Tahun 2009, ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 jatuh dalam bulan Ramadhan 1430 H. Walaupun merdeka tetapi ketika Ramadhan, syaitan-syaitan tak merdekapun bahkan dibelenggu, namun hawa nafsu masih bebas merdeka, bermaharajalela di jiwa. Jiwa dan raga di kalangan kita masih belum merdeka sepenuhnya kalau tak berjaya mendidik dan mengawal nafsu dengan baik.
Merdeka! Perkataan Melayukah ini? Orang dulu sebut merdaheka. Bukan menderhaka ya! Sama juga kesnya dengan perkataan senantiasa dan sentiasa, marabahaya yang digantikan merbahaya?? Merbahaya tiada dalam Bahasa Melayu. Tidak kena hukum nahu Bahasa Melayu. Mana ada imbuhan 'mer..' maka alternatif yang terbaik semestinya berbahaya. Ingat adik-adik..nak buat karangan nanti. Berbahaya!
Ada dalam tiada. Merdeka pada zahirnya sahaja. Yang jelas di mata, kita merdeka, bebas dari belenggu kemiskinan contohnya. Bebas dari sebarang penyakit ketika H1n1 selsema b4b1 menular dengan begitu "pesat" sekali. Bebas, merdeka bergerak ke sana ke sini menuntut ilmu sebanyak boleh yang kita mahu. Pendek kata, merdeka juga subjektif.
Bagaimana cara kita mengolah dan menginterpretasi makna dan hakikat merdeka segalanya terletak di jiwa yang bebas merdeka untuk membuat huraian makna yang lebih mendalam dan terperinci.
Sibuk melaungkan merdeka. Megah mengibarkan Jalur Gemilang. Kita mahu cakap dekat semua orang kita sudah merdeka, sedangkan hakikatnya kita tak pernah bebas dan merdeka dari pandangan Allah. Kita masih belum merdeka daripada Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amal dan dosa kita tanpa rasa jemu.
Justeru, apa simboliknya angka 52 tahun andai jiwa masih dijajah. Penjajahan alaf baru, penjajahan moden. Diri.. hati.. jiwa.. naluri.. untuk bebas membuat perhitungan dan penilaian yang sewajarnya dalam melayari kehidupan. Kelak, hidup ini banyak pancaroba, banyak pilihannya dan banyak implikasinya kalau kewarasan tak seiring dengan usia merdeka.
Maka, tidak dapat tidak, kita harus merdekakan diri kita. Merdeka tetapi rasa kehambaan kita kepada Allah semakin jelas. Merdeka tetapi tindak-tanduk kita tetap ada batasnya. Merdeka bukan bermakna kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan intipati agama.
Merdekakah kita sebenarnya?? Tak perlu kita merdeka kalau diri dan jiwa kita masih dijajah tanpa kita sedar. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 9 <>
Soalan trivia;
Apakah peristiwa sebelum dan selepas sambutan merdeka kali ke-52 yang anda takkan lupa?
a) Sambutan paling ringkas, save budget, depan parlimen saja sambutannya, dan paling penting lebih kurang 45 minit saja. Ringkas tetapi berkesan
b) Tak terasa langsung bahang kehangatan sambutan Merdeka sebab Ramadhan dan selsema b4b1
c) Perarakan / demo bantahan pembinaan kuil hindu yang disertai 'kepala lembu'
d) Minyak naik! yeah~
No comments:
Post a Comment