Hebahan

Saturday, May 31, 2014

Wajah Mei 2014

1. Panda (Fu Wa & Feng Yi nama sementara) sampai banyak sekali lawak jenaka dan parodi berkaitan Panda.




2. Porcine - DNA Babi di dalam Cadbury



3. Dyana Sofyah Mohd Daud - anak didik Lim Kit Siang yang tewas di tangan Presiden Gerakan PRK Teluk Intan.

 

4. Redha Rozlan a.k.a Mat Redho- Juara Fear Factor Malaysia 2 bersama pelakon Erin Malik dan kini telah pun bergelar pelakon (Jodoh 2)






5. Terlajak laris -  D'Herbs - pengasasnya, Aliff Syukri merupakan anak kepada Rozita Sendayu Tinggi. Sudah berkahwin dengan bekas penyanyi Solehah dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.



 


6. Atletico Madrid - tahniah memenangi La Liga memecah dominasi Real-Barca





7. Kusinero Cinta - drama bersiri usaha sama pelakon Malaysia - Filipina (Jericho Rosales)








8. Muhammad bin Mohd Hazrin (Rain) anak kedua kepada pramugara MH370 yang "hilang". Berita.




9. Abu Backer - calon bebas yang mahu bertanding di PRK Bukit Gelugor.. namun dia terkenal gara-gara menjadi alat penyendal pintu... eh, melanggar kereta LGE dan pura-pura pengsan!






10. Cikgu Izuan Ibrahim - anak Kelantan (ore Tanjung Mas) yang pernah berkhidmat selaku guru di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara kini berhijrah ke Jepun dan membimbing pemain badminton Jepun, Kento Momota yang mengalahkan Chong Wei Feng secara straight set.


 
 

Friday, May 30, 2014

Sukarelawan / Volunteering di Petrosains

Anda sudah habis belajar tetapi masih tiada mood mencari kerja??

Anda sedang cuti semester tetapi tak tahu nak buat apa bila cuti panjang 2 ke 3 bulan nanti??

Anda sedang tunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM/Asasi/dll dan ada tempoh yang agak lama sebelum meneruskan pengajian??

Anda betul-betul ada banyak masa dan boleh beri komitmen dengan kerjaya separuh masa??

Jika YA... menjadi sukarelawan atau volunteer di Petrosains merupakan jawapannya. Pasti masa kosong anda terisi dengan berfaedah. Banyak ilmu baharu boleh dipelajari.. banyak lingkungan kawan,rakan dan sahabat handai.. tanpa mengira usia, bangsa dan jantina.

Pengalaman yang berharga... platform untuk anda mengasah kemahiran berkomunikasi, khidmat pelanggan (atau kita sebut soft skills) di samping menambah keyakinan diri berdepan di khalayak ramai, melayan karenah anak-anak kecil, bangsa asing dan orang kelainan upaya.. semuanya anda boleh dapatkan secara PERCUMA dengan menjadi sebahagian keluarga besar sukarelawan Petrosains.

Jangan risau.. kerana anda akan diberi latihan... on job training yang amat membantu ketika berkhidmat kelak di samping program orientasi atau kita panggil Volunteers Orientation Programs (VOP) yang boleh dikatakan rancangan atau program orientasi yang takkan pernah rasa bosan (macam orientasi sekolah, universiti, kolej dll), malah anda akan kenang sampai bila-bila (lebih-lebih lagi dapat naik tingkat 86 menara 2 KLCC dan jejantas udara ataupun skybridge)

Tak percaya??

Saksikan beberapa batch atau in-take yang tak berapa mutakhir ini..





Apa macam?? Menarik ? Atau bosan??

