Pernah dengar perkataan Hijama? Ini langsung tiada kena mengena dengan Hazami, Hazama mahupun Hazamon! Haha. Hajama merupakan perkataan Arab. Orang Melayu kita kata berbekam! Dan itulah dia tajuk science fact aku bulan ini. Dah sampai gilirannya berkongsi ilmu waktu roll-call minggu lepas. Disaksikan CEO pulak tu!
Kiranya serampang dua mata. Sambil menyelam minum air. Lempar satu batu terkena dua ekor burung. Sudah tiba giliran aku menyempurnakan rutin bulanan, sekaligus menjawab beberapa persoalan. Mengapakah aku berketayap semenjak dua menjak ini? Adakah sudah insaf? Menerima hidayah? Amin~
Ok. Sambung cerita...
Berbekam ini merupakan amalan SUNNAH! Tujuannya untuk kesihatan tubuh badan, di mana jika dikaji dari sudut saintifiknya, berbekam boleh melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan darah beku/kotor termasuk toksin (dan juga asid urik bagi yang ada gout).
Kiranya.. berbekam ini merupakan rawatan atau perubatan alternatif. Orang Jepun ada detox pad yang dipakai di tapak kaki. Orang Cina menggunakan kaedah akupuntur. Sesetengah orang suka berurut/ massage. Tak kira urut tubuh badan atau tapak kaki, samada menggunakan manusia sebagai perantaraan ataupun alat/mesin dan juga laluan batu refleksologi. Tujuannya untuk pelancaran darah. Dan jangan terkejut ada juga yang berani guna lintah!
Kembali kepada pertanyaan kawan-kawan, sakit tak? Tak rasa kena toreh kepala? Err.. apa yang aku boleh ulas, secara analoginya, jika anda mampu berjalan di atas batuan refleksologi dengan lancar, maka anda boleh cuba berbekam. Anda pasti boleh menahan atau menanggung pedih yang sedikit sahaja. Macam kena kutil atau cubitan yang halus~
Boleh memilih untuk berbekam angin terlebih dahulu sebagai salam perkenalan sebelum meneruskan berbekam darah. Sebab mungkin sejurus berbekam darah, ada sedikit rasa pening atau rasa hanyut~ Terbawa arus katanya... Dan pengorbanan yang lebih besar sekiranya berbekam di kepala yakni terpaksa dicukur licin bahagian yang ingin dibekam sebagaimana rambut yang telah aku korbankan di atas.
Secara saintifiknya, berbekam mengaplikasi konsep tekanan atau pressure. Formulanya, P = F/A. Yakni, pressure equals to force divide by area. Cewah~ Tekanan berkadar langsung dengan daya, berkadar songsang dengan kawasan. Kesimpulannya, lebih banyak/luas kawasan dicukur untuk dibekam, maka lebih banyak tekanan yang akan dihadapi! :P
Kaedah sekarang, tekanan diperoleh melalui daya iaitu melalui kaedah mengepam. (Bukan mengepom! dialek Klate). Maknanya ada alat mengepam yang akan memberi tekanan kepada cawan/cup yang telah ditekap ke beberapa bahagian badan. Kemudian minyak herba/zaitun disapu sebelum ditembak guna "pisau pen" bahagian yang telah dikumpul darahnya setempat.
Kaedah dulu macam mana? Kalau tiada dulu, tak mungkin ada sekarang kan? Now and then. Err.. orang dulu guna tanduk kerbau untuk keluarkan darah kotor. Dan guna api sebagai pemberi tekanan. Berani?
Kiranya ada titik-titik tertentu dengan saiz cawan yang tertentu. Dan aku buat 6 bahagian. Satu di kepala. Dua di bahu. Satu di atas tulang belakang. Dan dua di bawah pinggang. Ashraf kata, bahagian ni paling banyak keluar darah, mungkin ekoran kekerapan aku menggunakan motosikal ulang-alik KLCC-Putrajaya setiap hari.
Oh, ya! Siapakah Ashraf itu? Itulah sahabat masa Ma'ahad dulu. Beliau kerja bank. Orangnya bijak. Ada sarjana dalam kewangan Islam. Ijazah dalam kejuruteraan. Khidmat berbekam ni kiranya pendapatan sampingan yang dibuat bersama isteri tercinta. (Ashraf bekam orang lelaki, zawjahnya untuk wanita). Mereka telah terlatih dengan orang bertauliah di Masjid Ghufran, TTDI.
Bayaran? Tiada sebarang harga yang ditetapkan. Bayar ikut kemampuan. Yang penting, niat mahu menghidupkan sunnah Rasulallah. Alhamdulillah~ (tapi agak-agaklah.. takkan bayar seploh hengget aje) Berminat? Boleh layangkan sebarang persoalan atau kemusykilan melalui FB. Hantar private message (PM). Nak SMS pun boleh. Kalu kenal Ceroh, kontek dia terus pun takpo. Fakhri, Yazid, Akramin tengah beratur :)
Adalah (Rasulullah SAW) berbekam di kepalanya dan memanggilnya sebagai ibu penolong (yakni dari penyembuhan penyakit). - Hadith Riawayat At-Thobrani
Sesungguhnya Nabi SAW berbekam pada kedua-dua urat leher (yakni urat belikat) dan atas tulang belakang. - Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Maa-jah
TT : Ekoran memakai kopiah hitam (bukan kopiah putih pun). Lepas tu pakai songkok ala-ala YB UMNO pulak.. pun ada beberapa pihak yang sinikal dan sensitif kononnya. Mahu saja keluarkan pernyataan sebegini "Kalau encik tak solat, encik tak boleh halang orang tunaikan solat. Kalau puan tak pakai tudung, puan tak boleh paksa perempuan lain buka tudung. Dan.. kalau encik tak pakai kopiah atau songkok sekalipun..." (ah, habiskan sendiri ayat ini :)
:terima kasih YB sbb promotekan detox pad...!!!
ReplyDelete