akan singgah solat Dhuha di situ.

Doa Solat Dhuha :)
Pagi tu ada peluang dan kesempatan. Namun sebelum masuk ke masjid, aku ternampak sepasang pelancong, mungkin dari Jepun berdasarkan raut wajah dan gaya percakapan mereka. Mereka mahu masuk ke dalam masjid.

Belumpun sempat mereka berhenti depan tangga masjid, pengawal keselamatan telah menghalau mereka. Mereka tak dibenarkan masuk sebab tak menutup aurat. Pakgad itu siap guna bahasa isyarat pasangan perempuannya tidak bertudung. Maka, mereka terus berlalu...

Tak sempat menjejakkan kaki. Tak sempat melangkah  ke serambi masjid. Aku bukan mahu menyalahkan Pakgad itu. Sudah tugasnya menjaga keselamatan dan persekitaran masjid.

Namun, soalannya, adakah pasangan Jepun itu ada niat menggugat ketenteraman masjid. Adakah mereka berniat mahu melakukan kerosakan di dalam masjid? Pasangan lelakinya berseluar panjang, cuma pasangan perempuannya tak bertudung. Benar!

Tapi dia pakai baju lengan panjang.. dan seluar panjang. Bukan skirt labuh, apatah lagi yang mendedahkan tubuh. Wanita Islam berbangsa Melayu ada yang terlebih "sopan" daripadanya. Maka, apa bezanya Kes 1 dan Kes 2? Adakah benar Islam mempromosikan keamanan?


Islam itu indah.. cantik. Mungkin penganutnya belum cukup indah dan secantik Islam itu sendiri. Tinggal tanda tanya...~

Frank Ribery

Sunday, April 24, 2011

Seutas Omega~



Seutas Omega
Menggegar...
Kalut dunia
Tercemar duli
Menongkah arus
Siapa mahu peduli?

Seutas Omega
Gempar...
Kelam hari siang
Kabut menghambat kabus fitnah
Beliung konspirasi
Fantasi, realiti atau hipokrasi

Seutas Omega
Emas aurum warnanya
Namun auranya terpalit lumpur
Dedebu politikus
Membias aras meniskus
Menyekat peristalsis

Seutas Omega
Perak argentum talinya
Momentum ekstraknya tiada kimia
Larut memutus ikatan
Salut tukang turut
Karut lagi mengarut

Seutas Omega
Milik siapakah?
Selaku pelakon utama
Video porno hitam putih
Bukan semberono bukan sebarangan
Lakonan pemeran boroi meneran

Seutas Omega
Bukannya kes sejagat
AS menerobos Libya sudah tidak relevan
Masalah rakyat tenggelam
Bukan lagi keutamaan
Penetrasi sudah basi

Seutas Omega
Tak setanding Osama
Apatah lagi Obama
Tetapi mahu seiring
Duduk sama tinggi
Berdiri sama rendah
Apa sajalah...

Seutas Omega
Itupun nak kecoh
Itupun nak heboh
Bikin ribut..bikin kalut
Macam idea Afdlin Shauki
Jam hilang buat modal
Los & Faun hasilnya

Seutas Omega
Anugerah Tuhan...
Atau pemberian insan?
Hadiah atau musibah?
Kurnia atau aniaya?
Aset atau liabiliti?
Mengubah persepsi dan jua mentaliti

Saturday, April 23, 2011

TWITTER... akhirnya~

Tweet~

Chop!

Selalu kita guna zaman kanak-kanak dulu. Mungkin juga kita masih guna bila sudah dewasa sekalipun. Kalau main kejar-kejar atau polis sentri.. tiba-tiba rasa nak terkencing atau 'melabur'.. tweet~ Hahaha. Betul tak.

Akhirnya aku akur. Buat juga akaun Twitter. Tapi bukan untuk peribadi, sebaliknya untuk blog Hitam Putih Kehidupan ini. Lagipun, dalam konteks rangkaian sosial, Twitter ni ala-ala microblogging. Maka amat sesuai akaun Twitter untuk blog. Kan?