Cuma satu nasihat sahaja.. menjadi volunteers bukan tempat yang sesuai orang yang berorinetasikan wang. Kalau nak kumpul duit poket... menjadi volunteers bukan pilihan yang bijak. Petrosains bukan tempatnya. Tapi itu bukan bermakna perkhidmatan anda percuma.. tetapi dibayar dalam bentuk honorarium sebagai tanda penghargaan. Not bad juga rate bayarannya; RM 5 sejam (weekdays), RM 6 sejam (weekend) dan RM 7 sejam (Public holiday).
Jadi, jika anda berminat dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, bersama hasrat mahu mengisi borang menjadi volunteer, sila klik di sini. Selamat berkhidmat. Dan dijamin takkan meneyesal. :)

Thursday, May 29, 2014

Panda ... dalam kenangan

(p/s:Maaf..entri ini sedikit beremosi. Bernada pilu bak ditusuk sembilu)

Bagi mereka yang belum menegnali Panda.. boleh berkenalan dengan Panda di sini.



Inilah Panda milik beta yang telah berbakti selama 20 tahun. Tahun 1994 kita berjumpa..papa ajar aku macam mana bawa motor sewaktu umurku menginjak 10 tahun.

Tahun 1997 kita berpisah. Kau di KL, aku di KB. Namun tahun 2000 kita bersatu semula di KB. Kau terus berbakti Panda.

Dari alam sekolah..sehingga masuk kampus hijau UPM...sampailah kau bawa aku ke tempat praktikal di MPOB, Bangi lama...setiap hari meredah lereng bukit yang curam.. dalam. Amat mencabar.

Tamat ijazah..kau ikut aku ulang alik ke Rawang untuk training GEMS under Khazanah...ke Damansara..jadi agen Vads buat seketika..sehinggalah aku berumahtangga..kini beranak dua..kau tak jemu-jemu bawa aku ulang-alik Putrajaya-KLCC demi sesuap rezeki.

Kini sudah 20 tahun Panda..kau sudah tua. Kau sudah uzur. Namun kudratmu terus aku kerah. Mungkin hingga titisan minyak yg terakhir.

Terima kasih Panda. Atas segalanya.. Hanya Allah mampu balas segalanya.. Kau kembalilah kepada pemilikmu. Aku serahkan kembali dari mana kau datang.

Friday, May 23, 2014

Lagu-lagan

Alkisahnya... tradisi di Petrosains.. tak kira apa juga yang bermula dan berakhir.. pasti ada "hiburan". Kena nyanyi depan orang... staff baru.. volunteer baru.. habis OJT.. habis thematic..last day kerja sebelum sambung study & etc. tak dapat tidak..kena hiburkan orang jayakan konsert.

Eceyh.. TT pun tak terkecuali.. jadi kalau kena panggil lagi sekali, aku nak nyanyi lagu baharu. Mungkin lagu-lagu di bawah akan menjadi pilihan TT ;

Asfan - Alasan Untuk Bahagia



Aizat - We'll Be Happy feat. Zee Avi



Noh Salleh - Angin Kencang



Mark Adam - Si Katak 



Snapshot - Kau Yang Satu



Azizi - Jauh Sudah



Qalamband feat. Fida - Rintihan Qalbu




Ajai Aduh





Alif Satar - Akhiri Penantianku




Sessi karok;









Amal yang kita kenal

Amal yang kita kenal
Bulat tekadnya
Kental jiwanya
Tabah biar beronak
Terus walau berliku

Amal yang kita kenal
Lantang umpama guntur
Tak pernah gentar
Biar rebah tersungkur
Bangkit bak penggempur

Amal yang kamu kenal
Biadab dalam beradab
Tepuk saja ke lantai
Biar tawa berderai
Murnikan nada santai

Amal yang aku kenal
Seronok bukan berolok
Teruja tak perlu disorok
Sayumu bukan rahsia
Ikhlas dalam bicara

Amal yang dia kenal
Lembut jiwanya
Mudah tersentuh
Bak semilir meluruh
Dedaun gugur bergulir

Amal yang orang kenal
Asli beraja di mata
Jernih menitis bumi
Sesuci embun pagi
Basah dilanda musim-bah

Amal yang mereka kenal
Berwarna-warni pelangi
Corak merona ceria
Onar belakang kira
Hujung mengukir bahagia

Thursday, May 22, 2014

Entah bukan tak endah

No comment..
Entah..
Malas nak ambik tau pasal...bla...bla..bla..
Jawapan standard ??
Entah lah..aku pun malas nak comment..

