Hebahan

Tuesday, September 1, 2009

Berada di barisan hadapan - SEPULUH nama/peristiwa hangat bulan Ogos 2009

Bulan Ogos 2009 banyak juga peristiwa-peristiwa yang membuatkan nama individu tertentu terkenal sekelip mata. Kalau taip nama merekadi Google atau Yahoo, beribu-ribu hasil pencariannya. Cuba taip nama anda sendiri?? Kalau aku taip nama sendiri (nama penuh ya, tiada pseudoname) hasilnya beratus-ratus sahaja. Tak percaya cubalah. WANTED!

Baiklah sekarang aku senaraikan nama mereka yang glam dan grand bagi bulan Ogos mengikut turutan (suka hati akulah nak bagi nombor berapa pun). Mungkin pilihan anda berbeza dengan tukang tulis ini. Mata kita tak sama.

10) Peristiwa - pelantikan sebagai Menteri atau mendapat jawatan Menteri. Seorang mendapat jawatan Menteri tak berfolio selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang akan mengeksekutifkan KPI dan KRA. Siapa lagi kalau bukan bekas CEO MAS, Datuk Seri Idris Jala.
Papa, kata.. "Tu coarsemate Papa tu masa belajar dekat USM dulu. Semua orang ingat dia Muslim sebab nama Idris, tapi dia beragama Kristian. Orang Sarawak"



Dan orang kedua, Duta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis., bekas Menteri yang memperkenalkan projet angkasawan negara yang pernah ada 'kes' itu. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang.



9) Kematian - 2 tokoh besar negara. Seorang ikon nasyid, Ustaz Asri Ibrahim, ketua dan penyanyi utama kumpulan Rabbani.


Dan seorang lagi pakar ekonomi, dan ilmuwan negara yang patut dicontohi semua kerana arwah merupakan OKU yang buta matanya. Beliau yang dimaksudkan ialah Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh. Semoga Allah merahmati ke atas roh mereka berdua. Al-Fatihah~


8) Kontroversi berakhir?? Kejutan buat mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan. Segala teka-teki terjawab. Teka silang kata telah lengkap. Dulu orang kata mereka kahwin sorok-sorok. Nah, terbukti telahan mereka salah. Akhirnya, ikon Astro Oasis, Akhil Hayy menikahi penyanyi Waheeda. Setelah sah perceraian antara Akhil Hayy dan isterinya Maizawati. Akhil Hayy kini sah bergelar suami kepada Waheeda beberapa hari sebelum Ramadhan. Maka, Waheeda mengucapkan 'selamat tinggal' kepada dunia hiburan tanahair.



7) Sukan bola sepak. Setelah berehat selama 3 bulan, medan bola sepak Liga Perdana Inggeris @ BPL dibuka kembali. Bukan saja BPL, La Liga, Serie A dan yang sepadang dengannya juga telah memulakan musim baru. Yang penting serentak dengan bulan Ramadhan.


Isunya, si Jose Mourinho ni tak puas hati bila pemain Ghana, Suli Muntari berpuasa. Banyak juga pemain bola yang berpuasa. Aku pernah buka topik ni di Fesbuk. Malas ulas lanjut. Yang penting, masih ada juga yang terus terang tak puasa, dengan alasan letih dan penat main bola. Alaa.. si Shah Rukh Khan pun berapa hari je puasa kan??




6) Sambutan Merdeka ke-52. Ringkas tetapi penuh simbolik. Siap dapat 'hadiah' hari Merdeka lagi. Malas nak ulas. Dulu ada bunga api macam gambar bawah ni. Sekarang dah tiada, sebab bulan puasa. Emm.. bagus juga berjimat-cermat.



5) Huru-hara MCA. Dr. Chua Soi Lek, yang pernah terlibat dengan skandal dipecat daripada parti MCA. Manakala, Presidennya menyeru supaya EGM diadakan segera. EGM?? AGM adalah. AGM, A mewakili Annual. EGM, E mewakili Extra-ordinary. Haha. Yang penting, presiden sendiri pun terlibat dengan skandal PKZF secara tak langsung.




4) PRK Permatang Pasir. Nama Ustaz Salleh Man jadi pemenang. ADUN yang baru menggantikan Arwah Datuk Hamdan. Yang penting nama pencabarnya, Rohaizat Othman lebih glamor. Popular sebab kontroversi juga. Malas nak ulas. Antaranya pasal lesen guaman dll. Sejurus kemenangan Ustaz Salleh, beliau dilantik sebagai YDP MAIPP(majlis agama islam PP). Berbaloi. Beliau berjuang dengan parti PAS dah bertahun-tahun. Bayangkanlah, dah 7 penggal mencuba bertanding menjadi wakil rakyat. 7 penggal beb! Lebih kurang 30 tahun tu beliau berjuang dengan PAS. 30 tahun dulu, PAS orang tak pandangpun di Pulau Pinang. Tahniah, selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab berbakti kepada rakyat.



