Sepanjang puasa tahun ini (2009/1430), aku memang jarang keluar ke rumah. Percaya tak percaya, aku tak pernah jejakkan kaki ke bazar Ramadhan lagi. Ya lah! Semenjak kerja freeelance ni kan?? Haha. Memang hanya komitmen diberi hanya menghantar dan mengambil adik Ya dari sekolah pagi & petang!
Namun, setelah seminggu berpuasa, yakni setelah masuk hari ke-7 berpuasa bersamaan28 Ogos 2009 ( 7 Ramadhan lah kan =P), Mama sengaja mengambil cuti (begitu juga aku) memandangkan hari Isnin nanti cuti kemerdekaan, dan di ofis ramai pula yang cuti samada cuti yang telah diluluskan awal-awal lagi termasuk bakal yang akan mengambil MC (medical ceertificate, sakit kononnya) dan EL (emergency leave).
Alang-alang cuti, Mama mahu shopping-raya~; membeli-belah dan terus blah dari situ! Situ? Di manakah? Jawapannya, tempat ataupun lokasi panas bagi shopaholic dan bukan workaholic iaitu tidak lain dan tidak bukan, dan tidak perlu diperkenalkan; Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), syurga membeli-belah buat kesekian kalinya.
Kenapa syurga?? Sudah tentu kerana kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai yang kaki shopping dapat membeli-belah dengan penuh nikmat. Penuh nikmat kerana ada banyak alternatif dan pilihan dan kalau anda bijak berkata-kata, pandai tawar-menawar, harga terendah akan berjaya didapatkan. Dengan deretan kedai fabrik dan tekstil seperti gambar bawah ini, di samping peniaga-peniaga sambilan yang berniaga di jalanan, memang inilah tempatnya. Nak kualiti kain gred A sehingga gred F, semuanya ada di sini. Semuanya pilihan sendiri.
Akhirnya, aku keluar rumah. Berjaya! Sebenarnya, memang aku pernah demam nak dekat seminggu sebelum raya. Nasib baik bukan disebabkan penyakit itu. Justeru sebagai langkah keselamatan..
Jalan TAR, here we come! Rasanya dah berkurun kawasan panas ini wujud, namun suasana dan situasinya tetap sama, seakan tiada bezanya walaupun banyak lagi tempat-tempat alternatif dan lebih eksklusif untuk berbelanja sakan. Dulu, SOGO Jalan TAR ni sangat masyhur. Segah nama KLCC, Midvalley, Timesquare, The Curve, 1Utama dan yang sekufu dengannya. Cuma satu perkara yang aku nampak perubahannya. Dulu premis ini bernama Globe Silk Store. Beli baju sekolah kat sini dulu. Sekarang, telah bertukar pengurusannya mungkin~
Di sinilah Ziana Zain buat video klip Menadah Gerimis. Haha. Ada feel? Merasa..
Aku pernah ceritakan kisah ini suatu ketika dulu, di entri yang lalu di sini. Masih jelaskah gambaran itu? Nah, aku akan kuatkan lagi daya ingatan terhadap SOGO. Ini dia 'jam keramat' yang suka berbunyi mengeluarkan patung comel menari apabila genap sejam. Inilah tempatnya.
Lagi 25 minit patung tu nak tubik.. Haha. Relaku menunggumu..~
Justeru, memandangkan Mama mahu bershopping sejurus selepas solat Jumaat, maka Mama nak belanja buka puasa di luar. Mama malas nak masak, faham-faham saja. Kalau mereka yang mengenali aku dengan lebih dekat pastinya faham kesukaran kami sekeluarga tanpa Bibik. Haha. Cerita terkini, dengar-dengar cerita Bibik mahu kembali ke rumah selepas raya. Propagandakah?? Haha. Jangan letak harapan; kata Mama.
Kembali ke cerita asal, tujuan utama ke Jalan TAR ini memang untuk membeli-belah, atau lebih tepat lagi nak beli kain. Ni semua Cici punya idea, walaupun tak ikut. Cici pernah usulkan kami sekeluarga pakai baju satu tema/warna untuk hari raya. Nah, inilah jawapannya, dik.
