Hebahan

Wednesday, January 1, 2014

CDC Disember 2013


(1) NAIK. Just duit! Itulah brand terbaharu. Banyak benda naik dalam masa yang singkat. Bil elektrik, tol, bas sekolah, peralatan sekolah.. ah tak cukup ruang nak senaraikan. Maka, ramailah orang naik minyak. Muncul pula Dr. Muhaya dengan mood motivator pada waktu yang salah. Wrong timing betul. Padahal tak ada salah pun apa yang dinasihatkan. Prof. Agus ulas..memang ini bidang beliau. Marina Mahathir dengan isu walk the talk. Dan akhirnya... Tun Dr. M bersuara.. Maka, PM pun umum pengurangan gaji Menteri dll

TT : Ais pun naik harga kah? Dan motor pun nak kena tol?

(2) Banjir! Sekali air bah... sekali pantai berubah. Musim tengkujuh tiba lagi. Kalau banjir di Kelantan, bukan orang hairan pun. Cuma, kali ini banjir teruk berlaku di Kuantan, Segamat dan Kemaman. Bila MP Kuantan mahu Kuantan diisytihar darurat, YB Bung sekali lagi buat hal. Aduhai~  Dengar cerita banjir di Bintulu makin teruk?Dan Rawang turut dilanda banjir kilat. Siapa yang guling..eh turun kawasan?

TT : Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Filipina sebahagian Malaysia kah?

(3) Episod akhir! Ada dua kisah. Pertama kontroversi skandal Adi Putra dan Aida Fasha Abdul Talib (isteri Adi juga nama Aida ya). Katanya tiada dakwaan tetapi bekas suami Aida mahu kes dibuka semula. Diulangi.. bekas! Maknanya mereka telahpun bercerai. Keduanya,  kisah "kanak-kanak Ribena" Eirma Fatima dan Rebecca NAI. Akhirnya Rebecca terima saja duit RM1. Lalu didermakan kepada mangsa banjir. Turun padang. Salute Tengku Puan Pahang mencemar duli sudi memasak untuk mangsa banjir.

TT : TURUN itu maknanya GULING kah? 311213

(4) Pernyataan bodoh..selamatkan diri atau menjerat diri. Mungkin rakyat dah muak dengan Menteri "kalau tak suka" ni. Terkini, selepas statement "Kalau tak suka harga ayam naik, jangan makan ayam!", sekali lagi Menteri KPDNKK berkata, tiada aduan daripada orang ramai mengenai harga barang, maknanya rakyat setuju harga naik. Bijak sungguh!

TT : Apa khabar Jabatan Facebook Negara? Wujud tak? Kata nak buat makmal mengkaji kos sara hidup rakyat.

(5) Berita sukan sikit. Sukan SEA berjaya mencapai sasaran melebihi 40 pingat emas. Sayangnya terlepas ibu segala pingat emas. Namun tahniah kepada yang bersinar terutama calon underdog seperti atlit olahraga Jironi (bawa 2 pingt emas) dan Irfan (pecah rekod kebngsaan lempar cakera). Skuad Hoki Lelaki Remaja yang beraksi di Piala Dunia menduduki tangga keempat mengatasi Korea Selatan, India dan England. Tahniah kepada kapten hoki, Fitri dan rakan sepasukan yang cemerlang.

TT : Malaysia 36-0 Kemboja. Rekod dunia okay!

(6) Apa cerita ni... Candi Lembah Bujang diceroboh di Kedah? Ada penjelasan tak? Tak lupa, ada tragedi bot karam di Selat Melaka. 13 askar hilang. Penjelasannya juga meragukan. Sebagaimana penjelasan ikan tamban naik melompat ke darat di Lahad Datu tiada kena mengena dengan Tsunami, sebaliknya disebabkan oleh perubahan suhu dan kadar kemasinan air laut. Fenomena puting beliung di JB tu sebenarnya belalai air. Macam kes turun salji di Baitul Maqdis dan Mesir. Itu normal ya. Jordan, jiran Palestin selalu turun salji. Err..Utara Vietnam pun turun salji?

TT : Ikan naik ke darat kerana kos sara hidup dalam laut meningkat. Menteri ikan berkata "kalau tak suka duduk dalam laut, sila pergi tempat lain". Kalau kita perhatikan, ikan yang lompat ke darat tu semua ikan "kecil-kecil". Ikan "besar-besar" steady jah!

(7) Mat Sabu syiah?? Sebab mengagumi pemimpin Iran? Maka diserang kiri-kanan-depan-belakang untuk tutup isu naik harga. Very the strategy Dr. M. Petisyen bantah Comango turut dilancarkan demi akidah kerana Comango ni ala-ala tuntutan IFC, antaranya isu hak anak memilih agama dll.  Manakala Akhbar The Heat ditarik balik penerbitannya. (sebab artikel mengenai First Lady) Takut lettew~

TT : Plat kereta W11N ProNda (Proton+Honda) milik siapa? PG1 Mercedes W221 pula milik siapa?

(8) Bola sepak! BPL dulu... Arsenal terus gah di puncak. Semakin gayat nampaknya. MU daripada tergelincir tangga ke 9 mula mendaki carta ke tangga keenam liga. Seterusnya pendaftaran pemain bagi setiap pasukan. Maka isu pemain melompat.. buat U-Turn timbul. Seperti kes Hai-O, Safee Sali, Ben10, Nazri Ahmad dn Amirulhadi.  Kelantan nampaknya perlu bermula daripada bawah semula kerana sebilangan besar pemain berhijrah. Rata-rata muka baru yang akan dibimbing Steve Darby. Sudahlah tewas kesemua 3 perlawanan menentang kelab Utara. Status Brendan Gan masih samar. Masih belum berjaya didaftarkan sebagai pemain tempatan. Dan, January transfer sudah bermula uols.

TT : Johor FA = JDT 2?? Emm..kesian

(9) Belasungkawa. Alfatihah buat arwah Kak Yan setelah lama menderita sakit kanser. Takziah buat ahli keluarga arwah.. moga Benjy juga tabah. Dunia juga kehilangan pejuang Nelson Mandela di samping berita kematian mengejutkan Paul Walker (bukan Graham Walker ya) yang sinonim dengan watak Fast & Furious

TT : Pekerja Indonesia, Pradnya Paramita mati setelah bekerja 30 jam tanpa tidur walau sepicing!

(10) AIM 20 diungguli Hafiz dan Yuna yang menang besar. Pencetus Ummah dan Maharaja Lawak Mega semakin rancak. Pencalonn awal ABPBH 2013 sudah mula dikelurkan. Felixia Yeap, bekas bunny model Playboy selesa mengenakan hijab dan berfesyen muslimah kerana merasakan lebih selamat.

TT : Playboy itu suami aku sudah tamat. Walaupun heronya kaku... tetapi laku. Ratingnya tinggi

1 comment:

  1. As salam,
    Maafkan sy. Sy ada membaca post di blog anda tentang pengasuh bayi iaitu kak azi. SY agak terdesak untuk mencari pengasuh bayi sekarang. harap dpt membantu untuk mendapatkan alamat atau contact no kak azi. email sy fadhilah132230@gmail.com, tinggal di desa pinggiran putra.
    berharap sangat mendapat reply dari anda. terima kasih tak terhingga.

    ReplyDelete