3) Negeri Kedah. Ada 2 isu. Satu si pelompat parti itu. ADUN Lunas PKR yang isytihar diri Bebas. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Radzhi Salleh.


Yang penting, bukan ADUN Lunas saja, beliau EXCO negeri Kedah ya. Maka, jawatan EXCO itu telah dilucutkan dengan perkenan Sultan dan diganti oleh ADUN Kulim. Satu lagi isu, mungkin satu lagi PRK akan berlaku di DUN Kota Seputeh. Semuanya gara-gara tak hadir ke Dewan, sebab sakit. Malas nak ulas panjang lebar, kita tunggu saja keputusan SPR nanti~

2) Manusia terpantas di dunia - Usain Bolt. Pemegang rekod 100m(9.58) dan 200m(19.19 s)



1) Juara.. jagoan bulan Ogos menjadi milik... model ini. Kartika Sari Dewo Shukarno! Nama ini melonjak naik. Bukan saja menjadi tumpuan Malaysia, malah satu dunia. Terduduk-duduk model kelas antarabangsa, apatah lagi model majalah. Haha!



Baiklah, bukan soal 'dapat nama' yang menjadi isu. Isu yang lebih penting ialah, hukuman yang rela dan sanggup diterima oleh Kartika, yakni minum arak. Kartika dikira tidak bernasib baik sebab ditahan ketika melayan arak jenis Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, pada jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Beliau rela dikenakan hukuman sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Syariah. Tetapi menjelang hari hukuman, hukuman itu terpaksa ditangguhkan kerana bulan Ramadhan dan macam-macam alasan lagi yang kita dengar seperti tiada tukang sebat yang sesuai dan sebagainya.

Mengikut Islam, hukuman sebat dilakukan oleh tukang sebat dengan pukulan / sebatan ke atas anggota di tempat yang berbeza. Maknanya tak boleh sebat tempat yang sama. Juru sebat tu juga tak boleh angkat tangan sehingga menampakkan ketiak ketika menghayunkan sebatan. Jadi, kalau nak angkat tangan setinggi langit tu tak bolehlah.

Yang jadi isunya, media luar sibuk mensensasikan berita ini. Kononnya mencabul hak asasi manusia. Diskriminasi terhadap wanita dan macam-macam berita lagi. Bila soal hukuman dibincangkan, tak kiralah samada hukuman itu penjara, gantung dsb, yang penting tujuannya untuk memberi pengajaran kepada orang lain.

Kartika yang rela disebat mungkin dah lepas hukuman di dunia (dan mungkin akhirat). Tetapi mereka yang masih 'menunggang' dan minum air kencing setan tu masih bersepah. Arak ni dalam Islam dianggap "ummul khabaaith" yakni ibu segala kejahatan.

Ada satu kisah, zaman Bani Israel dulu ada seorang ulama' di kalangan mereka bernama Barsyisya. Gara-gara minum arak, Barsyisya telah berzina, bunuh orang dan akhirnya mati dalam kufur menyekututkan Allah. Nauzubillah~

Dan dalam Islam juga, bukan saja peminum yang berdoasa. Tukang hidang, pelayan, pemerah, pembawa, penjual dan macam-macam lagi PE. Ironinya di Malaysia, banyak kilang arak yang beroperasi, banyak kedai yang jual arak dan ramai umat Islam terlibat secara langsung dan tidak langsung hatta ketika bulan Ramadhan macam sekarang sekalipun!

Termasuklah negeri bawah PR, Selangor yang siap bergaduh sesama Exco mereka. Di Selangor, itu yang kita nampak. Bagaimana dengan negeri lain?? Cuma Kelantan dan Terngganu yang bersih daripada kedai jual arak. Inilah Malaysia, negara Islam. Islam Hadhari?? Lama tak dengar perkataan ni. Rindu pulak rasanya~

Setuju dengan pilihan ini?? TEET!

Bebas... Merdeka~

Tahun 2009, ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 jatuh dalam bulan Ramadhan 1430 H. Walaupun merdeka tetapi ketika Ramadhan, syaitan-syaitan tak merdekapun bahkan dibelenggu, namun hawa nafsu masih bebas merdeka, bermaharajalela di jiwa. Jiwa dan raga di kalangan kita masih belum merdeka sepenuhnya kalau tak berjaya mendidik dan mengawal nafsu dengan baik.

Merdeka! Perkataan Melayukah ini? Orang dulu sebut merdaheka. Bukan menderhaka ya! Sama juga kesnya dengan perkataan senantiasa dan sentiasa, marabahaya yang digantikan merbahaya?? Merbahaya tiada dalam Bahasa Melayu. Tidak kena hukum nahu Bahasa Melayu. Mana ada imbuhan 'mer..' maka alternatif yang terbaik semestinya berbahaya. Ingat adik-adik..nak buat karangan nanti. Berbahaya!

