Baiklah. Ini merupakan Bahagian Kedua yang amat ringkas kerana ianya berkaitan tugas aku di sana iaitu membuat pertunjukan sains ataupun science show dengan tajuk The Stand-Up Show di mana uniknya persembahan ini ala-ala stand up comedy sebab tiada props namun proses pembelajaran Sains tetap ada bersamanya. Menanti giliran ke-5 daripada 10 (negara Asia Pasifik seperti Australia, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Taiwan & China)
May 8, 2013 | Belakang pentas. Persediaan sebelum The Stand- Up Science Show. My turn number 5. by misisitukangtulis on Keek.com
Hasilnya? Impaknya... siap jadi cover page majalah kampeni sendiri. Hihi.
Ini ada beberapa keping gambar di belakang pentas sebelum, ketika dan selepas persembahan. Gambar pertama bersama peserta dari Filipina, seterusnya bergambar bersama krew (orang tempatan Korea Selatan). Selanjutnya, bergambar bersama krew dan peserta Thailand, Wee. Dan di bawahnya gambar Dr. Graham Walker dari Australia melakukan demonstrasi.
No comments:
Post a Comment