Hebahan

Friday, November 22, 2013

Top 6 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Nantikan...~

30 November 2013
Penganjur : FAM, Astro Arena, 100 Plus
Tempat: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Undian : Pengurus dan Jurulatih (Liga Super & Perdana) setiap pasukan serta pegawai FAM dan wartawan sukan SAM

Kategori Most Valuable Player (MVP) akan ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 Kategori yang telah dinyatakan di atas.

Nampak gayanya Top 6 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 didominasi oleh Kelantan dan Pahang. 13 Anugerah kesemuanya merangkumi Penjaring Gol Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Pemain Harapan Terbaik, Pemain Import Terbaik, Jurulatih Terbaik, Persatuan Terbaik, Pasukan Terbaik, Kelab Penyokong Terbaik, Pengadil Terbaik termasuk kategori baru, Anugerah Pembantu Pengadil Terbaik serta anugerah kemuncak Pemain Paling Berharga (MVP).


Berikut merupakan senarai penuh bagi beberapa kategori  - yang bold itu pilihan TT 

Penjaga Gol Terbaik

Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Mohd arizal Harun (ATM)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Norazlan Razali (Selangor)
Mohd Farizal Marlias (Perak)
Izwan Mahbod (Lions XII)

Pemain Pertahanan Terbaik

Jalaluddin Jaafar (Pahang)
Mohd Razman Roslan (Pahang)
Baihakki Khaizan (Lions XII)
Azizi Mat Rose (Kelantan)
Mahalli Jasuli (Selangor)
Amiridzwan Taj Tajuddin (ATM)

Pemain Tengah Terbaik

Nurul Azwan Roya (JDT)
Mohd Badhri Radzi - Piya (Kelantan)
Christie Jayaselan (ATM)
R.Gopinathan (Pahang)
Amirulhadi Zainal (Pahang)
Joseph Kallang Tie (Sarawak)

Penyerang Terbaik

Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Mohd Norfarhan Mohd (Kelantan)
Hairuddin Omar (ATM)
Norshahrul Idlan Talaha - Mat Yoe (JDT)
Mohd Azamuddin Akil - Alex (Pahang)
Shahril Ishak (Lions XII)

Pemain Harapan Terbaik

Nik Shahrul Azim (Kelantan)
Junior Eldstal (Sarawak)
Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS)
K. Rueben (ATM)
Mohd Nasir Basharuddin (Perak)
S.Sivanesan (N9)

Pemain Import Terbaik

Marlon Alex James (ATM)
Dickson Nwakeme (Kelantan)
Obinna Nwaneri (Kelantan)
Karlo Primorac (Sime Darby)
Patrick Ronaldinho Wleh (Selangor PKNS)
Matias Conti (Pahang)

Jurulatih Terbaik

Dollah Salleh (Pahang)
V. Sundramoorthy (Lions XII)
Bojan Hodak (Kelantan)
Ismail Zakaria (Sime Darby)
Robert Alberts (Sarawak)
B. Sathianathan (ATM)

MVP - PIYA! MAPAAA~

Iftitah




Apa itu doa Iftitah?

Kata dasar Arabnya fa-ta-ha maksudnya buka. Kiranya Iftitah ni maknanya introduction. Dibaca sejurus mengangkat takbiratul ihram sebelum kita membaca Surah Al-Fatihah. Dalam solat, hukumnya sunat hai'ah. Bukan rukun sembahyang.

Apakah pengertian doa Iftitah itu?

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan maha suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)


TT : Moga solat kita lebih bermakna lagi

Sunday, November 17, 2013

Domino's Effect

Kita perhatikan dulu.. video ini..




Hebat bukan?? Inilah dia penangan Domino! Bukan Domino's pizza ya. Pastinya untuk menyiapkannya saja memerlukan kesabaran yang tinggi. Mungkin memakan masa berbulan lamanya untuk menyiapkan produk seperti yang dimahukan, tetapi jika tak berhati-hati, segalanya akan musnah sekelip mata.

3 bulan siapkan.. 3 minit runtuh! Bak kata lagu Elyana " Mudahnya.. merosakkan dari membina.. mencemarkan dari memulia..tak menghirau dari mengendah.." - Tak Tercapai Akalmu. Dan ini dia... apa yang telah dilakukan di Petrosains.




Apakah analoginya?

Seperti kisah Restoran Vanggey di Ipoh yang terkenal kerana nasi ganjanya, gara-gara update status di FB, di RT.. maka musnahlah segala reputasi, jenama dan prestij yang dibina selama ini. Umpama kita parking basikal/motorsikal secara berbaris, jika satu basikal/motor patah tongkatnya, maka satu barisan akan tumbang.

