Hebahan

Monday, November 1, 2010

Sejuk mata memandang~

Orang putih kata, a picture tells a thousand words. Tak terungkap dek kata-kata :)

 
 
Sultan Muhammad ke-V yang berjiwa rakyat :)
Ular kalau menyusur akar takkan hilang bisanya. Sultan sendiri hormatkan Tok Guru.


Isteriku yang tercinta. I love you sayang <3

CDC Oktober 2010

Carta Darjah Celcius(CDC) kembali lagi. Oktober kali ini memang meriah seperti tahun-tahun sudah. Banyak tragedi Oktober. Tak kira tragedi berdarah sampai parah ataupun tragedi buah epal. Pelbagai kisah yang rencam.. mengancam..dan macam-macamlah. Kehangatannya mula memuncak.. Nah~ layan saja.

Sukan

1. Piala Malaysia edidi ke-44 milik Kelantan. 


Akhirnya.. setelah 4 kali mencuba. Walaupun skrip tahun lalu hampir berulang apabila N9 mendahului 1-0, namun semangat juang yang ditunjukkan pemain Wira Merah ternyata kental. Hairuddin Omar menanduk masuk gol penyamaan, dan gol kemenangan jaringan anak jati Kelantan, Piya atau Badri Razi. Sejarah tercipta, dendam terbalas. Lautan merah memenuhi stadium. Yang penting, pengadil paling glamor di Malaysia, Subkhiddin Salleh yang mengadili perlawanan. Pemain baju kuning dapat lebih banyak kad kuning.

2. Sukan Komanwel 2010 New Delhi

Tahniah kontijen Malaysia di kejohanan Sukan Komanwel New Delhi, berjaya pecah rekod 1998 di Kuala Lumpur setelah memungut 12 pingat emas. Untuk mengetahu jumlah pungutan pingat secara keseluruhan, sila klik di sini.

3. Jorge Lorenzo



Inilah dia, wajah  Juara Dunia Moto GP 2010. Jorge Lorenzo (Fiat Yamaha) biarpun pertandingan akhir di Kuala Lumpur dimenangi oleh Valentino Rossi, rakan sepasukan di Fiat Yamaha.

Tukang tulis - Piala Malaysia dibawa pulang ke Kota Bharu, hadiah kepada Sultan Muhammad ke-V dan juga sempena 20 tahun pemerintahan kerajaan Pas. Selamat Maju Jaya buat atlit negara yang berjuang di Sukan Asia 2010 di Guongzhou. 

Politik

1. Bajet 2011 telahpun dibentangkan oleh YAB PM


Dengan jumlah RM 212 bilion diperuntukkan. Guru KAFA, pengawal kselamatan untung. Ibu-ibu yang bersalin juga diberi 90 hari cuti dengan gaji penuh. Aik, tiru kerajaan Kelantan nampak. :P

Kakitangan awam (gred 54 ke bawah) hanya dapat RM 500 sebab defisit besar bila perbelanjaan melebihi pendapatan. Tapi tetap nak buat Menara Warisan 100 tingkat berharga RM 5 billion yang akan dilaksanakan PNB sebagai mercu negara maju menjelang 2020.

Tukang tulis - Kenaikan pangkat tidak lagi ditentukan melalui PTK yang dimansuhkan.

2. Muhamad Rahimi Osman & Mohd Rasid Rosdi. .


2 individu ini pernah menjadi pembantu Ketua Umum PKR, DSAI dan kini nama mereka berdua tiba-tiba meletup gara-gara dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah. Siap buat laporan polis gitu. Dalam masa yang sama kes mahkamah Anwar-Saiful bersambung. Siap bincang pasal penetrasi lagi. Isy~



Tukang tulis - Perbicaraan kes pembunuhan adik Aminul Rashid telah dimulakan. Dan.. ada 2 PRK lagi. Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas yang sedang menanti

3. Melaka Maju 2010


Bermula tarikh 20 Oktober 2010 (20.10.2010) Melaka diiktiraf negeri maju. Emm..Melaka dah maju sekarang. Kedah Maju 2010, bawah kerajaan PAS kah?