Hajatnya nak guna nama @misisitukangtulis, tetapi apakan daya, ada batasan abjad, maka gunalah @misitukangtulis. Nak juga guna nama penuh, Mustakim Bahrudin, tetapi rasanya lebih baik digunakan untuk blog.


Maka, bermula tarikh 23. 04. 2011, akaun Twitter @misisitukangtulis dirasmikan. Dan tepat jam 23:04 yakni 11.04 malam, aku sudah mula bertweet. Tweet yang pertama adalah

" salam to all. my first tweet ever. 23.04, 23 april 2011 "

30, 000

Itu adalah tajuk entri kali ini.

Bermain dengan angka.. kebetulan. Tapi tiada kena mengena dengan filem 300. Itu filem 300 tahun sebelum masihi. Ini pasal 30,000, yang jauh lebih besar daripada 300. Unitnya apa? 30,000 cm? mm? tahun? jam ? saat? liter? newton?

Bukan! 30,000 orang. Tengok saja gambar bawah ni. (sila klik untuk gambar lebih besar)


Itu dia..setelah blog si tukang tulis ini beroperasi selama kira-kira 26 bulan. Februari 2009 sehingga sekarang sudah lebih 30,000 orang klik masuk ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog yang tak seberapa ini.

Pada 11.4.11 jam 12.25 pm, sudah 30,000 orang singgah ke sini. Bukan 30,000 orang LIKE ya! Gila ke apa tiba-tiba ada 30,000 orang kenal tukang tulis. Maka secara anggarannya

26 bulan - 30,000 orang klik
1 bulan - lebih kurang 1150 orang klik
1 minggu - lebih kurang 285 orang klik
1 hari - lebih kurang 41 orang klik
1 jam - lebih kurang 1 orang klik

Aku bukannya gila trafik sangat sebab itu BUKAN MISI. Harapkan beribu-ribu orang klik ke sini setiap hari. Macam blog Beautiful Nara tu contohnya. Kemaskini blog pun koman-koman 4 kali sehari, sebab pengunjungnya disasarkan berpuluh ribu satu hari. Dan justifikasinya angka 30,000 itu menandakan blog ini masih relevan dan aku boleh meneruskan menulis di sini.

Ini blog Hitam Putih Kehidupan.. biasa-biasa saja. Tiada yang terlalu panas.. tetapi agak hangat. Gosip murahan tiada, tetapi spekulasi, persepsi dan obsesi tetap ada. Tak perlu ayat-ayat sindir.. makan dalam baik punya tetapi adakalanya cukup sarkastik dan sinikal. Cewah~

Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi membaca di sini. semoga dari semasa ke semasa, kita dapat memberi manfaat kepada diri kita dan orang-orang sekeliling kita melalui pembacaan. Terus suburkan minat membaca, mudah-mudahan kita memperoleh ilmu yang bermanfaat. Itulah MISI SI TUKANG TULIS.

Khairun naas, anfa'ahum linnaas. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. Dan terima kasih sekali lagi kerana tergolong di kalangan 30,000 pembaca blog si tukang tulis. Sebagai penghargaan, ada beberapa segmen baru yang akan mengisi slot di blog ini. 

Buat masa ini, kita sudah ada Carta Darjah Celcius (CDC) setiap 1 haribulan. Pada 15 haribulan kita ada carta Lagu-lagu Jadian (LLJ) di bawah label Library MP3. Maka, kalau pembaca nak tengok koleksi-koleksi lepas, sila klik "tajuk pilihan" anda di bahagian Label , yakni di bahagian bawah sekali setiap entri seperti gambar di bawah.



Pilihan lain yang sedia ada :

Post-morterm - pasal anugerah, sukan termasuk reviu filem/lagu
Corak Congak Rawak- lebih kepada politik dan juga ramalan-ramalan bagi sebarang anugerah/sukan yang akan mencetuskan 'fenomena'
Lembahan Cinta - kisah aku & dia..termasuk puisi-puisi nukilan tukang tulis
Kisah Terpencil - menyingkap diari tukang tulis, kisah dulu-dulu termasuk yang baru saja berlaku
Lensa - beauty lies in the eyes of beholder ops photographer tak bertauliah

Label berikut akan menyusul di masa akan datang:

