Hebahan

Friday, July 30, 2010

Menamatkan zaman bujang...


Semua sedia malum, aku telah selamat berkahwin. Alhamdulillah. Tetapi ada yang bertanya, apa langkah pertama aku lakukan ketika menyatakan hasrat untuk berumahtangga kepada orang tua.

Lalu, aku imbas kembali, setahun yang lalu, di mana aku berada... Di mana ya?? Ada 3 turning point yang aku jumpa. Emm.. Julai 2009! Ramadhan 2009 & Syawal 2009!

Julai 2009? Ya! Aku masih bekerja secara kontrak di Kementerian Kesihatan. Emm..gajinya boleh tahan,  maka aku mampu buat simpanan untuk masa depan. Perancangannya sudah ada.. mungkin sebuah kereta menggantikan PANDA kesayangan.

Ada orang pelik, kenapa nak beli kereta lagi. Bukan kereta dah banyak ke di rumah. Ada 3 biji. Papa guna sebiji. (pembetulan: sebuah kereta ya bukan sebiji! Nanti adik Ya yang nak ambil UPSR terpengaruh :P) Ok! Papa guna sebuah, Mama guna sebuah, maka ada satu kereta lebih, yang tak digunakan di rumah.

Jawapannya, memang ada kereta lebih tetapi itu bukan kereta aku. Bukan kereta sendiri. Orang tua punya kereta. Kereta tu untuk kegunaan adik-beradik yang lain juga kalau nak guna. Nak guna kena isi minyak sendiri (isi gas kalau guna Sportgae NGV!). Maka, sasaran untuk memiliki sebuah kereta memang logik, relevan dan masuk akal!

Baiklah..bagaimana pula dengan si dia? Sang pacar? Memang aku tak nampak orang lain dah. Hanya nampak dia seorang, nun jauh di Labuan. Aku memberi ruang dan peluang kepada diri untuk mencari orang lain sebagai pilihan namun ternyata orang yang aku temui tak sama dengan dia. Alhamdulillah, jodoh kami kuat.

Aku ada kenalan wanita, yang agak sejuk mata memandang, sesuai dijadikan calon isteri, tetapi ada saja halangannya. Sudah berpunya... Dingin bila kita mendekati.. Seronok sekadar kawan baik, tak lebih daripada itu.. Dan macam-macam alasan lagi.

Dan dugaan Maha Hebat apabila aku dan dia sudah bertunang, masa tu kot ada kalangan mereka yang rasa 'melepas' dan siap aju soalan "Kenapa awal sangat bertunang?Sebenarnya aku suka kat kau". Haha..kes baru nak mengaku. Ada juga calon yang aku rasakan sesuai tapi masalah masa atau istilahnya wrong timing. Masa aku dah bertunang, masa tulah aku jumpa kau. Itulah dugaan masa bertunang.

Kalaulah kita jumpa terlebih awal.. dan macam-macam "kalau" lagi. Isy! Syaitan memang macam tu. Saja nak bagi godaan. Sebab prinsip aku, memang aku fokus kepada hubungan aku kepada dia. Komitmen beb. Sedaya upaya menjadi lelaki setia,dan buktinya majlis pertunangan memang ada dalam perancangan. Hujung tahun 2009!

Memang kami merancang untuk bertunang. Untuk tempoh berapa lama? Setahun? dua tahun? Itu tidak dibincangkansama sekali. Maka memang aku telah kumpul duit untuk bertunang dan juga untuk beli kereta (bayar mukalah, memang tak lah kalau nak beli cash!)

Dalam kesibukan gigih mengumpul duit untuk 2 sasaran ini, aku masih berkesempatan berhubung dengan rakan-rakan. Musim mengawan..usikan nakal buat kawan-kawan yang tarikh kenduri kahwin mereka dekat-dekat. Selang sehari atau selang seminggu, terutama musim cuti sekolah.

Walaupun tak suka soalan cepu mas "Sendiri punya nasi minyak bila??? Asyik makan orang punya nasi minyak saja" Aku tak peduli sangat tu. Cepat atau lambat iu kerja Allah. Aku cuba hadir setiap kenduri kawan-kawan, sahabat-sahabat, siap bergambar dengan pengantin macam di bawah.




Itulah antara majlis kahwin sahabat-sahabat yang pernah aku hadir dalam tempoh setahun. Emm..hasilnya? Mungkin berkat mulut orang cakap belakang. Berkat bergambar dengan pengantin, nanti jodoh kita akan datang pula.


Tak sangka setelah kami bertunang, kedua-dua keluarga berbincang, maka setuju majlis nikahnya dalam tempoh 6 bulan. Takdir Allah, alhamdulillah, jodoh aku sudah tiba dan selamat diijabkabulkan. Aku cuma perlu bekerja lebih gigih, demi sebuah keluarga yang baru dibina. Rabbi yassir wa laa tu'assir. Kau permudahkanlah Ya Allah. Amin.


Ramadhan 2009!

Aku teringat peristiwa Ramadhan tahun lalu. Kami budak-budak Ma'ahad buka puasa dekat Jalan TAR. Tahun lepas semua bujang lagi. Sekarang semua dah jadi suami orang, cuma seorang je tak. Cuba teka siapa? Hehe

Syawal 2009!

Setelah Ramadhan berlalu, Syawal menjelma. Biasalah hari raya. Semua orang balik kampung. Memang balik Kota Bharu lah. Tambahan pula, Tok Mek uzur. Sebagai anak sulung dan cucu sulung (kedua-dua belah keluarga),maka adat orang Melayu kita berbasa-basi.Tanya khabar kan..