Mungkin sesetengah orang...mengambil jalan selamat
Playsafe katanya..
Mungkin selamat untuk tempoh dan jangka masa yang singkat..
Tapi untuk jangka masa yang panjang ??
Belum pasti dapat julat yang tepat..
Mungkin esok..atau lusa..
Masih diajukan soalan yang sama...
Atau ditanyakan benda yang berbeza..
Tapi masih tak boleh lari dari jawapan yang ditunggu-tunggu sekian lama
Penantian itu akan berakhir jua..

Mahu atau tidak..
Nak tak nak..
Walaubagaimana cara sekalipun..
Laa budda..orang arab kata...
Maka tidak harus tidak..
Kita harus endahkan jua..
Cakna apa yang ditanya..
Makna sebuah jawapan yang tulus..
Erti pertanyaan yang kudus..
Tersurat perkiraan...tersirat perhitungan..

Kerana kita manusia..
Ada kudrat..ada tenaga..
Berbangga mendabik dada..
Tapi belum tentu otak bergeliga
Setiap persoalan ada jawapan..
Setiap perkara yang berlaku ada sebab musababnya..
Setiap masalah ada jalan keluarnya..
Maka kita harus ada pendirian..
Bijak membuat pilihan..
Baik atau jahat...putih atau hitam..
Yang halal itu jelas..yang haram juga jelas..
Cuma kita bersikap culas..tak boleh berfikir secara waras..
Manusia tak mati dek keji, tak hidup dek puji..
Jika kembali kepada hakiki..itulah yang seharusnya terjadi.

Thursday, May 15, 2014

LLJ Mei 2014

IamNeeta ft. Najwa Latif - Kau Pergi Jua
Ungu - Bila Tiba
Datuk Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku
Tomok ft. Yana Samsudin - Cinta Tak Pergi
Azri - Mahadewi
6ixthsense - Sebuah Maksud
Chakra Khan - Mengingat Daku
Alyah - Sesal Separuh Nyawa
Modread ft. Black - Cerita Sedih
Stacy - Gilalah
Demeisis - Dengarlah Bintang Hatiku
Nomad, Encik Mimpi & Aepul Drama - Hikmah Atas Segalanya
Imran Ajmain - Setulus Kasih
Monoloque - Den.Dam
Kristal ft. Ronnie - Pasti Sempurna


Wednesday, May 7, 2014

Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza

Cuba hayati lirik lagu ini.. hasil tulisan Rozi Sang Dewi (kakak ipar DCT)

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana
Diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku....
tenanglah duhai Jiwa..terbarkan tulus doa
ku kepadanya
saat ku tiada..

Korus:
oh.. Tuhan.. Jaga dia untukku kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan
Berderaian
Tuhan.. Jaga dia untukku...
selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi... mendampingi.. dia..
Terbangkan diriku,
bersayap seribu.. biar detik menjadi laju.
Langit pun mendengar,
jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai Jiwa..Terbarkan tulus doa
Ku kepada padanya

Korus
Saat ku tiada..
oh..
Tuhan.. Jaga dia untukku kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan
Berderaian
Tuhan.. Jaga dia untukku...
selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi... mendampingi.. .

Bridge:
Mungkinkan ini menguatkan kita....
lambang cinta
ku dan dia..

Korus
oh..Tuhan.. Jaga dia untukku kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan
Berderaian
Tuhan.. Jaga dia untukku...
selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi... mendampingi.. .
oh..
Tuhan.. Jaga dia untukku kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan
Berderaian
Tuhan.. Jaga dia untukku...
selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi... mendampingi.. DIA...