3T - timbul tanda tanya
Nostalgik - mengimbau kenangan lalu yang mengusik jiwa
Analitik - kupasan yang lebih terperinci & mendalam mengenai sesuatu isu
Sciency - memandangkan tukang tulis bekerja dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitan dengan subjek Sains, apa salahnya kita mendekati Sains dengan santai

Dan bagi memudahkan pembaca yang mahu membaca entri-entri yang lepas, arkib ada di sebelah kiri blog ini mengikut bulan. Secara puratanya, 11 entri setiap bulan. Adakala terlebih, adakala kurang bergantung kepada masa senggang tukang tulis. Apa-apapun.. selamat membaca. DAN TERIMA KASIH DAUN KELADI. ADA MASA MAI SINI LAGI...  :)

Wednesday, April 20, 2011

BPL Team of the Year 2011

Berikut adalah kesebelasan utama pemain-pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris pilihan juri-juri  Professional Footballers' Association (PFA).

Penjaga Gol

Van Der Sar (Man Utd),



Bek

Bacary Sagna (Arsenal),



Ashley Cole (Chelsea),



Nemanja Vidic (Man Utd),



Vincent Kompany (Man City),



Midfielder

Nani (Man Utd),



Samir Nasri (Arsenal),



Jack Wilshere (Arsenal),



Gareth Bale (Tottenham),



Penyerang

Carlos Tevez (Man City),



Dimitar Berbatov (Man Utd)



Tukang Tulis : Tahniah Gareth Bale dan Jack Wilshere atas gelaran Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik :)

Tuesday, April 19, 2011

Gelaran

Zaman budak-budak.. suka sangat mengejek. Gemar bagi gelaran. Atau lebih tepat lagi, mengutuk. Maka, wujudlah panggilan seperti Halimah Jongang, Fatimah Juling, Dolah Hapak, Kudin Sengau, Amri Katik siap sampai boleh jadi modal buat drama lagi. Ada saja point.. pakai spek, baca buku, tak bergaul dengan orang.. itu skema atau nerd. Badan 'obes' je panggil Bob (badan orang besar).


Itu bab kutuk fizikal.. ada jenis gelaran berpandukan nama mak, bapak hatta nama datuk sekalipun. Sangat kebudak-budakan. Mentaliti tak matang. Ada juga suka mengubah "keunikan" nama seseorang. Sebab nama kawan kita atau nama ayahnya pelik, maka nama mereka diubah menjadi bertambah pelik. Contoh, ada seorang kenalan, namanya Respirasi, Plasenta contohnya (mungkin ayahnya saintis kemaruk idea siapkan tesis). Ada kawan nama Jaidatul Kuyong... Veldana..Rimfiel Janius.. tetapi Muslim. Ada kenalan namanya unik macam Parodi.. Sukma Malati.. dan macam-macam lagi.

Maka masuklah bab-bab ejas(adjust) nama, masing-masing memang "kreatif" bab-bab mengubahsuai nama orang. Contoh..Sofiah..diejek Kopiah. Ida..ditambah jadi Ida Turbo! Nama ayah kawan kita Jubing, maka dapatlah gelaran juling, jbin dan sebagainya. Cuba bayangkan nama betul sahabat kita Fikri.. tetapi dipanggil Usop (sebab suara macam Usop Sontorian). Nama betul Radzi tetapi dipanggil Blair. Nama Syahril.. gelaran Sya'ban. Sebab apa? Panjang ceritanya.


Dan yang paling penting adalah, siap gelaran ada makna-makna tertentu. Man Bunga.. sebab Bunga singkatan kepada "bu... ternganga!" Ji Klen.. Kayap.. Pancut.. dan beberapa jenis gelaran yang dikategorikan sebagai lucah dan busuk maknanya. Itu semua gelaran atau nama floor yang kelakar tetapi mendukacitakan.

Soalannya, adakah budak-budak SAHAJA suka memberi gelaran?? Orang-orang kampung juga tidak berkecuali. Masyarakat luar bandar turut terlibat. Ya! Sebagai contoh, kalau Zamri kahwin dengan Peah, maka dapatlah gelaran Zamri Peah. Kalau Berahim ada anak lelaki nama Nuar, maka orang panggil Nuar Berahim. Kalau Berahim tu duduk dekat Cabang 4, maka gelaran itu ditambah menjadi Nuar Berahim Cabang Empat!


