Hebahan

Wednesday, March 24, 2010

Aku & Panda - Pos seMULA~


Ya! Entri ini pernah aku pos di Facebook@Notes suatu ketika dulu. Sewaktu blog ini masih belum wujud lagi. Kisah aku dan Panda. Panda?? Ada yang masih belum kenal siapa Panda di hati ini. Ayuh kita berkenalan. Layaaan~ Original post is from here.

Kisah kali ini mungkin agak 'menjengkelkan' bagi sesetengah orang. Tapi nak buat macam mana kan... Mahu tak mahu, hendak tak hendak. Laa budda ... orang arab kata... aku tetap mahu bercerita. Ini bukanlah satu pendedahan eksklusif sebaliknya hanya satu perkongsian cerita. Sebuah kisah terpencil... kalau anda rasa tak kisah... teruskan saja membaca sehingga ke noktah terakhir.

Ada kawan bertanya... sekarang guna apa? Soalan yang berbeza tetapi nak jawapan yang sama... Sekarang kau pakai apa Mus? Haha.. jawapannya... Motor aku tu lah. Mereka bertanya " Eh, kalau tak silap hari tu aku nampak kau bawak kereta kan? Kenapa kau ke hulu ke hilir dengan motor buruk tu?" Aku hanya tersenyum.. tak pernah langsung ada rasa marah dengan kenyataan itu. Aku jawab balik.. "Kereta yang aku bawa yang kau nampak tu, kereta parents aku. Bukan kereta aku. Kalau nak guna, kena minta izin,kena isi minyak. Motor aku tu.. buruk-buruk pun.. sentimental value beb"

Kenapa sentimental value? Sebabnya...kali pertama aku belajar naik motor ketika umur 11 tahun. Masa tu berada di Taman Jasa, Sungai Tua jalan nak pergi Ulu Yam, Panda lah motor pertama aku naik. Jatuh bangun bersama. Setelah aku bersekolah menengah di Kota Bharu, Panda juga mengikut aku ke sana. Menjadi kenderaan wajib aku ketika bersekolah Maahad Muhammadi di Kota Bharu. Banyak jasa Panda. Disebabkan aku ni Kelate Pure (both parents Kelantanese), aku ada saudara mara yang ramai, maka Pandalah kenderaan rasmi ke hulu ke hilir dan pernah sampai ke KT.

Ya. Itulah motor aku. Motor kapcai. Honda cup. C70. Panda namanya. Wah, tak nak kalah. Motor buruk pun ada nama. Haha. Ada kenalan membuat permintaan...ceritalah sikit pasal Panda. Kenapa namanya Panda? Sebenarnya, aku tak ada apa-apa hartapun. Motor bernama Panda itu di bawah nama papa aku. Hak milik papa aku. Papa's Honda. Diringkaskan, jadilah Panda. Lagipun Panda binatang tu warna hitam putih. Motor aku si Panda ni pun hitam putih (asalnya warna biru tapi aku cat baru). Beruang Panda juga limited, hanya dijumpai di China. Begitu juga motor yang sejenis dengan Panda, jarang dijumpai. RXZ, 125, Lagenda, LC dll bersepah. Mungkin orang malu. Aku langsung tak malu. Janji aku selesa. Panda jarang bawa masalah. Orang kata.. buruk macam mana pun rumah kita, tapi itulah tempat tidur yang paling selesa dan nyenyak. Begitu juga kenderaan. Buruk macam mana pun orang lihat Panda, bagi aku, aku selesa dan masak dengan ragamnya.

Panda, Honda C70 bernombor plat, WDL 79. Wah, nombor beli ke? Papa yang pilih nombor tu. Sebab pada tahun 1979 tu simbolik Papa dapat masuk USM. Dan setelah lebih 15 tahun, Panda juga membawa aku memasuki kampus UPM. Ketika menjalani latihan amali (internship) di MPOB, Bangi Lama, Panda juga menjadi kenderaan wajib, walaupun ketika itu, ada pilhan untuk membawa kereta atau motor lain. Sebab Papa pernah cakap, mak bapa orang lain, mungkin boleh bagi rumah sebiji sorang, kereta sorang satu. Tapi Papa hanya mampu bagi anak lelaki Papa motor sorang satu je. Jadi aku memilih Panda, walaupun ada Yamaha yang diambil cici, dan Skuter Suzuki yang diguna Min.

Ketika di kampus hijau..Panda ada kawan. Biso (WH* 3150), Black (WBX3***), Pablo (BBX****), La Kunka (WPB ****) dan Comot. Kami pernah sama-sama meredah jalan raya. Paling jauh...sampai ke Ipoh. Dan sepanjang masa aku memiliki lesen yang sah untuk membawa kenderaan ( B2 dan D), alhamdulillah, tak pernah mengalami pengalaman yang menakutkan. Accident kecil yang tak melibatkan nyawa tu pernah berlaku. Adat lah kan...

