Kebiasaannya carta ini akan bermula dengan berita paling suam-suam kuku, dan menaiki darjah kehangatannya. Dari nombor 10 ke nombor 1. Kelainan kali ni, kita mula dengan nombor 1. Tangga 5 teratas adalah berita positif.. 5 tangga terbawah... berita yang non-positif.
1. JUARA!
Juara kata kuncinya. Juara kepada beberapa pertandingan di Malaysia. Imam Muda Unggul, milik Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 mengatasi pencabarnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Rasa-rasanya semua dianggap pemenang sebab semua peserta akhir Imam Muda berpeluang sambung pengajian di Madinah :)
Imam Muda mencetuskan fenomena apabila mendapat liputan meluas media cetak & elektronik antarabangsa seperti Turki, Mesir dan Switzerland. Imam Muda atau Young Imam menjadi tajuk utama dan topik perbincangan hangat di kalangan media mereka. (p/s: Teruskan perjuangan buat semua Imam Muda :)
Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan - Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, 28 & Nor Azrah Ayub, 32 mewakili Malaysia (sekarang berlangsung peringkat antarabangsa, pada bulan Sya'aban sebab sebelum ni buat bulan Ramadhan ada peserta ponteng puasa dengan alasan bermusafir??) (p/s: Wah..sekarang ni johan tilawah dapat pencen ok)
Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan - Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, 28 & Nor Azrah Ayub, 32 mewakili Malaysia (sekarang berlangsung peringkat antarabangsa, pada bulan Sya'aban sebab sebelum ni buat bulan Ramadhan ada peserta ponteng puasa dengan alasan bermusafir??) (p/s: Wah..sekarang ni johan tilawah dapat pencen ok)
Patut tak senarai yang ni?? hehe :P
Mohd Izwan Mohd Nor, 22, Juara Mentor 4 (p/s: orang kata menang sbb mentor)
Ni rancangan baru, Showdown - pertandingan realiti tarian jalanan. Kumpulan WAKAKA yang ditunjangi Alam, juara So You Think You Can Dance Malaysia(musim 1) muncul juara. (p/s: WAKAKA stands for - walau aku kalah aku kisah apa! Bukan waka-waka africa.. Amboi..amboi..amboi)
Tukang tulis teruja : menanti Juara Akademi Al-Quran 4 & Keynote pada minggu hadapan :)
2. Kata Kunci : Piala Dunia 2010.
2. Kata Kunci : Piala Dunia 2010.
Afrika Selatan dikatakan sebagai antara penganjur terbaik. Namun tetap ada cakap belakang, corat-coretnya. Pahat masih berbunyi ya.. Terutama mutu pengadilan. Begitu banyak kontroversi, seperti isu off-side Tevez, gol Lampard yang dinafikan, serta goal-kick yang diambil Sepanyol ketika perlawanan akhir. (sepatutnya corner untuk Belanda)
Semua sedia maklum, Sepanyol.. membuktikan fizikal bukan segalanya. Sebab mengikut fakta, mereka antara pasukan yang memiliki purata ketinggian yang rendah berbanding negara lain terutama gergasi Eropah. Jom kita sekilas fakta menarik sepanjang Piala Dunia 2010 berlangsung:
a) Sotong Paul, psikik peramal keputusan bagi pasukan Jerman. Kerana KEBETULAN ramalannya tepat, semua macam taksub. Ada juga binatang lain macam burung cuba mencuri perhatian, tetapi gagal. PERCAYALAH rukun Iman keenam, percaya kepada Qada' dan Qadar.
b) Waka Waka ya. Bukan Wakaka. Bahasa Afrika kot.. yang tsamina-mina semua tu.. lagu Shakira, lagu tema Piala Dunia Afrika, This Time for Africa
c) Vuvuzella
d) Bola Jabulani - bola kontroversi
e) Perlawanan Dramatik pilihan Tukang Tulis -
i) USA vs Algeria
ii) Ghana vs Uruguay
iii) Jerman vs Uruguay
f) Klise~
Prestasi pasukan terburuk - France
Pasukan penuh kejutan - Uruguay
Pasukan yang memberansangkan - New Zealand, semua perlawanan seri, tak kalah walaupun tersingkir peringkat kumpulan
Afrika Selatan - tuan rumah yang gagal ke pusingan kedua
Thomas Mueler - pemain muda terbaik, & kasut emas (penjaring terbanyak) edisi Piala Dunia 2010
Diego Forlan - pemain terbaik FIFA - emm mungkin pemain terbaik dunia 2010???
