Soalan pertama.. mengapa negara Belgium? Bukan negara Zimbabwe ker.. Zambia ker.. Astonia ker...
Mungkin disebabkan bola sepak merupakan sukan nombor satu di negara tersebut, namun sukan lain yang lebih menyerlah. Contohnya, Philippe Gilbert pelumba basikal bertaraf dunia. Selain itu, Kim Clijster dan Justine Henin merupakan jagoan dan srikandi sukan beraket, tenis di negara berkenaan.
Secara kebetulan.. di Malaysia yang juga mengiktiraf bola sepak selaku sukan nombor satu, namun Azizulhasni Awang, The Pocketrocket Man merupakan pelumba basikal bertaraf dunia, manakala sukan beraket badminton dan skuasy melahirkan banyak nama yang terukir di pentas dunia.
Bezanya.. sukan bola sepak di Belgium semakin berkembang. Dan banyak pemain yang berbakat telah beraksi dan mendapat perhatian terutama melalui Liga Inggeris. TT mahu senaraikan kesebelasan utama pemain Belgium yang tampil dalam Liga BPL SAHAJA.
Penjaga Gol
Simon Mignolet – Sunderland A.F.C., Liverpool F.C. – 2010 – sekarang
Bek Pertahanan
Thomas Vermaelen – Arsenal F.C. – 2009 – sekarang
Jan Vertonghen – Tottenham Hotspur F.C. – 2012 – sekarang
Vincent Kompany – Manchester City F.C. – 2008 – sekarang
Midfield
Mousa Dembélé – Fulham F.C., Tottenham Hotspur F.C. – 2010 – sekarang
Marouane Fellaini – Everton F.C., Manchester United F.C – 2008 – sekarang
Eden Hazard – Chelsea F.C. – 2012 – sekarang
Adnan Januzaj – Manchester United F.C. – 2013 – sekarang
Penyerang
Romelu Lukaku – Chelsea F.C., West Bromwich Albion F.C., Everton F.C. – 2011 – sekarang
Christian Benteke – Aston Villa – 2012 – sekarang
Kevin Mirallas – Everton F.C. – 2012 – sekarang
Simpanan:
Nacer Chadli – Tottenham Hotspur F.C. – 2013 – sekarang
Kevin De Bruyne – Chelsea F.C. – 2013 – sekarang
Dan TT meramalkan.. jika kena strategi mereka, tidak mustahil pasukan ini akan menyerlah dalam Piala Dunia di Brazil tahun hadapan. Sudah terjawab persoalan di atas bukan? Dan mungkin.. jika ada rezeki nak jelajah Brussels (dan Switzerland)
No comments:
Post a Comment