Hebahan

Monday, September 30, 2013

Wajah September 2013

Sebelum ini, slot Wajah merupakan entri tahunan. Artikel ini mendapat sambutan yang memberansangkan. Buktinya, Wajah 2011 dan Wajah 2012 sering dikunjungi sesiapa saja tak kira di mana. Mungkin wajah-wajah tersebut relevan sehingga menghiasi dada dada akhbar atau sering ditatap wajah mereka di kaca TV juga layar perak.

Mulai awal tahun ini, TT secara konsisten menyelit segmen Wajah dalam entri Carta Darjah Celcius (CDC) yang juga mendapat sambutan hangat. Dan bermula September 2013, Wajah akan berdiri atas tajuk sendiri. Jenama sendiri dan label sendiri, sekaligus menjadi salah satu tanda dagang (juga daya tarikan) blog  ini. 

Pelayar atau pengunjung akan dapat baca entri Wajah setiap hujung bulan. Dan, jika situasi memerlukan.. mungkin TT boleh buat poll atau undian siapakah yang bersinar?? Siapa dulunya tak dikenali, namun sekarang segalanya berubah sekelip mata?

Jom kita lihat 10 Wajah yang tersenarai menjadi pilihan TT bulan ini :

1) Pak Guard Azman Nayan - semua orang tahu.. gara-gara "Saya tak bodoh" kerana "Lelaki Dayus"





2) Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang



3) Taleeb Mizad - sensasi Youtube, sudah memiliki album sulung terbitan Hijjaz, pemenang Anugerah Nova Media Baru, Anugerah Planet Muzik di Singapura dan yang penting baru berkahwin. Pasti ramai frust.




4) Nouman Ali Khan - pendakwah di negara Amerika, CEO Bayyinah juga menggunakan medium Youtube untuk berdakwah. Telah menjayakan Malaysia Tour 2013.




5) Gareth Bale - pemain termahal di dunia melibatkan pasukan Tottenham & Real Madrid dengan harga sebanyak 86 juta piund.



6) Chester See - sensasi Youtube yang juga berkunjung ke Malaysia





7) Obabiyi Aishah Ajibola - wanita Nigeria yang dinobatkan ratu Miss World Muslimah 2013 (ironinya Miss World berlangsung di Bali)





8) Siti Hajar Aladin - penulis surat terbuka kepada PM gara-gara kenaikan harga barang di Malaysia



9) Tan Sri Ustaz Azizan - Alfatihah~ jasamu dikenang mantan MB Kedah Sejahtera




10) Tan Aik Mong - isu dengan BAM sehingga melibatkan Rashid Sidek merajuk lalu letak jawatan selku Pengarah Talent Management Group (TMG)



No comments:

Post a Comment