Tukang Tulis - Suka main dengan angka ya. Susun cantik-cantik.Tarikh 10.10.10 bermakna genap 3 tahun Angkasawan Negara, Datuk Dr SMS  ke ISS dan lebih bersejarah beliau melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut. Siap ada kek bentuk Soyuz lagi.

Hiburan

1. FFM 23 kecoh

Adatlah bertanding. Ada menang, ada yang kalah. Yang menang ada rezeki, yang kalah terimalah dengan hati terbuka. Apa boleh buat, hanya jauhari mengenal manikam. Telah diulas oleh tukang tulis entri sudah.



Tukang tulis - Artis Cina di Malaysia sekarang dah ada anugerah sekarang, Golden Globe yang telahpun bersiaran di NTV7. Bulan depan ada Shout!Awards pulak.

2. Sinar FM no. 1 lagi

Tak payah cakap banyak. Kita tengok siapa yang terduduk-duduk.. berdasarkan sumber ini. Rancangan pagi nombor 1 juga terus kekal milik Krill..SY & KE, slot Sinar Pagi. I follow~

Berikut adalah keputusan penuh Pengukuran Pendengar Radio, Liputan 2, 2010 oleh Nielsen:

1. SINAR FM
2. ERA FM
3. HOT FM
4. THR
5. MY FM
6. SURIA FM
7. Hitz.fm
8. 988
9. Klasik nasional
10. Muzik FM
11. KELANTAN FM
12. KEDAH FM
13. IKIM
14. Fly Fm
15. Minnal fm
16. One FM
17. Aifm
18. MIX FM
19. LITEFM
20. PERAKFM
21. TERENGGANU fm
22. XFM
23. Red FM
24. PAHANG FM
25. MUTIARA FM
26. KL FM
27. MELAKA FM
28. Asyik fm
29. JOHOR fm
30. NEGERI FM
31. PERLIS FM
32. SELANGOR FM
33. TraXXfm
34. LANGKAWI.fm                                                             Sumber: Nielsen Radio Audience Measurement

Gara-gara itu.. rombakan telah dibuat di Hot.FM mulai hari ini, 1 November. Revolusi katanya. AM Krew yang dibarisi Fafau, FBI & AG bersiaran dari Menara KL, dan masa dlianjutkan 5 jam. Misi pencarian DJ baru "Ikhwan dan DOT DOT DOT" telah memilih Chad & Deen sebagai muka baru mengendalikan Hot.FM Zon. Mampukah Hot.FM memberi cabaran atau terus merudum dipintas Suria.FM? Kita tunggu...



Tukang tulis - TV al-Hijrah juga telah memulakan siaran hari ini 1 November 2010 jam 3 petang

3. Maher Zain


Fenomena Maher Zain melanda seluruh dunia. Fenomena Maher Zain juga melanda radio swasta. Hot.FM yang kononnya tak mahu siar lagu nasyid siap pasang 2 lagu Maher Zain lagi. Sempat juga dengar Maher Zain nyanyi secara langsung di UIA.

Tukang tulis - Banyak artis luar datang. Paramore datang, Adam Lembut pun datang. Ikon gay pulak tu & yang lebih penting, sama tarikh dengan Maher Zain.

Semasa (Dalam & Luar Negara)

1. Pendidikan

Akhirnya rundingan 'meja bulat' Kementerian Pelajaran Malaysia sebulat suara dengan keputusan PMR dimansuhkan, UPSR dikaji semula silibusnya. Manakala  Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013.


Tukang tulis - Selamat Maju Jaya buat adik-adik yang akan hadapi SPM nanti. Dan Blackberry tak jadi diharamkan.

2. Bencana Berganda melanda Indonesia. 

Gempa bumi, tsunami & letusan Gunung Merapi gunung berapi paling aktif di Indonesia.


Tukang Tulis - Dunia di akhir usia.. kiamat sudah menghampiri kita. Sedarlah wahai diriku yang alpa.

3. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010 yang diumumkan pada 26 Oktober 2010 memperlihatkan skor Malaysia jatuh 0.1 mata dari 4.5 pada 2008 ke skor 4.4. Dari segi kedudukan pula, Malaysia kekal di kedudukan 56 berbanding 178 negara.