Sinar harapan, 5 pemain muda jadi rebutan - Khadera, Ozil, Mueler, Suarez, Dos santos
Tukang Tulis senyum sinis : Malaysia melobi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Indonesia?? 16 tahun lagi
3. BOLA
Kata kuncinya masih bola. Habis cerita bola di luar negara, kita. kembali ke tanahair. Paling mengagumkan pasukan bawah 23 tahun Malaysia mengejutkan pasukan bawah 20 Korea Selatan 1-0 hasil jaringan tunggal Shafiq Rahim
Kemenangan ini sekurang-kurangnya memberi harapan kepada Malaysia yang kini berada di kedudukan 146 dunia. Kalau nak jadi tuan rumah 2026, sekurang-kurangnya macam Afrika Selatan, nombor 65. Lagi 81 tangga kena naik dalam tempoh 16 tahun. Setahun kena naik 5 anak tangga tu. Boleh??
KAFA, Persatuan Bola Sepak Kelantan mencatat sejarah apabila tersenarai di dalam Malaysia Book of Records(MBOR) apabila menjadi badan sukan pertama di negara ini yang berjaya mengeluarkan 70 produk menggunakan jenama The Red Warriors (TRW). Selain produk dan barangan sukan, KAFA turut melancarkan kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM), khusus untuk peminat pasukan skuad kijang, Mei lalu. Wah..wah..tak nak kalah ya. Negeri lain ada??
Tukang Tulis seloka : Gomo Klate Gomo..emm..Tan Sri Anuar Musa Timbalan Presiden FAM yang baru. Tahniah!
Tukang Tulis seloka : Gomo Klate Gomo..emm..Tan Sri Anuar Musa Timbalan Presiden FAM yang baru. Tahniah!
4. Sukan selain bola sepak?? Yang tak klise, lain daripada yang lain? OK lah. Golf OK? Pemain golf Malaysia, Danny Chia muncul sebagai pemain golf pertama Malaysia berjaya layak ke pusingan akhir kejohanan Terbuka British.
Malaysia merampas takhta kejuaraan Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) daripada Thailand setelah mengumpul 45 emas.
Manakala dominasi pemain Malaysia, Datuk Nicol Ann David dan Azlan Iskandar yang telah menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia (Lelaki dan Wanita) buat kali keempat.
Tukang Tulis bicara : Majulah sukan untuk negara
5. Kata kuncinya.. ADAPTASI. Setelah kejayaan Lagenda Budak Setan, yang diadaptasi daripada novel. Kini giliran novel Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari pula. Wah, ni novel yang aku habis baca ni. Watak Izzah-Haris Mila dipegang oleh Maya Karin-Aaron Aziz- Lisa Surihani. Meletup! Tapi, Maya Karin jadi Izzah, budak kampung yang naif?? Lisa pula jadi pelakon top, Mila?? Kita tunggu~
Dalam masa yang sama satu lagi adaptasi, Lukisan Hati The Movie yang diilhamkan daripada "komik" remaja popular karya Anshari. Haa..yang ni aku tak baca. Mungklin fenomena adaptasi baru bermula kot di Malaysia. Filem Inggeris, Narnia,Lord of The Ring, Twilight, Harry Potter pun adaptasi novel. Sebelum ni Ranjau Sepanjang Jalan dan Jogho(novel Juara) sudah difilemkan tetapi tak mendapat sambutan.
Emm..kalau macam tu, aku tertunggu-tunggu siapa dapat filemkan novel trilogi Ramlee Awang Murshid. Mesti gempak habis.
Tukang tulis soseh : Khabarnya jalan cerita Nur Kasih The Movie dirahsiakan. Tapi ada sumber kata ceritanya bermula lepas 8 tahun dramanya habis. Ustaz Aidil jadi bapa tunggal. Adik Mia Sara (amani Adamaya) dan Shafei Naswip pun berlakon.
Tukang tulis soseh : Khabarnya jalan cerita Nur Kasih The Movie dirahsiakan. Tapi ada sumber kata ceritanya bermula lepas 8 tahun dramanya habis. Ustaz Aidil jadi bapa tunggal. Adik Mia Sara (amani Adamaya) dan Shafei Naswip pun berlakon.
6. POLITIK -
a)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup tiga kes berprofil tinggi membabitkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana tiada bukti kukuh
b) Bekas Menteri Pengangkutan pula, Tun Ling Liong Sik didakwa terlibat dengan skandal PKZF.
c) Ketua Mentri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula hangat dengan isu 'perang mulut' dengan Pegawai Kemajuan Negeri( SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka.
d) MB Selangor pula diserang isu pasir dan air. MB negeri lain baik-baik saja kah?
e) Polemik perpaduan Melayu...buka balik topik ini. Bersatulah atas nama Islam, secara langsung Melayu bersatu.
Tukang tulis seloroh: MB Kedah sejahtera :)
Tukang tulis kagum : Kediaman seorang MB
7. HALAL??? Atau HARAM?? Jangan main-main isu sensitif ni. Makanan akan jadi darah daging kita. Kalau tersalah makan, tu yang susah benar jumpa pintu taubat. Sesat barat, jauh ke mana-mana, payah nak kembali ke pangkal jalan. Beberapa hotel, kopitiam (kedai kopi cina), dan premis makanan telah diserbu gara-gara status halal yang meragukan. Antara jenama yang hangat ialah Paparich dan Old Town.
