Hebahan

Friday, September 30, 2011

Iklan juga pengumuman!



Lama sudah tak buat iklan. Gigih menulis iklan komersial bukan tajaan sesiapa ini.   Sekadar satu pengumuman. Tak lama lagi jumlah keseluruhan pelayar merangkap pembaca blog ini di alam maya akan mencecah angka 50 ribu. (sebelah kanan di bawah iklan Twitter sudah melebihi 40K). Macam tak percaya walaupun rating bukan sasaran dan permainan utama sejak dari hari mula. Tak gila rating kononnya.

Namun, apakan daya, belum mencecah usia 3 tahun, kewujudan dan kehadiran blog ini  secara dasarnya masih kekal relevan. Pernah sesekali aku berputus-asa, macam nak berhenti menulis tetapi hasil dorongan, sokongan dan semangat yang masih berbaki, aku teruskan perjalanan. Terus menulis. Terus bertukang.  (yakni kemaskini atau mengupdate). Sampai Allah kata.. masanya telah tiba untuk bersara!


Mungkin perjalanan ini bukan kelas pertama. Tetapi tetap ada class~ Mungkin perjalanan ini adakalanya tersangkut, tersekat di tengah jalan namun masih berjaya diteruskan hingga kini. Mungkin juga aku telah tersungkur, namun aku akur dan langkah diatur.. lalu berdiri semula. Bangkit kembali dan terus berlari.

Kalau nak diikutkan, ada cara bagaimana nak tarik pembaca dengan banyak secara mendadak. Letak topik panas atau kontroversi, nak-nak pula pasal gosip, gambar atau video panas hatta cerita sensasi yang tak pasti hujung pangkal kebanarannya. Tapi itu tugas wartawan Melodi. Bukan aku! Haha. Aku mahu alami dan nikmati perjalanan yang indah, pelan-pelan kayuh, nanti sampai juga ke puncaknya. Tak perlu naik secara mendadak, kelak jatuh secara drastik dan penuh dramatik.



Aku si tukang tulis akan meneruskan misi mencari resolusi, visi untuk direalisasi. Nantikan pengumuman selanjutnya di bulan Oktober. Ada bingkisan istimewa buat yang teristimewa. Siapakah? Teruskan membaca, terima kasih tidak terhingga... :)

No comments:

Post a Comment