Kali pertama dinyanyikan secara langsung oleh DCT sewaktu konsert Where The Heart Is di KLCC pada bulan Februari 2014 yang lalu. Secara kebetulan, bulan Mac berlaku tragedi kehilangan MH370 dan bait liriknya pula kena dengan tragedi tersebut. Lagu gubahan Aubrey Suwito ini asalnya mahu menceritakan keresahan DCT ketika Datuk K ditimpa kemalangan di luar negara.

Ini adalah versi LIVE



Dan ini pula versi rakaman,




Yang mana satu lebih sedap didengar??

Friday, May 2, 2014

CDC April 2014


(1) Kontroversi melibatkan penceramah/ motivator /ustaz yang bertaraf selebriti. Kali ini, setelah Dr. Muhaya dilanda kontroversi, figura awam yang terheret ke kancah kontroversi melibatkan nama-nama seperti Prof. Izi (renung-renungkan.. dan selamat beramal dengan isu 'cabul'), perang "dingin" War-Dina dan Ustaz Don secara terbuka, seterusnya moderator/pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris yang khabarnya telah "dibogelkan" selepas berhubung dengan pelanggan Filipina menerusi rangkaian Skype. Sham Kamikaze juga terpalit kontroversi seperti yang didakwa bekas isterinya. Mujur, Sham nampak matang menangani serangan tersebut.

TT : Nasib baik Ustazah Siti Nurbahyah masih bersih. Fafau (Fara Fauzana) khabarnya kini berselendang. Imej terbaharu sebelum status baru kah?? Tahniah~

(2) Polemik & retorik isu Hudud. BN Terengganu yang tak mboh melaksanakan Hudud. Namun situasi berbeza di Kelantan di mana UMNO BN Kelantan menyokong penuh pelaksanaan Hudud. Tambahan pula selepas mendiang Karpal yang sebelum ini menentang keras Hudud telah tiada. Namun, ada pihak yang menangguk di air keruh mahu laga-lagakan PAS dan PKR-DAP. Maka PAS cabar UMNO supaya buang MCA dan MIC daripada komponen BN. Alasan.. pihak BN, bukan mereka tak mahu melaksanakan, tetapi menangguh kerana ada kekangan dan perlu diberi penerangan dan pemahaman. Habis tu, GST yang sudah jelas ditentang tetap mahu dilaksanakan apa cer bro Jib??

TT : Alhamdulillah... Brunei Darussalam telah melaksnakan Hudud dengan secara rasminya

(3) Pemecatan. Penyokong MUnyet dah boleh keluar gua, meraikan pemecatan David Moyes setelah MU kalah kepada Everton. Pengganti sementara, Ryan Giggs telah menang besar perlawanan pertama membenam cabaran Norwich. Steve Darby pula dipecat melalui FB TSAM ketika TRW dibelasah Sime Darby 4-0. Turut dibuang Obinna dan Ghaddar yang turut ditunjukkan jalan keluar. Wan Zack Haikal sah bersama TRW. Import baru Prince Tagoe dan Alaa Hussain memperkuatkan pasukan TRW yang kini dibimbing Boateng.

TT : Pengurus JDT2 yang tumbuk pengadil turut dipecat. Fine~ Isu terowong Larkin tak selesai lagi apa kes?? Baihkki Khaizan juga direhatkan... apa kes??

(4) Belasungkawa. Pergi tak kembali. Perginya Tiger of Jelutong. Mendiang dianggap keras dan garang kerana penentangan kerasnya terhadap isu Hudud. Itu sahaja yang orang ramai nampak. Mendiang bukan beragama Islam, beliau bukan menentang Islam, cuma tak mahu sistem Hudud diplikasi dalam perlembagaan negara. Namun, ketika perbicaraan kes Liwat II, mendiang mendakwa Saiful Bukhari bukan Muslim yang baik kerana tak cukup solat, tak solat Jumaat sebab mahu simpan bukti di belakangnya. Ironinya, siapakah peguam yang membela hak wanita berpurdah dan menang??Itulah Karpal Singh!