Analoginya sepanjang hidup kita.. segala amalan akan terhapus jika kita bersikap riak. Namun, dari sudut positifnya.. segala dosa akan terhapus jika kita bertaubat!

Pengembaraan seseorang insan adalah dari kegelapan perut ibunya menuju ke kegelapan perut muka bumi. Jika kita penat melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa kebaikan kekal dan kepenatan akan hilang. Dan jika kita seronok melakukan dosa, ketahuilah bahawa dosa akan kekal dan keseronokan akan hilang!

Friday, November 15, 2013

LLJ November 2013

Adam - Penggodam Jiwa 
Maya Karin - Bintang di Syurga 
Ning Baizura - Pelangi Untukmu 
Cakra Khan - Tak Bisa Lepas 
Fauziah Gambus - Hijrah 
Mojo - Romancinta 
Vince - Hanya Kau 
Monoloque ft. Mira Tilu - Inderaloka 
Asfan - Alasan Untuk Bahagia 
Yuna - Rescue 
Subculture ft. Andy Flop Poppy - Irama Amarah 
Asmidar - Tari Lagu Hati 
Filsuf ft. Sleeq - Jalan Bersimpang
Snapshots - Kau Yang Satu
Fazley Yaakob - Chocolate Cake

Wednesday, November 13, 2013

Menghampiri 100K

Apakah kelainan setelah berwajah baru?

Ada maklum balas menyatakan bahawa artikel dapat dibaca dengan lebih mudah. Mungkin kerana pilihan warna putih sebagai warna latar utama. Seterusnya ada ruangan baru, yakni apakah entri yang trending atau mencapai carian hit yang dapat dilihat di ruang sebelah kiri blog ini, seperti di bawah.


Maknanya, kita tahu apa yang pembaca mahukan di blog ini. Secara kesimpulannya, kisah TT hampir ditipu oleh syarikat forex merupakan entri paling panas. Mungkin sudah ramai yang telah berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa ekoran pendedahan berani mati TT. Justeru, tidak hairan pelayar yang membaca di blog ini sudah mencecah angka 100 K! (Kiraan itu lambat, jika dirujuk statsitik blogspot, jumlahnya sudah melepasi angka 100 K ok.. ahaks). Dan TT sempat snap ketika ianya berjumlah 89898!


Selain itu, pembaca setia blog ini (anda tahu siapa anda.. yang dari USA, Jerman, dan Russia.. pelik kan? Tapi siapakah anda ya?), anda boleh klik ruangan label bagi memudahkan anda mengesan tajuk atau entri yang seakan sama. Buat masa ini label yang paling hangat ialah Post-Morterm, Library MP3, Congak corak rawak, Kisah Terpencil, CDC dan juga yang terkini dan paling hangat Wajah.

Anda juga seolah-olah dapat membaca "majalah" Hitam Putih Kehidupan dengan mengklik bulan mana yang anda mahukan di ruangan arkib sebelah kiri. Entri tetap setiap bulan melibatkan tajuk berkaitan seperti berikut :

1 hari bulan; CDC (Carta Darjah Celcius)
15 hari bulan; LLJ (Lagu-lagu Jadian)
30 atau 31 hari bulan; Wajah

Entri bergilir melibatkan puisi-puisi yang ditulis TT menerusi segmen Lembahan Cinta, label Sciency banyak melibatkan kisah di pejabat dan segala aktiviti harian di pejabat, tips dan pengalaman seorang ayah dikongsi melalui label Jurnal Maya (class kan? ahaks). Dan juga nantikan segmen Post-Morterm dan Analitik yang mengupas secara terperinci, setiap event yang berlangsung tak kira acara sukan atau hiburan.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca setia, yang tak jemu-jemu melayari blog ini. Harap anda terhibur, dan dapat manfaat daripadanya. Jazakallah~

Monday, November 4, 2013

Top 5 Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) bocor???

TT memang penonton filem-filem Melayu. Ada masalah?

Festival Filem Malaysia ke-26 bakal berlangsung pada penghujung tahun 2013 atau suku pertama 2014 nanti. Pendek kata, kali ini filem-filem yang berkualiti yang dinisbahkan kepada kuantiti filem yang dihasilkan semakin mengecil nilainya. Mengapakah?? Hehe~

Mungkin genre yang dihasilkan lebih kurang sama.. Rata-rata filem bergenre aksi dan seram yang ditayangkan sepanjang tahun ini. Maka, filem yang lain daripada lain seperti genre biografi, drama, romantik komedi, lebih mudah menembusi pencalonan akhir.