Di Kelantan, kalau orang tua nak tegur atau panggil budak lelaki, maka dipanggilnya Awe (Awang) dan Mek.. untuk budak perempuan. Begitu juga halnya di Negeri Sembilan (Ujang dan Milah), Perak (Yop dan Yong) dan juga KL (Mamat dan Minah)

Emm.. bagaimana pula orang berpelajaran tinggi. Pensyarah, doktor, jurutera contohnya. Kalau CEO kita panggil "bos" sajakah? Kalau sekuriti kita panggil pakgad/makgad kah? Apa kata kita ambil contoh ahli politik. Adakah mereka matang? Gelaran seperti Najib Mongolia, Anwar Al-J@b0ri, dan sebagainya menggambarkan "kematangan" mereka?

Maka soalannya, adakah semua gelaran itu buruk-buruk semata-mata? Walhal, orang Arab turut terlibat. Sebagai contoh Rasulallah digelar Muhammad Al-Amin. Abu Bakar As-siddiq sebab selalu membenarkan Rasulallah. Abi Hurairah sebab terlalu sayangkan kucing. Kalau ada anak bernama Muslim, maka sahabat itu dipanggil Abu Muslim.

Ada juga gelaran yang baik seperti Al-Hafiz... Profesor.. Doktor.. Insenior(Ir.) yang melambangkan ketinggian ilmu yang dimiliki. Ada juga gelaran disebabkan jasa yang ditaburkan. Kalau tak, masakan Puteri Hang Li Po dapat gelaran Hang. Maka adakah dengan pemberian gelaran seperti Datuk, Tan Sri akan membuatkan orang ghairah dan kemaruk mengejar pangkat, gelaran dan kedudukan?


Mungkin "gelaran" diberi merujuk kepada "nama manja" untuk orang yang benar-benar rapat. Sebagai contoh, pengalaman aku sendiri. Selalu hantar Panda ke bengkel Uncle James. Uncle James ni berbangsa India. Rapat tak rapat kami, Uncle James datang masa kenduri kahwin aku tahun lepas. Tapi sampai ke hari ni dia tak hafal nama aku. Nak tahu dia panggil aku apa? Dey Thambi~

Bunyi macam menjengkelkan atau annoying, tetapi di situ menggambarkan betapa mesra dan rapatnya kita dengan seseorang. Macam orang Melaka, yang terkenal dengan bahasa kasarnya. Sama juga macam orang Kelantan yang sesuka hati memanggil 'saing' mereka 'natey', walhal natey bermakna binatang! 

Segalanya bergantung kepada bentuk gelaran. Baik atau buruk. Andai baik, maka baiklah reputasinya. Jika buruk, maka buruklah persepsinya. Dan bergantung kepada niat masing-masing. Mungkin juga kita boleh anggap gelaran itu satu doa. Maka, kalau nak beri nama anak, berilah nama-nama yang sedap dan mudah disebut serta elok pengertiannya.

Contohnya, nama anak Mustafa, Muttaqin, Huzaifah atau Ibrahim. Cuba bayangkan bagaimana orang Kelantan akan pronoun nama tersebut? Stopa.. Taqing.. Jepah.. atau Berehem.. Kan? Zubaidah? Bedah!


 "Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina), dan jangan pula perempuan-perempuan (menghina) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dihina) lebih baik dari perempuan (yang menghina). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk..." [Al-Hujurat 49: 11]

Tukang Tulis - Kena sediakan nama yang bagus untuk anak yang bakal lahir. Elok maknanya..mudah menyebutnya :)

Pesanan Orang Tua (Petua)

Suatu pagi, bangkit dari tidur. Leher aku sakit. Ah!


Lekas-lekas minta tolong isteri. Ambilkan bantal yang digunakan sewaktu tidur.
Hempuk belakang leher. Salah bantal! Maka, pukul bantal...


Bingkas solat subuh...

Isteriku pelik tapi tetap menurut perintah. Pelik sebab kenapa perlu hempuk suami sendiri
dengan bantal. Relevannya? Saintifiknya? Mengapa?

