Hebahan

Tuesday, September 27, 2011

Now and Then...


Iklan!

Now,.. and Then. Dulu dan sekarang!

 
Suatu hari yang indah.. nyaman.. tapi panas. Aku rasa sangat dahaga. Haus! Rasa macam nak beli aiskrim Mat Kool yang macam pisang perisa mangga tu. Tapi dah habis. Maka pilihan yang ada aiskrim Paddle Pop inilah.

Paddle Pop! Dulu dan sekarang..? Dulu harganya 40 sen sahaja. Paddle Pop perisa pelangi! Dan macam-macam lagi pilihan yang ada. Sekarang..?? RM 1. Tapi perisa juga macam-macam. Kan? Dulu kuih satu biji 10 sen atau 20 sen. Sekarang..?? Satu kuih 40 sen atau 50 sen. Mana ada 3 biji RM1 dah. Kan? Mengapa? Pernah dengar perkataan inflasi?


Hari ni bukan nak berbicara mengenai inflasi. Cerita tu mungkin dah basi. Tapi ni cerita pasal situasi. Dulu dan sekarang. Dulu lain sekarang lain. Dulu dulu main di luar rumah, menambah kenalan. Sekarang sudah lain. Terperap dalam bilik tak keluar peluh jantan! 

Tak perlu hurai lebih-lebih. Malas. Sebab pasti takkan cukup ruangan untuk menulis panjang. Just leave it untouchable & memory remains. Takkan habis kalau bercerita kisah lalu. Nostalgia 90-an. Oh.. diri ini sudah menuju angka 3 di hadapan rupanya. Dah ada seorang anak perempuan. Apakah permainan anak perempuanku??


Ok. Kita sambung cerita balik. Habis makan Paddle Pop, rasa macam nak kumpul batang ais krim. Pernah main batang ais krim? Budak-budak sekarang pasti tak tahu-menahu. Angry Bird tahulah kan? Tapi Angry Bird, sekumpulan burung yang naik minyak dengan sekumpulan B... berwarna hijau telah mencetuskan fenomena.


Nampak tak konsep sains di dalam permainan itu. Ada cerita pasal daya, stabiliti, inertia, hukum Newton kedua! Kan? Dan hakikatnya.. Angry Bird permainan zaman sekarang. Dulu.. budak-budak main baling selipar atau tuju tin! Tapi konsepnya sebijik sebijan dengan Angry Bird. Kan??

Maka, dari sini muncullah idea bagi aku selaku ko-ordinator program cuti sekolah akan datang. Petrosains akan menawarkan tema PLAY yakni MAIN! Jom kita main macam-macam permainan di samping membongkar konsep sains di sebalik permainan semudah SNAP, Happy Family, Donkey dan Old Maid!

Oh..aku sudah mula buat senarai pendek. Permainan apa aku nak promot budak-budak sekolah masa cuti sekolah nanti. Emm.. kalau sesiapa datang Petrosains nanti, permainan-permainan berikut bakal mengembalikan nostalgia sekaligus memperkenalkan permainan-permainan tradisional kepada generasi Y!

Apa yang terlintas di benak fikiran :

Pepsi Cola (yang pijak-pijak kasut tu)
Musang & Ayam (Police & Thief)
Dam Aji
Catur
Tutup botol
Main Straw
Main buih
Main Gasing
Teng-teng
Lastik
Caplong
Paper Dolls (mungkin tetamu jemputan pereka fesyen kah?)
Baling Selipar + Tuju Tin = Angry Bird LIVE!
Galah Panjang
Congkak Mineral
Tangram
Rubic Cube / Snake Cube
Put-put boat (stim) & Spinning Can
Spinning Flower
Sticky-Wiggly Ball
Whizzing Saucer
Flash Cards (Old Maid, Happy Family, Donkey bagai)
Sep Tiang?? Tapi mana ada tiang
Perangkap Tikus? Pernah main?

TT : Petrosains sekarang bertemakan Merdeka Raya - Sains dulu dan sekarang! Terdengar iklan di Sinar.FM. Wah~

No comments:

Post a Comment