Dan TT dengan berbesar hatinya menyenaraikan  top 5 / 6 pilihan peribadi TT (bukan kesemua kategori disenaraikan) berdasarkan pengamatan, pemerhatian, pengkajian hasil menonton filem berkenaan. Adakah ini pilihan anda? (Nota p/s: Setakat ini.. filem seperti Penanggal, Kolumpo belum ditayangkan lagi)

FilemTerbaik

Rock Oo
Istanbul Aku Datang
KIL
KL Gangster 2
Juvana
Tanda Putera

Pengarah Terbaik

Mamat Khalid (Rock Oo)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Syamsul Yusof (KL Gangster 2)

Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)

Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Que Haidar (Rock Oo)
Redza Minhat (KIL)
Faizal Hussein (Longkai)
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Zizan Nin (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik (Filem)

Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Christina Suzanne (KIL)
Faezah Elai (Tanda Putera)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Neelofa (Lemak Kampung Santan)
Izreen Azminda (Pecah)

Lakon Layar Terbaik

Tanda Putera
Rock Oo
Istanbul Aku Datang
KIL
KL Gangster 2
Lemak Kampung Santan

Sinematografi Terbaik

Istanbul Aku Datang
Lemak Kampung Santan
KL Gangster 2
Sembunyi
Ponti vs Omi
Zaiton Ceritaku

Cerita Asal Terbaik

Rock Oo
Sembunyi
Istanbul Aku Datang
Tanda Putera
Juvana
Psiko Pencuri Hati

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)

Khir Rahman (Rock Oo)
Sharnaz Ahmad (Juvana)
Amerul Affendi (Psiko Pencuri Hati)
Harun Salim Bachik (KIL)
Rosyam Nor (KL Gangster 2)
Bront Palarae (Lagenda Budak Setan II)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)

Umie Aida (Sembunyi)
Yana Samsuddin (Dua Kalimah)
Anne James (KIL)
Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
Norlia Ghani (Zaiton Ceritaku)
Linda Hashim (Tanda Putera)

Pengarah Harapan

Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)
Asrulhisham Ahmad (Pecah)
Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya)
Faisal Ishak(Juvana)
Namron (Psiko Pencuri Hati)

Pelakon Harapan (Wanita)

Christina Suzanne (KIL)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
Uqasha Senrose (Paku Pontianak)
Miera Liyana (Pecah)
Erin Malik (Lari)

Pelakon Harapan (Lelaki)

Beto Kusyairy (Istanbul Aku Datang)
Karl Stafek (Zaiton Ceritaku)
Hazama (Lari)
Nizam Zaidi (Longkai)
Syazwan Zulkifly (Juvana)

Verangan tak? Huhu... Nanti kita tengoklah.. TT ni bercitarasa juri ataupun very the syok sendiri. Kita tunggu dan lihat siapa yang berjaya masuk senarai nanti.
__________________________________________________________________________________


Sambil itu, Jumaat lalu, 1 November telh diumumkan 5 senarai akhir bagi Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan berlangsung pada 29 November nanti. Berikut adalah senarai Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013 (bold pilihan TT):

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK

Aku Bukan Malaikat – Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Di Bawah Langit Mu – Primeworks Studios
Fatihah Untuk Abah – BZ 2121 Productions Sdn Bhd
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Neraka Abah – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA

Sharnaaz Ahmad - Di Bawah Langit Mu
Faizal Hussein – Fatihah Untuk Abah
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
Rosyam Nor - Mawar Putih Tanda Perpisahan
Azhan Rani - Neraka Abah

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA

Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat
Nora Danish – Di Bawah Langit Mu
Sharifah Amani - Fatihah Untuk Abah
Nad Zainal – Mawar Pitih Tanda Perpisahan
Sherie Merlis – Perempuan Itu Ibuku

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA

Beto Khusyairi – Aku Bukan Malaikat
Azhan Rani - Fatihah Untuk Abah
Amerul Affendi – Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman
Shukri Yahya – Perempuan itu Ibuku
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA

Khatijah Tan - Akhirnya Kisah Perempuan
Ruminah Sidek – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Liza Abdullah – Neraka Abah
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
Amanda Misbun – Tunggu Sekap

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK

Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat
Raja Ahmad Alauddin – Di Bawah Langit Mu
Azma Aizal Yusoof - Fatihah Untuk Abah
Bade Haji Azmi – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Heykal Hanifah - Neraka Abah

7. ARTIS HARAPAN PANTENE

Aniekeme Samuel – Aku Bukan Malaikat
Shasha Al Khred - Kawan
Adam Shah - Kawan
Yuswaizar – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Hadi Nawawi – Tunggu Sekejap

