Hebahan

Tuesday, December 31, 2013

Wajah Disember 2013


(1) Tengku Puan Pahang - Tunku Azizah Aminah




Sangat berjiwa rakyat kerana sanggup mencemar duli memasak untuk mangsa banjir di Kuantan

TT : Apa khabar Cik Puan Julita Aishah ya?

(2) Syasya Solero


Gadis Legoland dengn tagline "macam cantik je..macam comel je" ini terlibat secara tidak langsung dengan beberapa buah lagu yang mengangkat tagline nya sebagai lirik atau penampilan khas. Setelah terkenal Syasya bertudung litup. Seterusnya, Sha Sha muncul ke udara di radio Era dan muncul dalam rancangan MHI, WHI di samping Bobo. Kemuncaknya, mereka berdua menjadi jurucakap produk Kak Ton.




TT : Mahu Miss Jerebu, Mass Factorz popular seperti Bobo dan Sha Sha. Tak percaya klik sini.

(3) Mufti Ismail Menk


Mufti Al-Hafiz berasal dari negara Zimbabwe. Beliau boleh berbahasa Arab dan Urdu. Pada 15 Disember 2013 sekali lagi beliau datang ke Malaysia menjayakan program Meet & Greet. Ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang keemasan menyertai progam ini termasuk Mizz Nina.



TT : Acara Twins of Faith juga berlangsung di PICC pada 28-29 Disember lalu


(4) Skuad Hoki Lelaki Remaja Piala Dunia

Bola sepak sukan nombor satu negara. Ironinya, sukan lain yang memahat nama Malaysia di atas peta dunia. Terbaru, skuad hoki remaja lelaki negara beraksi di Piala Dunia Remaja dan berjaya merangkul tempat keempat. Tahniah.. banyak nama pemain hoki menjadi sebutan dikepalai oleh kapten, Fitri Saari (wah, siap ada gosip dengan Yana Samsudin lagi ni), Firhan Ashaari , Shahril Saabah dan lain-lain.




TT : Prestasi Ong Kim Swee setelah dikurniakan pingat Datuk sama macam Datuk K.Rajagobal mendapat gelaran Datuk. Setuju??

(5) Lukisan Ernest Zacharevic



Penulis jalanan berbangsa Lithuania ini sudah beberapa kali menghasilkan lukisan mural di beberapa dinding di Malaysia, namun pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengecat semula dinding terbabit. Alasannya, lukisan tersebut memberi makna tersirat yang kurang enak berkenaan kes ragut di sana sini. Sebagai contoh di Johor Bahru. Ironinya kerajaan Pulau Pinang dan Singapura pula memberi ruang dan peluang kepada Zacharevic untuk terus berkarya







TT : NAIK atau TURUN. Hanya jauhari mengenal manikam.

(6) Obituari, Belasungkawa



Paul Walker



Nelson Mandela



Seniwati Azean Irdawaty. Alfatihah~

TT : Kesian Dr. Muhaya turut dihentam gara-gara suruh orang ramai fikir positif bila banyak barang naik harga.

(7) Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz


Ustaz Kazim Elias, pengacara Kalau Dah Jodoh ternyata tiada jodoh dengan UMNO setelah beliau menolak jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kontroversinya kerana beliau dilucutkan jawatan ahli PAS gara-gara namanya naik dan disebut-sebut sebagai MT UMNO. Beliau juga muncul selaku juri rancangan realiti Pencetus Ummah menggantikan Ustaz Hassan Mahmud yang sakit.

TT : Pencetus Ummah satu fenomena. Sokong PU Salman dan PU Rahmat.

(8) YB Bung Mokhtar bin Radin



Ahli Parlimen kebinatangan ops Kinabatangan ini mencetuskan kontroversi sekali lagi. Sebelum ni kecoh isu "bocor". Baru-baru ini, beliau membantah sekerasnya cadangan menghapuskan elaun ahli Parlimen. Terkini, Bung sekali lagi mencipta kontroversi murahan kerana berdebat secara kurang bijak dengan Ahli Parlimen Kuntan, Fuziah Salleh mengenai isu banjir di Kuantan.

TT : Nasib baik Bung bukan Menteri "kalau tak suka" yang "bijaksana sangat"

(9) Dr. Afifi Al Akiti


Pensyarah Pengajian Islam ini juga terkenal dengan jolokan Shaykh Afifi, Dr. Afifi Al Akiti merupakan orang Melayu pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Pada tahun 2010, beliau tersenrai antara 500 individu Muslim yang berpengaruh. Kisah lain mengenai beliau di sini.

TT : Tahniah! Selamat Pengantin Baru abam Safee Sali dengan Shasha warga Indonesia.

(10) Kisah U-turn

Sebelum ni Kelantan dah terkena. Mat Yo siap sign kontrak di hospital lagi. Tetapi KAFA boleh buat apa. Akur saja. Tahun ini, banyak melibatkan negeri-negeri "panas" termasuk negeri Presiden FAM. Lebih-lebih pula isu U-turn. Mula-mula nak blah..lepas tu tak jadi. Macam kes Farhan Ben10 dan Safee Sali.

Seterusnya kontroversi musim ini diteruskan oleh Nazri Ahmad dan Amirulhadi Zainal (mentang-mentang kes khalwat dah selesai... ooops!). Isu sudah sign kontrak tetapi ke negeri lain. Persoalannya, ke mana pendirian dan ketegasn FAM dalam isu ini??



TT : Presiden FAM, sila letak jawatan!

No comments:

Post a Comment