Hebahan

Monday, September 30, 2013

Wajah September 2013

Sebelum ini, slot Wajah merupakan entri tahunan. Artikel ini mendapat sambutan yang memberansangkan. Buktinya, Wajah 2011 dan Wajah 2012 sering dikunjungi sesiapa saja tak kira di mana. Mungkin wajah-wajah tersebut relevan sehingga menghiasi dada dada akhbar atau sering ditatap wajah mereka di kaca TV juga layar perak.

Mulai awal tahun ini, TT secara konsisten menyelit segmen Wajah dalam entri Carta Darjah Celcius (CDC) yang juga mendapat sambutan hangat. Dan bermula September 2013, Wajah akan berdiri atas tajuk sendiri. Jenama sendiri dan label sendiri, sekaligus menjadi salah satu tanda dagang (juga daya tarikan) blog  ini. 

Pelayar atau pengunjung akan dapat baca entri Wajah setiap hujung bulan. Dan, jika situasi memerlukan.. mungkin TT boleh buat poll atau undian siapakah yang bersinar?? Siapa dulunya tak dikenali, namun sekarang segalanya berubah sekelip mata?

Jom kita lihat 10 Wajah yang tersenarai menjadi pilihan TT bulan ini :

1) Pak Guard Azman Nayan - semua orang tahu.. gara-gara "Saya tak bodoh" kerana "Lelaki Dayus"





2) Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang



3) Taleeb Mizad - sensasi Youtube, sudah memiliki album sulung terbitan Hijjaz, pemenang Anugerah Nova Media Baru, Anugerah Planet Muzik di Singapura dan yang penting baru berkahwin. Pasti ramai frust.




4) Nouman Ali Khan - pendakwah di negara Amerika, CEO Bayyinah juga menggunakan medium Youtube untuk berdakwah. Telah menjayakan Malaysia Tour 2013.




5) Gareth Bale - pemain termahal di dunia melibatkan pasukan Tottenham & Real Madrid dengan harga sebanyak 86 juta piund.



6) Chester See - sensasi Youtube yang juga berkunjung ke Malaysia





7) Obabiyi Aishah Ajibola - wanita Nigeria yang dinobatkan ratu Miss World Muslimah 2013 (ironinya Miss World berlangsung di Bali)





8) Siti Hajar Aladin - penulis surat terbuka kepada PM gara-gara kenaikan harga barang di Malaysia



9) Tan Sri Ustaz Azizan - Alfatihah~ jasamu dikenang mantan MB Kedah Sejahtera




10) Tan Aik Mong - isu dengan BAM sehingga melibatkan Rashid Sidek merajuk lalu letak jawatan selku Pengarah Talent Management Group (TMG)



Kejutan! Kezutan~



Ini bukan konsert AF. Jauh panggang daripada api. 

Jadi, apakah kejutannya?

Mungkin blog ini akan berwajah baru??

T. U. N. G. G. U. . . . 

Oktober 2013~









First Eleven Belgium Team in BPL



Soalan pertama.. mengapa negara Belgium? Bukan negara Zimbabwe ker.. Zambia ker.. Astonia ker...

Mungkin disebabkan bola sepak merupakan sukan nombor satu di negara tersebut, namun sukan lain yang lebih menyerlah. Contohnya, Philippe Gilbert pelumba basikal bertaraf dunia. Selain itu, Kim Clijster dan Justine Henin merupakan jagoan dan srikandi sukan beraket, tenis di negara berkenaan.

Secara kebetulan.. di Malaysia yang juga mengiktiraf bola sepak selaku sukan nombor satu, namun Azizulhasni Awang, The Pocketrocket Man merupakan pelumba basikal bertaraf dunia, manakala sukan beraket badminton dan skuasy melahirkan banyak nama yang terukir di pentas dunia.

Bezanya.. sukan bola sepak di Belgium semakin berkembang. Dan banyak pemain yang berbakat telah beraksi dan mendapat perhatian terutama melalui Liga Inggeris. TT mahu senaraikan kesebelasan utama pemain Belgium yang tampil dalam Liga BPL SAHAJA.


Penjaga Gol

Simon Mignolet – Sunderland A.F.C., Liverpool F.C. – 2010 – sekarang


Bek Pertahanan

Thomas Vermaelen – Arsenal F.C. – 2009 – sekarang
Jan Vertonghen – Tottenham Hotspur F.C. – 2012 – sekarang
Vincent Kompany – Manchester City F.C. – 2008 – sekarang


Midfield

    Mousa Dembélé – Fulham F.C., Tottenham Hotspur F.C. – 2010 – sekarang
    Marouane Fellaini – Everton F.C., Manchester United F.C – 2008 – sekarang
    Eden Hazard – Chelsea F.C. – 2012 – sekarang
    Adnan Januzaj – Manchester United F.C. – 2013 – sekarang
       

Penyerang

Romelu Lukaku – Chelsea F.C., West Bromwich Albion F.C., Everton F.C. – 2011 – sekarang
Christian Benteke – Aston Villa – 2012 – sekarang
Kevin Mirallas – Everton F.C. – 2012 – sekarang