Ada dalam tiada. Merdeka pada zahirnya sahaja. Yang jelas di mata, kita merdeka, bebas dari belenggu kemiskinan contohnya. Bebas dari sebarang penyakit ketika H1n1 selsema b4b1 menular dengan begitu "pesat" sekali. Bebas, merdeka bergerak ke sana ke sini menuntut ilmu sebanyak boleh yang kita mahu. Pendek kata, merdeka juga subjektif.

Bagaimana cara kita mengolah dan menginterpretasi makna dan hakikat merdeka segalanya terletak di jiwa yang bebas merdeka untuk membuat huraian makna yang lebih mendalam dan terperinci.


Sibuk melaungkan merdeka. Megah mengibarkan Jalur Gemilang. Kita mahu cakap dekat semua orang kita sudah merdeka, sedangkan hakikatnya kita tak pernah bebas dan merdeka dari pandangan Allah. Kita masih belum merdeka daripada Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amal dan dosa kita tanpa rasa jemu.

Justeru, apa simboliknya angka 52 tahun andai jiwa masih dijajah. Penjajahan alaf baru, penjajahan moden. Diri.. hati.. jiwa.. naluri.. untuk bebas membuat perhitungan dan penilaian yang sewajarnya dalam melayari kehidupan. Kelak, hidup ini banyak pancaroba, banyak pilihannya dan banyak implikasinya kalau kewarasan tak seiring dengan usia merdeka.

Maka, tidak dapat tidak, kita harus merdekakan diri kita. Merdeka tetapi rasa kehambaan kita kepada Allah semakin jelas. Merdeka tetapi tindak-tanduk kita tetap ada batasnya. Merdeka bukan bermakna kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan intipati agama.

Merdekakah kita sebenarnya?? Tak perlu kita merdeka kalau diri dan jiwa kita masih dijajah tanpa kita sedar. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 9 <>

Soalan trivia;

Apakah peristiwa sebelum dan selepas sambutan merdeka kali ke-52 yang anda takkan lupa?

a) Sambutan paling ringkas, save budget, depan parlimen saja sambutannya, dan paling penting lebih kurang 45 minit saja. Ringkas tetapi berkesan
b) Tak terasa langsung bahang kehangatan sambutan Merdeka sebab Ramadhan dan selsema b4b1
c) Perarakan / demo bantahan pembinaan kuil hindu yang disertai 'kepala lembu'
d) Minyak naik! yeah~

Tuesday, August 25, 2009

Menyambut Ramadhan Mubarak

Tahun 1430 Hijrah~ sudah masuk ke bulan ke-9 iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah... dapat juga aku bertemu bulan yang penuh keberkatan ini. Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan. Mabruk a'alainaa. Mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?? Ayuh kita manfaatkan peluang 'terakhir' ini sepenuhnya. Selagi berkesempatan.. untuk beramal mengumpul pahala & memohon ampun atas segala dosa.

Aku bercakap dalam konteks aku sebagai seorang yang boleh fokus terhadap Ramadhan. Aku telah bebas, setelah tamat belajar, dan dalam masa yang sama bekerja secara 'freelance'! Sepatutnya aku boleh fokus sepenuhnya terhadap amal ibadat sempena Ramadhan ini. Ambil kesempatan sepenuhnya, ketika pahala amalan sunat umpama amalan wajib, manakala pahala amalan wajib digandakan berkali-kali ganda. Inilah rahmat Ramadhan.

Ramadhan... ejaan arabnya RA-MIM-DHAD,ALIF,NUN- Huruf Ra' yang pertama mewakili 10 hari pertama yang penuh Rahmat. Mim pula mewakili Maghfirah bagi 10 hari yang kedua. Pada 17 Ramadhan diturunkan Al-Quran. Manakala Dhad-Aliff-Nun pula singkatan kepada dhaman anin naar, yang bermaksud jaminan terlepas daripada api neraka, iaitu ketika 10 hari terakhir. Simboliknya, sepanjang 10 hari terakhir inilah beratnya berlaku malam 1000 bulan, malam Lailatul Qadar.

Tahun ini, 1430 H, ataupun 2009, awal Ramadhan yakni 2 hari pertama jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Sangat cantik. Mood untuk mengekalkan momentum 2 hari pertama sangat likat. Pekat dan likat semoga kita terus melekat beramal ibadat. Malam pertama Tarawikh, aku ke Masjid 'Besi', yang dirasmikan malam itu juga. Kenapa Masjid Besi namanya.. aku pun tak tahu, sebab namanya Masjid Sultan Mizan. Bagi aku, lebih sesuai masjid ini diberi nama Masjid Al-Hadid.. Haha~

Azam Ramadhan tahun ini, nak solat tarawikh 20 rakaat & tak tinggal witir. Tahun-tahun sebelum ni, banyak sangat tak buat witir. Konon nak bangun tengah malam, buat tahajjud segala, tetapi akhirnya lena tak sedar. Tu lah.. siapa kata azam baru hanya untuk tahun baru atau awal-awal tahun. Apa salahnya kita tetapkan azam dan matlamat yang mahu disasarkan sempena awal Ramadhan. Kan??

