Hebahan

Saturday, April 30, 2011

Qiblat

Di mana pun jua kita berada, kita sujud menyembah-Nya menghadap satu qiblat yang sama. Macam lagu Rabbani, Satu Qiblat Yang Sama.


Benar! Tak kira rupa paras, fizikal, jantina, warna kulit dan apa jua penilaian. Tiada justifikasi pengukuran melaikan IMAN & TAQWA. Soalannya sekarang, bagaimana cara kita menentukan arah qiblat. Adakah dengan berpandukan kompas? Melihat arah matahari jatuh? Hal ini SANGAT PENTING kerana apabila kita bersolat, qiblat yang betul dan tepat merupakan SYARAT SAH sembahyang.


Syarat sah solat yakni dengan menghadap ke arah Masjidil Haram. Qiblat di masjid usah diragukan, arahnya bukan lagi persoalan. Kalau kita di rumah, kita tahu arah qiblat. Kalau berpindah-randah, kita boleh tanya kejiranan kita ke mana arah qiblatnya. Namun, jika kita bersolat di tempat selain masjid? Hatta di surau sekalipun, adakah kita pasti arah qiblatnya itu betul? 

Lebih-lebih lagi jika surau yang berskala kecil seperti di pusat membeli-belah contohnya. Dan jangan jadikan itu sebagai alasan utama kenapa kita tidak mahu bersolat. Islam itu mudah, ada rukhsah.


Banyak kaedahnya menetukan arah qiblat. Kita boleh gunakan kompas. Sesetengah sejadah siap dipasang dengan kompas lagi. Yang penting, kita tahu di mana kita berada, dan pusing kompas berpandukan arah bearing atau magnitud. Kena dapatkan maklumat latitud, longitud. Untuk maklumat lebih lanjut klik, www.e-solat.gov.my.

Kedua, dengan mengetahui arah mata angin. Utara-Selatan dll (semua ada 8 arah). Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi kapal contohnya, kita menggunakan kompas dan peta.

Soalannya, bagaimana mahu menetukan arah Utara tanpa kompas? Kita perlukan  sebatang jarum dan daun. Langkah pertama, letakkan jarum di atas daun dalam keadaan ia boleh berpusing. Kedua, pastikan jarum tidak berada berhampiran dengan sebarang objek logam, batuan, bukit berbatu, wayar elektrik dan alat berelektrik kerana ia akan menarik jarum dan memberikan bacaan yang salah. Seterusnya, jika jarum mengarah ke arah hadapan pada waktu pagi – pastikan matahari terbit di sebelah mana dan kita akan mengetahui arah utara dan selatan.


Kaedah seterusnya dengan merujuk kepada arah matahari,di mana fenomena ini disebut dengan Khat-ul Qibla atau Al-istiwa (istiwa' a'zham), yang terjadi hanya dua kali dalam setahun Masihi, yakni pada tanggal 28 Mei dan 15 Julai di mana posisi matahari tepat pada kordinat 40 darjah BT dan 21 darjah LU.(Greenwich). Koordinat tsb adalah posisi kota Makkah. Dengan kata lain panjang siang dan malam di kota Makkah adalah sama persis.

Pada saat jam 12:00 tengahari di Makkah, Matahari tepat 90 derajat diatas kota Makkah (Ka'abah). Sehingga Ka’abah pada saat itu tidak ada bayangan. Di Kuala Lumpur, setiap 28 Mei akan terjadi Khat-ul Qibla pada jam 17:16 WIB dan pada tanggal 15 Julai pada jam 17:28 WIB menurut hisab dan perikraan ahli falak. Semua bayangan matahari akan segaris dengan arah Kiblat.


Fenomena istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaan-Nya mentadbir pergerakan apa yang ada di langit dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya. Maka kita boleh pacakkan tiang, besi atau kayu lurus 90 darjah di luar rumah, dan bayang-bayang yang terhasil itulah arah qiblatnya. Slide Powerpoint boleh dilihat di sini.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Surah Al-Imran: Ayat 190-191)

Seiring teknologi terkini, dunia langit terbuka, tanpa sempadan. Kini segalanya di hujung jari. Ada 3 laman sesawang yang boleh membantu kita memudahkan mencari arah qiblat. Klik, Qibla Locator, Qibla ATAU guna GoogleMaps/GoogleEarth. Cara-cara bagaimana mengaplikasinya boleh dibaca di sini.

Satu lagi info, Jabatan Mufti juga ada buat perakuan atau pengesahan qiblat. Ala-ala sijil Halal JAKIM macam tu lah. Contohnya seperti gambar di bawah ini. Bagus juga kalau dikuatkuasa, lebih-lebih lagi jika arah qiblat meragukan. Ini contoh pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor di surau Mesra, Petronas.


No comments:

Post a Comment