Ada satu lagi cerita, selepas bangkit dari tidur juga. Kulitku berbintat, sebab digigit (orang Kelantan kata kena ketip.. bukan kena kekoh!)oleh nyamuk, walaupun dah sembur Ridsect (padahal guna Shieldtox).


Apa aku buat? Ambil air liur basi dari mulut sendiri.. comor (lumur) dekat kawasan kulit yang berbintat itu, insya allah...kulit akan kembali normal. Rupa-rupanya air liur basi itu ada penawar yang mujarab sekali. Cubalah... Yakinlah.. sebelum anda guna ini.


Tak percaya? Ada kajian saintifik menyatakan bahawa di dalam air liur kita ada enzim yang boleh membantu sistem pencernaan tubuh kita. Sebab itu, seelok-eloknya, sejurus bangkit dari tidur, sebelum gosok gigi, minum air putih.. kasi air liur basi kita turun ke perut.

Itulah dia petua, atau pesanan orang tua. Bahasa mudahnya "tips"! Semua orang ada macam-macam pengalaman bergantung bagaimana cara mereka dibesarkan. Kalau tinggal bersama-sama orang tua, memang banyak benda yang kelakar, dan semuanya ada kaitan dengan pantang-larang.


Semua orang ada pantang-larang. Pantang main kepala. Pantang dicuit, kalau tak melatah bukan-bukan. Merapu tak ingat dunia. Pantang duduk atas bantal, nanti bisul katanya. Anak gadis sunti dilarang duduk depan tangga. Tak boleh menyanyi di dapur. Padahal ada sindiran, dan maksud tersirat di sebalik larangan tersebut. Renung dalam-dalam fikirkannya. 
Sebab mereka makan garam dulu. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.. barulah hidup diberkati. Nabi kita pun ada ajar. Tataplah wajah anak-anak yang suci, bersih dari dosa. Dan hormat orang yang lebih berusia sebab amalan mereka lebih banyak daripada kita. Lebih kurang begitulah..


Pernah tak buat situasi macam ni. Ada orang ketuk kepala kita, kita ketuk balik dagu kita ke atas? Hahaha..Gelak pusingn pertama.

Kalau kita duduk lama atas kerusi, sebelum kita bangun berjalan ke tempat lain, kita kena 'tangkap' ilmu kita dengan meletakkan tapak tangan atas tempat yang kita duduk, takut/risau ilmu kita kena kebas?? Hahaha.. gelak lagi.. Gelakkan diri sendiri. Rasa seolah-olah "memperbodohkan" diri.

Aku pula bagaimana? Aku akui.. bukanlah cerewet sangat bab-bab makan, pakaian atau buat pilihan. Isteriku tak payah susah-susah jaga aku. Senang saja. Sebab aku tak banyak kerenah, tak perlu masak banyak lauk hatta misal kata suatu hari nanti, isteriku hanya goreng telur dan cicah kicap untuk makan malam sekalipun..aku akan makan dengan berselera. Insya allah..

Cuma aku ni ada sedikit pantang-larang. Contohnya.. tak nak makan campur ayam dan ikan (atau lebih tepat lagi makanan laut dan darat). Seboleh-boleh akan mandi terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.Makan buah sebelum makan nasi, bukan selepas. Jangan selang seli makan nasi ber"ulam"kan air. Kalau mandi, basuh kaki dulu lepas tu naik ke pinggang, badan dan kepala. Wah! Boleh tahan juga aku punya "do's and dont's"!


Rumah kena buka tingkap luas-luas. Bagi rezeki mudah masuk, kata orang tua. Secara saintifiknya, bagi udara masuk. Nyaman... Padahal itu yang diwarisi daripada Papa. Waktu kecik dulu, kalau duduk dalam bilik waktu siang hari, pasti kena marah dengan Papa kalau tak buka tingkap!

Ada orang bersikap skeptikal dan menganggap itu semua kolot. Berfikiran kuno. Ketinggalan zaman. Walaupun hakikatnya itu penanda aras kematangan seseorang. Mengapa aku yang tinggal di Putrajaya pun ada cerita pantang-larang ni? Oh, lupa! Aku melewati Zaman remajaku di Kota Bharu, di kampung. Duduk dengan nenek dan saudara-mara.

