(1) Kisah paling epik, "filem" Tanda Petrol gara-gara kenaikan harga 20 sen disusuli kenaikan harga gula. Tiap kali MU kalah pasti ada barang naik.. analogi macam tiap kali Ramsey jaring gol..ada yang akan maut. Merepek!
TT - Kak Mah dah ada pengganti baru.. Bini Mat Yo dan Miley Cyrus gila telanjang dalam Wrecking Ball
(2) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 terpalit isu ekoran masa untuk Matapelajaran Bahasa Malaysia ditambah. Nak cakap bahasa Melayu pun pelat, gagap serta tak fasih. Lepas tu nak hak sama rata pula.
TT - Hello.. kalau tak suka boleh keluar dari Malaysia.
(3) Kisah artis kantoi diisytihar muflis - Aweera, Amy Search & Farah AF2 dan juga khabar angin Afdlin Shauki (yang telah menafikannya) pun sama.
TT - dalam masa sama Adam AF2 kahwin dengan Fiza Elite. Wah, kumpulan Elite ramai yang taste pucuk muda.
(4) Berita sukan. Isu perpindahan pemain bola sepak. Pastinya Gareth Bale (Spurs-Real Madrid) dan juga Mesut Ozil (Real Madrid-Arsenal) paling mencuri tumpuan. Maka BPL pun bermula, Arsenal kini di puncak. Dan.. kejohanan Piala Malaysia juga semakin menuju ke puncaknya.
TT - Tahniah Harimau Muda yang menjuarai Pestabola Merdeka.
(5) 16 September - Hari Malaysia. Suratan atau kebetulan, Chin Peng meninggal dunia. Sasterawan Negara, A.Samad Said yang ditahan awal pagi gara-gara video yang memaparkan beliau bersama Adam Adli yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.
TT - Di HBO ada cerita Serangoon Road. Cerita setelah Singapura keluar daripada Malaysia
(6) Isu semasa. Kumpulan Lamb of God dihalang buat konsert di Malaysia kerana muzik mereka bercampur dengan ayat al-Quran. Khabarnya petikan Surah Ar-Rahman. Lagi bagus dengar ulasan pendakwah Nouman Ali Khan yang mentadabbur Surah Ar-Rahman. Dalam waktu yang sama, 13 orang yang mempertahankan kerajaan Perak yang sah pada tahun 2008 dipenjarakan.
TT - Pesta bunga api kembali di Putrajaya. Kemuncaknya malam esok. Dari Dubai katanya~
(7) Berita hiburan. Rancangan TV yang menarik seperti Superspotan Musim 2 dan juga drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita bakal mencetuskan satu lagi gelombang Tiz Zaqyah. Tambahan pula dibantu lagu berhantu runut bunyi drama bersiri itu, Takkan Berpisah nyanyian Black.
TT - AF 2013 kembali! Yang duo saja best.. yang lain hampes.
(8) Filem. KL Gengster 2 telah diedar secara haram melalui alam maya sehingga pengarahnya, Syamsul Yusof merajuk. Dalam waktu yang sama, ternyata KL Zombie lebih mengaut keuntungan melebihi 3 juta ringgit berbanding Tanda Putera yang hanya mencecah kutipan 1 juta. Vikingdom pula khabarnya sudah mendapat pulangan 20 juta menerusi hak milik penyiaran filem berkenaan di peringkat antarabangsa.
TT - Tak larat dah dengan cerita aksi. Terbaru Dampak. Bencinta tu macam Enough J.Lo.
(9) Tahniah Tokyo, tuan rumah sukan Olimpik tahun 2020. Ralat pula Skuasy gagal untuk dipertandingkan setelah mendapat kurang undian berbanding sukan gusti.
TT - Selamat maju jaya adik-adik yang telah menduduki UPSR. Perjalanan baru bermula.
(10) Berita teknologi - Pengguna Apple sudah upgrade iOS7 kah? Dengar cerita banyak juga rungutan ya. Dalam waktu yang sama, Samsung sudah lancarkan Galaxy Note 3. Siap ada jam tangan lagi.
TT - Petrosains Science Festival 22-27 Oktober 2013
No comments:
Post a Comment