 
 Tukang tulis - Proton Inspira akan menggantikan Proton Waja.  Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000. Tempahan boleh dibuat di semua cawangan Proton Edar
.
Wanita

1. First Ladiest Summit 2010 @ Kuala Lumpur

Wanita nombor 1 setiap negara yakni isteri kepada Presiden atau Perdana Menteri setiap negara telah berhimpun di Kuala Lumpur. Itu tak mnjai masalah. Lantaklah nak buat himpunan wanita nombor berapa pun takde orang kisah.


Yang jadi isunya, apabila kecoh pasal Islamic Fashin Festival yang dihadiri pihak berkenaan. Memang tak berkenanlah dengan fesyen itu.

Tukang Tulis - Wanita no. 1 USA, Michelle Obama wanita paling berpengaruh di dunia. Boleh celen ke 'r'?

2. Anugerah Ibu Mithali

Puan Hajjah Awiah Awi, telah menerima Anugerah Ibu Mithali 2010. Rupanya ini sudah tahun ke-10 anugerah ini diadakan. Awiah, dari Kampung Kesang Laut, Muar, Johor ada sembilan anak dan semuanya lelaki. Paling kagum mengenai beliau ialah penubuhan Madrasan Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Madrasah ini dibina di atas tanah beliau yang diwakafkan. Ada 200 penuntut di sini. Beliau juga turut membiayai pembelajaran penuntut yang kurang berkemampuan.

Tukang Tulis - Apa cerita Presiden PERKASA ditarik gelaran Datuk oleh Sultan Kelantan, terus terlantar di hospital. Nasib baik dapat pingat Datuk dari negeri lain.
 
3. Gadis Melayu 3


Oh..dah masuk musim ke-3. Rina, 25 dari Subang Jaya, Selangor dinobatkan selaku juara musim ketiga. Rina atau Norazrina Mohd Salleh membawa pulang RM 30,000. Sumber.

Tukang tulis - Ada beza.. muslimah & mukminah.  Emm..satu lagi, ada pulak usul mahu jadikan Malaysia Hub Hiburan??

Thursday, October 28, 2010

Rencam rasa berbaur bisa ...

Ya! Lewat kebelakangan ini aku agak rajin 'bergotong-royong' di blog ini sebab ada lebih banyak peluang berada di atas talian yakni online! Maka lebih banyaklah kisah yang dikemaskini. Backdated mode!

Seperti yang telah diuar-uarkan melalui entri yang sudah, aku akan recap balik apa yang telah melanda hidupku semenjak menggalas gelaran suami. Tanggungjawab menyara hidup, memberi nafkah, cari makan, pastikan dapur berasap dan apa jua istilah yang seia sekata dengan kalimah "pemenang roti" atau breadwinner!



Rezeki pasca-perkahwinan?? Alhamdulillah. Atas kurniaan Allah. Rezeki mencurah bersama dengan tanggungan yang bertambah. Yakinlah sebagaimana firman Allah, Surah An-Nur ayat 32


Terjemahan Dalam Bahasa Melayu, Tafsiran Ar-Rahman : Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Marry those among you who are single, or the virtuous ones among yourselves, male or female: if they are in poverty, Allah will give them means out of His grace: for Allah encompasseth all, and he knoweth all things. - Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris, Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

Telah terbukti, rezeki aku semakin murah. Jika dulu selepas bertunang, menuju ke alam perkahwinan, aku dapat kerja di Vads, anak syarikat TM. Dan aku sendiri mengatakan suatu ketika dulu, aku nampak masa depan aku di sana. Maka, peluang untuk membina kareer mula bertapak di sana.


Aku dah kecap asam garam menjadi agen call centre, cpc_akim! Dah masak dengan dunia itu. Betapa ralitnya duduk di atas kerusi hingga tidak sedar betapa pantas masa berlalu gara-gara nak kejar closure rate, KPI, dan macam-macam lagi imbuhan sehingga ada kalangan rakan-rakan aku yang lalai.

Leka. Lagha dengan dunia sehingga boleh tinggalkan solat. Mereka kata "Boleh qada' balik nanti." Nanti?? Semudah itu kah? Yakinkah usia kita panjang?? Itu sikap mereka yang buat-buat tak tahu. Segelintir pula bersikap ikut mood. Bila tensi kena marah dengan pelanggan, baru nak solat. Kalau sempat siap awal, kes habis cepat, baru nak solat. Kalau tak?? Memang taklah jawabnya.