Kenapa beria-ia nak buat 20 rakaat? Sunat saja kan?? Ya.. hukumnya sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut dan amat digalakkan tetapi hanya dalam bulan Ramadhan SAHAJA kita boleh solat sunat Tarawikh. Kan?? Lagipun, aku rasa banyak yang tak kena dengan apa yang aku lakukan Ramadhan sudah-sudah. Nak Tarawikh 8 rakaat saja.. dan yang paling cepat.

Aku tak nafikan, masa belajar dulu.. aku juga pernah diberi kesempatan mengimamkan jemaah. Solat isyak dan Tarawikh, dan aku menjadi imam sebaik mungkin dari segi bacaan mahupun gerak-geri, tak terlalu cepat bagi orang tua, tak terlalu lambat bagi orang muda DAN seboleh-boleh nak siap-siapkan secepat dan sesegera mungkin! Pernah dulu sebelum pukul 9 dah habis Tarawikh 8 rakaat siap witir sekali. Walaupun aku tak baca surah lazim, sebaliknya baca surah-surah besar tetapi dengan bacaan ala-ala budak tahfiz yang mengimamkan solat Tarawikh 20 rakaat. Baca Surah Al-Fatihah dengan hanya 4 kali nafas... bayangkan betapa cepatnya, dan itulah yang jemaah suka sebenarnya.

Aku rasa makmum tiada masalah dengan hal ini kerana kebanyakannya orang muda yang masih belajar yang banyak benda yang mahu dikejarkan. Tetapi kini, aku rasa lain macam. Berat sebenarnya tugas mengimamkan solat jemaah ni. Ini bukan kerja mudah, suka-suka, saja-saja mengisi masa lapang! Kalau salah kita kena tanggung sepenuhnya, kesemuanya. Ingat senang ke nak jadi imam? Bacaan kita kena jaga, agar tak selah, kena hukum tajuidnya. Kini setelah bekerja, bersolat jemaah bersama 'orang kampung', dah tak ada orang yang menolak aku ke hadapan lagi.

Maka, dengan itu, aku kini rasa lebih tenang dan senang menjadi makmum saja. Aku tak rasa ralat lagi biarpun adakalanya rasa lain macam dengan bacaan imam ssebuah qaryah. Sebab tu aku kata, bukan senang jadi imam ni. Paling aku seronok kalau sesebuah masjid mengupah iamam di kalangan budak-budak tahfiz. Rasa tenang dengan bacaan mereka. Mungkin jiwa mereka suci bersih dan hati mereka cerah disinari cahaya Al-quran Al-Karim. Sebab aku rasa aku sangat plastik apabila membaca surah-surah besar seperti Ar-Rahman, Al-Mulk dan sebagainya. Walaupun ada makmum yang suka akan bacaan aku, mereka rasa tenang dengan apa yang aku baca, tetapi itu bukan apa yang aku rasa sebenarnya. Betapa gementarnya, menggigilnya kepala lutut ini ketika menuturkan ayat-ayat Allah.

Baiklah, kita tutup cerita itu, kembali ke situasi terkini. Ramadhan kali ini, Masjid 'Al-hadid' menjadi medan wajib aku bersolat tarawikh. Pernah sekali pergi bersama kawan semaahad. Siapa dia?? Ini dia Mohd Hafiz Atan, kawan semaahad dan sematrikulasi. Banyak juga Mamat ni simpan rahsia aku. Haha.



Dan ini pula sebahagian foto menarik dari dalam Masjid Besi. Eksklusif tau... Haha







Ramai jemaah yang hadir..




Namun, sejurus tamat 8 rakaat tarawikh..ini yang tinggal..




Perumpamaan, orang mukmin ketika berada dalam masjid umpama ikan di dalam air, manakalan perumpamaan orang Munafiq ketika berada di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar.

Oh ya, masjid ini menyediakan juadah untuk berbuka dan moreh setiap hari..




Sekarang, kita sama-sama renung beberapa hadith untuk dihayati dan diamalkan~


Abu Hurairah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa: Rasulullah SAW menganjurkan pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: Sesiapa beribadah pada malam Ramadhan kerana... iman (yang teguh) dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah SWT membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu - Riwayat Muslim

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda bermaksud “Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya bermaksud “Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga saja!''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai).