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK

Adam dan Hawa – Global Station Sdn Bhd
Dalam Setiap Sujud – Primeworks Studios
Debunga Lalang – Asia Media Content
Karlos – Frontrow Picture Sdn Bhd
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK

Keluarga Iskandar – KL Motion Picture Company Sdn Bhd
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios
Buletin Cinta – Primeworks Studios
Udin Glamor Balik Kampung – NHF Productions Sdn Bhd

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK

KIL – Grand Brilliance
SAM – Skop Production Sdn Bhd
Rock OO – Grand Brilliance
Istanbul Aku Datang – Grand Brilliance
Langgar – Tayangan Unggul Sdn Bhd

11. PENGARAH TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustapha - KIL
Syafiq Yusof - SAM
Mamat Khalid - Rock OO
Bernard Chauly - Istanbul Aku Datang
Syed Hussein – Langgar

12. PELAKON WANITA TERBAIK

Cristina Suzanne - KIL
Lisa Surihani - Sam
Nadia Aqilah - Zaiton Ceritaku
Nora Danish – Mencari Cinta
Jojo Goh – 29 Februari

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam - SAM
Que Haidar - Rock OO
Redza Minhat - KIL
Remy Ishak - 29 Februari
Adi Putra – Langgar

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

Erin Malek - Lari
Datin Umie Aida – Sembunyi
Anne James - KIL
Miera Liyana – Pecah
Yana Samsudin - 2 Kalimah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

Khir Rahma – Rock OO
Harun Salim Bachik - KIL
Izzue Islam – 29 Februari
Sharnaaz Ahmad – Juvana
Sofi Jikan – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Lama Terbaru (TV9)
Nona 2013 (TV3)
Detik 12 Malam (TV3)
Hip Hoppin’ Asia (8TV)
Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK

The Breakfast Show (ntv7)
Tunggu Sekejap (TV3)
Selami Jiwa Fadzilah Kamsah Istimewa Raya (Astro Oasis)
Suara Kami (Astro Awani)
Bella (ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK

Bella Awards 2013 (ntv7)
Tom Tom Bak All Stars – (Astro Ceria)
Anugerah Blokbuster 2 (Astro Ria)
Amekaw Musim 3 (TV3)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK

Shout Awards 2012 (8TV)
Laskar Nidji (TV9)
Versus 2 (TV9)
Rooftop (ntv7)
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK

Raja Lawak Akhir (Astro Warna)
Jetlag (TV9)
Showdown 2013
The Ultimate Songs (8TV)
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK

Anak Lorong – Buletin Utama (TV3)
Chinese New Year Special , Wayang Kulit (Mandarin News – 8TV)
Rakus (Berita TV9)
Syiah Itu Tidak Berpenghujung (Berita TV9
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)


Akhir kata daripada TT, drama TV adakalanya lebih berkualiti daripada filem-filem di pawagam. Kini, senrai filem yang menanti tayangan juga banyak filem yang bergenre seram seperti Ular, Hantu Tok Mudim, Penanggal dan macam-macam lagi. TT tunggu filem U-Wei... Hanyut~

Friday, November 1, 2013

CDC Oktober 2013


1. Bajet 2014 merupakan topik kedai kopi yang paling hangat diperkatakan. GST menjadi isu utama di samping harga gula yang dikurangkan subsidinya. Dan tak pasal-pasal ASTRO pula yang menaikkan harga. Laporan Audit Negara mengenai ketirisan juga menjadi tanda tanya yang tiada jawapan. Antaranya isu KBS dan Psy, isu pistol dan uniform hilang dn macam-macam lah!

TT: Paling kelakar, isu Kak Yah caj sarapan kepada VVIP sebanyak 6K.


2. Anugerah Hiburan : Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 lebih baik berbanding tahun lepas, cuma ada berlaku masalah teknikal (video tak boleh pasang) sebanyak 2-3 kali. Tahniah kepada pemenang! Memasuki bulan November, banyak pula acara pertandingan ke pusingan akhir. Antaranya Super Spontan 2, Shout! Awards, Anugerah Skrin, Separuh Akhir AJL 28. Top 5 AIM ke-20 juga sudah diketahui.

TT : Festival Sains Petrosains 2013 boleh dikategorikan sebagai berjaya! Tahniah~ Nantikan Festival Sains Petrosains 2014.