Semuanya sama. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau perempuan mungkin ada uzur syarie. Tetapi kalau dekat 2 minggu tak pernah tengok dia bersolat apa cerita?? Walaupun bertudung litup bagai. Bagus pula seorang minah ni, walaupun selalu bagi 'sedekah' dekat mata budak lelaki, tapi dia memang tak tinggal solat. Pernah sekali ada kawan lelaki tersentuh tangannya dia melenting. Aku ada wudhu'!

Hitam putih kehidupan. Asam garam kehidupan. Siapalah kita untuk menilai dan menjatuhkan hukum. Yang penting cakap depan cermin dulu. Ukur baju di badan sendiri. Muhasabah diri selalu. Kita memang mahu majukan diri sendiri. Berjaya dalam kehidupan. Dunia dan akhirat yang utama.


Seterusnya, aku terpaksa angkat kaki meninggalkan Vads. Kira-kira 6 bulan di sana, sehingga Julai 2010. Berat hati meninggalkan persahabatan yang telah terbina. Keakraban yang terjalin bersama momen indah ketika training bersama Rexo, bercuti di PD, main boling, futsal, melalak dan macam-macam lagi.

Rencam rasa berbaur bisa.. manakan sama nikmat dunia. Jauh lagi ganjaran syurga yang menanti. Tak kunjung pasti. Dunia ini.. hidup ini indah. Aku dikelilingi mereka yang indah. Sudah! Malas memikirkan masalah. Hidup perlu diteruskan. Antara kareer yang baru bermula, dan juga keluarga yang baru dibina. Aku memilih keluarga. Rezeki murah ke macam tu?

Aku memilih untuk melangkah keluar daripada kancah, kemelut politik pejabat yang tak sudah-sudah dan amat merugikan. Kau kuat kipas.. maka kau naik dengan pantas. Kalau tak? Mimpi saja. Tidur lagi bagus. Cabutlah cepat-cepat. Saat kaki melangkah, berat hati meninggalkan semua. Sayu hati terkenangkan momen indah yang membuat aku menjadi manusia. Terima kasih, Pusat Sains Negara (PSN), menerima aku seadanya. Emm.. rezeki murah ke macam tu?

Di situ, bermula kembali. Kisah baru, episod terkini. Sensasi penuh dengan persepsi. Aku optimis. Peluang yang terbentang di depan mata, manfaatkan saja. Aku sudah jatuh, aku telah bangkit. Tersungkur semula, aku berdiri kini. Berdiri.. berlari.. terbang tinggi... menuju puncak ingin ke angkasa. Akan aku kongsi kelak, momen indah di PSN pula ya sebelum rezeki makin murah berkat kesabaran:)



Demikian kisah terpencil yang aku telah lalui dan kongsikan bersama. Secebis kisah yang penuh rencah. Rencam rasa berbaur bisa. Dalam tawa ada gundah. Dalam canda ada resah. Hidup perlu diteruskan. Ilmu perlu terus dituntut, dari buaian ke liang lahad seperti yang diajar Islam. Ada sebuah Hadith Rasulallah bersabda lebih kurang begini maksudnya;



Siapa mahukan dunia?? Dapatkannya dengan ILMU.
Siapa mahukan akhirat?? Dapatkannya dengan ILMU.


Siapa mahukan kedua-duanya?? Maka dapatkannya dengan ILMU.

Selain mempertingkatkan ilmu, pengalaman juga merupakan guru paling berharga. Yang mematangkan kehidupan kita. Dulunya kecil kini menginjak dewasa. Daripada zaman bujang kini telah berkeluarga. Suami naik pangkat jadi bapa. Bapa naik pangkat jadi datuk. Itu semua dunia semata-mata. Ya! Dunia! Tapi dunialah landasan menuju akhirat.

Tanpa lahir di dunia kita takkan menuju ke akhirat. Kehidupan di dunia umpama perjalanan menuju ke satu destinasi. Ada kala kita jalan terus. Kadangkala tersasar. Kita sebenarnya umpama musafir lalu yang berehat sebentar di bawah naungan pepohon dan kemudian akan meneruskan perjalanan.