"Syurga mempunyai lapan pintu, satu daripada pintu-pintunya dinamakan Pintu Rayyan, pintu ini tidak dimasuki kecuali oleh orang-orang yang berpuasa." ( Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Nabi (SAW) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa
menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

"Barangsiapa yang membaca satu ayat Al-Quran di bulan Ramadhan ganjarannya bersamaan dengan sekali mengkhatam Al-quran pada bulan yang lain."

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan sunat di bulan Ramadhan ganjarannya bersamaan dengan mengerjakan amalan wajib di bulan yang lain."

Sabda Nabi (SAW) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat :

Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Kemuliaan orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa ditulis sendiri oleh Allah ‘Azza wa-Jalla: "Setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahlanya, kecuali orang ya...ng berpuasa sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi"

“Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.”

“Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.”

“Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun”

Sabda Nabi (SAW) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari

Sabda Nabi (SAW) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan

Sabda Nabi (SAW) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan.

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab Rasullullah, kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banya, dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya, tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.

Hadith Nabi Muhammad SAW.: maksudnya

“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang sempat umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah supaya mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Siti Aisyah r.a ingin sangat untuk bertemu peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi mengajarkan doa di bawah kepada Siti Aisyah r.a.




Maksudnya:

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku."



Menonton..menyaksikan..melihat...~



Filem pendek arahan Linus Chung ini sangat menyentuh perasaan. Mungkin ini realiti di Malaysia?



Potong Saga by Ho Yuhang. So hilarious! Namewee pun ada~



The best so far.. from Amir Muhammad, The Tree featuring my beloved MB as Kelantanese~



Antara karya terakhir (mungkin juga terakhir) Yasmin Ahmad. Amani jadi budak sekolah agama.

Nak lagi?? Tunggu.. semua ada 15 filem pendek ini. Jangan cari di sini, tapi klik sini.

Thursday, August 20, 2009

Menyerlah di awal musim.

Itulah kata-kata yang paling tepat buat pasukan kegemaran aku, Arsenal. Go Gunners! Sudah dua musim berturut-turut Arsenal menyerlah di awal musim. Elok-elok mendahului carta liga, namun menjelang Januari akan datang, segalanya seakan berubah.

Musim terbaru, skrip yang sama nampak seperti mahu dikitar semula. BPL secara rasminya telah dimulakan. Sejarah tercipta, tiada perlawanan yang seri! Menang atau kalah, itu saja yang ada. Tatkala Chelsea mendapat kemenangan minit ke-90, MU menang tipis 1-0, dan Liverpool kalah mengejut kepada Tottenham Hotspurs, alih-alih Arsenal pasukan yang diramal tersingkir Top 4 menjadi pilihan utama merangkul EPL!

Semuanya gara-gara kemenangan besar 6-1 ke atas Everton, finalis Piala FA dan mendapat tempat kelima musim lalu. Lepas tu, Arsenal menang lawan Celtic, kelayakan ke Champion League, dan tiba-tiba MU pulak rebah menentang Burnley! Pasukan yang baru saja naik taraf.

Nah~ aku dah jumpa pasukan ala-ala Wigan, Reading dan Hull seperti musim lepas-lepas. MU memang tempang tanpa CR7 dan Tevez. Liverpool tak biasa nampaknya tanpa kelibat Xabi Alonso. Chelsea mungkin perlukan masa bersama pengurus baru, Ancelotti setelah Hiddink memberikan sentuhan midasnya.

Soalnya Gunners! Wenger masih tak mahu beli pemain. Merasa cukup dengan apa yang ada. Musim lepas, pembelian Arshavin sangat berbaloi. Musim ini, Thomas Vermaelen pula. Wah, memang berbaloi. Mungkin Wenger membuktikan membeli dengan berjimat-cermat sangat menguntungkan.


Thomas Vermaelen, bekas kapten Ajax yang bermain di posisi pertahanan. Perlawanan pertama dah jaring gol! Gol debut oleh pemain bek tu. Sebijik gaya Nemanja Vidic! Adik-beradikkah?? Vidiv orang Serbia, manakala Vermaelen orang Belgium. Sama seperti Fellaini, pemain Everton rambut gerbang itu~


Walaupun Adeboyor sudah ke City, namun Van Persie, Bendtner, Eduardo dan Walcott masih ada. Toure sebagai bek turut ke City, siapa pemain bek yang tinggal? Clichey, Sagnia dan Gallas. Nah~ ambik kau Vermaelen! Pemain ini akan menyerlah musim ini. Awas!



Adakah skrip yang sama seperti dua musim sudah akan berulang lagi? Hanya kapten, Fabregas dan rakan-rakan akan menentukan. Sebagai penyokong, kita hanya menyaksikan. Mereka yang menjanjikan perlawanan yang hebat di awal musim. Permulaan yang baik, tak bermaknan pengakhirannya juga menarik!

Menuju ke Daerah 9!


