Hebahan

Thursday, April 28, 2011

Timbul Tanda Tanya (3T)

Ini adalah segmen baru dalam blog ini atas kata kunci 3T. Maka, untuk entri akan datang label 3T akan berkuatkuasa. Mengapa timbul tanda tanya? Sebab persoalan-persoalan yang akan diajukan, tidak menemui titik jawapan. Tiada noktah. Noktah bertindih :

Noktah yang menemui jalan buntu...

Sila campakkan diri kita ke dalam situasi sebegini..kemudian kita soal diri kita, bagaimana kesudahannya.

Kes 1;

Suatu petang, aku hantar Panda ke bengkel Uncle James. Bengkel motornya betul-betul berhadapan dengan kuil Hindu, sebelah Uniten Bangi.

Sedang aku menunggu, muncul sebuah Kancil melintas di hadapan. Pemandunya bertudung. Dan ada seorang lagi wanita di sebelahnya. Mereka berhenti betul-betul di hadapan kuil lalu keluar dari kereta. Apa mereka buat?

Mereka masuk ke dalam kuil! Buat apa? Aku juga tak tahu apa sebabnya. Rasa pelik mula bersarang. Sudah 15 minit. Aku memanjangkan leher... nak jenguk juga apa mereka buat di dalam kuil itu. Bayang sami tidak kelihatan... apatah lagi kelibat 2 perempuan berkenaan.


Tak lama kemudian, baru mereka berdua keluar. Aku tak sempat nak tengok wajah mereka. Yang sempat tangkap adalah logo UPM. Persoalan bertalu-talu. Kalau berbaik sangka, mungkin siapkan tesis atau kajian, assignment dan sebagainya. Kalau syak wasangka.. mendalami Hindu kah? Nauzubillah!



Kes 2;


Pagi itu, aku tiba awal di KLCC. Sebab masuk kerja jam 9 pagi. Biasanya aku mensasarkan tiba di KLCC sebelum 8.30 pagi. Parking Panda di sebelah Masjid Syakirin. Dan seboleh-bolehnya aku akan singgah solat Dhuha di situ.

Doa Solat Dhuha :)
Pagi tu ada peluang dan kesempatan. Namun sebelum masuk ke masjid, aku ternampak sepasang pelancong, mungkin dari Jepun berdasarkan raut wajah dan gaya percakapan mereka. Mereka mahu masuk ke dalam masjid.

Belumpun sempat mereka berhenti depan tangga masjid, pengawal keselamatan telah menghalau mereka. Mereka tak dibenarkan masuk sebab tak menutup aurat. Pakgad itu siap guna bahasa isyarat pasangan perempuannya tidak bertudung. Maka, mereka terus berlalu...

Tak sempat menjejakkan kaki. Tak sempat melangkah  ke serambi masjid. Aku bukan mahu menyalahkan Pakgad itu. Sudah tugasnya menjaga keselamatan dan persekitaran masjid.

Namun, soalannya, adakah pasangan Jepun itu ada niat menggugat ketenteraman masjid. Adakah mereka berniat mahu melakukan kerosakan di dalam masjid? Pasangan lelakinya berseluar panjang, cuma pasangan perempuannya tak bertudung. Benar!

Tapi dia pakai baju lengan panjang.. dan seluar panjang. Bukan skirt labuh, apatah lagi yang mendedahkan tubuh. Wanita Islam berbangsa Melayu ada yang terlebih "sopan" daripadanya. Maka, apa bezanya Kes 1 dan Kes 2? Adakah benar Islam mempromosikan keamanan?


Islam itu indah.. cantik. Mungkin penganutnya belum cukup indah dan secantik Islam itu sendiri. Tinggal tanda tanya...~

Frank Ribery

No comments:

Post a Comment