Hebahan

Sunday, October 2, 2011

CDC September 2011

Terlambat sikit CDC kali ini. Sehari je pun. Tapi kalau ikut kontrak sebelum ini, paling awal 1 haribulan atau 2 haribulan kan? Hehe. Nah, layankan saja Carta Darjah Celcius (CDC) September 2011 :)

1) Belasungkawa


Noramfaizul wartawan yang telah terkorban dalam misi keamanan di Somalia.



Dato' Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah DBP - Pejuang bangsa dan bahasa terlibat dengan demo membantah PPSMI

TT : Tragedi bom di Selatan Thai. Dengar kata pengebom itu lari menyelinap ke Malaysia? 

2) Politikus !

Adakah pilihan raya sudah hampir?? Gimiknya mengenai isu caj 6% untuk pengguna pra-bayar akan mula berkuatkuasa namun "tangan rakyat" berjaya menangguhnya buat seketika. Katanya.. itu bukan salah dan kehendak kerajaan tapi itu persetujuan syarikat komunikasi. 

Err.. tiada modal untuk berkempen gamaknya. Maka, retorika dan skrip sama diulang lagi. Undang-undang Allah sejak azali yang sememangnya relevan sepanjang zaman, yakni undang-undang Hudud menjadi bahan mainan pihak tertentu. Sampai tergamak menghina sebegini.. ?


Seterusnya isu bendera Jalur Gemilang pula. Originalitinya dipertikaikan oleh seorang ahli politik DAP, dan boleh kata agak biaDAP lah juga. Tindakan ke atasnya telah diambil oleh pimpinan DAP. Namun, ada logikanya apabila ada 'orang kata' kes Noramfaizul terkena peluru sesat gara-gara bendera Malaysia nampak macam bendera USA dari jauh~ Ya ke?

Akhirnya.. setelah sekian lama gesaan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) mendesak kerajaan supaya menghapuskan akta zalim (sebab orang ditahan tanpa bicara) ISA, akhirnya hasrat itu terlaksana. Namun, di masa akan datang, dalam lipatan sejarah negara Malaysia orang yang bertanggungjawab menghapuskan ISA ni PM kita, bukan orang yang selama ini berjuang melalui GMI yang dianggap golongan kiri.


Sejarah telah tertulis. Sejarah juga boleh ditulis. Tetapi Sejarah tak boleh diubah. Siapa kenal KMM, API & AWAS? Mereka yang berjuang melalui haluan kiri tak boleh diiktiraf sebagai pejuang ke? Politikus meniskus~ Nah! Gesaan GMI akhirnya tercapai. Bagaimana pula dengan Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRK), Gerakan Mansuhkan AUKU dan semestinya tuntutan BERSIH 2.0? Tapi dengarnya ada dua akta baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA.


Sebab itu Mat Sabu dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa Mat Indera itu pejuang Melayu walaupun berhaluan kiri melalui PKM. Mat Sabu benar-benar membuka mata banyak pihak. Ironinya Mat Sabu terus ditohmah gara-gara dikatakan menyokong idealisme komunis.

Macam orang sudah mula sangsi dengan Zaman Palelolitik, Mesolitik, Neolitik itu. Cuba tonton video ini. Begitulah juga sudah timbul sedikit keraguan mengenai sejarah yang tertulis mengenai negara Malaysia. Adakah sesuatu yang benar disembunyikan selama ini akhirnya akan terbongkar? Ibarat bangkai gajah yang cuba ditutup dengan nyiru. Kah?

TT : Subjek Sejarah waktu SPM dapat A2 tahun 2002 (tapi trial D7) :)

3) Ranking!

Universiti nombor satu negara, Universiti Malaya berada di tangga ke-167 universiti dunia.


Peringkat Asia ? Klik sini.


TT: Saingan Piala Malaysia bermula. Misi 33 Selangor masih relevan dan boleh diteruskan setelah mara ke pusingan Suku Akhir.


Wah, macam misi si tukang tulis pulak. Hahaha :)

4) Pencapaian individu menakjubkan !



Najwa Latif - Anugerah Bakat Muda Selangor


Manik di sebalik debu? Jacqueline Sijore dari Sarawak telah memenangi pingat emas melalui sukan boling acara perseorangan Kejohanan Bowling Wanita Dunia di Hong Kong.



