Hebahan

Thursday, October 28, 2010

Rencam rasa berbaur bisa ...

Ya! Lewat kebelakangan ini aku agak rajin 'bergotong-royong' di blog ini sebab ada lebih banyak peluang berada di atas talian yakni online! Maka lebih banyaklah kisah yang dikemaskini. Backdated mode!

Seperti yang telah diuar-uarkan melalui entri yang sudah, aku akan recap balik apa yang telah melanda hidupku semenjak menggalas gelaran suami. Tanggungjawab menyara hidup, memberi nafkah, cari makan, pastikan dapur berasap dan apa jua istilah yang seia sekata dengan kalimah "pemenang roti" atau breadwinner!



Rezeki pasca-perkahwinan?? Alhamdulillah. Atas kurniaan Allah. Rezeki mencurah bersama dengan tanggungan yang bertambah. Yakinlah sebagaimana firman Allah, Surah An-Nur ayat 32


Terjemahan Dalam Bahasa Melayu, Tafsiran Ar-Rahman : Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Marry those among you who are single, or the virtuous ones among yourselves, male or female: if they are in poverty, Allah will give them means out of His grace: for Allah encompasseth all, and he knoweth all things. - Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris, Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

Telah terbukti, rezeki aku semakin murah. Jika dulu selepas bertunang, menuju ke alam perkahwinan, aku dapat kerja di Vads, anak syarikat TM. Dan aku sendiri mengatakan suatu ketika dulu, aku nampak masa depan aku di sana. Maka, peluang untuk membina kareer mula bertapak di sana.


Aku dah kecap asam garam menjadi agen call centre, cpc_akim! Dah masak dengan dunia itu. Betapa ralitnya duduk di atas kerusi hingga tidak sedar betapa pantas masa berlalu gara-gara nak kejar closure rate, KPI, dan macam-macam lagi imbuhan sehingga ada kalangan rakan-rakan aku yang lalai.

Leka. Lagha dengan dunia sehingga boleh tinggalkan solat. Mereka kata "Boleh qada' balik nanti." Nanti?? Semudah itu kah? Yakinkah usia kita panjang?? Itu sikap mereka yang buat-buat tak tahu. Segelintir pula bersikap ikut mood. Bila tensi kena marah dengan pelanggan, baru nak solat. Kalau sempat siap awal, kes habis cepat, baru nak solat. Kalau tak?? Memang taklah jawabnya.

Semuanya sama. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau perempuan mungkin ada uzur syarie. Tetapi kalau dekat 2 minggu tak pernah tengok dia bersolat apa cerita?? Walaupun bertudung litup bagai. Bagus pula seorang minah ni, walaupun selalu bagi 'sedekah' dekat mata budak lelaki, tapi dia memang tak tinggal solat. Pernah sekali ada kawan lelaki tersentuh tangannya dia melenting. Aku ada wudhu'!

Hitam putih kehidupan. Asam garam kehidupan. Siapalah kita untuk menilai dan menjatuhkan hukum. Yang penting cakap depan cermin dulu. Ukur baju di badan sendiri. Muhasabah diri selalu. Kita memang mahu majukan diri sendiri. Berjaya dalam kehidupan. Dunia dan akhirat yang utama.


Seterusnya, aku terpaksa angkat kaki meninggalkan Vads. Kira-kira 6 bulan di sana, sehingga Julai 2010. Berat hati meninggalkan persahabatan yang telah terbina. Keakraban yang terjalin bersama momen indah ketika training bersama Rexo, bercuti di PD, main boling, futsal, melalak dan macam-macam lagi.

Rencam rasa berbaur bisa.. manakan sama nikmat dunia. Jauh lagi ganjaran syurga yang menanti. Tak kunjung pasti. Dunia ini.. hidup ini indah. Aku dikelilingi mereka yang indah. Sudah! Malas memikirkan masalah. Hidup perlu diteruskan. Antara kareer yang baru bermula, dan juga keluarga yang baru dibina. Aku memilih keluarga. Rezeki murah ke macam tu?

Aku memilih untuk melangkah keluar daripada kancah, kemelut politik pejabat yang tak sudah-sudah dan amat merugikan. Kau kuat kipas.. maka kau naik dengan pantas. Kalau tak? Mimpi saja. Tidur lagi bagus. Cabutlah cepat-cepat. Saat kaki melangkah, berat hati meninggalkan semua. Sayu hati terkenangkan momen indah yang membuat aku menjadi manusia. Terima kasih, Pusat Sains Negara (PSN), menerima aku seadanya. Emm.. rezeki murah ke macam tu?

Di situ, bermula kembali. Kisah baru, episod terkini. Sensasi penuh dengan persepsi. Aku optimis. Peluang yang terbentang di depan mata, manfaatkan saja. Aku sudah jatuh, aku telah bangkit. Tersungkur semula, aku berdiri kini. Berdiri.. berlari.. terbang tinggi... menuju puncak ingin ke angkasa. Akan aku kongsi kelak, momen indah di PSN pula ya sebelum rezeki makin murah berkat kesabaran:)



Demikian kisah terpencil yang aku telah lalui dan kongsikan bersama. Secebis kisah yang penuh rencah. Rencam rasa berbaur bisa. Dalam tawa ada gundah. Dalam canda ada resah. Hidup perlu diteruskan. Ilmu perlu terus dituntut, dari buaian ke liang lahad seperti yang diajar Islam. Ada sebuah Hadith Rasulallah bersabda lebih kurang begini maksudnya;



Siapa mahukan dunia?? Dapatkannya dengan ILMU.
Siapa mahukan akhirat?? Dapatkannya dengan ILMU.


Siapa mahukan kedua-duanya?? Maka dapatkannya dengan ILMU.

Selain mempertingkatkan ilmu, pengalaman juga merupakan guru paling berharga. Yang mematangkan kehidupan kita. Dulunya kecil kini menginjak dewasa. Daripada zaman bujang kini telah berkeluarga. Suami naik pangkat jadi bapa. Bapa naik pangkat jadi datuk. Itu semua dunia semata-mata. Ya! Dunia! Tapi dunialah landasan menuju akhirat.

Tanpa lahir di dunia kita takkan menuju ke akhirat. Kehidupan di dunia umpama perjalanan menuju ke satu destinasi. Ada kala kita jalan terus. Kadangkala tersasar. Kita sebenarnya umpama musafir lalu yang berehat sebentar di bawah naungan pepohon dan kemudian akan meneruskan perjalanan.


Semuanya telah tertulis. Rezeki, jodoh, ajal! Lahirnya kita di dunia diiringi dengan azan. Matinya kita disusuli dengan solat. Betapa pendeknya tempoh antara azan dan solat, begitulah pendeknya kehidupan kita di dunia.

No comments:

Post a Comment