Hebahan

Wednesday, March 26, 2014

Kami Histeria



Adakah entri ini sudah terlambat???

Sebab tak guna buat rebiu filem yang sudah dihentikan tayangannya... Bukan??

Jawapannya.. ada di akhir entri nanti!

Kami Histeria... sebuah lagi karya Rafidah 3R. Selepas rentetan kejayaan Gol & Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang.. dan kini masih lagi bersama penerbit yang sama, Red Com! Bezanya kali ini cuma pengarah yang berbeza..iaitu pengarah Oh My English.

Maka Rafidah merangkap penulis skrip (yang kali ini tidak menempel dalam filem sendiri!!) memang seorang penulis yang prolifik. Ceritanya segar... ada kelainan... tak klise! Adik-beradik Shahrulezad Radius One. Maknanya.. kekuatan Kami Histeria bergantung kepada penulis skripnya! Betul? Setuju??

Apa perkara yang menarik pasal Rafidah? Kalaulah MIG atau KRU ada penulis seperti Rafidah, pasti filem mereka lebih meletup kebabom. Sebab pasti jalan cerita lebih berstruktur, tersusun dan kemas. Sebab apa? Kerana idea Rafidah tak pernah kering ..

Contoh?? Lihat saja betapa bijaknya idea menyelitkan penaja seperti Kit Kat dalam filem ini. Tak rasa annoying dengan iklan tersebut! Ditambah lagi dengan barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan jayanya termasuklah Mila Jirin (tak sangka!!).


Sebelum ini, TT ada memuji Mamat Khalid mengenai "kemenangan" beliau dalam kategori Lakonan Berkumpulan Terbaik! Kini, band Kami Histeria merupakan pencabar utama kerana lakonan berkumpulan mereka amat bersahaja.


Di sinilah terletaknya keunikan Kami Histeria. Lakonan berkumpulan pelakon wanita yang hot seperti Diana Danielle sehinggalah yang "macho" lakonan Mimie Omar. Kedua, genre yang ada unsur seram-komedi-muzikal. Loque Monoloque buat lagu yang menyerlahkan lagi bakat Diana Danielle selaku seorang penyanyi. Tak percaya? Dengarkanlah ...~



Persembahan Diana Danielle selaku watak utama amat menyerlah. Harap-harap DD berjaya meloloskan diri ke peringkat terbaik memandangkan namanya tercicir sebelum ini walaupun persembahannya memberansangkan menerusi filem Magika, ...(anu) dalam botol dan juga Sembunyi. She looks stunning. Ada class~

Seterusnya watak yang dimainkan oleh Sara Ali yang menampilkan sisi lakonan yang berbeza. Malah kehadiran Mila Jirin langsung tak mencacatkan perjalanan cerita selaku princess yang fussy! Nur Fazura?? Walaupun ini bukan material untuk Faz menang Best Actress buat kali pertama, lakonannya selaku langsuir yang bersuara merdu (walaupun hanya hilaian tawa) meninggalkan kesan. Ala-ala Hantu Kak Limah. Kalau tiada watak Cik Lang... tak payah buat filem ini! Lebih-lebih lagi dengan slanga utara. Macam "Che Ta" pulak dah!




Watak-watak lain yang menyerlah seperti Pinat lakonan Nad Zainal. Walaupun tiada dialog tetapi memek mukanya bernilai sekali. Sayang sekali... Izzue Islam langsung tak menyerlah! Nasib baik ada Afdlin Shauki yang  sebenarnya merupakan penggerak utama cerita ini! Kenapa?? Anda harus saksikan sendiri. Sekarang sudah boleh dilanggan melalui Astro First!

TT : Kami Histeria merupakan material yang menghiburkan.. tetapi bukan stok menang award lah~

No comments:

Post a Comment