Kesimpulannya, percayalah.. suatu hari nanti, kita akan gelakkan diri kita sendiri sebab apa yang telah kita buat hari ini, sebagaimana kita tersenyum sinis dengan apa yang telah kita lakukan pada hari semalam. Kebudak-budakan atau menonjolkan sisi kematangan? Pengalaman..mendewasakan :)


Tukang Tulis : Sewaktu kecil dulu sangat tak suka syampu rambut/kepala. Tahu tak Papa cakap apa? Nanti bila tengah malam, masa kita tidur, kutu akan bawa kita terbang ke dalam hutan! Hasilnya, sampai hari ni suka syampu :P

Sunday, April 10, 2011

10 Stadium Yang Pelik

Nak tahu 10 stadium (yang tak semestinya untuk kegunaan sukan bola sepak) yang pelik? Pelik macam mana tu?  Pelik mesti  ada sebab-musababnya...


1. Venezuela, Caracas.


Dikenali sebagai “Cocodrilos Sports Park” ianya adalah sebuah stadium multi-use.Kebanyakan stadium ini digunakan sebagai perlawanan bola sepak.Stadium ini boleh memuatkan 3000 orang dan terletak di sebelah high-way.Kalau ada kemalangan kompom masuk terus ke dalam stadium.

2. Japan, Osaka Stadium. 


Stadium baseball ini terletak di bandar Osaka dengan kapasiti 31379 tempat duduk. Pada tahun 1988 stadium ini telah ditukar menjadi tempat “sample housing showground”.Stadium ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan bangunan shopping complex.

3. Portugal, Braga.


Salah satu stadium yang termahal dan terpelik di Portugal. Kos sebanyak $122 juta dibelanjakan untuk membuang batu di sekeliling stadium itu. Kos ini melebihi pembinaan 10 stadium semasa European Football Championship 2004. Betul-betul rasa macam main atas gunung batu.

4. Croatia


Gospin Dolac adalah stadium di Imotski. Dibina pada tahun 1989.Boleh memuatkan 4000 penonton.Sangat cantik dan pelik.

5. Brazil Eco-Stadium,“Janguito Malucelli” 


Stadium ni lain sedikit.Stadium ni menjadi popular sebab ianya mesra alam. Tempat kerusi diletak diatas bukit tanpa menggunakan konkrit.Stadium ini juga dipanggil Eco-Stadium.

6. The Faroe Islands.


The Faroe Islands sebuah pulau yang berhampiran dengan Scotland dan Iceland. Stadium ini terletak di tepi pantai. Setiap kali perlawanan akan ada orang yang membawa bot untuk mengutip bola yang jatuh ke dalam laut.


7. Singapore, Marina Bay.
Negara tetangga kita memiliki stadium yang dikenali sebagai stadium terapung. Secara keseluruhan stadium ini diperbuat menggunakan besi. Ukuran platform terapung pula 390 kaki panjang dan 270 kaki lebar.Boleh menampung berat sebanyak 1,070 tan, bersamaan berat 9000 orang atau berat 30 tan kenderaan tentera.Tempat duduk pula boleh memuatkan 30 ribu orang.

8. Bulgaria 



Bulgaria FC Chernomorets Balchik, kelab bola sepak dari bandar Balchik, sekarang bermain untuk divisyen ke-2 bola sepak Bulgaria. Mereka bermain dekat “Balchik Stadium” yang mempunyai 6,000 tempat duduk yang paling buruk pernah dilihat.

9. Norway


Norway FC Aalesund adalah sebuah stadium lama yang sangat pelik mempunyai tempat duduk teres di tepi bukit.

10. Ukraine


Stadium inilah tahap yang paling pelik punyer. Tak banyak maklumat yang ada mengenai stadium ini. Tapi apa-apa pun yang paling seronok ialah orang yang bawa kereta dekat jalan sebelah stadium tu. Dan bagaimana pula agaknya kedudukan bola yang sudah tentu mengikut hukum graviti. Kan??


Kredit kepada Fan page: Bolasepak Malaysia. Sila LIKE!