Itu adalah tajuk entri kali ini.
Bermain dengan angka.. kebetulan. Tapi tiada kena mengena dengan filem 300. Itu filem 300 tahun sebelum masihi. Ini pasal 30,000, yang jauh lebih besar daripada 300. Unitnya apa? 30,000 cm? mm? tahun? jam ? saat? liter? newton?
Bukan! 30,000 orang. Tengok saja gambar bawah ni. (sila klik untuk gambar lebih besar)

Itu dia..setelah blog si tukang tulis ini beroperasi selama kira-kira 26 bulan. Februari 2009 sehingga sekarang sudah lebih 30,000 orang klik masuk ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog yang tak seberapa ini.
Pada 11.4.11 jam 12.25 pm, sudah 30,000 orang singgah ke sini.Bukan 30,000 orang LIKE ya! Gila ke apa tiba-tiba ada 30,000 orang kenal tukang tulis. Maka secara anggarannya
Pada 11.4.11 jam 12.25 pm, sudah 30,000 orang singgah ke sini.
26 bulan - 30,000 orang klik
1 bulan - lebih kurang 1150 orang klik
1 minggu - lebih kurang 285 orang klik
1 hari - lebih kurang 41 orang klik
1 jam - lebih kurang 1 orang klik
1 bulan - lebih kurang 1150 orang klik
1 minggu - lebih kurang 285 orang klik
1 hari - lebih kurang 41 orang klik
1 jam - lebih kurang 1 orang klik
Aku bukannya gila trafik sangat sebab itu BUKAN MISI. Harapkan beribu-ribu orang klik ke sini setiap hari. Macam blog Beautiful Nara tu contohnya. Kemaskini blog pun koman-koman 4 kali sehari, sebab pengunjungnya disasarkan berpuluh ribu satu hari. Dan justifikasinya angka 30,000 itu menandakan blog ini masih relevan dan aku boleh meneruskan menulis di sini.
Ini blog Hitam Putih Kehidupan.. biasa-biasa saja. Tiada yang terlalu panas.. tetapi agak hangat. Gosip murahan tiada, tetapi spekulasi, persepsi dan obsesi tetap ada. Tak perlu ayat-ayat sindir.. makan dalam baik punya tetapi adakalanya cukup sarkastik dan sinikal. Cewah~
Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi membaca di sini. semoga dari semasa ke semasa, kita dapat memberi manfaat kepada diri kita dan orang-orang sekeliling kita melalui pembacaan. Terus suburkan minat membaca, mudah-mudahan kita memperoleh ilmu yang bermanfaat. Itulah MISI SI TUKANG TULIS.
Khairun naas, anfa'ahum linnaas. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. Dan terima kasih sekali lagi kerana tergolong di kalangan 30,000 pembaca blog si tukang tulis. Sebagai penghargaan, ada beberapa segmen baru yang akan mengisi slot di blog ini.
Buat masa ini, kita sudah ada Carta Darjah Celcius (CDC) setiap 1 haribulan. Pada 15 haribulan kita ada carta Lagu-lagu Jadian (LLJ) di bawah label Library MP3. Maka, kalau pembaca nak tengok koleksi-koleksi lepas, sila klik "tajuk pilihan" anda di bahagian Label , yakni di bahagian bawah sekali setiap entri seperti gambar di bawah.
Pilihan lain yang sedia ada :
Post-morterm - pasal anugerah, sukan termasuk reviu filem/lagu
Corak Congak Rawak- lebih kepada politik dan juga ramalan-ramalan bagi sebarang anugerah/sukan yang akan mencetuskan 'fenomena'
Lembahan Cinta - kisah aku & dia..termasuk puisi-puisi nukilan tukang tulis
Kisah Terpencil - menyingkap diari tukang tulis, kisah dulu-dulu termasuk yang baru saja berlaku
Lensa - beauty lies in the eyes of beholder ops photographer tak bertauliah

Label berikut akan menyusul di masa akan datang:
3T - timbul tanda tanya
Nostalgik - mengimbau kenangan lalu yang mengusik jiwa
Analitik - kupasan yang lebih terperinci & mendalam mengenai sesuatu isu
Sciency - memandangkan tukang tulis bekerja dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitan dengan subjek Sains, apa salahnya kita mendekati Sains dengan santai

Dan bagi memudahkan pembaca yang mahu membaca entri-entri yang lepas, arkib ada di sebelah kiri blog ini mengikut bulan. Secara puratanya, 11 entri setiap bulan. Adakala terlebih, adakala kurang bergantung kepada masa senggang tukang tulis. Apa-apapun.. selamat membaca. DAN TERIMA KASIH DAUN KELADI. ADA MASA MAI SINI LAGI... :)
No comments:
Post a Comment