Hari itu, sebelum Ramadhan yakni sekitar Julai 2011, aku dan 2 orang rakan sekerja telah diminta bos mewakili syarikat ke satu koferens bertempat di Pattaya. Sekian lama nak bercerita baru sekarang berkesempatan nak menulis dan berkongsi pengalaman.
Pattaya? Terletak di Timur Thailand yakni mengambil masa 2 jam dari Bangkok. Kalau di Malaysia, sampai KLIA terus ke Melaka dalam masa 2 jam. Ya! Pattaya = Melaka. Melaka ramai pelancong sebab ada daya tarikan dari sudut sejarah dan nilai estetika (dan eksotikanya) Sama juga dengan Pattaya. Tambahan pula Thailand cukup terkenal dengan industri X yang menjana ekonomi negara terbabit.
Pernah dengar pepatah "Good boys go to heaven bad boys go to Pattaya"? Emm.. nilaikan sendiri betapa hebat & meriahnya kehidupan kupu-kupu malam di sana. Dan seperti kata KI "what happens in Pattaya, stay in Pattaya" Haha. Kita layan gambar sajo~ Bermula dari KLIA, Malaysia...
Seterusnya tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok! Alhamdulillah. Selamat perjalanan, akan rindu masakan Malaysia kelak. Wujudkah Nasi Goreng Pattaya di Pattaya nanti? Hahaha. Yang penting kami tiba di Bangkok ketika hari bersejarah, yakni pilihan raya sedang berlangsung hari itu. Aman saja bumi Bangkok! Merah-Kuning biasa saja.
Dan setelah 2 jam perjalanan (melalui tol ala-ala PLUS), kami tiba di Pattaya. Kami bermalam di Nong Nooch Resort. Resort yang begitu luas kawasannya. Penuh dengan kebun dan industri desa. Nong Nooch juga sudah hampir dengan sempadan Thailand-Kemboja. Apa yang menarik mengenai tol di sana (selain daripada laluan ala-ala Smart Tag), tol adalah PERCUMA ketika musim perayaan yang besar. Bukannya diskaun bagi perjalanan yang bermula jam 12 tengah malam!
Gambar di atas itulah chalet (ker?) di mana kami akan tinggal selama 4 hari kelak. Malam itu, kami pusing bandar Pattaya. Tiada bangunan tinggi-tinggi, sebab matlamat kami mahu cari makanan. Alhamdulillah jumpa saudara di bawah ini. Beliau yang tunjuk jalan ke kedai Maryam yang menyajikan tom yam putih pedas! (dan sah! nasi goreng Pattaya mana ada). Beliau dari Bangladesh, dan fasih 9 bahasa! Wow~
Siapakah orang di sebelah Fakhrin itu? Itulah dia Winchai. (nak ingat namanya kena ingat Usop WILCHA! Hahaha). Beliaulah pemandu tetap kami merangkap jurupandu pelancong. Kami kategorikan Winchai sebagai penganut Buddha yang baik dan patuh pada agamanya sebab Winchai tak minum arak, tak bertaatto dan tidak "makan luar". Dia cakap "My wife is the most beautiful woman. She is a model in the brochure." Kan? Terima kasih Winchai sebab cuba berkomunikasi dengan baik (p/s: masalah utama di sana hanyalah makanan dan komunikasi)
Gambar di atas merupakan beberapa aktiviti yang berlangsung. Ceramah, bengkel, pembentangan dan sebagainya. Dan jika ada masa kosong, pihak penganjur, yakni Dr. Jamchai dan pasukannya akan bawa kami pusing-pusing resort tersebut. Luas yang amat. Siap ada gajah lagi. Maklumlah.. negara Gajah Putih katakan~
Ada juga wakil Malaysia yang lain melibatkan pensyarah-pensyarah, tenaga pengajar dan juga kakitangan Pusat Sains Negara (PSN). Dan waktu malam selalunya tiada aktiviti. Makan-makan dan jalan-jalan saja. Dan aku sudah mula teringat dan merindui Sumayyah juga umminya. Apa lagi.. telefon guna line siam!
Dan sempat juga kami bergambar beramai-ramai. Wah, banyak juga gambar. Terima kasih kepada KI (Khairul Isa) yang menyumbangkan kamera dan gambar-gambar ini. Dah macam blog travelog pulak. Kan? (contoh blog travelog berbahasa Melayu yang aku suka ini dia). Nantikan bahagian kedua. Bukan di Pattaya tapi di Bangkok pula! Jeng jeng jeng ~
No comments:
Post a Comment