3. Bola. Bo bo bo la sepaknya. BPL semakin rancak, Arsenal masih di puncak. Namun, sudah ada tanda-tanda goyah. Champions League juga sudah memulakan persaingan. Dalam negara, Piala Malaysia sudah sampai ke penghujungnya. Pastinya yang menjadi topik mengenai keupayaan TRW mengekang JDT dan ATM. Siap ada kes ugut bunuh Indra lagi (sebab siku Mat Yo). Perlawanan akhir nanti melibatkan East Coast Derby; Pahang versus Kelantan. This is Pantai Timur. Tuah angka 3 bagi kedua-dua pasukan yang mahu mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga! Tunggu~ 3 November 2013

TT : Salam 6-1 buat JDT yang sudah sambar Fadhli Shas dan Irfan Fadzail...moga nasib mereka tak seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Muslim Ahmad yang gagal menyerlah. Selangor sah dibimbing Mehmet Durakovic. Legend tu~ Serta tahniah Bosnia! Layak ke Piala Dunia.

4. Aidil Adha disambut meriah, cuma dicemari sentimen perkauman. Antaranya isu perbualan telefon Saravanan yang tidak berpuas hati aktiviti penyembelihan dijayakan di sekolah. Dr. Maza bijak menjawab isu ini dengan mengaitkan perayaan Hantu Lapar dn Thaipusam yang juga ada kebarangkalian menyalahi peraturan dan melanggar hak asasi manusia.

TT : Tahniah Haji Noh Salleh dan Hajjah Mizz Nina..tahniah anda memilih untuk kekal bertudung. Pelumba prospek negara, Zulfahmi Khairuddin yang cedera kemalangan jangan dikorbankan masa depannya.


5. Kisah A&W; yakni Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Moralnya, sebab itulah dalam Islam, apabila mahu berkahwin kena hebahkan supaya fitnah dapat dielakkan. Bertunang yang sepatutnya senyap-senyap, apatah lagi sekadar merisik saja tak perlu kecoh masuk FB, Twit dan Insta bagai.

TT : Tahniah Diana Amir & Habib. Respek pemakaian dan majlisnya. Eh, tak pasal-pasal awek Lego Land pula terkenal.. macam cantik jew...macam comel jew. Siap ada video follow-up minta maaf oky.


6. Malang tak berbau. Kita mahu mati dalam keadaan baik, namun apakan daya. Rahsia tarikh kematian itu milik Sang Pencipta. Ada yang nasibnya kurang baik dilanda bencana seperti gempa di Filipina, banjir lumpur di Cameron Highland, serta kebakaran di pangsapuri Kerinchi. Takziah kepada keluarga arwah Noreen Noor. Dan banyak jenayah bunuh yang semakin berleluasa dewasa ini. Bunuh dan rogol, mayat dalam beg. Kes tembak pegawai AmBank. Dalangnya sekuriti sendiri pula tu. Tak cukup senarai dibuatnya

TT : Syukurlah... Malaysia masih aman. Sehinggakan Google Malaysia pun kena hacked!


7. Aplikasi BBM pun sudah boleh dimuatturun walaupun tak guna Blackberry. Boleh tak nak berInstagram di Blackberry? Dan disebabkan teknologi, ramai dapat tahu DSAI beri khutbh Jumaat di Australia tanggal 13 Oktober. Macam-macamkan teknologi, termasuklah permainan.Chinese Zombi War  is a video game developed by Tomato Animation and released on iOS.

TT : Walking Dead Season 4 dah mula. Liga Lawak Superstar memang tak lawak. Sorry Afdlin~


8. PRK (Pilihan Raya Kecil) Sg. Limau akan berlangsung pada 4 November. Salute dekat TPM, Tn Sri Muhyiddin yang berani memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Tan Sri Ustaz Azizan gara-gara terlepas cakap isu potong kaki dan kencing manis.

TT : Satu lagi PRK (Pilihan Raya Kampus) juga sudah berlangsung


9. Isu pembantahan dan protes terhadap perjanjian Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Isu kalimah Allah juga panas apabila rayuan yang dibuat oleh pihak gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald diketepikan. Kita fikir sudut positif dan baik-baik saja. Dr. MAZA juga ada pandangan yang berbeza.

TT : Brunei akan laksanakan Hudud. Tahniah. Muftinya juga bijak.. kalau tiada niat mencuri kenapa perlu takut?


10. Perhimpunan Agong UMNO berakhir sudah. Tahniah KJ, tahniah Azwanbro yang membuatkan kemelut Persatuan Bola Sepak Perak semakin meruncing. Tidak lupa juga tahniah tokei lembu. Ah, ada istilah baru, yakni "kos jentera" yang menggantikan politik wang atau lebih tept lagi  RASUAH!

TT : Mokcik guo muse hok lepar maikropon meme hilir molek... memei arr. Tahniah KL Gengster 2, berjaya juga kutip 5 juta!