Hebahan

Thursday, October 31, 2013

Wajah Oktober 2013


(1) Dr. Graham Walker


  • Berasal dari Canberra, Australia
  • Memiliki PhD dalam bidang komunikasi sains atau lebih spesifik lagi, science show
  • Juga berkhidmat di ANU (Australian National Univercity)
  • Terlibat dengan Festival Sains Petrosains 2013
  • Telah membuat science show di centre court Suria KLCC


(2) Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid


Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Sains kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, berkuat kuasa serta-merta

Sebanyak 26 pakar antarabangsa yang merangkumi pelbagai latar belakang, antaranya sains, kejuruteraan dan teknologi, sains sosial dan kemanusiaan, kesihatan serta ekonomi turut dilantik menganggotai lembaga berkenaan. Berita lanjut di sini.
  
(3) Shukri Yahaya 


  • Mendapat jolokan Jericho Rosales Malaysia
  • Drama pertamanya selaku Fit dalam drama bersiri Juvana
  • Pernah terlibat dengan kemalangan kecil ketika penggambaran filem Jiwa Taiko
  • Kini telah mula mendapat kepercayaan pengarah menerajui watak utama, antaranya Asmara Luna dan Sahabat. Menjinak Ombak bakal menyusul nanti di slot Zehra di samping filem Ular

Ini dia Jericho Rosales yang sebenar di Filipina


  

(4) Uncle Kuan Chee Heng


  • Encik Kuan Chee Heng merupakan bekas anggota polis
  • Chee Heng sebenarnya adalah pengasas kepada COPS (Community Policing), sebuah pasukan yang dianggotai ramai sukarelawan untuk membantu polis membanteras jenayah
  • Di bawah Chee Heng sendiri, setiap hari akan ada 200 sukarelawan yang akan membantu pasukan polis di 30 hingga 40 kawasan sekitar Lembah Kelang
  • Membantu pihak polis menyelesaikan kes rogol & bunuh melibatkan gadis berusia 15 tahun yang mayatnya ditemui di dalam beg

  
(5) Wan Kuzain Wan Kamal (Malaysia Wonder Kid)

  
Menurut blog Rizal Hashim, Wan Kuzain sekarang bermain di posisi penyerang dan attacking midfielder dengan  SISC/Force Soccer Club di Amerika Syarikat dan merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab tersebut.


Dah tengok ? Itu lah dia Wan Kuzain , atau nama sebenarnya Wan Kuzain Wan Kamal , dia adalah seorang
remaja kelahiran Amerika Syarikat (lahir disana) dan berstatus warganegara Malaysia , kenapa ? Sebab ayah dia merupakan warganegara Malaysia dan ibu dia pula orang Amerika Syarikat. Dilahirkan pada September 1998 , sekarang ni umur dia dah 15 tahun. Hebat tak hebat ?

Maknanya dia boleh main dengan Malaysia… maka FAM kena pandai-pandai lah kalau nak tengok bola Malaysia ni kembali disegani…The next Junior Eldstal... a.k.a Putera Nadhir Amarhan.

(6) Wak Doyok
 

  • Anak kelahiran Klang berusia 33 tahun, Muhammad. Azwan Mohd. Nor a.k.a Wak Doyok.
  • Ikon fesyen berjambang dan berkumis unik
  • Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an
  • Pengasas koleksi The Garment Clothing
  • Akan menjadi hos bersama Miyo (Oh Chentaku) dalam satu travelog

 
(7) Ahmad Fakhruddin Attar


  • Menjadi punca utama terbongkarnya perkahwinan rahsia Aeril Zafril dan Wawa Zainal (A&W)
  • Sehingga satu tahap, anak ini dikatakan anak tidak sah taraf, A&W menegaskan anak ini adalah #CintaHalal mereka
  • Hashtag #attar siap trending di Twitter
  • Pasangan ini terperangkap dalam kemelut perjanjian tidak dibenarkan kahwin, dan Wawa dikatakan sebenarnya tunangan orang membuatkan mereka menjadi topik utama buletin hiburan tanah air.
 

(8) Ahmad Ahmad

  • Band yang diilhamkan oleh Dr Syed Ahmad Faizal Al-Attas a.k.a Pacai
  • Pacai memiliki Anugerah Kedoktoran Dalam Terapi Muzik yang diberikan oleh Fakulti Universal Sains Warna bersama The Open International University For Complementary Medicines (WHO dan Unesco)
  • Band Ahmad Ahmad menjadi pemuzik undangan Super Spontan 2


  
(9) Trio 3R
  • Musim baru 3R menampilkan 3 pengacara baru
  • Membariskan 3 nama iaitu Dayah Bakar,  Amirah Azmi & Yvonne Lee
  • 3R boleh ditonton di TV 3 setiap hari Ahad jam 7:30 malam

(10) Saif Adam
  • Berasal dari UK
  • Muslim dari lahir dan dibesarkan dengan tradisi originalitinya Iraq
  • Menceburi industri muzik sejak usia 16 tahun
  • Buat persembahan Jelajah Malaysia Oktober lalu


No comments:

Post a Comment