Kalau masa sekolah dulu, kena tanya dapat nombor berapa dalam kelas? UPSR,PMR,SPM berapa A? Kalau baru lepas trial tanya trial berapa A? Lepas tu sambung belar kat mana? Universiti mana? Kos apa? Ijazah ke Diploma? Bila dah habis belajar.. sekarang kerja kat mana?? Bila nak kahwin?? TEET~

Dan soalan itu takkan habis agaknya. Kalau dah kahwin, bila nak ada baby?? Kalau dah ada baby, bila baby tu nakjadi abang/kakak? Bila baby tu nak dapat adik? Bila nak tambah seorang lagi??? TEET! Seorang lagi anak ya.. bukan seorang lagi isteri..ooops :P

Begitulah ceritanya..kemeriahan bila saudara-mara berkumpul. Dan aku ditanya, dah ada pasangan ke? Aku jawablah.. Steady saja jawabku.. dah ada! Oh, yang datang ziarah Tok Mek ke? Bukan! Sebab sebelum ni memang ada kawan (kalau lelaki biasalah, tetapi kalau kawan perempuan timbul tanda tanya saudara-mara kan??) yang datang ziarah Tok Mek.

Aku pun cakap, bukan orang Kelantan. Orang luar Kelantan. Mama yang terdengar perbualan, tersenyum saja. Mama dah tahu kami berkawan agak rapat. Dan sebelum tu Mama dah tahu hasrat aku untuk bertunang hujung tahun nanti, bukan untuk berkahwin!

Dengan siapa? Namanya?? Aku agak berat nak cerita. Pandang Mama, mama senyum saja. Sufia, adik perempuan bongsu yang sbuk korek daripada Mama. "Ya tahu siapa..dekat hnfon Abe save nama Huda "sayangku"." Hahaha.. aku gelak saja. Sepupu-sepupu lain memang nak korek lagi rahsia sedalam mungkin.

"Budak sekolah rendah!" Itu saja maklumat yang aku berikan. Su Lili, adik Mama yang bongsu buka cerita lagi. "Dulu dengan R kan??" "Dia dah ada baby boy, S namanya". Aku terkesima! Haha. Macam mana rahsia ni Su Lili boleh tahu.. "Emm..cerita lama Su. Masing-masing dah ada kisah hidup masing-masing. Macam mana Su kenal?" Katanya.. adik kepada R kahwin dengan adik ipar Su. Lebih kurang macam tulah kaedahnya.

Terpacul satu soalan lagi, bila nak kahwin?? TEET! Aku buntu sekejap. Nak kahwin kena guna duit, bukan sikit perlu duitnya. Mama pun macam nak tunggu jawapan daripada aku. Emm.. rasanya bertunang dulu kot. Kahwin lambat lagi. Nak dapat kerja tetap, kumpul duit cukup-cukup dulu. Dalam 2012 atau 2013 kot!

Mama tarik nafas lega, sebab keadaan ekonomi keluarga waktu itu, memang belum bersedia lagi untuk menyambut menantu. Papa tahu tak? Emm..memang aku rapat dengan Mama kalau bab bercerita kisah peribadi. Certa dekat Mama dulu, lambat-laun Papa akan tahu juga.

Papa tak membantah selalunya, kadang-kadang Papa yang lebih excited/teruja. Papa tu, kalau boleh, masa kami bertunang Papa nak suruh akad nikah terus. Nikah gantung. Akad nikah dulu, majlis buat kemudian, esok lusa. Tapi, mana sempat, aku sendiri pun belum pergi kursus kahwin lagi. Maka ikutlah perancangan asal, cuti sekolah bulan Jun 2010. Duit nak beli 'kereta' sudah berubah statusnya.. 'kereta baru'. Isteriku kata dia dah beli kereta di Labuan, pulau bebas cukai. Murah sikit :)

Maka, begitulah ceritanya. Aku telah menamatkan zaman bujang. Berbeza suasananya. Kalau hidup bujang kita hanya fikirkan diri sendiri.. seronok sesama kawan-kawan bujang. Bila dah menikah, ada tanggungan, ada tanggungjawab, ada peranan yang perlu digalas selaku ketua keluarga.

Tapi, itu tak bermakna aku akan lupakan terus zaman bujang aku. Masa bujang aku dulu lebih banyak terisi dengan kawan-kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Aku akui pernah keluar dengan kawan perempuan (bukan dia) tapi tak ke mana pun hubungan itu. Mungkin lebih enjoy dengan Rahman, Shahril dan yang seangkatan. Pergi konsert tu, anugerah ini, tonton teater dan lain-lain. Aku sudah puas hidup membujang, maka terus ke fasa baru. Tapi tu tak bermakna aku lupakan terus kawan-kawan. Tiada apa yang berubah, cuma status saja yang berubah dan tak boleh ligat macam dulu sebab ada komitmen baru.

Masa bercinta?? Dating?? Aku dan dia ada keluar tapi jarang. Sebab tu tak kantoi. Kantoi pun adalah tapi member tu pandai simpan rahsia. Begitulah caranya kami bercinta. Lebih banyak guna medium seperti telefon,FS,FB, YM dll. Rasa cinta dah lama berputik tapi bunga-bunganya masih belum mekar sebab kami  nak all out masa ikatan dah sah! Macam belangkas~ Dugaan sungguh bila terpaksa berjauhan..kangen banget. Rindu ya amat. Penangan bercinta selepas kahwin :)

No comments:

Post a Comment