Aku memandu kereta membawa Mama, Papa dan adik Ya terus ke Bank Negara. Haha. Inilah lokasi rahsia nak parking kereta. Kau ingat senang nak parking kat Jalan TAR tu?? Cuma, masalahnya kena menapaklah sikit. Sikit je, tak jauh manapun. Ala-ala perarakan pertunjukan fesyen saja.
Sampai saja Jalan TAR, mula-mula sekali terus ke Restoran Insaf. Book aka Reserved seat untuk berbuka puasa. Haha. Nama restoran pun ala-ala islamik, soalnya sedapkah masakannya?? Kita tunggu~ Nanti kita tengok.
Seterusnya, Ya sibuk nak ke kedai buku. Di sini memang banyak kedai buku. Mula dari buku untuk kanak-kanak sehinggalah mereka berada di universiti. Aku sangat sinonim dengan nama kedai-kedai buku di sini macam Minerva, Pustaka Mukmin dsb. Maklumlah, sejak kecil lagi dah selalu bermain-main di kawasan ini.
Usai urusan di kedai buku, jeng jeng jeng... buat pertama kalinya, terus menuju ke Kedai Jakel. Jakel?? Tak tahu?? Kedai kain yang telah menaja perkahwinan Mawi-Ekin baru-baru ini. Ekin siap jadi model tudung eksklusif permis terbabit.
Emm... dah nak jadi anak dara rupanya adik perempuan aku. Amanah aku sebagai abangnya.
Pasti ada yang tertanya-tanya, ke mana perginya Papa?? Haha. Kami sekeluarga dah biasa macam ni. Dah lali orang kata. Papa menunggu kami di Sogo. Papa pun nak privasi okay~ Maka, setelah selesai urusan, maka inilah hasilnya, setelah disatukan. Asalnya ada 3 beg plastik, sekarang jadi 1. Haha.
Dan pastinya juga ada yang tertanya-tanya, lambatnya nak buat baju raya. Baru nak beli kain. Kenapa tak beli yang siap terus?? TEET! Ni bukan untuk raya tahun ni, tapi untuk raya yang akan datang, dan juga untuk majlis... TEET! lagi sekali. Yalah.. ada 2 set warna untuk satu famili.
Lepas tu, mula kelam-kabut berkejar ke Sogo. Tak solat Asar lagi. Walaupun jam menunjukkan 5.30 petang, tapi memang masa mencemburui kami. Cewah, ayat skema! Bergegas ke Sogo, solat Asar dan mengambil nafa seketika. Menikmati kenyamanan udara di dalam. Haha. Panas juga di luar sampai berpeluh-peluh.
Dan kini tiba masanya, memperkenalkan... dan membawakan Restoran Insaf eksklusif kepada anda. Untuk makluman, restoran ini memang restoran wajib kami sekeluarga, lebih-lebih lagi kalau nak makan nasi beriyani. Kualiti yang tiada tandingan.
Jeng3.. Nah, nasi beriyani + ayam madu + jus mangga.
Sabar ya buat yang berpuasa. Telan air liur saja =)
Alhamdulillah! Setelah berbuka puasa, setelah kepenatan hampir suku hari membeli-belah, Maghrib-Isyak-Tarawikh kami lakukan di Masjid Wilayah, bertempat di Jalan Duta. Yang penting masjid ni sejuk. Ada air-cond. Tercari-cari juga aku kot-kot ada kenalan yang hadir. Adalah terjumpa junior sorang. Hehe.
Tamatlah sudah, hari berbuka puasa di luar. Buat 2 orang adik aku yang berjuang menuntut ilmu di negeri orang, jangan risau, rezeqi kalian pasti ada esok hari. Macamlah tak pernah pergi tempat-tempat macam ni. Hehe. Penat.. tapi puas~
No comments:
Post a Comment