Semuanya telah tertulis. Rezeki, jodoh, ajal! Lahirnya kita di dunia diiringi dengan azan. Matinya kita disusuli dengan solat. Betapa pendeknya tempoh antara azan dan solat, begitulah pendeknya kehidupan kita di dunia.

Andai ...

Sekarang memang musim Facebook. Semua orang ada akaun hatta setua mana usia anda sekalipun walau di ceruk mana sekalipun. Andai kemajuan telah melanda sejak dulu lagi.. inilah jadinya :P

Jangan tensi.. orang putih kata "just go with the flow.. follow just what you know.. "

Tuesday, October 26, 2010

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus/FAM 2010.

Ingat artis-artis tu je ke ada anugerah bagai. Atlit sukan kita pun ada anugerah juga bagi meraikan mereka setelah bertungkus-lumus, berpenat lelah di arena sukan demi negara tercinta. Kali ni, sukan bola sepak, sukan nombor 1 di Malaysia (katanya) akan mengiktiraf individu-individu yang terlibat dalam merancakkan lagi musim bola sepak di Malaysia.

Anjuran bersama 100Plus dan FAM. Ada 6 kategori terbaik yang akan diadili oleh juri bertauliah. Berikut nominasi yang telah terpilih :

Penjaga Gol
1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Sani Anuar Kamsani (N9)
4. Hamsani Ahmad (Selangor)
5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)

Pertahanan
1. Mohd Nasriq Baharom (Selangor)
2. Aidil Zafuan Abd Razak (N9)
 3. Azizi Mat Rose (Kelantan)
4. Marzuki Yusof (Terengganu)
5. Reithaudeen Emran (Sabah)

Pemain Tengah
1. Safiq Rahim (Selangor)
2. Amri Yahyah (Selangor)
3. Amirulhadi Zainal (Selangor)
4. S.Kunalan (N9)
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang


1. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Md. Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
3. Mohd Safee Sali (Selangor)
4. Azlan Ismail (Kedah)
5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)

Pemain Muda
1. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Jurulatih


1. K.Devan (Selangor)
2. B.Sathianathan (Kelantan)
3. Gary Phillip (Sabah)
4. E.Elavarsan (Felda United)
5. Ahmad Yusof (Kedah)

Psst.. yang bold itu pilihan Tukang Tulis, manakala yang itallic itu pencabar utamanya :)

Tukang tulis soseh - Dengar kata tiket final Piala Malaysia naik hingga harga RM30. Fuh! Tu pun nak habis juga tiketnya. Kaya betul ore Klate. Dan ada uar-uar bahawa FAM nak ubah waktu perlawanan bagi musim depan, yakni Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia takkan bertembung waktu dengan BPL.

FFM 23 - realitinya... bukan fantasi.


Kalau aku berfantasi, sudah lama keputusannya jauh berbeza sejak dari senarai pencalonan 5 terbaik lagi. Ini adalah trivia kepada keputusan penuhnya yang boleh dibaca di sini.

- FFM tu apa? Festival Filem Malaysia? Seorang aktor kata Funny Festival Malaysia. Bagi aku, emm, for family members.

- Kemenangan didominasi oleh SKOP dan KRU. Pengacara, Zizan siap bagi nama SKRU. Huhu.

- Kemenangan juga agak seimbang, bak dialog filem P.Ramlee "satu untuk kau, dua untuk aku" - Ajami

- Gandingan pengacara Astro (Zizan), RTM (Hezri), dan 'sapu semua' (Sharifah Shahira yang kali ni tak hamil) menggamatkan suasana.


- Selalunya, Filem Terbaik akan dominasi beberapa Anugerah Perdana. Tapi Magika hanya menang Skor Muzik Asal Terbaik lalu dinobatkan Filem Terbaik. Mungkin sebab dapat 7 anugerah daripada 13 pencalonan yang diterima.

- Magika mencipta sejarah selaku Filem Muzikal Pertama merangkul anugerah Filem Terbaik mengatasi pencabar utama filem pilihan kebanyakan wartawan, Estet.

- Pengarah Estet, Mamat Khalid, kecewa kerana tidak mendapat pencalonan bagi kategori Lagu Tema Asal Terbaik, sebab menurutnya, beliau memang teliti memilih dan menghasilkan lagu. Awie siap nyanyi lagu dalam bahasa Tamil lagi.