Simpanan:

Nacer Chadli – Tottenham Hotspur F.C. – 2013 – sekarang
Kevin De Bruyne – Chelsea F.C. – 2013 – sekarang


Dan TT meramalkan.. jika kena strategi mereka, tidak mustahil pasukan ini akan menyerlah dalam Piala Dunia di Brazil tahun hadapan. Sudah terjawab persoalan di atas bukan? Dan mungkin.. jika ada rezeki nak jelajah Brussels (dan Switzerland)





Friday, September 27, 2013

The Evolution of Facebook "2004 - 2012"

Ini dia revolusi yang telah dialami rangkaian sosial Facebook (FB). TT mula ada akaun FB sejak tahun 2008. Semuanya gara-gara Nur Fazura dan Zahiril Adzim. Ahaks~ Bermakna sudah 5 tahun TT di alam maya FB ini. Namun, bagi TT, secara peribadi TT lebih suka rekabentuk 2008-09 yang lebih mudah. Cuma satu muka surat sahaja.



Namun, seiring pertambahan pengguna FB, kapasiti semakin bertambah, maka berlakulah revolusi sehingga hari ini. Apa yang kekal sehingga sekarang ialah, tak perlu ubah layout dengan warna-warna yang berbeza macam Myspace. Semuanya biru putih. Maka tak hairanlah, secara analoginya FB merupakan negara ketiga terbesar di dunia!



TT : Cuba Google "Google in 1998". Guess what types of answer will you get? Ehmm.. PM kita tertukar pengasas FB dan Twitter rupanya. Mana ada manusia yang sempurna bukan?

Thursday, September 26, 2013

Memori di Korea Selatan - Bahagian II

Baiklah. Ini merupakan Bahagian Kedua yang amat ringkas kerana ianya berkaitan tugas aku di sana iaitu membuat pertunjukan sains ataupun science show dengan tajuk The Stand-Up Show di mana uniknya persembahan ini ala-ala stand up comedy sebab tiada props namun proses pembelajaran Sains tetap ada bersamanya. Menanti giliran ke-5 daripada 10 (negara Asia Pasifik seperti Australia, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Taiwan & China)






Hasilnya? Impaknya... siap jadi cover page majalah kampeni sendiri. Hihi.





Ini ada beberapa keping gambar di belakang pentas sebelum, ketika dan selepas persembahan. Gambar pertama bersama peserta dari Filipina, seterusnya bergambar bersama krew (orang tempatan Korea Selatan). Selanjutnya, bergambar bersama krew dan peserta Thailand, Wee. Dan di bawahnya gambar Dr. Graham Walker dari Australia melakukan demonstrasi.










Wednesday, September 25, 2013

Video Klip Menarik?? Atau Terbaik??

TT akan senaraikan beberapa video klip yang dirasakan menarik (juga mungkin terbaik sampai boleh tercalon Top 5 AIM) daripada kaca mata TT. Sebab ada lagu yang sedap tapi kurang bermutu video klipnya (contohnya Hanya Aku). Kalau nak diikutkan Ajari Aku boleh masuk senarai tapi dah lama lagu tu kan.. maka berikut calon-calonnya:

a) Kalau Aku Kaya



b) Tanah Airku Tanah Airmu Jua



c) Musim Asmara



d) Takkan Terpisah



e) Sebulatnya



f) Cinta Kasih



g) Menunggu



h) Pelangi Untukmu


Kebodohan apakah ini?

Zaman sekarang kalau nak kecapi glamor mudah saja. Buat tindakan bodoh. Nampak seperti memperbodohkan diri pun tidak mengapa... cuma yang membezakannya kreativiti dan kelainan tak kira kelakuan atau ucapan.

Paling meninggalkan impak jika ada Parodi susulan selepas itu (yang dibuat oleh orang lain). Contohnya.. Cikgu Shida, Cikgu Man (Muara Hati), Minah Singapura (yang MC dan sore eyes), Sharifah Listen... Are you ready for PSY?? Dan macam-macam lagi.


Contoh terkini..yang tak pasal-pasal membuatkan beliau glamor ialah Bini Mat Yo (nama betul dia pun apa entah Shahrul Aishah ke apa nama rimau entah). Puncanya.. tindakan dan ucapan bodoh seperti bawah ini.



Dan sumber terkini.. tak pasal-pasal Pak Guard itu pun turut terkenal. Sudah ditemuramah Metro (front page lettew). Dan khabarnya bakal disaman?? Adakah patut?? Tontonlah video susulan ini dan nilaikannya secara matang.




OK! Tutup cerita bini Mat Yo yang tak tahu tegur bini.. sekarang siapakah lagi yang tak dapat mengelakkan diri daripada mengeluarkan kenyataan bodoh?? Jawapannya.. Pak menteri-menteri Malaysiaku yang terchenta.





Seterusnya, sekali lagi buat kesekian kalinya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga Di-Raja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia. Amboi... portfolio berbeza pun boleh menyibuk Datuk!

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan. Sumber


Maka... siapa tak mahu air PERCUMA... sila keluar dari Selangor!! Ahaks~