District 9! Itu cerita terbaru aku tengok di pawagam, Panggung wayang gambar! Peter Jackson memang takkan mengecewakan. Kualitinya dijaga. Sebagaimana aku suka dengan kualiti yang dijaga pengarah seperti Kabir Bhatia, arwah Yasmin, Mamat Khalid dan juga kualiti yang dihasilkan penerbit seperti Habsah Hassan, Mohd Noor Kadir dan Sheila Rusly.

Kualiti itu yang sangat bererti. Ada citarasa. Jadi penonton seperti aku rasa berbaloi. Rasa macam nak tengok kali kedua! Mungkin rasa ini wujud sebab aku pergi dengan otak yang kosong. Tak baca sinopsis langsung! Sebab bila aku baca sinopsis, kadang-kadang benda yang tak patut tahu, aku dah tahu. Macam Talentime, aku dah tahu awal-awal lagi Mahesh itu bisu. Sepi, aku dah tahu awal-awal lagi watak Pierre sudah mati.


Maka, bagi mengelakkan mood sepeti itu mengganggu, aku tak mahu baca sinopsis. Yang aku tahu... Peter Jackson! Trilogi LOTR dan remake King Kong tak mengecewakan aku. Lebih-lebih lagi aku terbaca status Ajami di Fesbuk memberi kredit terhadap cerita ini. Mungkin selera kami
sama. Dia suka Anak Halal, Kami, Budak Kelantan dan Talentime. Begitu juga aku!

Sama halnya kepuasan aku menonton Drag Me To Hell (sebab terbaca status Aziz M.Osman di Fesbuk juga yang katanya cerita ni macam naik roller-coaster) Maka, aku pergi dengan otak kosong, tetapi sangat enjoy walaupun menampilkan pelakon tak terkenal. Begitu juga cerita District 9 ini. Menampilkan pelakon Afrika Selatan, Sharlto Copley sebagai watak utama. Wah, mentang-mentang set penggambaran di Johannasburg. Haha! Tetapi lakonannya sangat berkesan.

Sangat berbaloi lah! Sampai mengharap sequelnya, District 10 akan ada. Malas nak cerita panjang, sebab aku mahu orang lain rasa juga seperti apa yang aku rasa. Tak mahu bagi sinopsis. I don't want to spoil the mood. Kalau kelapangan, tengoklah cerita ini. Rasa berbaloi tak tengok G.I Joe! Haha. Ya lah..aku kalau bab-bab cerita alien ke... robot-robot macam Transformers, Terminator Salvation selalu pergi menonton dengan high-expectation! Tetapi, kali ni... rasa yang berbeza. Itu saja~

Menjadi Anak Wayang @ pentas AKHIR Pilih Kasih

Ambik! Terima saja... Kedua-dua reaiti TV ini telah menamatkan pencarian mereka. Rancangan realiti yang mahu melahirkan dan menghasilkan 'plastik'! Nak jadi pelakon memang kena plastik kan?? Haha.

Bagi menghyati watak yang diberikan, apa saja sanggup dilakukan peserta, asalkan watak itu nampak hidup. Ada paru-paru dan jantung, kata Dr. Abu Hassan Hasbullah! Itulah ayat yang melekat jika anda tak pernah gagal menyaksikan rancangan Pilih Kasih.

Secara peribadi, aku melihat rancangan Pilih Kasih lebih menghiburkan berbanding Anak Wayang. Kerana apa? Bukan kerana publisiti Anak Wayang begitu gah... tetapi hasilnya tak boleh nak bermegah. Tetapi disebabkan rancangan Pilih Kasih lebih menampakkan elemen-elemen yang kita cari dalam diri seseorang PELAKON ataupun pemeran.

Walaupun.. pilih kasih memang berlaku dalam PILIH KASIH, di mana Rosyam yang ada kuasa ala-ala Ronald Trump benar-benar pilih bulu samada mahu kekalkan peserta yang berada di zon penyingkiran hatta mengangkat peserta yang mendapat SMS terendah sebagai juara sekalipun!

Aku berpeluang menyaksikan kedu-dua rancangan ini di peringkat akhir. Kesimpulannya, 5 orang TERAWAL yang tersingkir dalam rancangan Pilih Kasih 'boleh pukul habis' 5 peserta TERAKHIR Anak Wayang! Propa tak ayat?? Bukan propa, tapi memang ada kebenarannya.

Sebabnya silap 'format' rancangan itu sendiri. Hakikatnya sama saja pesertanya. Peserta kedua-dua rancangan memang amatur. Bukan profesional, tetapi bagaimana cara pihak ASTRO ataupun pihak Rosyam Nor menggilap dan menyerlahkan sisi lakonan peserta, itu yang berbeza.

Anak Wayang lebih terikat kepada format asalnya. Maka hasilnya, daripada 25 peserta, hanya 5 orang yang benar-benar menyerlah! Hanya 5 orang yang mendapat watak dalam drama Kecuali Cintamu saja yang mendapat peluang kedua. Peluang untuk terus membuktikan watak, untuk menyerlahkan lagi bakat mereka, untuk membuktikan lagi apa yang mereka dapat beri kepada juri dan penonton.

