Hebahan

Friday, September 30, 2011

Bukan aku menulis...

Kali ni mahu berkongsi puisi. Tapi bukan karya aku. Sengaja mahu berkongsi cetusan rasa getusan hati sasterawan terbilang A. Samad Said. Ada DUA, mengenai suatu insiden atau tragedi. Pasca Bersih DUA!



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25 Jun 2011; A. SAMAD SAID

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1 Julai 2011; A. SAMAD SAID



TT : Bukan aku yang menulis. Aku cuma tahu bertukang. Mungkin aku yang menaip. Tapi aku tetap bertukang. Barangkali kalian yang baca. Dan aku tetap bertukang ~

No comments:

Post a Comment