Hebahan

Tuesday, September 1, 2009

Berada di barisan hadapan - SEPULUH nama/peristiwa hangat bulan Ogos 2009

Bulan Ogos 2009 banyak juga peristiwa-peristiwa yang membuatkan nama individu tertentu terkenal sekelip mata. Kalau taip nama merekadi Google atau Yahoo, beribu-ribu hasil pencariannya. Cuba taip nama anda sendiri?? Kalau aku taip nama sendiri (nama penuh ya, tiada pseudoname) hasilnya beratus-ratus sahaja. Tak percaya cubalah. WANTED!

Baiklah sekarang aku senaraikan nama mereka yang glam dan grand bagi bulan Ogos mengikut turutan (suka hati akulah nak bagi nombor berapa pun). Mungkin pilihan anda berbeza dengan tukang tulis ini. Mata kita tak sama.

10) Peristiwa - pelantikan sebagai Menteri atau mendapat jawatan Menteri. Seorang mendapat jawatan Menteri tak berfolio selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang akan mengeksekutifkan KPI dan KRA. Siapa lagi kalau bukan bekas CEO MAS, Datuk Seri Idris Jala.
Papa, kata.. "Tu coarsemate Papa tu masa belajar dekat USM dulu. Semua orang ingat dia Muslim sebab nama Idris, tapi dia beragama Kristian. Orang Sarawak"



Dan orang kedua, Duta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis., bekas Menteri yang memperkenalkan projet angkasawan negara yang pernah ada 'kes' itu. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang.



9) Kematian - 2 tokoh besar negara. Seorang ikon nasyid, Ustaz Asri Ibrahim, ketua dan penyanyi utama kumpulan Rabbani.


Dan seorang lagi pakar ekonomi, dan ilmuwan negara yang patut dicontohi semua kerana arwah merupakan OKU yang buta matanya. Beliau yang dimaksudkan ialah Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh. Semoga Allah merahmati ke atas roh mereka berdua. Al-Fatihah~


8) Kontroversi berakhir?? Kejutan buat mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan. Segala teka-teki terjawab. Teka silang kata telah lengkap. Dulu orang kata mereka kahwin sorok-sorok. Nah, terbukti telahan mereka salah. Akhirnya, ikon Astro Oasis, Akhil Hayy menikahi penyanyi Waheeda. Setelah sah perceraian antara Akhil Hayy dan isterinya Maizawati. Akhil Hayy kini sah bergelar suami kepada Waheeda beberapa hari sebelum Ramadhan. Maka, Waheeda mengucapkan 'selamat tinggal' kepada dunia hiburan tanahair.



7) Sukan bola sepak. Setelah berehat selama 3 bulan, medan bola sepak Liga Perdana Inggeris @ BPL dibuka kembali. Bukan saja BPL, La Liga, Serie A dan yang sepadang dengannya juga telah memulakan musim baru. Yang penting serentak dengan bulan Ramadhan.


Isunya, si Jose Mourinho ni tak puas hati bila pemain Ghana, Suli Muntari berpuasa. Banyak juga pemain bola yang berpuasa. Aku pernah buka topik ni di Fesbuk. Malas ulas lanjut. Yang penting, masih ada juga yang terus terang tak puasa, dengan alasan letih dan penat main bola. Alaa.. si Shah Rukh Khan pun berapa hari je puasa kan??




6) Sambutan Merdeka ke-52. Ringkas tetapi penuh simbolik. Siap dapat 'hadiah' hari Merdeka lagi. Malas nak ulas. Dulu ada bunga api macam gambar bawah ni. Sekarang dah tiada, sebab bulan puasa. Emm.. bagus juga berjimat-cermat.



5) Huru-hara MCA. Dr. Chua Soi Lek, yang pernah terlibat dengan skandal dipecat daripada parti MCA. Manakala, Presidennya menyeru supaya EGM diadakan segera. EGM?? AGM adalah. AGM, A mewakili Annual. EGM, E mewakili Extra-ordinary. Haha. Yang penting, presiden sendiri pun terlibat dengan skandal PKZF secara tak langsung.