Mungkin teori ini yang digunakan oleh "pemberi" sijil halal swasta. Dia cuma mahu senarai dokumen pembekal dan senarai barang yang diguna untuk membuat makanan. Tidak pernah syarikat swasta terbabit menghantar wakil untuk memeriksa dan buat tinjaun dikedai makan yang memohon kepadanya. Hantar borang, bagi dokumen dan bayar. Lepas tu boleh dapat sijil halal. Semudah itu? Semudah ABC? Piece of cake.. small matter, Mat Saleh kata! Aduhai~
Ingat.. halal bukan sekadar pork-free semata-mata. Banyak lagi yang perlu dipertimbangkan. Isu sembelihan, tukang masak dan macam-macam lagi. Islam itu mudah sebenarnya, tapi ramai yang menyusahkan diri sendiri. Nak kejar juga tempat berjenama, high taste dan high class alasnnya. Kita boleh bagi alasan ke kalau kena campak ke neraka??
Ingat, inilah SATU-SATUnya sijil/logo HALAL keluaran JAKIM. Terjamin status halalnya sebab pantauan sentiasa dibuat. Nampak yang ini, yakinlah.. insya allah.. halaalan toyyibaa.
Dan ini yang lama punya.. abaikan!
Dan ABAIKAN yang ini juga ya!!!
Layari di sini untuk maklumat lanjut.
Tukang Tulis runsing : Yang halal itu jelas..yang haram pun jelas..cuma kita yang culas..tak boleh fikir secara waras
8.
NAIK !!!
Barang Naik (BN) lagi.. Hujan saja yang turun.Minyak naik 5 sen.. gula naik 25 sen.. gas memasak pun naik. Takdelah banyak sangat sampai 78 sen macam hari tu kan?. 5 sen je kot. Apa kecoh sangat??
Tapi 5 sen tu ibarat peluh petani tau. Kerajaan tak guna istilah kenaikan harga tapi pelarasan subsidi.. Gunalah apa saja istilahnya, dan apa saja alasannya. Nak mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Kurangkan manis dalam makanan, banyakkan manis dalam senyuman. Sambil tersenyum menaiki pengangkutan awam.
Soalannya ialah, kenapa perlu naik tiap kali menmjelang perayaan..nak bulan puasa dah ni.. Nanti barang naik dengan alasan baranga di atas naik harga. Kan??
Emm.. pernah dengar kempen Hari Tidak Berbelanja?? Kesedaran masyarakat terhadap kempen Hari Tidak Berbelanja masih rendah walaupun ia disambut buat kali KETIGA sejak 2008. Macam-macam kempen ada.
Tukang tulis usul: Minyak naik takpe...jangan naik minyak. Alang-alang naikkan harga minyak, gula, emm.. apa kata naikkan harga rokok dan arak dengan alasan supaya penggunanya bermotivasi berhenti menggunakan produk haram tu?
9.
Kata kunci: SKANDAL! Tak sangka betul..pemilik nama Nazril Irham ini begitu orangnya. Mengikut jejak langkah Tiger Woods, Edison Chen, John Terry, Ashley Cole. Kantoi sampai nama band dah jadi Peterporn. Tak pasal-pasal nama Luna Maya pun terheret sama.
Luna Maya tu kenallah juga. Tapi siapa Cut Tari?? Lepas tu boleh ada pula nama-nama lain sehingga lebih 20 orang. Isteri Ashraf Sinclair pun dikatakan ada dalam senarai, walaupun telah dinafikannya. Kes ini masih dalam siasatan polis. Biar polis Indonesia jalankan siasatan. Macam-macam ukuran dan keterangan diambil. Dan ada sumber mengatakan orang dalam (penyusun muzik @ arranger) yang mula-mula pecah lubang.
Tukang tulis celah : Malaikat CCTV Terbaik!
10.
Kata kunci : GADUH! Lepas Johan Raja Lawak terlibat insiden gaduh, kini giliran Tom pula. Bukan Tom lelaki, tetapi wanita. Juara pertandingan Mystarz LG3. Mungkin impak kemenangannya baru dirasakan. dan kewujudannya dalam industri baru disedari. Padahal pernah mewakili Malaysia ke Hollywood.
Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS? Emm.. isu politik juga ni. Katanya orang aktif dengan filem tak boleh pegang jawatan takut ada kepentingan. Contohnya isu penayangan filem... dan juga penganjuran Festival Filem Malaysia.
Tukang tulis cuit : Selepas Apek, pelawak Yassin pula ditahan sebab dadah, musuh negara