Buktinya, Hafiz yang mendapat watak 'konco samseng' dalam drama Kecuali Cintamu. Pada awalnya, dirasakan watak itu kurang sesuai dan kurang melekat di hati penonton, tetapi akhirnya... bakat Hafiz semakin menyerlah setelah diberi peluang demi peluang sehingga mampu menggugat Hairi, peserta 'favourite' yang dinobatkan sebagai juara.

Pentas Anak Wayang peringkat akhir hanya ada 2 peserta, 2 H, Hairi dan Hafiz. Diacarakan oleh Rusdi Ramli yang siap nyanyi lagu Kasih Tercipta lagi, bersama siapa lagi kalau bukan Faz Da Vazz. Sepatutnya, bila sampai ke kemuncak sesuatu pertandingan, bahang kehangatan pasti terasa. Tetapi darjah kehangatan Pentas Akhir Anak Wayang hanya suam-suam kuku.



Maaf untuk diperkatakan, kerana dengan kelewatan waktu bersiaran lagi (pukul 10 malam mula ya, dan mengambil masa kira-kira 3 jam) membuatkan aku berasa tidak selesa sekali di tempat duduk. Ternyata, Hafiz lebih menyerlah malam itu, terutama segmen atas pentas yang melibatkan skrip sendiri ataupun ad-lib, contohnya bersama Din Beramboi yang sangatlah amboi... amboi...amboi... macam dia saja yang betul.

Hairi mungkin dah kumpul markah banyak-banyak dan secukupnya sejak awal-awal lagi. Memang Hairi menyerlah terutama wataknya dalam Kecuali Cintamu. Ketika lakonan yang melibatkan 'rakaman' aka menembak( shooting) juga berpihak kepada Hairi. Secara peribadi, aku mahu 3 orang peserta di peringkat akhir. Siapa seorang lagi?? Rubi!

Dengan ilmu yang ditimba secara formal diAustralia lagi, Rubi ada faktor X. Sebagai peserta bukan Melayu lagi, Rubi berada di kelas tersendiri. Dayana? Yang muka macam Scha itu.. watak garang, bengis, marah-marah bolehlah. Tiba-tiba teringat aku kepada seorang pelakon, Bee Gaik! Siapakah?

Seorang lagi peserta... Afzan! Maka hasilnya, 5 orang ini saja yang memberikan kesan kepada program pencarian Anak Wayang. Lagi 20 peserta... nama pun tak tahu. Rupa pun tak ingat. Yang hanya mampu diingat hanyalah mereka yang kurang berbakat seperti...M... Haha. Cukup!

Pilih Kasih formatnya berbeza. Tak terikat dengan format asal. Lebih segar sebab ideanya bermula dengan Bade dan Rosyam yang mahu mencari gandingan buat Rosyam dalam filem Kekasih. Maka, dari situ, idea diolah, dan hasilnya boleh dikatakan kesemua 20 peserta itu menyerlah.

Menyerlah ke?? TEET! Hello.. Lebih banyak nama peserta yang akan melekat di hati penonton jika anda menonton Pilh Kasih dari awal lagi. Yang minat rancangan ala-ala diari.. iaitu Kisah Pilih Kasih yang dikelolakan oleh Pasha yang sangat happenning. Jangan risau, kalau terlepas, layari wwww.hypp.tv. Wah, siap promot lagi ni!

Ya lah..kalau tak percaya tengok sendiri. Kesemua 20 peserta Pilih Kasih ada karaktor tersendiri. Kesemua diberi peluang, dan kesempatan untuk menonjolkan bakat masing-masing secukupnya. Hasilnya, peserta seperti Zulin Aziz, Wanina Zaki, Ahdan dan Sofian Bujang menyerlah.

Rosyam Nor bersama kesemua 20 peserta Pilih Kasih yang telah melabuhkan tirainya.

Bukan yang lain tak menyerlah. Tetapi itu yang menonjol dan mendapat publisiti percuma. Sebenarnya aku sedikit ralat bila pserta lelaki itu menjadi juara. Ingatkan Rosyam nak cari heroin dalam filem Kekasih, tetapi sebaliknya. Bukan menidakkan bakat yang dia miliki, tetapi setelah menyaksikan dia pernah ke uji bakat AF, berlakon beberapa drama di Astro dan siap buat iklan Anak Wayang lagi.

Maka, aku lebih suka tengok muka-muka yang baru dan lebih segar. Siapa sangka, Ahdan kumpulan Flava, yang pernah menyertai Gangstarz, serta Ray Redzuan, juara koreografer Sehati Berdansa mempunyai bakat sebagai pelakon. Tetapi, entah mengapa mereka berdua tersingkir lebih awal, sedangkan itulah ciri hero atau juara yang dicari.

