Hebahan

Sunday, April 24, 2011

Seutas Omega~



Seutas Omega
Menggegar...
Kalut dunia
Tercemar duli
Menongkah arus
Siapa mahu peduli?

Seutas Omega
Gempar...
Kelam hari siang
Kabut menghambat kabus fitnah
Beliung konspirasi
Fantasi, realiti atau hipokrasi

Seutas Omega
Emas aurum warnanya
Namun auranya terpalit lumpur
Dedebu politikus
Membias aras meniskus
Menyekat peristalsis

Seutas Omega
Perak argentum talinya
Momentum ekstraknya tiada kimia
Larut memutus ikatan
Salut tukang turut
Karut lagi mengarut

Seutas Omega
Milik siapakah?
Selaku pelakon utama
Video porno hitam putih
Bukan semberono bukan sebarangan
Lakonan pemeran boroi meneran

Seutas Omega
Bukannya kes sejagat
AS menerobos Libya sudah tidak relevan
Masalah rakyat tenggelam
Bukan lagi keutamaan
Penetrasi sudah basi

Seutas Omega
Tak setanding Osama
Apatah lagi Obama
Tetapi mahu seiring
Duduk sama tinggi
Berdiri sama rendah
Apa sajalah...

Seutas Omega
Itupun nak kecoh
Itupun nak heboh
Bikin ribut..bikin kalut
Macam idea Afdlin Shauki
Jam hilang buat modal
Los & Faun hasilnya

Seutas Omega
Anugerah Tuhan...
Atau pemberian insan?
Hadiah atau musibah?
Kurnia atau aniaya?
Aset atau liabiliti?
Mengubah persepsi dan jua mentaliti

No comments:

Post a Comment