Jadi, aku bersyukur saja dengan apa yang ada. Tak nak runsingkan fikiran dan serabutkan kepala pasal nak kenderaan yang lebih selesa macam kereta. Nak kereta? Bila dah ada Kerja tetap nanti..kumpul duit beli sendiri. Haha...Terima kasih Panda, atas segalanya...kerana telah berkhidmat lebih 15 tahun.

Susah senang kita bersama...hujan panas kau redah saja. Panda memang banyak berjasa. Bukan kepada aku saja, malah adik-beradik aku, kawan-kawan dan sesiapa saja yang pernah menggunakan khidmatnya.. syuqran jaziilan... jazakallahu khairan kathiira =)



Berikut merupakan antara komen sahabat-sahabat di FB,

Wahh!! menitis air mata aku. true story mmg menyentuh hati..sungguh puitis karangan nie. - Ridzuan Nazir, 11.2.09

aduhai sedey nye citeni, jaga panda bebaik ek - Liyana Azman, 11.2.09

it was a great story bro!! nice writen!! sedey..sedey.. sob..sob.. :( - Abdul Qayyum, 11.2.09

aku pn pnh menaiki panda ke masjid dan tmpt2 lain..dgn bangga je aku naik,no prob..makasih mushy maghoo..yg pntg BISO pn masuk..hahaha - Rahman Omar, 11.2.09

BISO??ape ke name??bisul ape ko man??haha....terharu sgt...tp lawak pon ade..Papa's Honda=Panda...kalo Papa's Iswara mungkinkah Para??or Parah??tettt...hehe..gurau2 je...kat sini pon sedap ngenakan BISO ko ni..hahaha - Ros Ernida, 11.2.09

okla2..panda ko tidak dicuri org..hehe..panda aku xsmp staun dah ilang..dlm area umah plak..so aku naikla ikan skrg..kelisa..kuikui - Izwan Basri, 11.2.09

huhu.. no comment - Saiful Azhar, 11.2.09

dia dah wat lagi dah.................x saggup .... - Abi Khairi, 12.2.09

lalu disokong oleh...

haha aku di pihak abi..mmg xmau kalah..muahaha~ ( maka aku terus buat blog Hitam Putih ini 25.02.2009)

Kini, setelah setahun lebih, Panda masih dalam keadaan baik. Masih banyak jasa dan baktinya. Aku membanting tulang, mengerah keringat tulang empat kerat dengan bantuan Panda. Ke hulu ke hilir.. Ke sana ke sini .. Pergi mari, ulang alik Damansara-Kelana Jaya- Putrajaya - Kajang.

Sehingga satu saat tunang kesayangan aku begitu "kasihan" melihat keadaan aku dengan motor itu. Kesian~ "Tak nak tukar motor baru ke??" Soalan terpacul.

Aku nak kata apa? Bukan aku tak mampu nak tukar motor baru. Ya, aku bercinta dengan dia. Bukan dengan motor. Tapi aku sayang motor ini. Aku sayang Panda. Panda lambang kesusahan. Lambang kepayahan aku.

Hatta aku senang suatu hari nanti sekalipun.. Bila aku di kemuncak dunia suatu hari nanti, aku taknak diri aku hanya nampak bintang-bintang yang berkelipan, TAPI aku masih ingat rumput aku berpijak. Aku masih nampak Panda yang berjasa.

Dan ini satu petanda. Satu alamat. Kita bermula dari bawah. Kita mula dengan susah. Nak kahwin dengan aku, kena sama-sama susah. Kena rasa payah, sebab aku tak mahu janjikan kemewahan. Tapi bukan bermakna hidup susah sampai bila-bila.

TAMAT cerita Panda.


Eh, belum tamat lagi. Penutup cerita Panda ialah Panda akhirnya "Jejak Kasih" bertemu orang tua nya. Tak kisah lah Papa Panda ke.. Mama Panda.. janji Panda ada penjaga.. Guardian! Bertemu bahagia~



MULA berkempen ...

2 comments:

  1. alamak...x sempat nk berkenal2an ngn panda waktu kat ptgc dl... hehe.. nice entry akim..

    p/s:cam susah nk komen sbb ko unable kan anynomous nye id ek...aku lak malas nk log in akaun google sbnrnya..hehe (faris kacak)

    ReplyDelete
  2. Faris> laa.. setting camtu ek. Aku pun x perasan lak, mungkin auto setting kot, atau aku pakai klik je masa mula2 wat blog ni.

    Btw, byk lg masa nak kenal dgn Panda..hehe

    ReplyDelete