- Manakala Edry, Pengarah Magika menyatakan kekesalannya kerana tidak mendapat pencalonan bagi kategori lakonan yang diwakili Diana Danielle dan Mawi. Hanya Ziana Zain tercalon kategori pembantu.

Pasangan Mr & Mrs Belukar ala-ala Mr & Mrs Smith
- Evolusi KL Drift 2 dapat 3 anugerah daripada 9 pencalonan. Sama seperti filem Belukar yang juga dapat 3 anugerah daripada 9 pencalonan. 

- Estet pula  mendapat 10 pencalonan namun hanya menang 2 anugerah termasuk Anugerah Khas Juri. Manakala V3, Samseng Jalanan mendapat 8 pencalonan tapi hanya menang 1 kategori (Penataan Bunyi Terbaik). 

- Haq mendapat 7 pencalonan, dan menang Anugerah Lakon Layar Terbaik yang diwakili penerbitnya, Nanu.

- Nanu tampil dengan fesyen yang mendedahkan sebahagian belakangnya, manakala calon favourite Pelakon Wanita Terbaik bergaya dengan fesyen 'Amani'.

Mukhsin dan makciknya :)
- Pisau Cukur yang mendapat 4 pencalonan, dan Santau (11 pencalonan) hanya pulang tangan kosong.

- Muallaf, satu lagi filem yang dijangka menang besar sebaliknya gagal mendapat sebarang pencalonan hatta satu kategori sekalipun.

- Ironinya, Muallaf yang membawa pulang Anugerah Khas Juri bersama filem Estet, Woo Hoo dan Cinta Ais Kacang.

- Kategori Lakonan menyaksikan dominasi pelakon Lagenda Budak Setan di mana kesemua pelakon utama dan pembantunya tercalon bagi kategori masing-masing menerusi Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar dan Nurfazura.

- Ahadiat Akashah novelis terkenal mendapat Anugerah Cerita Asal Terbaik berdasarkan novel popularnya, Lagenda Budak Setan.

- Rata-rata pemenang adalah golongan muda 20-an dan 30-an 

- Kemenangan Bront dan Shaheizy Sam sudah dijangka, namun kemenangan Lisa dan Yana agak menimbulkan persoalan bagi sesetengah pihak.

Mereka berdua akan berganding dalam filem "Sekali Lagi..." bersama adik Mia
- Kemenangan Lisa Surihani, Yana Shamsudin dan Syamsul Haslam agak mengejutkan kerana dianggap sesetengah pihak masih 'hijau' dan menumbangkan nama besar dan lebih berpengalaman.

- Lisa Surihani meneruskan momentum kemenangan milik orang muda yang dimulai oleh Sharifah Amani dan Liyana Jasmay, (Vee ada terselit sekejap)

- Syamsul agak sebak dan tak menjangka kemenangannya.Inilah namanya rezeki. Dan yang penting ketika membuat persembahan, Syamsul dapat 'caras' Radhi OAG. 

- Tiada pembaharuan ketika segmen persembahan yang menyajikan lagu-lagu tema filem yang bertanding. Lagu Pelita gabungan Angkatan Pemuda Indie(API) dianggap terlalu lewat untuk dipersembahkan.


- Abang Asmara aka Shahz Jaszle menang Pakaian Terbaik Lelaki, manakala Vanida Imran menang kategori wanita.
- Filem yang diuar-uarkan dapat RM 40 juta tak menang pun. Siap kena kutuk lagi masa tayangan premier :P

- Nak tengok lagi fesyen mereka? Kredit buat Budiey

Friday, October 22, 2010

Shout! Awards 2010

Tahun lepas, aku pergi menonton Shout!Awards ditemani en. Halim Aim. Terima kasih kepada Budiey sebab bagi tiket. Tahun ni? Macam malas nak pergi je.. Haha. Tapi, manalah tahu, keputusan berubah saat-saat akhir.


