1. Bajet 2014 merupakan topik kedai kopi yang paling hangat diperkatakan. GST menjadi isu utama di samping harga gula yang dikurangkan subsidinya. Dan tak pasal-pasal ASTRO pula yang menaikkan harga. Laporan Audit Negara mengenai ketirisan juga menjadi tanda tanya yang tiada jawapan. Antaranya isu KBS dan Psy, isu pistol dan uniform hilang dn macam-macam lah!
TT: Paling kelakar, isu Kak Yah caj sarapan kepada VVIP sebanyak 6K.
2. Anugerah Hiburan : Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 lebih baik berbanding tahun lepas, cuma ada berlaku masalah teknikal (video tak boleh pasang) sebanyak 2-3 kali. Tahniah kepada pemenang! Memasuki bulan November, banyak pula acara pertandingan ke pusingan akhir. Antaranya Super Spontan 2, Shout! Awards, Anugerah Skrin, Separuh Akhir AJL 28. Top 5 AIM ke-20 juga sudah diketahui.
TT : Festival Sains Petrosains 2013 boleh dikategorikan sebagai berjaya! Tahniah~ Nantikan Festival Sains Petrosains 2014.
3. Bola. Bo bo bo la sepaknya. BPL semakin rancak, Arsenal masih di puncak. Namun, sudah ada tanda-tanda goyah. Champions League juga sudah memulakan persaingan. Dalam negara, Piala Malaysia sudah sampai ke penghujungnya. Pastinya yang menjadi topik mengenai keupayaan TRW mengekang JDT dan ATM. Siap ada kes ugut bunuh Indra lagi (sebab siku Mat Yo). Perlawanan akhir nanti melibatkan East Coast Derby; Pahang versus Kelantan. This is Pantai Timur. Tuah angka 3 bagi kedua-dua pasukan yang mahu mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga! Tunggu~ 3 November 2013
TT : Salam 6-1 buat JDT yang sudah sambar Fadhli Shas dan Irfan Fadzail...moga nasib mereka tak seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Muslim Ahmad yang gagal menyerlah. Selangor sah dibimbing Mehmet Durakovic. Legend tu~ Serta tahniah Bosnia! Layak ke Piala Dunia.
4. Aidil Adha disambut meriah, cuma dicemari sentimen perkauman. Antaranya isu perbualan telefon Saravanan yang tidak berpuas hati aktiviti penyembelihan dijayakan di sekolah. Dr. Maza bijak menjawab isu ini dengan mengaitkan perayaan Hantu Lapar dn Thaipusam yang juga ada kebarangkalian menyalahi peraturan dan melanggar hak asasi manusia.
TT : Tahniah Haji Noh Salleh dan Hajjah Mizz Nina..tahniah anda memilih untuk kekal bertudung. Pelumba prospek negara, Zulfahmi Khairuddin yang cedera kemalangan jangan dikorbankan masa depannya.
5. Kisah A&W; yakni Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Moralnya, sebab itulah dalam Islam, apabila mahu berkahwin kena hebahkan supaya fitnah dapat dielakkan. Bertunang yang sepatutnya senyap-senyap, apatah lagi sekadar merisik saja tak perlu kecoh masuk FB, Twit dan Insta bagai.
TT : Tahniah Diana Amir & Habib. Respek pemakaian dan majlisnya. Eh, tak pasal-pasal awek Lego Land pula terkenal.. macam cantik jew...macam comel jew. Siap ada video follow-up minta maaf oky.
6. Malang tak berbau. Kita mahu mati dalam keadaan baik, namun apakan daya. Rahsia tarikh kematian itu milik Sang Pencipta. Ada yang nasibnya kurang baik dilanda bencana seperti gempa di Filipina, banjir lumpur di Cameron Highland, serta kebakaran di pangsapuri Kerinchi. Takziah kepada keluarga arwah Noreen Noor. Dan banyak jenayah bunuh yang semakin berleluasa dewasa ini. Bunuh dan rogol, mayat dalam beg. Kes tembak pegawai AmBank. Dalangnya sekuriti sendiri pula tu. Tak cukup senarai dibuatnya
TT : Syukurlah... Malaysia masih aman. Sehinggakan Google Malaysia pun kena hacked!
7. Aplikasi BBM pun sudah boleh dimuatturun walaupun tak guna Blackberry. Boleh tak nak berInstagram di Blackberry? Dan disebabkan teknologi, ramai dapat tahu DSAI beri khutbh Jumaat di Australia tanggal 13 Oktober. Macam-macamkan teknologi, termasuklah permainan.Chinese Zombi War is a video game developed by Tomato Animation and released on iOS.
TT : Walking Dead Season 4 dah mula. Liga Lawak Superstar memang tak lawak. Sorry Afdlin~
8. PRK (Pilihan Raya Kecil) Sg. Limau akan berlangsung pada 4 November. Salute dekat TPM, Tn Sri Muhyiddin yang berani memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Tan Sri Ustaz Azizan gara-gara terlepas cakap isu potong kaki dan kencing manis.
TT : Satu lagi PRK (Pilihan Raya Kampus) juga sudah berlangsung
9. Isu pembantahan dan protes terhadap perjanjian Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Isu kalimah Allah juga panas apabila rayuan yang dibuat oleh pihak gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald diketepikan. Kita fikir sudut positif dan baik-baik saja. Dr. MAZA juga ada pandangan yang berbeza.
TT : Brunei akan laksanakan Hudud. Tahniah. Muftinya juga bijak.. kalau tiada niat mencuri kenapa perlu takut?
10. Perhimpunan Agong UMNO berakhir sudah. Tahniah KJ, tahniah Azwanbro yang membuatkan kemelut Persatuan Bola Sepak Perak semakin meruncing. Tidak lupa juga tahniah tokei lembu. Ah, ada istilah baru, yakni "kos jentera" yang menggantikan politik wang atau lebih tept lagi RASUAH!
TT : Mokcik guo muse hok lepar maikropon meme hilir molek... memei arr. Tahniah KL Gengster 2, berjaya juga kutip 5 juta!
No comments:
Post a Comment