Hebahan

Wednesday, September 25, 2013

Kebodohan apakah ini?

Zaman sekarang kalau nak kecapi glamor mudah saja. Buat tindakan bodoh. Nampak seperti memperbodohkan diri pun tidak mengapa... cuma yang membezakannya kreativiti dan kelainan tak kira kelakuan atau ucapan.

Paling meninggalkan impak jika ada Parodi susulan selepas itu (yang dibuat oleh orang lain). Contohnya.. Cikgu Shida, Cikgu Man (Muara Hati), Minah Singapura (yang MC dan sore eyes), Sharifah Listen... Are you ready for PSY?? Dan macam-macam lagi.


Contoh terkini..yang tak pasal-pasal membuatkan beliau glamor ialah Bini Mat Yo (nama betul dia pun apa entah Shahrul Aishah ke apa nama rimau entah). Puncanya.. tindakan dan ucapan bodoh seperti bawah ini.



Dan sumber terkini.. tak pasal-pasal Pak Guard itu pun turut terkenal. Sudah ditemuramah Metro (front page lettew). Dan khabarnya bakal disaman?? Adakah patut?? Tontonlah video susulan ini dan nilaikannya secara matang.




OK! Tutup cerita bini Mat Yo yang tak tahu tegur bini.. sekarang siapakah lagi yang tak dapat mengelakkan diri daripada mengeluarkan kenyataan bodoh?? Jawapannya.. Pak menteri-menteri Malaysiaku yang terchenta.





Seterusnya, sekali lagi buat kesekian kalinya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga Di-Raja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia. Amboi... portfolio berbeza pun boleh menyibuk Datuk!

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan. Sumber


Maka... siapa tak mahu air PERCUMA... sila keluar dari Selangor!! Ahaks~

No comments:

Post a Comment