4) PRK Permatang Pasir. Nama Ustaz Salleh Man jadi pemenang. ADUN yang baru menggantikan Arwah Datuk Hamdan. Yang penting nama pencabarnya, Rohaizat Othman lebih glamor. Popular sebab kontroversi juga. Malas nak ulas. Antaranya pasal lesen guaman dll. Sejurus kemenangan Ustaz Salleh, beliau dilantik sebagai YDP MAIPP(majlis agama islam PP). Berbaloi. Beliau berjuang dengan parti PAS dah bertahun-tahun. Bayangkanlah, dah 7 penggal mencuba bertanding menjadi wakil rakyat. 7 penggal beb! Lebih kurang 30 tahun tu beliau berjuang dengan PAS. 30 tahun dulu, PAS orang tak pandangpun di Pulau Pinang. Tahniah, selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab berbakti kepada rakyat.



3) Negeri Kedah. Ada 2 isu. Satu si pelompat parti itu. ADUN Lunas PKR yang isytihar diri Bebas. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Radzhi Salleh.


Yang penting, bukan ADUN Lunas saja, beliau EXCO negeri Kedah ya. Maka, jawatan EXCO itu telah dilucutkan dengan perkenan Sultan dan diganti oleh ADUN Kulim. Satu lagi isu, mungkin satu lagi PRK akan berlaku di DUN Kota Seputeh. Semuanya gara-gara tak hadir ke Dewan, sebab sakit. Malas nak ulas panjang lebar, kita tunggu saja keputusan SPR nanti~

2) Manusia terpantas di dunia - Usain Bolt. Pemegang rekod 100m(9.58) dan 200m(19.19 s)



1) Juara.. jagoan bulan Ogos menjadi milik... model ini. Kartika Sari Dewo Shukarno! Nama ini melonjak naik. Bukan saja menjadi tumpuan Malaysia, malah satu dunia. Terduduk-duduk model kelas antarabangsa, apatah lagi model majalah. Haha!



Baiklah, bukan soal 'dapat nama' yang menjadi isu. Isu yang lebih penting ialah, hukuman yang rela dan sanggup diterima oleh Kartika, yakni minum arak. Kartika dikira tidak bernasib baik sebab ditahan ketika melayan arak jenis Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, pada jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Beliau rela dikenakan hukuman sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Syariah. Tetapi menjelang hari hukuman, hukuman itu terpaksa ditangguhkan kerana bulan Ramadhan dan macam-macam alasan lagi yang kita dengar seperti tiada tukang sebat yang sesuai dan sebagainya.

Mengikut Islam, hukuman sebat dilakukan oleh tukang sebat dengan pukulan / sebatan ke atas anggota di tempat yang berbeza. Maknanya tak boleh sebat tempat yang sama. Juru sebat tu juga tak boleh angkat tangan sehingga menampakkan ketiak ketika menghayunkan sebatan. Jadi, kalau nak angkat tangan setinggi langit tu tak bolehlah.

Yang jadi isunya, media luar sibuk mensensasikan berita ini. Kononnya mencabul hak asasi manusia. Diskriminasi terhadap wanita dan macam-macam berita lagi. Bila soal hukuman dibincangkan, tak kiralah samada hukuman itu penjara, gantung dsb, yang penting tujuannya untuk memberi pengajaran kepada orang lain.

Kartika yang rela disebat mungkin dah lepas hukuman di dunia (dan mungkin akhirat). Tetapi mereka yang masih 'menunggang' dan minum air kencing setan tu masih bersepah. Arak ni dalam Islam dianggap "ummul khabaaith" yakni ibu segala kejahatan.

Ada satu kisah, zaman Bani Israel dulu ada seorang ulama' di kalangan mereka bernama Barsyisya. Gara-gara minum arak, Barsyisya telah berzina, bunuh orang dan akhirnya mati dalam kufur menyekututkan Allah. Nauzubillah~

Dan dalam Islam juga, bukan saja peminum yang berdoasa. Tukang hidang, pelayan, pemerah, pembawa, penjual dan macam-macam lagi PE. Ironinya di Malaysia, banyak kilang arak yang beroperasi, banyak kedai yang jual arak dan ramai umat Islam terlibat secara langsung dan tidak langsung hatta ketika bulan Ramadhan macam sekarang sekalipun!

Termasuklah negeri bawah PR, Selangor yang siap bergaduh sesama Exco mereka. Di Selangor, itu yang kita nampak. Bagaimana dengan negeri lain?? Cuma Kelantan dan Terngganu yang bersih daripada kedai jual arak. Inilah Malaysia, negara Islam. Islam Hadhari?? Lama tak dengar perkataan ni. Rindu pulak rasanya~

Setuju dengan pilihan ini?? TEET!

No comments:

Post a Comment