Apa perkembangan David Beckham Malaysia, Safee Sali di Cardiff ya? Macam susah saja. Mungkin kembali ke Cardiff bersama Safiq Rahim? Atau mungkin akan ke kelab Australia. Kah?


TT : Malaysia vs Australia 7 Oktober

5) Tahniah !

Ketua Hakim Negara ke-13


Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Arifin Zakaria yang menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang bersara wajib berjanji akan menitik-beratkan kualiti penghakiman dan mengutamakan keadilan tanpa sebarang kompromi. Maklumat lanjut, sini.


Ketua Pengarah FINAS


Setelah sekian lama berteka-teki akhirnya kerusi panas Ketua Pengarah FINAS menjadi milik Naguib Razak sekaligus mengetepikan satu lagi nama yang disebut-sebut bakal menyandang jawatan itu, Ahmad Idham. Lagi info.

Selamat bertugas dan selamat menjalankan amanah kepada mereka berdua.

Tahniah juga Ratu Angola, Leila Lopes selaku Miss Universe 2011

TT : Seindah hiasan di dunia adalah wanita solehah.
6) TUDUNG!

Artis bertudung semakin diterima. Adakah kerana kesedaran ataupun sekadar trend?

Adda - Fida vs Mamat Sepah  (boleh tahan si Mamat nih)



Dua NANA (Diana Amir dan Siti Nordiana)




Akma AF3


Bagus juga ramai yang muda belia telah sedar betapa pentingnya menutup aurat. Hal sebaliknyaberlaku kepada mereka yang semakin meningkat usianya. Makin tua makin singkat. Pakai skirt terbelah memang tak boleh blah!


TT : Ustazah Pilihan juga telah bermula? Akan tercetus satu lagi fenomena ataupun fatamorgana? TV Al-Hijrah juga menganjurkan rancangan realiti seakan serupa, Solehah :)


7) Rekod & Anugerah


Rekod dunia 4 X 100 m by Jamaican 37.04 saat memadam rekod lama 37.10 saat


MY Kids Awards 2011! Pernah dengar? Dah berlangsung pun anugerah untuk hadek-hadek ni. Keputusannya juga boleh dilihat di sini.

TT : Chong Wei kalah lagi dengan Chen Long di Terbuka Jepun 2011, walaupun seperti biasa Lin Dan tarik diri di semi :)

8) Released! Lancar!

Dua artis senior telah release album baru di sebalik kebanjiran single-single yang menjadi pertaruhan penyanyi kebanyakan.

Anuar Zain 2011




All Your Love - Album Inggeris pertama Dato' Siti Nurhaliza




Pementasan Secret Life Of Nora bermula 29 September 2011 di Istana Budaya.


Tapi poster dia macam Mr. & Mrs. Smith kan? Mentang-mentang ala-ala kisah penyiasatan Nora Zain

TT : Hantu Bonceng juga meletup tapi ada kontroversi. Tapi Ahmad Idham dan Ketua pemuda PAS, Ustaz Hassan dah berunding dan temui kata sepakat.

9) Kahwin akhirnya ~

Setelah sekian lama dilanda kontroversi, spekulasi mahupun gosip murahan akhirnya tertulis sudah jodoh mereka.


Eira-Azad


Heykal - Faezah


Noraniza Idris - Jeffrey


Nabil & Nazirah (Nabil cakap rezeki dapat RM 150 K nopmbor 3 Maharaja Lawak)


Danny X-Factor

Dan juga semestinya pasangan paling hangat menjadi bualan (bahan kutukan dan sebagainya) iaitu pasangan Nor-Mey.


Gaun pengantin yang bertatahkan berlian dengan tajaan jutaan ringgit(RM 7.2 juta katanya) akan dipamerkan di Muzium Negara?


Serta .. Tahniah juga kepada Pengantin Baru Taj MUH dan Kim. Lepas ni tunggu pula pasangan Yasmin Hani-Shahrin naik pelamin.

TT : Iphone 5 akan dilancar 4 Oktober nanti. Nantikan!
 
10) Malang tak berbau


Letupan Gas Petroleum (Cecair LPG) @ Empire Shopping Gallery

TT : Petknode yang dera kucing. Dikurung dan dibiarkan tanpa makanan. Malas nak 'tepek' gambar. Kesian...

No comments:

Post a Comment