Yang terselamat setiap minggu... Zulin Aziz yang disimpan Rosyam sehingga ke akhir,bukanlah isu besar bagi aku. Sebabnya aku memang suka dan mengharapkan dia dikekalkan. Sebabnya, ada ciri-ciri Ellie Suriati dalam diri Zulin, dan jika diberi lebih masa, pasti dia akan ketemu identiti sendiri. Percayalah~

Aku masih ingat lagi, minggu ke-10, seminggu sebelum final. Ada 2 penyingkiran, daripada 5 peserta yang mendapat SMS terendah. Setelah 4 nama diumumkan, Zulin seakan-akan dah bersedia nak melangkah, nampak pasrah, tetapi Zulin terselamat! Itulah detik kemenangan Zulin.. walaupun tak menang apa-apa di peringkat akhir. Dan daripada 20 peserta, 10 yang berjaya ke peringkat akhir seperti di bawah.

Memperkenalkan dari kiri, Bea Rameshan, Nabila Dally, Fiona Bernard, Reza Hasbi, Sofian Bujang, Iqbal Mazlan, Zulin Aziz, Wanina Zaki, Indera Hafiz dan Diwan Nawi.


Drama bersiri, Mangsa Pemburu (asalnya 2 siri yang berbeza, satu tajuk Pemburu, satu lagi tajuk Mangsa, sangat kreatif idea menggabungkan cerita ini), dah boleh agak dah, Rosyam nak bagi markah tinggi dekat siapa. Ya lah, ketandusan hero! Ray minggu kedua dah tersingkir. Ahdan dan Khafi yang boleh jadi teraju utama juga akhirnya tersingkir, maka siapa yang tinggal??

Ceh, bunyi macam tak puas hati je orang tu jadi hero. Haha! Sangat tak puas hati..sebab terasa sangat pilih kasih. Entahlah...mungkin sebab Rosyam ada cakap, markah yang diberi juga berdasarkan disiplin dan sikap peserta. Mungkin juara itu ada disiplin yang bagus di set penggambaran, sikapnya merendah diri walaupun dah jadi artis, ditambah dengan aksi-aksi dan stunt yang sanggup dilakonkan sendiri lagi. Digantung.. dihempas... direndam ke dalam air... sampai koyak-rabak baju dibuatnya. Mungkin itu elemen juara yang Rosyam cari... kita pun tak tahu.

Dah itu namanya rezeqi buat Iqbal! Akhirnya kusebut nama ini. Tahniah! Adik aku, Sufia sokong si Aman Sharoni dan Reza Hasbi! Haha.. Standard lah...budak perempuan. Suka lelaki yang comel. Haha! Tetapi, secara peribadi, Reza Hasbi yang mengungguli SMS tertinggi dan dapat nombor dua, bagi aku dia boleh pergi jauh.

Sebabnya... pakej! Dengan muka iras-iras Ezani. Adik Ya kata..."Eh, Irfan!". Reza nampak berbakat bila menari. Mungkin cerita ala-ala Step Up sesuai dilakonkan Reza. Macam filem Sayang You Can Dance tu.. tak payahlah ambil aktor Indonesia sebagai hero. Malaysian product sudah ada.

Diwan nawi pula, muka macam Faizal Yusop, suami Siti Nurdiana itu. Pernah jadi hero dalam teater muzikal Azura. Mungkin boleh ke depan jika diberi peluang lagi. Wanina Zaki,pernah menyertai Mentor 2, tetapi siapa sangka, dia ada bakat semulajadi. Tak payah ke kelas lakonan secara formal. Berbaloi mendapat anugerah best actress.

Wanina Zaki dan Sofian Bujang bersama anugerah mereka yang dipilih oleh juri.

Best actor pula milik Sofian Bujang. Peserta ini juga macam Zulin Aziz, sentiasa mendapat SMS terendah. Takut juga kalau dia disingkirkan. Sebabnya, aku nak tengok lagi Sofian dan Zulin. Mungkin kedua-duanya nampak berbakat sebab belajar lakon secara formal. Itulah beza mereka berdua dengan Wanina. Dan ketiga-tiga mereka menjadi pilihan aku andai akulah... Rosyam Nor. Haha!

Hakikatnya, itu hanya anganan kosong. Imaginasi palsu. Aku tetap di sini terus memerhati, dan mereka akan terus terbang meneruskan kerja mereka. Mungkin suatu hari nanti, true colour mereka akan menyerlah! Ada yang benar-benar diva.. ada yang kekal merendah diri...ada yang berjaya sebab bakat, bukan rupa, dan ada yang berjaya buktikan perlu kerja keras walaupun rupa sudah ada. Umpama paku-pakis yang dibebaskan dan membuat rumah sendiri, berada di kelas tersendiri!