TT : Alfatihah buat arwah Sidek Hussain, dan Kartina Dahari. Juga arwah Jeremy Little  (penerbit KIL) yang terlebih dahulu dijemput ilahi.

(5) Kontroversi orang berniaga. Pertama, Tudung Fareeda, di mana Mawar bini Fizo Omar telah memuatnaik status yang menjengkelkan berkaitan "fesyen mengikut kemampuan" setelah pihak berkuasa merampas tudung tiruan yang dikatakan meniru reka bentuk tudung Fareeda. Kedua, isu KLIA2 di mana Tony Fernandez dikatakan tidak bersedia untuk memindahkan operasi AirAsia kerana beberapa sebab yang kurang munasabah.

TT : Akhirnyaaa~ KLIA2 telah beroperasi. Firefly yang pertama merasmikannya

(6) Tahniah! Tahniah Luis Suarez dan Eden Hazard menang award PFA. Tahniah kepada adik-adik yang telah dapat keputusan cemerlang dalam SPM, seterusnya memiliki lesen kereta. Buat adik Elfira, Ezlisa yang lulus cemerlang. Begitu juga anak Che Ta dapat 8A. Che Ta nak bagi anaknya BMW sebagai hadiah. Tapi, anak bujangnya cakap tu kereta orang tua. Maka, mahukan kereta Audi R6. Tahniah ya Che Ta dah mengandung.

TT : Tahniah pengantin baru Fizz Fairuz & Almy Nadia. Akhirnya... ~ dan sedih dengan berita Adam-Fiza.

(7) Tragedi! Banyak tragedi kemalangan. Tiada air, catuan air di Selangor yang dilanjutkan lagi tempoh catuan juga satu tragedi. Banyak tragedi melibatkan bas kali ini. Kpal terbang juga tidak terkecuali. Tragedi paling besar dan menyayat hati berlaku di Sewol, Korea Selatan di mana feri karam mengorbankan banyak nyawa.

TT : PM Korea Selatan sah letak jawatan kerana merasa bertanggungjawab atas tragedi.

(8) MERS-Cov. Mangsa pertama yang maut di Johor. Pesakit akan mengalami simptom komplikasi pernafasan. Ianya dipercayai berpunca dari Timur Tengah. Sebab itu namanya Middle East Respirotary Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)

TT : Zoo Negara belanja besar nak tempatkan ber"wang" Panda

(9) ABPBH 2014 yang patut berlangsung April lalu telah ditunda ke satu tarikh yang belum dimuktamadkan. Semuanya gara-gara tragedi MH370. Pasca MH370 juga banyak menyaksikan produk/karya yang diinspirasikan oleh kejadian tersebut. Hashtag #mengenangMH370 juga trending. Antaranya lagu Percayalah, dan Faith. Sementara itu, pesawat MH192 berjaya patah balik dengan selamat di bawah kawalan Kapten Nor Adam.

TT : #ObamaInKL pula yang trending apabila POTUS turun ke KL bersama The Beast.

(10) Pusingan kedua Liga Super 2014 bermula. Saingan Piala FA sudah ke penghujungnya. Saingan Europa League dan Champions League juga menyaksikan penguasaan pasukan bola sepak La Liga. Real Madrid, Atletico Madrid dan Sevilla merupakan finalis. Copa Del Rey milik Real Madrid mengalahkan Barcelona. Gol Bale secara solo memang kebabooom!

TT : YNWA = you never win anything kah?? Berdebar menunggu kemuncak BPL 2013/14. Milik City atau Liverpool.. kedua-dua pasukan tewas dengan Chelsea. Home dan Away~