Shouts Awards 2010 akan berlangsung pada 20 November 2010, pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Berikut senarai pencalonan penuh Shout Awards 2010. 1 kategori 6 pencalonan:

Rockstar Award 
1. Azlan & The Typewriter 
2. Bunkface 
3. Faizal Tahir 
4. Hujan 
5. Meet Uncle Hussein 
6. Pop Shuvit

Popstar Award 
1. Aizat 
2. Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 
3. Jaclyn Victor 
4. Mizz Nina 
5. Yuna 
6. Zee Avi

Power Vocal Award 
1. Azlan & The Typewriter 
2. Black 
3. Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 
4. Faizal Tahir 
5. Jaclyn Victor 
6. Rithan (Deja Voodoo Spells)

Flava Award 
1. Altimet 
2. DJ Fuzz & Malique 
3. Joe Flizzow 
4. Malique 
5. Mizz Nina 
6. Sonaone

Music Video Award 
1. Prom Queen (Bunkface) 
2. Osaka (Disagree) 
3. Do It, Duit (Joe Flizzow) 
4. Mirage (Pesawat) 
5. Marabahaya (Project EAR) 
6. Cinta Kosmik (The Fabulous Cats)

Break Out Award (Best New Act) 
1. Azlan & The Typewriter 
2. Black 
3. Mizz Nina 
4. Monoloque 
5. Yuna 
6. Zee Avi

Best On Screen Chemistry Award 
1. Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) 
2. Upin & Ipin (Upin & Ipin) 
3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih) 
4. Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) 
5. Wakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010) 
6. Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

p/s: Patut Jo-Zan tercalon kan?

Fresh TV Series (New TV Series) 
1. Adamaya (MIG Production) 
2. Arjuna (KRU Studios) 
3. Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd) 
4. Gelora Di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd) 
5. Nur Kasih (Flimscape) 
6. Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)

Breakthrough Feature Award 
1. Cuci The Musical (Tall Order Productions) 
2. Geng: Pengembaraan Bermula (Les' Copaque Production) 
3. Lagenda Budak Setan (Sharad Khan) 
4. Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai) 
5. Pisau Cukur (Lina Tan) 
6. Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)

Favorite TV Program 
1. Imam Muda 
2. One In A Million Year 3 
3. Melodi 
4. Raja Lawak 4 
5. Anugerah Juara Lagu 24 
6. Showdown 2010

p/s: Imam Muda pun tercalon

Favorite TV Personality Awards 
1. Ally Iskandar (AJL 24) 
2. Awal Ashaari (Fuhh!)
3. Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik) 
4. Daphne Iking (The Breakfast Show) 
5. Henry Golding (8TV Quickie) 
6. Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)

Coolest Radio Announcer Award 
1. Faizal Ismail (HotFM AM Krew) 
2. Hafiz Hatim (FlyFM Night Flight) 
3. Jeremy Teo (RedFM Evenings) 
4. Hunny Madu (FlyFM Campur Chart) 
5. Fara Fauzana (HotFM AM Krew) 
6. Phat Fabes (FlyFM Pagi Show)

Favorite Radio Show Award 
1. The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly) 
2. Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia) 
3. Malaysia's Hottest Music – Hot 10@10 (Hunny Madu) 
4. Fly FM Campur Chart (Hunny Madu) 
5. Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG) 
6. Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award 
1. Maya Karin 
2. Mizz Nina 
3. Nora Danish 
4. Nur Fazura 
5. Scha Al-Yahya 
6. Vanidah Imran

Hot Guy Award 
1. Faizal Tahir 
2. Farid Kamil 
3. Hans Isaac 
4. Henry Golding 
5. Remy Ishak 
6. Shaheizy Sam

Mobile Artiste of The Year Award 
1. 6ixth Sense – Khatimah Cinta 
2. Aril – Menatap Matamu
3. Saleem – Tinggal Kenangan 
4. 6ixth Sense – Tanpa 
5. Yuna – Dan Sebenarnya 
6. Alif Satar – Cukup Indah

Mengenai kategori baru, “Mobile Artiste of The Year” calon-calon dipilih berdasarkan lagu yang terbanyak menerusi muat turun “The Ultimate Mobile Music Channel”, Channel X yang disediakan Celcom serta lain-lain rangkaian syarikat telekomunikasi.

Undian untuk semua kategori akan dibuka bermula 18 Oktober sehingga 19 November ini. Untuk mengundi finalis kegemaran anda, sila layari www.shoutawards.com.my atau hantarkan SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.